Dunia sebenar Shida: April 2014

Klik Banner untuk lebih lanjut (iklan berbayar) nak tempah? (klik sini)


Wednesday, 30 April 2014

1st GIVEAWAY BY DIANARASHID.COM

Assalammualaikum, peace upon you.
http://www.dianarashid.com/2014/04/1st-giveaway-by-dianarashidcom.html
Kak Diana shida join ya :) semua syarat dah dipatuhi :) hope terselit satu dua hadiah heheee.. dah lama tak menang mana-mana giveaway atau segmen :3 Good Luck semua :) nak join cepat tekan banner, last 1 May 2014 ya! :) klik senarai hadiah --> 1st GIVEAWAY BY DIANARASHID.COM

 

Wordless Wednesday | Superb gila lukisan ni!

Assalammualaikum, peace upon you.
menakjubkan lukisan ni, real kan?


Tuesday, 29 April 2014

2 Cpuv Campaign dari Nuffnang yang ke 93 dan 94 | Terima kasih Nuffnang

Assalamualaikum, peace upon you.
Alhamdulillah terasa macam dihargai oleh Nuffnang bertalu-talu Cpuv Campaign masuk :) semalam shida tidur awal sebab badan rasa letih je, tak update pun sebab dah tidur dulu. Entri pun shida tak buat lagi, ahad lepas pun shida tak puas blogwalking sebab masa pendek je malam tu dah keluar pula. Hasil usaha bangkit semula setelah sibuk je memanjang Nuffnang update lagi akaun dengan beri shida 2 CPUV sekali gus! Alhamdulillah rezeki shida pada 28 Apr 2014, Darlie Expert Fresh dan KFC Zinger Reloaded [TVC]. Dua-dua cpuv dah naik earning tapi masih belum capai CTR Bonus lagi hehee :) Hope berpanjangan lah cpuv yang ada sebanyak 8 CPUV Campaigns :) Oh ya! minggu lepas shida update survey Nuffnang semalam cpuv terus melekat, maybe korang boleh cuba tips ni :) Rasanya dalam beberapa minggu lagi shida dah boleh dah lah buat segmen Nuffnang seperti yang shida janji kan tu, hadiah?? mesti lah hadiah special edition dari Shida dan Nuffnang :)


Monday, 28 April 2014

Pening kepala dengan bunyi kipas dalam bilik

Assalamualaikum, peace upon you.
Ok ini rupa kipas shida dalam bilik dapat pula cari dalam google image serupa pula tu hehee. Apa yang buat shida tension dengan kipas ni dia dah start bunyi-bunyi, kalau bunyi pelan tak apa lagi ini bunyi naik bingit telinga shida ni haaa!! sabar je lah! tak ada hujan tak ada ribut tiba-tiba ada bunyi. Sampai semalam shida tidur lena dah letih sikit semalam, pukul4 pagi shida terjaga dengan bunyi kipas ni yang kuat. Korang tau bunyi macam mana? rasanya korang pun tak nak dengar bunyi dia macam zink bergeser bingit gila. Pagi sunyi sepi bunyi tu paling kuat. Nah tadi shida geram shida tolak-tolak kedalam kipas dengan tangan goyang-goyang sikit sayap-sayap dia, bunyi dah slow sikit. Alahai.. apa lagi lah yang tak kena tu, susah nak tidur bunyi bising macam tu, nak tunggu orang datang tengok masalah macam ni memang tak lah kot huhuu :( Selasa nanti shida cuci kipas ni guna tangga nak tengok apa masalah sebenarnya. Harap-harap dapat selesai masalah bunyi ni, sebelum ni shida pernah betulkan lampu bilik, semua buat sendiri sebab nak upah orang datang duit lagi padahal masalah tak besar mana cuma kena hati-hati betulkan sebab main dengan elektrik kan nanti jadi apa-apa susah pula, setiap langkah kena lebih berhati-hati :)
mak kata kalau dah teruk sangat tukar kipas jerlah dan shida dah terlintas dalam kepala nak cari kipas macam dalam gambar ni hehee ok dak? comel jer ^_^


Sunday, 27 April 2014

Jom Timbang Berat Blog

Assalamualaikum, peace upon you.
Rasa dah sekian lama tak Timbang Berat Blog ni, sekarang website untuk timbang blog yang biasa kita guna iwebtool tu dah tak boleh nak timbang dalam maintanance so dia direct link timbang berat/speed test ke web ini http://www.pagescoring.com/website-speed-test/ korang nak timbang juga click link tu ok. Shida tak berapa faham sangat tapi lebih kurang dengan iwebtool cuma page size tu? tak kan 33.76 KB saja. Macam ringan je blog ni tapi kadang-kadang shida rasa lambat juga loading macam berat je. Sebab tahun lepas shida cek paling ringan shida pernah dapat 145.87 KB daripada 166.77 KB tapi sekarang awat makin ringan 33.76 KB saja haihhh.. pelik pula rasa. Ok tak apa shida try cari sumber lain untuk timbang berat blog shida ni. If kawan-kawan ada link selain dari shida bagi tu boleh share dekat komen ye :) Shida tengah cuba nak kurangkan berat blog ni!
dulu punya cerita tahun 2013 :)


