Dunia sebenar Shida: May 2014

Klik Banner untuk lebih lanjut (iklan berbayar) nak tempah? (klik sini)


Saturday, 31 May 2014

Hadiah Button Badge dari Blogger Azhafizah | Koleksi Button Badge dari Blogger

Assalammualaikum, peace upon you.
Hadiah Button Badge dari Blogger Azhafizah | sibuk punya hal baru hari ni nak update button badge/hadiah dari blogger fiza yang shida dapat dari minggu lepas lagi. Sibuk rumah nak kenduri biasalah. Semalam pula dapat cuti khas sempena Kemangkatan Sultan perak dan Pertabalan Sultan Perak. Jadi didalam kesedihan kehilangan Sultan yang dikasihi dan disangjungi shida pula kepenatan mengemas rumah. Banyak benda nak disiapkan tapi tv memang pasang sambil-sambil memang toleh juga tv tu. Kalau dah kemas sampai kat luar rumah baru tutup tv tu sebab tak ada siapa yang nak tengok lagi, kalau biar dah jadi pembaziran pula kan. Thanks to Azhafizah owner www.azhafizah.com untuk Button Badge comel ini kerana menjadi Top Komen April 2014 di blog fiza :)
Koleksi Button Badge dari Blogger | yang bahagian atas sekali button badge shida sudah ada 3 generasi ok hehee :p yang berikutnya dari para blogger yang sangat-sangat Awesome :) agak-agak korang boleh cam tak siapa punya button dalam gambar tu? Thanks semua yang telah memberi shida peluang mempunyai koleksi yang sangat-sangat awesome bagi shida :)


Friday, 30 May 2014

Video dan Lirik Lagu : Encik Mimpi - Rindukanlah

Assalamualaikum, peace upon you.
Shida agak lambat tahu tentang lagu yang tengah hits sekarang ni dicorong-corong radio dan juga lagu Rindukanlah dari Encik Mimpi ni juga salah satu lagu Tema dalam drama PLABOY ITU SUAMI AKU, shida ni jarang tengok tv sebenarnya jadi kalau bab lagu-lagu terbaru atau hits ni semua tahu dari internet saja, tak pun dari radio itu pun kalau shida on radio dalam kereta so nak kata hari-hari tengok tv memang tak lah. Masa shida dipenuhi dengan komitmen bekerja dan blog itu saja. So kalau shida baru tahu kira orang lain dah lama tahu kira macam cerita dah basi lah "kata adik shida" hahaaa.. first time dengar lagu memang terpaut pada lirik dan juga latar video yang cukup menyentuh so buat shida tertarik sangat-sangat sampai dengar hari-hari dah :p  terasa sungguh dalam hati ni :') Encik Mimpi ni seorang blogger, betul ke??
Lirik Lagu Rindukanlah – Encik Mimpi

Ku Benar-Benar Sayang
Pada Dirimu Oh Kasihku
Janganlah Engkau Ragu
Pada Diriku

Dan Ku Berkelana Mencari
Harapan Yang Kita Impikan..
Dari Terbitnya Sang Suria...
Hingga Tenggelam..

Dan Ku Ingin Cinta Sejatimu
Dan Ku Ingin Harapan Hatimu
Oh Janganlah Engkau Bersedih
Oh Ikhlas-Ikhlaskanlah.. Hatimu

Rindu-rindukanlah Diriku
Sepanjang Hari-Harimu
Sayangku
Ku Adalah Milikmu
Sayangku Adalah
Milikmu Yang Kau Rindu..

Doa-doakanlah Diriku Di Dalam Hatimu
Di Dalam Nafasmu
Sepanjang Hari-harimu..

Thursday, 29 May 2014

2 Cpuv Campaign dari Nuffnang | DiGi - WWWOW 2014 dan Sanofi Lactacyd April 2014

Assalammualaikum, peace upon you.
2 Cpuv Campaign dari Nuffnang | DiGi - WWWOW 2014 dan Sanofi Lactacyd April 2014, alhamdulillah dapat 2 cpuv yang tak diduga sebenarnya. Yang pertama dari Sanofi Lactacyd April 2014 dapat pada 23 May 2014 hari ni 28 May 2014 punya lah lama shida nak ambil masa untuk update kan. Apa yang menarik iklan ni dorang nak bagi free sampel produk beauty Sanofi Lactacyd. Kalau korang nk juga boleh klik iklan shida. Jika ternampak iklan pada mana-mana bahagian boleh terus klik dan register untuk dapat sampel free. Shida dah register dah tapi tak tahu bila akan dapat kan just tunggu je lah kan.. nama pun free kan :)
Yang kedua pula dapat dari DiGi - WWWOW 2014 agak pelik sebab shida baru dapat 2 hari yang lepas tapi date pada iklan tu 1 April 2014 pula. Apa-apa pun thanks kepada nuffnang sebab sudi beri walaupun dah lama iklan tu huhuhu^^ hope lepas ni dapat lagi 2 untuk genapkan 100 cpuv campaign keseluruhannya. Selepas cukup 100 cpuv boleh shida jalankan Segmen bersama Nuffnang. Hadiah pun dah ready dah untuk diberi kepada pemenang bertuah nanti, Limited Edition ok! shida buat khas untuk Segmen Nuffnang yang pertama dari shida ni :) mungkin dalam 15 pemenang yang dicari dalam segmen akan datang nanti :) shida pula rasa tak sabar heheee :)