Saturday, 26 April 2014

Mini GA Cash RM350 by Emas Putih #part2

Assalamualaikum, peace upon you.
Mini GA Cash RM350 by Emas Putih #part2 yang bermula pada hari ini 26 April 2014 sehingga 03 May 2014. Mini GA ini berlangsung selama 1 minggu sahaja!! Nak join boleh klik banner atas ya :)
Mini GA Cash RM350 by Emas Putih #part2 ini dianjurkan oleh Emas Putih dan disponser oleh Syiera , Iskandar Daughter , Saidatul dan Syira Lokman dan Mahamahu :)


Jomss pakat join QA_siri 1 by nzaOdonut

Assalamualaikum, peace upon you.
 Suami dan Isteri
Bercinta
Abang sulung dan Kakak Sulung

Ok kali ni shida join Quiz Away dari kawan sekolah shida iaitu Blogger Nzaodone, mulanya shida tak sangka dia ni blogger juga tapi asalnya dia buat blog sebab biznes Apam dia tu. So korang yang nak join cepat-cepat tau sebab 11.59pm ni tamat huwaaaa.. sorry niza lambat pula shida join, dah bookmark siap nak join tapi ralek buat hal lain hari ni last day, korang join lah kalau sempat ye ^_^ support sikit kawan shida ni yehaaaa ^_^ semua syarat lengkap niza! Yang Nak join boleh klik Tajuk QA ni ---> Jomss pakat join QA_siri 1 by nzaOdonut

pssttt...NIZA tadi aku cepat-cepat PM Mee Chii budak kelas aku dulu aku tanya dia..kira aci lah naaa? hahaaa :p


Pinjam Duit

Assalammualaikum, peace upon you.
Pinjam Duit, bila sentuh soal duit atau wang ni memang sensitif sikit bagi shida bukan sikitlah banyak sensitifnya. Kerana duit tali persaudaraan boleh putus, laki bini bercerai berai, bermusuhan dan boleh juga bunuh membunuh, betul tak korang? Bahaya DUIT ni jika kita letak situasinya dalam keadaan yang salah. Shida nak berkongsi sikitlah pengalaman Duit juga tapi bukan duit hilang atau apa tapi jenis manusia yang suka pinjam duit ni. Shida kenal sorang kakak ni tak lah rapat sangat sebab kenal pun sebab kakak tu dia jual Produk Beauty yang memang shida pakai, so dari situ bermulalah satu sesi berkenalan secara tak rancang oleh shida dan kakak tu. Mulanya kenal kakak tu rasa ok ok je sebab dia rajin tegur shida kat luar kalau berselisihan dan shida beli juga barang dekat dia.
Nak cerita dari segi perwatakan atau sikap mulanya biasa je bagi shida sebab shida memang tak ada masalah dengan dia. Tiba-tiba satu hari tu dia datang tempat kerja shida katanya kad bank dia kena telan dia urgent nak guna duit nak pergi bank ambil kad tu duit tak ada kat tangan, dia pun Pinjam Duit dari shida RM50. Masa tu memang gaji kebetulan memang ada duit dalam dompet shida so shida pun rasa kesian shida pun tolong dia dan bagi RM50 kat dia. So dia pinjam masa tu hujung bulan feb, katanya husben dia belum gaji bla..bla..bla..dia membebel. Dia janji nak bayar bila kad dia dah siap mungkin seminggu atau 2minggu lepas tu lah sebab nak dapat kad tu bukannya makan hari atau bulan kan. So sejak dia pinjam duit shida tu, shida dah tak nampak batang hidung dia kat sekitar tempat shida. No.hp pun ada, rumah dia pun shida tahu tapi tak kan nak pergi rumah kan atau sms dia disebabkan RM50 tu so shida buat keputusan tunggu je lah dia datang.
Nak jadi cerita masa shida terserempak dengan dia kan masa tu dah sebulan dah dia pinjam duit tu, tapi yang buat shida hot dia boleh buat tak tau dekat shida masa terserempak tu, laju je bawa motor. Memang angin satu badan rasa! Shida tak kisah dia nak bayar lambat pun tapi bila buat macam tu rasa macam diri ni dipergunakan pun ada. Then shida pun buat keputusan untuk call kakak tu, plan nya nak buat macam nak beli barang dia lah. Tapi hampa no. maybe dia dah tukar atau tak pakai dah. So dalam hati geram juga rasa so shida kata dalam hati "nak lari kemana duduk satu taman je" selang 2 hari shida bertembung dengan dia dan husben dekat kedai. Dia nampak shida, shida nampak dia dan kami saling berpandangan, shida terus keluar sandar dekat kereta tunggu adik beli barang shida tengok je dia.
Tak lama tu dia datang dekat shida bagi RM50 tu, dia kata "shida sorry lambat ada masalah duit sikit". Shida pun dah meluat tengok dia shida senyum je cakap "sama-sama, tak pe kak" ok dalam hati lega Allah bantu shida ketemukan kakak tu masa tu kalau tak tak tau lah bila dia nak bayar kan. Minggu lepas shida dapat satu sms no.tak kenal tapi orang yang send sms tu kenal shida rupanya kakak tu dia dah tukar no. baru tapi dia save lagi no.shida agaknya. Dia sms shida "Salam dik kak iqah ni, nak minta tolong sikit nak pinjam duit sikit dalam RM100 husben belum gaji" shida balas "Wasalam kak, kak kalo husben akak tak gaji lagi saya pun belum gaji lagi kak, duit pun banyak nak pakai ni,sorry ye kak" pastu akak tu cakap "yeke ok lah sorry ganggu shida". Dalam hati rasa akak ni macam tak tahu malu pula! Rasa serik nak bagi pinjam. Kadang tu terfikir husben dia tahu ke perangai dia macam tu, kalau tak ada duit mesti ke nak pinjam dengan orang luar, mesti kita pinjam dengan orang yang terdekat contohnya macam adik beradik ke, saudara mara ke. Lagi pun dia jual produk, rumpai laut bagai macam tipu pun ada kalau kata tak ada duit. tengok gaya sembang masa dia jual produk kat shida bukan main lagi. Macam nak mempergunakan orang atas kepentingan diri sendiri pun ada. Shida dah mula nak bersangka yang tak baik je. huhuuu..
Harap lepas ni shida dah tak jumpa orang macam tu, shida ni jenis cepat kesiankan orang tapi tu lah dah terkena kat batang hidung sendiri lepas ni kena hati-hati sikitlah. Memang semua manusia rambut sama hitam tapi hati lain-lain kan. Berharap juga kakak tu tak buat kat orang lain macam dia buat kat shida ni. Nasib dapat balik RM50 tu kalau tak bebai je rasa, RM50 tu bukannya sikit banyak kot huhuhu.. dah lah kita kerja susah payah nak dapat duit gaji tu kan. Inshaa Allah kalau kata bersedekah dekat masjid atau surau atau dekat rumah anak-anak yatim memang shida ikhlas tapi kalau nak bersedekah dekat manusia macam tu last-last duit pun jadi tak berkat sebab mengungkit-ungkit kan huhuu.. baru mengungkit belum lagi berkata-kata tak elok dalam hati kan. Tapi kan kalau takdir memang shida tak jumpa kakak tu nak tak nak shida memang kena ikhlas duit tu kan walau dalam terpaksa huhuuu :')

sorry entri panjang kali ni, cuma sekadar berkongsi perasaan huhuu :3


Friday, 25 April 2014

Bagaimana ESP Shaklee (Soy Protein Isolate Powder) membantu masalah wanita

Assalammuaalaikum, peace upon you.
Bagaimana ESP Shaklee (Soy Protein Isolate Powder) membantu masalah wanita malaysia kini yang makin serius dengan masalah berat badan, dan kulit. Ada tak korang yang dah guna macam-macam Produk tapi berat masih tak turun berat badan, kulit masih tak cantik dan mulus, kalau ada shida sarankan dan galakkan korang cuba guna Energizing Soy Protein atau panggilan lebih mesranya ESP Shaklee salah satu Dietary Supplement yang dapat membantu wanita dalam menangani masalah berat badan dan kulit. ESP Shaklee ini bagus untuk dalaman wanita/lelaki kerana ia berfungsi :
  • Kurangkan Kolestrol (cegah osteoporosis)
  • Membina Otot Sihat
  • Mengurangkan Berat Badan
  • Membekalkan Tenaga
  • Menguatkan Tulang
  • Pulihkan Luka dan parut
  • Kuatkan Kuku dan Rambut Gugur
  • Mengurangkan Risiko Penyakit Kanser dan Jantung
  • Mencantikan Kulit (membaiki pigmentasi kedutan dan kesan tua/awet muda)
  • Memperbanyakkan Susu Ibu (khas buat ibu-ibu)
  • Pulihkan Fungsi Prostat (untuk lelaki)
Shida sendiri memang ada masalah kulit (jerawat) dan rambut gugur, sejak dah guna ESP selama 4 bulan alhamdulillah kulit dan rambut lebih baik dari sebelumnya. Disamping menggunakan supplement lain pada waktu malam. Cara pengambilan ESP ni macam shida sendiri, shida ambil pada waktu pagi sebelum sarapan. Bagi Protein masuk dulu dalam badan baru makanan lain. Shida jenis malas nak sarapan tau pagi-pagi ni so minum ESP ni dah kenyangkan perut untuk waktu pagi so tak lah risau sangat pagi-pagi nak cari sarapan kan, minum ESP je simple! Untuk lebih baik perbanyakkan minum air masak (plain water) sekurang-kurangnya 2liter sehari dapat 3 liter sehari dah cun dah! :)
Ini pengalaman shida menggunakan ESP Shaklee, sebenarnya sarapan adalah sangat penting dalam tum besaran atau proses permulaan tubuh kita. So kalau kita ambil makanan yang baik untuk badan pasti kesihatan kita terjaga. Kalau korang jenis leka dalam pengambilan sarapan pagi apa kata cuba ESP, mudah je shake-shake je dah siap! terus minum boleh tahan sampai tengahari. Macam shida sampai ke petang, balik rumah lewat petang baru cari nasi kat dapur. Jimat pun jimat kesihatan pun terjaga :) so kalau korang berminat nak dapatkan ESP Shaklee ni boleh hubungi maklumat di bawah.