Monday, 26 May 2014

sibuk.. sibuk.. sibuk.. sibuk.. pening.. pening.. pening.. pening

Assalamualaikum, peace upon you.
Sibuk.. sibuk.. sibuk.. sibuk itu je tajuk yang sesuai shida letak sekarang ni sebabnya hari kenduri nak dekat dah! ohh stress!! kenapa shida pula yang stress eh.. huhuu! yer lah shida yang paling tua sekarang dalam rumah so banyak benda nk di buat. Seperti yang shida cerita sebelum ni. Tarikh nak dekat lagi 10 hari lebih saja. Tapi rumah belum nampak apa-apa yang boleh dikatakan sempurna sebab tah lah! selalu jemm! blurrr! tak tahu nak mula yang mana dulu. Now sekarang baru lipat-lipat kotak goodies bag sebab kakak tempah buat patern pula kena lipat-lipat huwaaa!! ingat guna bag macam mana sekali kena lipat-lipat dah la banyak pula tu! tinggal lagi sikit nak buat. Kakak shida si pengantin pula cikgu yang sangat-sangat sibuk sebab saat genting ni pula dia berjemur tengah panas bawa budak pergi game lah, kem lah, adoiii sabar! itu lah dengan shida dan adik-adik yang sibuk nak siapkan semuanya. Walaupun dah 2 kali kenduri dekat rumah tetap rasa macam ada yang tak kena rasa macam first time pula, macam ada yang tak cukup tak beli padahal ikut list semua dah ada huhuu. Itu orang kata nak buat sempurna memang susahlah tapi sekadar semua lengkap ada kira ok lah kan! fuhhh~!
Pening.. pening.. pening.. pening ini pula tajuk kedua yang betul-betul tuju dekat shida seorang. Rasa macam tak pernah rasa panahan pening macam ni. Bukan pening sebab apa, cuma pening fikir soal kerja. Shida plan nak buka biznes family tapi bukan semua family terlibat kira beberapa lah! Shida nak buka kedai sendiri kedai pelbagai orang kata disebabkan tahun ni last shida berkhidmat dengan majikan shida tersayang tu. Tapi shida macam blurr sikit. Tak tahu nak mula dari mana, macam mana dan lain-lain. Dalam kepala pula rasa serabut dan pening, kalau fikir memang pening sampai tak boleh tidur! tengah type ni pun shida asyik fikir. Nak kata belum ready shida dah lama dah ready. Tapi tak sangka secepat ini angan-angan yang shida fikir sebelum ni menjadi kenyataan huhuu. Sorry lah kalau korang baca korang pun pening sebab tiba-tiba shida cerita bermula dengan  pening hahaa :p shida tak tahu nak cerita macam mana tapi asyik fikir tak tahu tahun depan apa naseb yang menimpa shida ni alahaiii~! Kalau betullah apa yang shida plan terlaksana, harap sangat semua berjalan dengan lancar dan berjaya huhuhu!! wahhhh.. stresssnyaa! shida ni banyak fikir sampai mood bloging kelaut dah! sorry semua :(

" apa-apa pun shida buat ikut kata hati dan mulakan mana yang perlu diberi keutamaan dulu, selesai yang utama baru teruskan buat perancangan seterusnya.. amin "