Hubungi Untuk Lebih Lanjut :

Rezeki Advertorial dah masuk, Alhamdulillah :)

Assalamualaikum, peace upon you.
Alhamdulillah, rezeki advertorial dah masuk :) senyum lebar shida hehee. Insha Allah tunggu duit Nuffnang dan lain-lain dah boleh buat Giveaway sempena Ulang Tahun Blog shida (ke 4 tahun) yang serba biru ni. Sebenarnya dah lama plan nak buat tapi teruja lebih tak boleh nak tunggu shida dah buat awal-awal hari tu sempena follower 5k shida yang bertajuk Giveaway 5k Dunia sebenar Shida tu ingat tak? seramai 280++ yang join masa tu meriah sangat-sangat :) so Inshaa Allah giveaway akan datang ni shida ada plan sikit tapi masih dalam perancangan lah.
So duit hasil dari blog ni memang shida tak usik kalau tak ada guna untuk apa-apa kecuali nak renew domain blog atau buat barangan limited edition blog baru guna. Acc maybank ni shida buat khas acc simpanan duit bloging dan design sahaja :) saja lah nak tengok berapa banyak shida boleh simpan dalam beberapa bulan kan. Sebab dah kahwin nanti, dah ikut bakal suami mungkin nak jadi fulltime blogger dan jadikan bloging satu sumber pendapatan nanti so dari sekarang belajar cari duit dengan bloging dan partime designer, Inshaa Allah jika ada rezeki dan dipanjangkan umur.


Thursday, 24 April 2014

Online Shop AHR Apparel

Assalamualaikum, peace upon you.
Monopod Murah dari AHR Apparel dengan harga terbaik dan betul-betul murah. Kalau korang suka berselfie suka tangkap-tangkap gambar dengan handfone korang tu mudah jika ada Monopod ni boleh muat ramai orang dengan menggunakan Monopod ni. So tak adalah nanti gambar kepala je, gambar nampak separuh je tak pun nampak sipi-sipi je kan kecik hati kawan hehee.. So mudah dengan Monopod semua boleh ada dalam satu gambar hehee :) Inshaa Allah sebelum wedding kakak shida nanti shida pun nak dapatkan satu boleh berselfie dengan family dan saudara mara yang datang kan :) kalau tengok di twitter, instagram atau facebook hashtag monopod dan selfie dah jadi trend sekarang hehee :) Selain Monopod AHR Apparel juga ada jual barangan dan produk lain-lain seperti clothing, pepero, healty&beauty care dan banyak lagi boleh singgah di page AHR Apparel.
salah satu cara berselfie heheee.. peace Nora Danish :)

TOP SELLER AHR Boutique: Bedak Tanaka : RM30.00 100grm, (AHR Beauty Shop) Jaket dan Bag lelaki bergantung pada jenis baju, Telekung Travel : RM39.90 (AHR Apparel) Bawal rainbow : RM15.00, Monopod (FB Cik Yan) *sila ke page AHR untuk lebih lanjut!

 Untuk lebih lanjut boleh hubungi :




Khas buat penyewa tapak diblog shida www.duniashida.com

Assalamualaikum, peace upon you.
Di sini shida nak memohon maaf kepada penyewa tapak diblog shida kerana tak dapat online dalam beberapa hari yang lepas disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan yang membuatkan trafik turun dari biasa. Shida dengan rasa ikhlas hati melanjutkan tempoh sewaan selama sebulan secara percuma kepada semua penyewa yang tersedia ada. Harap tiada lagi masalah internet yang berlaku dan shida akan mula beroperasi dengan blog seperti biasa. Terima kasih kepada semua penyewa tapak diblog shida ni sebab masih setia dan percaya dengan menggunakan servis tapak banner dari shida :)


Wednesday, 23 April 2014

2 Cpuv Campaign dari Nuffnang yang ke 91 dan 92 | Terima kasih Nuffnang

Assalamualaikum, peace upon you.
2 Cpuv Campaign dari Nuffnang yang ke 91 dan 92, rezeki berblog walaupun lama shida tak online cuma update mana sempat jer.korang boleh kira dari 14hb hari ni baru betul-betul online guna lappy dengan Wifi TM yang baru dalam entri shida yang sebelum ni boleh scroll nak baca :) Cpuv baru yang datang dari iklan YES 4G World Cup dan Clinique Even-Better Lotion. Cukup 100 Cpuv Campaign bolehlah shida buat segmen Nuffnang hadiah dia belum fikir lagi hehee :) kita tunggu dulu cpuv ke 93 hingga 100 ok :) sebenarnya masa tengah type entri ni shida sembang-sembang dengan Blogger Azhafizah tentang Geniee Ads. Cuma sekarang kami masih was-was dengan status pada Nuffnang sebab ada blogger yang join H12 Media Ads Nuffnang tarik status Glitterati dan earns pula reduce sampai half yang kita simpan dalam akaun tu. Perkara ni memang rasa serius juga lah. Kalau setakat tukar status tak kacau earning shida ok lagi tapi kalau sampai kacau earns susah sikitlah bukan senang nak kumpul walau RM50 pun dari Nuffnang ni. Shida nak tanya-tanya juga kepada blogger yang lebih lama menggunakan Geniee Ads dan Nuffnang ni, ada perkembangan shida share dengan korang ya :) Nak tahu apa tu Geniee? klik sini saya! :)


Tuesday, 22 April 2014

Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com

Assalamualaikum, peace upon you.


Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 22 April 2014, iaitu tepat jam 11.15 pagi sehingga 11.15 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 April 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...


Modem Wifi baru dari TM

Assalammualaikum, peace upon you.
Modem Wifi Baru dari TM terbaiklah :) happy shida setelah 5 hari tak ada internet lepas hujan lebat kelmarin kat simpang ni sampai 2 pokok tumbang atap berterbangan perghh!! takut tengok! Actually shida dah 2 kali call TM buat report pasal internet shida tak boleh pakai masa tu baru 2 hari, masuk hari ke 3 tak ada tindakan apa-apa dari pihak TM so shida call kali kedua masa tu dah masuk hari ke3 tak ada internet, shida call 100 careline TM kan :) Encik Firdaus yang entertain shida baik orangnya dan berbudi bahasa cewahhh.. hope dia boleh baca lah entri ni ekekee :p Macam biasalah dorang nak kan pengesahan dan lain-lain lepas tu bermulalah drama queen ^_^

En. Firdaus ni shida pun tak pasti lah dia ni dah kahwin ke belum tapi dia sangat memahami. Biasa shida kalau yang entertain shida beritahu nama masa mula-mula tu shida akan ingat nama dia macam take note sikitlah, bukan apa kalau dia layan lebih kurang je komplen lah! "perbualan kan direkod so memang tak boleh lari lah kalau layan orang macam tahi" Shida beritahu semalam ada buat report dengan En.A ni then dia pun layan kurang memuaskan tak bantu kita dalam menghadapi masalah internet terus je buka report dan katanya dalam 24jam akan siap, sekarang dah lebih 48jam masih tak ada perubahan. So dengan En. Firdaus ni sangat nice orangnya tolong shida macam-macam, buka laptop shida buka itu ini setting itu ini dan sampai lah satu tahap semuanya tak boleh juga dia kata mungkin modem yang problem, lepas baru dia buka satu report urgent untuk shida sebab shida kata shida cari rezeki guna internet so susahlah kalau tak ada internet dan bla..bla..shida merepek dekat dia hehee ini cerita wifi yang lama klik nak baca!

Masa hari sabtu lepas, time pagi orang TM datang rumah nasiblah dah bangun awal masa tu sebab nak takung air pukul9 pagi LAP (lembaga air perak) dah tutup paip besar. Dorang datang bawa Modem Wifi Baru dari TM macam dalam gambar diatas foc lagi!. Lega sangat dah boleh online macam biasa, kelajuan pula lebih baik dari sebelumnya tapi tak lah laju mana pun hehee ^_^ Terima kasih tak terhingga kepada En.Firdaus sebab sangat-sangat prihatin dan cepat buat kerja! shida bagi awak 5 bintang untuk kes yang dah selesai ni hehee :) bolehlah shida online seperti biasa, update blog, blogwalking, kesian kawan-kawan yang datang tanpa henti tapi shida belum lagi menjengah korang sorry tau! sekarang nak update kejap lepas baru blogwalking jumpa korang kat blog ya ^_^


Monday, 21 April 2014

1st Giveaway Sulaman Lace Heaven

Assalamualaikum, peace upon you.

http://fuzamusa.blogspot.com/2014/04/sulamanlaceheaven-1stga.html

Semua dijemput untuk sertai GIVEAWAY ini, tapi kenalah ikut syarat-syarat berikut:
  1. Follow blog Fuza, Follow Instagram Sulaman Lace Heaven, dan Follow blog Mia Liana
  2. Buat satu entri bertajuk 1st Giveaway Sulaman Lace Heaven
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri kalian ke dalam ruangan komen INI.
  5. Pemilihan pemenang adalah melalui random.org
  6. Giveaway ini akan TAMAT pada jam 11.30 malam 12 Mei 2014
Sila klik pada banner untuk join. Jom....


Friday, 18 April 2014

Refleksi Diri

Assalamualaikum, peace upon you.
Jangan pernah cemburu kepada wanita yang lebih cantik
Tetapi cemburulah kepada wanita yang lebih solehah.
Dunia ini adalah perhiasan dan
Seindah-indah perhiasan adalah wanita yang solehah.

#refleksidiri #salamjumaat


Thursday, 17 April 2014

Minggu yang sangat-sangat sibuk

Assalamualaikum, peace upon you.

Minggu yang sibuk ni shida memang tak boleh nak buat apa, tiba-tiba jem semuanya!! Masuk hari ni dah hari ke 3 rumah dalam proses mengecat bukan cat biasa-biasa ok cat satu rumah dari pagar depan sampai pagar belakang sempena apa?? Banyak sempenanya antaranya sempena Majlis Perkahwinan kakak shida dan Hari Raya yang bakal menjelang tak lama lagi. Jadi semua ready awal-awal supaya senang nanti tak lah kelam kabut. Tapi sekarang rumah macam rumah baru pindah tunggang langgang semuanya. Disebabkan cat satu rumah ni, setakat ni baru siap bilik pengantin, ruang tamu 1 dan ruang tamu 2, rumah ni berblok-blok jadi ruang tamu ada dua heheee.

Jadinya aktiviti online tergendala sementara. Sejak-sejak ni kan hujan hari-hari turun lepas tu line internet slow kadang-kadang tak boleh pakai dah 2hari dah. Esok baru shida nak buat report nak tanya kenapa line wifi shida keluar signal merah. Nak kata bil mustahil shida dah bayar dah! Ini pun shida type guna Hp Samsung S3 shida. Terkial-kial taip entri ni tau, gambar pun tak ada sebab nak upload tak lepas-lepas tak faham shida huhuu! Nasib ada mobile internet ni boleh lah shida online buka facebook, check email dan update blog tapi nak blogwalking amat payah sekali shida nak singgah blog korang huhuuu. Now kena tunggu line ok dan rumah dah siap cat sepenuhnya baru selesa nak online! Ohya! bilik shida bakal dicat dengan warna PINK arghhh..stress kenapa lah kakak pilih warna pink bukan BIRU huhuu.



Wednesday, 16 April 2014

Bantuan RM2500 Dari KWSP Yang Tidak Diketahui Oleh Orang Ramai!

Assalamualaikum, peace upon you

PERHATIAN kepada semua yang mempunyai akaun KWSP! Kebanyakkan dari kita apabila mula bekerja di mohon supaya mengisi borang KWSP. Tetapi tahu kah kita apa baiknya untuk kita. Disini ingin dimaklumkan kepada semua ahli KWSP bahawa Bantuan Kematian sebanyak RM2,500 akan dibayar kepada waris ahli sebagai tanda simpati bagi meringankan beban kewangan mereka. Bagaimanapun, bayaran ini dibayar hanya sekali dan tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
  • Warganegara Malaysia. 
  • Ahli belum mencapai umur 55 tahun semasa kematian. 
  • Permohonan Pengeluaran Kematian dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ahli. Bantuan Kematian dibayar kepada waris ahli apabila permohonan Pengeluaran Kematian dibuat dan akan dimaklumkan kepada waris
Kebanyakan rakyat Malaysia tidak tahu akan perkara ini. Ini mungkin kerana KWSP tidak pernah memberitahu kepada UMUM. Namun kepada mereka yang banyak membaca dan mengambil tahu, pasti akan tahu wujudnya pembahagian ini. Walau bagaimana pun pasti ada yang TIDAK TAHU. Maka ini untuk semua ya. Maka setelah mengetahui maklumat ini, mohon sebarkan kepada semua keluarga, saudara-mara, rakan sekerja dan jiran tertangga, biarkan mereka tahu tentang maklumat ini dan jangan lupa untuk memberitahu mereka untuk menuntut RM2500 apabila salah seorang dari keluarga mereka meninggal dunia kerana KWSP akan membayar RM2500 itu atas dasar ehsan.



 

Monday, 14 April 2014

HOMEMADE BRACELET | Puteri Jelita Shoppe

Assalamualaikum, peace upon you
HOMEMADE BRACELET salah satu hadiah Giveaway 5K Dunia sebenar Shida kalau korang masih ingat lagi, disponser dari Online Shop Puteri Jelita Shoppe. Gelang tangan yang diperbuat daripada manik-manik yang berkualiti bukan jenis yang pudar-pudar gitu. Contoh gelang nanti shida bagi korang tengok di akhir entri nanti. Jika korang jenis suka pakai gelang manik-manik tu boleh contact Pn. Noor Marliana di page atau email untuk membuat tempahan mengikut citarasa korang dari segi kecil besar gelang, saiz dan warna manik :) Selain tu Puteri Jelita Shoppe juga ada jual Produk Kesihatan Shaklee, wahh makin ramai ye yang jana pendapatan dengan shaklee orang kata bukan wang saja berganda kesihatan juga terjaga hehee. Shida juga salah seorang pengguna Shaklee :)
 HOMEMADE BRACELET 

 berminat boleh hubungi lanjut : 


Segmen Blogwalking by DayangDeno

Assalamualaikum, peace upon you.
http://www.dayangdeno.com/2014/04/segmen-blogwalking-by-dayangdeno.html
Di sebabkan nak cari kenalan dan pengunjung baru shida join segmen dari Blogger Dayang Deno ni. Kalau korang nak tambah kenalan boleh join segmen ini tekan banner comel tu ok :)

Tamat pada 1 Mei 2014 
5 peserta bertuah akan dapat Button Badge Limited Edition dari Dayang Deno


Sunday, 13 April 2014

Follower 5151 Ayuni Sara a.k.a Blog Cik Putri Ayu

Assalammualaikum,peace upon you.
 