Friday, 23 May 2014

Spesifikasi Kamera Instagram Socialmatic | Polaroid Camera Instagram

Assalamualaikum, peace upon you.
Spesifikasi Kamera Instagram Socialmatic | Polaroid Camera Instagram. Shida rasa dah macam blog gadget pula duk cerita pasal Polaroid Camera Instagram ni. Sejak shida jadikan ia entri Wordless Wednesday rabu yang lalu ramai juga yang tertarik dengan penampilan baru Instax Camera ni. Shida juga sukakan design dia yang ala-ala Laman Sosial Instagram ni. Nampak bersahaja dan unik! Puas juga shida cari dimana untuk kita dapatkan Polaroid Camera Instagram ni tapi malangnya belum lagi masuk pasaran dalam Malaysia ni. Kalau korang betul-betul nak kena lah tunggu ok :) harga? hahaa.. tak sure tapi shida dapat rasa gadget terhangat dipasaran ni mesti mahal harganya mungkin sehebat gadget-gadget seperti Iphone brand yang berjenama tu, lagi-lagi jenis gambar keluar terus mesti lagi AWESOME kan hehee. Shida ada search dan dapat spesifikasi untuk Polaroid Camera Instagram ini .
  • 16 GB saiz storan
  • Wifi dan Bluetooth
  • 4:3 touchscreen
  • 2 lensa utama
  • Optical zoom
  • LED flash
  • Pencetak gambar terbina
  • Kartrid kertas
  • 4 tangki dakwat pencetak
  • InstaOs 1.0

sumber : YANG UNIQUE 


Thursday, 22 May 2014

1st Mini Giveaway By Atikah Aziz

Assalammualaikum, peace upon you.
http://seharumlavenda.blogspot.com/2014/05/1st-mini-giveaway-by-atikah-aziz_17.html
untuk GA ini shida tag : www.azhafizah.com | www.mamaniza.com | www.ziezah.com
Good luck untuk diri sendiri dan semua yang memeriahkan 1st Mini Giveaway by Atikah Aziz
Thank You :)


Wednesday, 21 May 2014

Wordless Wednesday | Polaroid Camera Instagram

Assalammualaikum, peace upon you.

Polaroid Camera Instagram, comel kan?? keluar gambar pun macam dalam instagram hehee :)


Tuesday, 20 May 2014

Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1

Assalammualaikum, peace upon you.

http://www.bubblynotes.com/2014/05/segmen-bloglist-bubblynotescom-48-jam-1.html
Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1 bermula dari 20/5/2014 SEHINGGA 22/5/2014, jam 9.45 a.m... Semua blogger tak kira yang baru atau lama, femes atau tidak, retis atau tidak dijemput untuk memeriahkan segmen ini... Tujuan? Pertama, haruslah nak pilih 10 orang blogger yang bertuah untuk masuk bloglist Bubblynotes.Com dan nak rapatkan lagi silaturahim sesama kita, follow memfollow untuk semua blogger2 yang menyertai segmen ini. Pemenang segmen akan dipilih oleh pakcik Random.Org...

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. FOLLOW blog Bubblynotes.Com
2. Buat entri bertajuk: Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah, sila HIGHLIGHT semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak.

Kemudian pastekan coding seperti tutorial di bawah ini...

4. Tinggalkan URL entry uolss ke dalam ruangan komen di bawah.

Simple dan mudah kannn??? Segmen copy+paste paling awesome kot bagi iolss...

PEMILIHAN PEMENANG:
1. 10 blog akan dipilih melalui Pakcik Random. (random.org)
2. Pemenang akan diumumkan pada 23/5/2014.


Dapat 2 jemputan (event) yang terpaksa shida tolak dengan rela hati

Assalammualaikum, peace upon you.
Exclusive Invitation to HAVARLINE DIAMOND GRAND PRODUCT LAUNCHING
Rasa sedih tak dapat join event bersama team Diamond Collagen (D-Collagen) yang baru-baru ni shida ada review tentang supplimen atau Produk D-Collagen yang dikeluarkan oleh Pihak Havarline Diamond ni. Mesti ramai blogger ada terima jemputan dari pihak Havarline lagi-agi blogger yang review Produk tersebut termasuk shida ni. Mana-mana blogger yang pergi tu hope korang enjoy ye dengan event terbaik ni. Jangan lupa update update update shida nak baca hehee :)
 Mamee Chef - Malacca Factory Visit Invitation
Event kedua pula dari Nuffnang, kena pergi Melaka, best sangat-sangat shida rasa. Ini jemputan kedua shida dari Nuffnang so ini juga kali kedua shida tolak tawaran ini. Memang ramai yang kata rugi sangat-sangat tolak event kan lagi-lagi event berbayar. Bagi shida ada rezeki tak ke mana lagipun banyak peluang lagi. Jika diberi peluang memang nak pergi event-event ni semua tapi ada komitmen yang lebih penting shida perlu utamakan dulu sebab seumur hidup sekali je komitmen ni. Shida tolak atau tak dapat join event ni pun sebab tarikh kedua-dua event ni dekat-dekat dengan Wedding Kakak shida so terpaksa pilih antara komitmen bersama keluarga atau hal personal yang bagi shida mungkin akan dapat peluang sekali lagi jika ada rezeki kan. Inshaa Allah shida percaya rezeki dimana-mana sahaja. Bestlah blogger yang join event Nuffnang kali ni :) mesti ramai yang pergi sebab pihak Nuffnang hanya memilih 60 blogger sahaja dengan syarat pada status Akaun Nuffnang tu mestilah Glitterati so sekarang korang dah tau kan keistimewaan status geli-geli selain untuk meraih cpuv campaign kan :) 

Monday, 19 May 2014

The Liebster Award - Syira Lokman

Assalammualaikum, peace upon you.
The Rules
Mention who nominated you with a link to their blog.
Answer the 11 question asked.
Nominate 11 others bloggers.
Create 11 of your questions for them to answer.
Notify your nominate.

Akhirnya ditag juga dalam The Liebster Award ni, shida di tag oleh Blogger Syira Lokman blognya yang serba pink gitu sweet je tengok hasil seni dari Blogger Azhafizah yang sememang tak asing lagi dari dunia edit & design. Rasanya dah berkurun lamanya tak dapat Award macam ni, last dapat pun masa shida baru-baru menjinakkan diri dalam dunia blog. Update penuh tentang award sahaja seronok sangat masa tu, best update macam tu tapi sejak meningkat tahun ni macam sunyi sepi dah dari award-award bagai ni. Dulu seingat shida blogger yang ada sekarang yang shida kenal tak ada lagi masa tu mungkin juga kita belum kenal hehee.. Cukuplah perkenalan tentang award ni kita teruskan misi menjawab soalan dari syira pula. Let's do it!!

1. Ceritakan serba ringkas tentang diri anda.
Saya Shida Radzuan owner blog www.duniashida.com. Berumur 27 tahun (dah genap pun) Berasal dari Taiping Perak. Meminati sukan hoki, badminton dan warna BIRU macam dalam blog ni :) Seorang yang simple dan mudah dikenali :) Sudah Berblog selama 4 tahun since July 2010 dan sudah pun menjadi aktiviti wajib dilakukan dalam rutin seharian.
2. Apakah tujuan anda berblog?
Tujuan shida berblog banyak sebenarnya daripada menjadikan medium perantaraan antara shida dan kawan-kawan alam maya, shida juga berkongsi pendapat dan pengetahuan, mencerita aktiviti harian yang lebih kepada open diary :) Pendapatan sampingan?? sudah pun termasuk dalam tujuan tapi bukanlah kepada tujuan asal mungkin tujuan yang ke 5 6 7 8 9 atau ke 10 :)
3. Apakah impian hidup anda?
Impian dalam hidup shida kalau kata personal impian nak berumahtangga sebab dah umur 27 masih belum ada seru untuk kearah itu. Selepas dah kahwin baru timbul impian nak hidup bahagia bersama keluarga tercinta. Jika berkesempatan juga impian shida yang lain nak mak ayah menunaikan ibadah Rukun Islam ke 5 iaitu Menunaikan Haji. Inshaa Allah semoga semua dipermudahkan amin!
4. Blogger lelaki and perempuan yang anda suka.
Blogger Lelaki yang shida suka : www.fizgraphic.com (suka art&design dia) Blogger Perempuan yang shida suka : peliks.blogspot.com (suka dia yang pelik dan muslimah blogger)
5. Apa pendapat anda tentang blog Syira Lokman.
Blog Syira Lokman yang sweet pinky memang shida suka, pink macam tu soft je dan sejuk mata memandang. Bukan blog biru je sejuk mata memandang, semua jenis color yang soft memang akan sejuk je mata bila tengok kan..
6. Apakah pekerjaan anda sekarang?
Shida bekerja dibadan swasta seorang kerani dan partime GURU :)
7. Apakah yang ditulis dalam blog anda?
Banyak perkara yang shida ketengahkan dalam blog ini, bukan sahaja menjadi TUTOR tapi lebih kepada hal-hal personal yang boleh diceritakan dan dikongsikan dalam penulisan macam lebih kepada Life Style Blogger.
8. Majlis hari jadi yang diimpikan. *huraikan keadaan,jenis hadiah yang diinginkan.
Majlis hari jadi? hahaaa..tak pandai nak req tapi jika masih single nak req bakal suami yang beriman dan penyayang boleh gitu?? hehee :p
9. Saat anda "jatuh",apa yang anda lakukan?
Jatuh? kalau jatuh katil kita bangun sendiri lah kan hehee, kot lah jatuh katil mimpi "kalau aku kaya" hahaa berbaloi juga jatuh sebab mimpi duit bukan mimpi di kejar suster ngesot hahaa :3 banyak bergurau shida kan, kalau jatuh kerana kegagalan shida kena lah bangkit dan teruskan berusaha hingga berjaya kan :)
10. Sekiranya orang yang anda sayang akan meninggalkan anda,apakah yang anda lakukan sepanjang hayat beliau?
Kalau dia meninggalkan kita dalam kita sedar, mesti lah nak isi saat-saat akhir hidup dia dengan penuh kebahagiaan dan kasih sayang.
11. Apakah kejayaan paling indah yang telah anda kecapi?
Setakat ni tak banyak ada dua yang shida rasa boleh dibanggakan :) menjadi Olahragawati Sekolah 2004 dapat piala besarrr ya amat! dan tersenarai Top 50 Blogger Pilihan Malaysia 2010 itu sahaja :)
 