Follower 5151 Ayuni Sara a.k.a Blog Cik Puti Ayu, blogger pilihan kali ini dengan nombor followernya 5151. Kenapa 5151? Tak kan tak tahu kot 5151 nombor birthday shida pada 5.1.1987 hahaa..berani tak tunjuk umur sebenar hehee..berani je actually tapi ramai yang tak percaya shida tahun ni sudah pun genap 27 tahun dengan kehidupan yang masih single maksud shida masih belum berkahwin tapi sudah pun berpunya :) terima kasih juga pada Blogger Ayuni sudi follow shida mybe dia ada join mana-mana GA yang shida sponser antara syarat yang wajib adalah follow blog. Nak berkenalan dengan blogger pinky ni boleh klik link bawah, siap dengan header sekali shida post haaa. Nak follow nak kenal boleh terjah blog ayuni ni. 5151 dah jadi sejarah dalam hidup tunggu next follower pula :)



Saturday, 12 April 2014

Iklan baru dalam blog Geniee Ads | Menjana pendapatan sampingan dengan blog

Assalammualaikum, peace upon you.
Selama hampir sebulan shida apply Geniee Ads ni semalam baru dapat ads tag dari pihak Geniee. Mesti semua tanya apa tu geniee kan, sebenarnya geniee ni sebuah syarikat yang sama operasinya seperti Nuffnang, cuma nuffnang ada dalam Malaysia tetapi Geniee ni dalam Asia. Nak claim duit pun guna USD hahaaa.. Shida cuma ambil peluang yang ada, jika ada rezeki boleh lah menjana pendapatan sampingan dengan Geniee Ads ni. Secara keseluruhan belum pasti sebab masih baru dalam Geniee Ads ni, jika perlu atau ada persoalan tentang geniee ads ni biasanya shida google je tak pun tanya kepada sesiapa yang ada pengalaman dengan Geniee Ads ni. Nak apply boleh sekiranya blog korang mempunyai pageview melebihi 100,000, korang boleh cuba apply nanti shida bagi link dia :) Oh ya! shida nak minta jasa korang jika ternampak banner dari geniee keluar iklan mengarut (lucah 18sx atau alkohol) minta korang bagitau shida ye, setakat ni shida tak nampak lagi lah. Jika ada shida kena minta pihak geniee tukar ads tag yang tanpa iklan mengarut tu kan :) mencari rezeki yang HALAL itu wajib dan pasti!

Antara Network yang boleh menjana pendapatan dengan blog   
(kira langkah paling mudah & menggunakan banner)

So setakat ni 4 ni saja yang shida sudah guna semuanya ok boleh menjana pendapatan dengan blog, nak cuba boleh klik link yang shida directkan pada pendaftaran baru kecuali exabytes dan reddelima kena baca entri dulu sebab shida ada review sikit hehee :) Apa-apa tak faham boleh tanya kecuali tentang Geniee shida masih baru macam newbie gitu ;)


Friday, 11 April 2014

10 ciri-ciri lelaki yang menjadi dambaan setiap wanita

Assalamualaikum, peace upon you.
betul ke tidak para wanita sekalian? :)


Thursday, 10 April 2014

4 Cpuv Campaign dari Nuffnang (87,88,89, & 90) | Terima Kasih Nuffnang

Assalammualaikum, peace upon you.
Seronoknya buka acc Nuffnang ada banyak Cpuv Campaign masuk tapi banyak juga Cpuv Campaign yang dah metered huhuhu.. gara-gara kurang update lah ni! tak apa lah kalau ada rezeki tak kemana tak gitu kawan-kawan? ambil masa juga shida nak update tentang cpuv shida yang terbaru ni, dapatnya hari selasa yang lalu, hari ni baru berpeluang untuk shida update dan kemaskini. 4 Cpuv Campaign yang muncul tapi hanya 2 yang berbeza dari Anna Sui LVBD-Promoted dan Downy Dolce MMP. Cpuv yang terkumpul dari 2010 hingga hari ni sebanyak 90 Cpuv Campaign! Terima kasih Nuffnang :) Inshaallah cukup 100 Cpuv Campaign nak buat segmen lah :) ok tak? aci tak? heheee :)



Wednesday, 9 April 2014

Shaklee Cinch Energy Tea Mix | Annia's Health & Beauty Shoppe

Assalamualaikum, peace upon you.

Shaklee Cinch Energy Tea Mix merupakan salah satu minuman teh yang direka untuk memberikan tenaga semula jadi di siang hari untuk individu yang aktif serta mengurangkan pengambilan kalori mereka untuk memudahkan penurunan berat badan. Kepada korang yang jenis susah nak telan ubat-ubat atau biji bertujuan untuk penurunan berat badan serta membuang kolestrol dalam badan apa kata korang cuba Cinch Energy Tea Mix ni. Mudah hanya bancuh untuk 1 sachet sehari dan minum, amalkan dan mulakan seperti minuman harian korang secara berterusan, inshaallah akan nampak perubahannya. 
 berminat untuk menggunakan Produk Shaklee yang lain juga boleh hubungi :
Wirdatul Ainna | SID : 908531
SMS / whatsapp / viber / wechat : 0129731595
 

Wordless Wednesday | Button Badge In The Making

Assalamualaikum, peace upon you.
Nak tempah boleh PM shida :)


Tuesday, 8 April 2014

Semakin hari semakin sibuk

Assalammualaikum, peace upon you.
Baru hari ni shida senang nak update personal punya cerita, ya allah sibuk tak terkata. Ke hulu ke hilir bawa mak beli barang untuk kenduri kakak nanti. Minta maaf pada kawan-kawan yang berkunjung selalu tak nampak shida update. Yang sempat join GA je sebab tak guna idea pun nak update huhu.. minta maaf ye sibuk nak kenduri macam ni lah! Baru kenduri kakak belum kenduri sendiri lagi nanti tak tahu sibuk macam mana pula kan. Shida bantu kakak sebab dia sibuk dengan hal-hal sekolah dengan study dia lagi so berkorban sikit untuk dia nanti waktu shida nanti dia pula tolong kan hehee :)