ok selesai menjawab semua soalan dari syira dan ini 11 soalan pula dari shida kepada bakal yang kena TAG dalam The Liebster Award!
  1. Memperkenalkan secara ringkas tentang diri anda
  2. Sila nyatakan url blog anda, dan kenapa memilih nama url tersebut?
  3. Antara blog berdomain dan blogspot yang mana menjadi pilihan, kenapa?
  4. Sudah berapa lama anda berblog?
  5. Tujuan anda Berblog "hurai seringkasnya
  6. Setujukah anda dengan berblog anda boleh buat pendapatan sampingan, kenapa?
  7. 'Blogger Popular' sikap bagaimana yang patut ditonjolkan sekiranya anda adalah Blogger tersebut.
  8. Apa pendapat anda tentang (Blog Shida) www.duniashida.com
  9. Senarai 5 Blog kesukaan anda
  10. Senarai 5 Blog yang selalu anda kunjungi
  11. Senarai 5 Blog yang menjadi inspirasi anda berblog
 
 Selamat Menjawab kepada : 
  1. www.azhafizah.com
  2. www.fizgraphic.com
  3. www.ziezah.com
  4. www.mamaniza.com
  5. www.kisahemasputih.com
  6. www.zazazehra.com
  7. www.haneeza.com 
  8. www.kisahsidairy.com
  9. myfirdz-trulylove.blogspot.com
  10. coratcoretpinkummi.blogspot.com
  11. nusha1706.blogspot.com
 

Sunday, 18 May 2014

Sepantas mana anda menaip? Jom uji!

Assalamualaikum, peace upon you.
Sepantas mana anda menaip? Jom uji! masa tengah blogwalking ke blog-blog rakan blogger ada lah 2 3 entri menarik minat shida tentang menguji kepantasan jari kita ketika menaip dikeyboard. Setakat ni shida tengok Blogger Azhafizah paling hebat! memang pantas! shida sendiri tak terlawan ok, kurang sikit dari fiza. Tapi memang seronok game ni bukan sahaja menguji kepantasan jari tapi minda kita juga "fokus" tu penting hilang fokus mungkin ketandusan lah hehee. Elok juga blogger amalkan sikap fokus atau beri tumpuan dalam menaip sebab bila blogger menerima advertorial atau sponsor post memang sangat-sangat penting dalam ejaan dalam penulisan entri kita tu. Penulisan juga mempengaruhi SEO maka kena lebih berhati-hati. Shida share ketangkasan yang shida dapat hehee, result fiza klik sini! mencabar kan rasa nak marah juga bila buat silap asyik refresh nak buat lagi sekali tapi yang pertama kali buat tu adalah yang sebetulnya. Bila buat-buat banyak kali emosi pun dah lain so result pun pelbagai hehee kalau makin bagus maksudnya korang tak hilang fokuslah! Tapi shida perasan bila dah salah satu dah mula ganggu fokus untuk ejaan seterusnya kan hehee :) Jom uji!
korang nak uji juga ke? meh klik link ini > http://10fastfingers.com/typing-test/malaysian


Mini GA Cash RM50 by Emas Putih #part3

Assalamualaikum, peace upon you.
[ Tekan banner di atas kalau nak join ]

Mini GA Cash Rm50 by Emas Putih #part3 ini dianjurkan oleh Emas Putih


Saturday, 17 May 2014

Ole-ole Bali dari Blogger Nzaodonut.blogspot.com

Assalamualaikum, peace upon you.
Ole-ole Bali dari Blogger Nzaodonut.blogspot.com | siapa Blogger Nzaodonut ni? blogger ni bukan orang asing lagi bagi shida. Blogger ni kawan sebumbung selama 5 tahun disekolah dulu, cuma nasib kami selalu tak dapat 1 dorm cuma 1 bilik prep je hehee kan Nza. Sebenarnya shida rasa sedikit janggal bila ada kawan sekolah juga yang menjadi seorang Blogger, sebab selalu kenal kawan-kawan yang tak kenal tapi dengan Nza ni tak ada yang dikenal lagi sebab memang dah kenal sangat hehee :) To Nza Selamat Datang ke Dunia Blogger hehee. Apa yang nak dikembangkan oleh Nza dalam duni blogger ni shida masih fikir-fikir tapi mungkin lebih kepada bakat dia dalam membuat apom atau kek mybe :) thanks Nza ole-ole dari Bali ni, shida ada sertai Quiz Away part1, kalau korang nak join boleh tunggu QA part2 ok. So shida nak ajak kawan-kawan support sepenuhnya kawan lama shida ni disini http://nzaodonut.blogspot.com

 

Friday, 16 May 2014

Selamat Hari Guru 2014 | GURU PENCETUS KREATIVITI, PENJANA INOVASI

Assalamualaikum, peace upon you.
Selamat Hari Guru 2014 | GURU PENCETUS KREATIVITI, PENJANA INOVASI, setiap tahun mesti ada sambutan Hari Guru pada tanggal 16 Mei. Sejak-sejak dah habis sekolah ni selalu rindu nak sekolah balik kalau teringat tanggal 16 Mei macam hari ini. Memori zaman sekolah sangat-sangat banyak korang sampai shida tak boleh lupa selalu ingat. Kalau tengok adik-adik kat luar sana banyak sangat perubahan ketara dari segi bantuan dari sekolah. Dulu masa shida F5 shida adalah Olahragawati Sekolah, masa tu ramai cikgu rumah (Rumah Yakin) shida sayang shida sebab shida banyak menyumbang emas dalam setiap acara dijalankan masa Hari Sukan Sekolah. Dulu shida aktif korang tak macam sekarang ni dah lama tinggal bersukan lemak pun banyak dah hahaaa^^ Tapi ini kenangan paling manis bagi shida masa zaman persekolahan dulu :)
Kalau nak cerita tentang Guru pilihan pula, shida paling suka Teacher Nor Akmal Guru Bahasa Inggeris shida yang sangat-sangat sempoi! Masa zaman shida dia masih bujang tau! cantik comel cikgunya. Shida masuk sekolah SMK Raja Perempuan, Ipoh ni atas tiket SUKAN pelajaran no.2 jadi kebanyakan murid-murid kelas Sukan memang tak berapa pandai dalam Bahasa Inggeris. Tapi itulah Guru Pelita Untuk Anak Bangsa, teacher shida ni sanggup adakan kelas tuisyen di Asrama untuk murid-murid kelas Sukan. Enjoy kami semua belajar English masa tu, tak ada rasa malu atau segan sebab masing-masing nak belajar nak faham so semua speaking main taraaamm saja hahaa^^ Alhamdulillah berkat teacher buat kelas bimbingan tu hampir 70% pelajar-pelajar dari kelas Sukan dapat masuk IPTA syukur alhamdulillah :)
Ini antara kenangan atau jasa guru yang tak dapat shida lupakan. Sehingga sekarang kata-kata cikgu masih terngiang-ngiang tepi telinga ni seperti cikgu sedang berbisik kat telinga. Tengok betapa hebatnya penangan teacher shida ni :) Tak silap teacher shida ni dah pun menamat zaman bujang dia 3 tahun yang lepas sebab nampak gambar dia dengan sorang lelaki tapi tak sure pula, tadi cari-cari cikgu dalam facebook dah tak jumpa pula hahaaa^^ mana cikgu menyorok tau-tau shida nak buat entri pasal dia, nak curi gambar dia hehee^^ kalau betullah cikgu dah berkahwin selamat pengantin baru ye cikgu :) Terima kasih selama ini menahan sesak dada ajar kami semua dalam subjek English "sesak dada" sebab ada Pak Lawak dalam group kami asyik usik cikgu sampai gelak sakit dada hahaaa^^ teringat betul peristiwa tu :) Selamat Hari Guru cikgu dan semua Guru-guru dan juga rakan-rakan blogger yang seorang guru.