Sejak-sejak kakak dah bertunang ni ujian makin banyak, bukan sahaja ujian untuk kakak tapi tempias dekat shida juga. Alaahh normal lah bila kakak abang dah setel turn shida pula, so ada lah kawan-kawan mak bertanya-tanya tentang shida "haa kamu bila lagi?" "dah ada calon ke belum?" "nak? makcik carikan" dan bla..bla.bla...bla kadanag rimas shida dengar benda yang sama!! rasanya shida tak lah terdesak sangat nak kahwin walau umur dah meningkat macam ni. Nak kahwin persediaan perlu ada dari segi fizikal, mental dan kewangan kan? mana boleh kahwin ikut nafsu semata-mata! Kena fikir juga tanggungjawab selepas kahwin berlipat ganda so bukan lah perkara main-main.

So lepas kenduri kakak bertunang hari tu just abaikan apa yang kawan-kawan mak bebel kan heheee.. dah biasa dengar, shida senyum je lah nak kata apa kan. So hari ni nak keluar lagi dengan mak memandangkan shida cuti hari ni. Letih pun ada macam tak cukup rest shida ni dengan kerja lagi. Kerja makin hari makin banyak kalau cuti esoknya siaplah double triple kerja bos bagi..alahaii bos!! Harapa-harap semua ni berjalan dengan lancar sehingga pada tarikh kenduri nanti. Dah lepas kenduri baru boleh tarik nafas panjang berjelaa hehee :) tapi kena ready telinga lah kan! :3



Monday, 7 April 2014

GA Nurul Yui Collection

Assalamualaikum, peace upon you.
http://nusha1706.blogspot.com/2014/04/ga-nurul-yui-collection.html
Untuk join boleh klik Banner :)

Jumlah pemenang :
1 orang x 1 set pisau kitchen king 6 pcs
2 orang x topup RM 5 ( DiGi/Maxis/Celcom )

Cara pemilihan pemenang :
1 x top referral
2 x random org

Tarikh penting :
GA tamat : 24/4/2014
Senarai peserta : 25/4/2014
Tempoh semak peserta : 25/4/2014 - 27/4/2014
Senarai pemenang : 29/4/2014
 
Good Luck Semua :)
 
 

Sunday, 6 April 2014

Mini GA I Love Monopod By Emas Putih

Assalamualaikum, peace upon you.

 Hadiah:
1 x Monopod bernilai RM45
15 x Button Badge Limited Edition by Emas Putih
10 x Bookmark Limited Edition by Emas Putih

Mini GA ini Seminggu Sahaja !! Syarat simpler giler!!
Nak join sila tekan banner di atas :)


Giveaway Fanylover.me

Assalamualaikum, peace upon you.
http://cutiefany.blogspot.com/2014/03/giveaway-fanyloverme.html
Nak support Giveaway dari Blogger Ainza yang comel ni :) jemput semua memeriahkan lagi Giveaway Fanylover.me ini hanya tekan banner untuk join ya :) Good Luck semua yang join!


Friday, 4 April 2014

Kunci Bahagia Dunia dan Akhirat

Selamat Beramal :) sharing is caring :)


Simple 1st Giveaway Blog Kisah Kita

Assalammualaikum, peace upon you.
http://kisahkita-story.blogspot.com/2014/04/simple-1st-giveaway-blog-kisah-kita.html
Dijemput semua untuk memberi sokongan dan memeriahkan lagi Simple 1st Giveaway dari Blog Kisah Kita iaitu GA bersama My Stitching Wold and Shop. Tamat pada 30 April 2014 :) Good luck semua yang join, klik banner untuk lebih lanjut ya :)


Wednesday, 2 April 2014

Wordless Wednesday | pada suatu hari ditandas awam...

Assalamualaikum, peace upon you.
hahaaa sila baca dengan nada orang india berbahasa melayu hehee :3


Tuesday, 1 April 2014

Printing Button Badge Murah!!

Assalamualaikum, peace upon you.
gambar sebagai contoh ye dari google je :)

shida nak buka tempahan sampai hari KHAMIS ini 3.4.2014
harga pasaran atau biasa 1pcs RM4.00 atau RM3.80
print 100 keatas baru dapat murah kan?? tu pun tak murah mana..
TAPI dengan shida bukan RM3.00 bukan RM2.00 murah..murah..murah lagi hehee
boleh print minima 5pcs masih dapat harga promosi bawah RM2.00
so rebutlah peluang ini sementara promosi masih dibuka.
Kos penghantaran RM6 bagi semenanjung dan RM9 sabah dan sarawak
 Jika dah ada design sendiri tiada cas design dikenakan
kalau nak shida design boleh tapi yang simplelah sebab terhad sampai hari KHAMIS saja

sesiapa yang berminat atau nak tahu selanjutnya boleh PM shida di email, facebook atau fanpage, semua contact berada di sidebar ya :)

Button Badge antara koleksi yang unik bagi shida sebab shida pun suka kumpul button badge dari shida sendiri atau kawan-kawan :) nak bagi kawan-kawan pun menarik juga sebagai hadiah buat kenang-kenangan :)

thanks semua :)