Thursday, 15 May 2014

Raya nak dekat dah! Jom shopping Baju Raya dekat Dedeqdewishes Boutique

Assalamualaikum, peace upon you.
Raya nak dekat, jom shopping Baju Raya dekat Dedeqdewishes Boutique | tudiaaa..pejam celik pejam celik kita dah masuk bulan Rejab dah, ada sebulan lagi nak masuk bulan Ramadhan yang mulia, kawan-kawan shida sekalian dah habis ke ganti puasa tahun lepas punya? jangan berlengah ya segera ganti sebab masa berjalan dengan pantas! tak tunggu kita dah! samalah dengan hal-hal shopping ni, shida tahu kaum wanita memang pakar bab shopping baju raya. Lagi-lagi ibu-ibu diluar sana mungkin ada yang dah siap-siap beli baju raya untuk keluarga. Shida rasa time sekarang lah sesuai untuk kita window shopping tak pun beli terus supaya nanti tak lah kelam kabut nak cari Baju Raya Istimewa dibulan syawal nanti kan.
Dedeqdewishes Boutique ada menjual pelbagai jenis baju atau patern baju masa kini, sekarangkan macam-macam jenis baju raya yang terjual dipasaran. Teringat shida tahun lepas Hot!! dengan Baju Peplum, sana sini orang jual baju peplum ni. Design yang simple tapi menarik lain dari yang lain so sehingga kini peplum masih menjadi rebutan para gadis :) Macam shida layan baju kurung dan jubah je tapi jubah berfesyen lah! Antara baju terlajak laris di Dedeqdewishes Boutique ni antaranya dress yang boleh digunakan dalam pelbagai acara termasuk hari raya. Beli online lagi mudah hanya dihujung jari sahaja.
boleh juga digayakan dengan jaket/balzer dan ini diantara warna yang ada untuk dress ini
harga untuk dress+blaze/jaket putih ni : RM50.00 sm / RM55.00 ss

dress atau baju kurung patern lain-lain (harga boleh direct to owner butik) : 
available juga untuk warna lain :)


sekiranya berminat boleh hubungi owner :

GiveAway CASH RM50 by Cik Ayue

Assalamualaikum, peace upon you.
(Klik banner di atas untuk join)



Jom ramai-ramai meriahkan GA Cik Ayue!!


Awesome Giveaway part 2 by FatinDiana

Assalammualaikum, peace upon you.
http://www.fatindiana.com/2014/04/awesome-giveaway-part-2.html
Jemput join semua, tamat pada 17 Mei 2014 hope ada luck ^_^ 


EPHYRA UNTUK CANTIK SIHAT DAN BERTENAGA

Assalamualaikum, peace upon you.

EPHYRA UNTUK CANTIK SIHAT DAN BERTENAGA

Menjadi fenomena hangat masakini, kerana heboh diperkatakan akan keberkesanannya! Ramai pengguna yang dah cuba dan kagum dengan hasil yang menakjubkan. Pendek kata, memang jatuh cinta dengan EPHYRA, dan tak akan berpaling lagi!

Satu-satunya produk premium berkualiti tinggi khas untuk kecantikan kulit dan kesihatan dalaman, yang harus diminum oleh setiap orang, baik lelaki mahupun perempuan, yang bertindak dari dalaman, mencerahkan dan menyempurnakan kulit dari dalam, bukan saja untuk kulit muka, malah keseluruhan. EPHYRA sangat berkesan dalam mengembalikan keserian dan kelembutan kulit secara keseluruhan.

EPHYRA, produk keluaran bumiputera buatan Malaysia yang berkualiti tinggi dan dijamin HALAL oleh Jakim dan diiktiraf selamat oleh KKM. Dengan ramuan berkualiti premium yang diadun bersama bahan semulajadi terbaik seperti kolagen ikan laut dalam, astaxanthin, acai beri, l-glutathione, gam akasia, serbuk tomato, bunga marigold dan acerolla cerry yang diimport dari seluruh dunia, dan dirumuskan di sini untuk menjaga tahap status selamat dan halal oleh badan JAKIM dan KKM di Malaysia, pastinya gabungan mantap yang memberikan 10 kali kuasa penyembuhan sel dalam badan, dan berupaya merangsang penjanaan sel-sel kulit baru, menyah toksin dalaman badan dan menyihatkan tubuh badan anda, serta memperbaiki tekstur kulit agar lebih halus, lembut dan muda!

RUMUSAN TERHEBAT, 100% BERKESAN!
Diperkaya dengan antioksidan yang sangat tinggi membantu melambatkan penuaan kulit. Ia membantu menyerlahkan kecantikan kulit, menyihatkan dalaman anda, memberi tenaga berpanjangan, serta berupaya memulihkan sel tisu.

RASA YANG TERSANGATLAH SEDAP!
Mendapat pujian dari ribuan pengguna, supplement paling sedap di pasaran!! Sekali minum, rasa nak minum berkali-kali! Berperisa Tutti Frutti bukan sahaja enak diminum tetapi penuh dengan pelbagai khasiat untuk cantik, sihat dan bertenaga dalam satu masa.



TANPA BAHAN TAMBAHAN
Disahkan HALAL oleh Jakim, dan SELAMAT oleh KKM. 100 % semulajadi dan selamat, tiada tambahan gula, bahan pengawet, pewarna atau perisa tiruan. Bebas hormon,steroid dan bahan kimia oleh SGS.

KEISTIMEWAAN DAN KELEBIHAN EPHYRA
  1. Menjadikan kulit anjal, halus dan lebih cerah berseri
  2. 80% pencerahan ketara dalam masa hanya 1-2 hari
  3. Membantu memulihkan wajah yang bermasalah
  4. memulihkan kulit jerawat, berparut, kusam dan eczema
  5. Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus
  6. Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar
  7. Melancarkan sistem pencernaan dalam badan
  8. Menguat dan mencantikkan kuku dan rambut
  9. Mengurangkan kadar kolesterol
  10. Meningkatkan tenaga dan daya ingatan
  11. Meningkatkan sistem imunisasi dalam badan
  12. Mengawal berat badan dan meningkatkan kadar metabolism
  13. Kempiskan perut buncit
  14. Melancarkan haid & hilangkan senggugut
  15. Melegakan kesakitan sendi dan arthritis
  16. Mengurangi radikal bebas dan toksin di dalam badan
  17. Sesuai untuk ibu hamil dan menyusui bayi
  18. Meningkatkan kuantiti susu ibu
  19. Menjadi lebih bertenaga sepanjang hari
  20. Memulihkan masalah tumit merekah, kurangkan selulit
  21. Meningkatkan kualiti tidur
  22. Meningkatkan kesuburan
  23. Membantu memulihkan masalah cyst

EPHYRA SESUAI UNTUK
  • Lelaki dan wanita, kanak-kanak (4 tahun ke atas)
  • Ibu menyusu dan hamil (5 bulan ke atas)
  • Mereka yang pentingkan kecantikan & kesihatan luar dan dalam
  • Mereka yang mempunyai masalah-masalah berikut :
    1. Kulit berjerawat
    2. Kulit Berjeragat dan Berparut
    3. Eczema / Penyakit Kulit
    4. Gastrik / Masalah Usus
    5. Menurunkan Kolestrol
    6. Stress / Kemurungan / Ceria
    7. Sembelit / Cirit-Birit / Buasir
    8. Asthma / Lelah / Penat / Semput
    9. Gout / Arthritis Sendi
    10. Menopause
    11. Ketidakseimbangan Hormon
    12. Alergi Makanan Laut
    13. Resdung
    14. Penyakit Gusi / Demam
    15. Masalah Tidur / Kelesuan
    16. Jangkitan Pundi Kencing
    17. Masalah Buah Pinggang
    18. Kanser / PertumbuhanTumor
    19. Sakit Sendi & Sengal Badan
    20. Jantung / Saluran Darah
    21. Migraine / Sakit Kepala
    22. Strok / Parkinson
    23. Penyakit Alzheimer (Nyanyuk)
    24. Masalah Senggugut / PMS
    25. Jangkitan Virus / Bakteria
    26. Darah Tinggi
    27. Masalah Saraf
    28. Kencing Manis
    29. Thyroid

ANTARA RIBUAN TESTIMONI EPHYRA

Cantik
  1. Masalah jerawat - klik SINI dan SINI
  2. Masalah jeragat - klik SINI
  3. Eyebag pudar - klik SINI
  4. Parut chicken pox hilang - klik SINI
  5. Kulit lebih bersih daripada parut jerawat - klik SINI
Sihat
  1. Legakan sakit sendi dan suami berhenti merokok - klik SINI
  2. Masalah Eczema - klik SINI
  3. Berjaya kuruskan badan dan lancarkan haid serta tiada senggugut - klik SINI
  4. Berjaya mengandung setelah bertahun menanti - klik SINI dan SINI
  5. Masalah resdung - klik SINI

Bertenaga
  1. Kekal aktif sehingga ke malam - klik SINI
  2. Rasa lebih bertenaga dan bersemangat - klik SINI
  3. Badan lebih sihat dan segar - klik SINI
  4. Sentiasa bertenaga - klik SINI
  5. Tidak mudah letih / tidur lena / tidak mudah mengantuk di siang hari / kempiskan perut buncit / melancarkan sistem pelawasan - klik SINI

PROMOSI EPHYRA MEGASALE


HARGA PREMIUM PACK (30 SACHETS)
RM 180 ( Semenanjung ) / RM 190 ( Sabah & Sarawak )

Call / whatsapp HOTLINE : 019 3999 238 / 03 41417889




Ephyra selalu berada dihati
Untuk Cantik kekal Berseri
Kalau tak percaya cubalah sendiri
Gebu & Flawless dalam 14 hari
Giveaway Ephyra Untuk Cantik Sihat Dan Bertenaga ini dianjurkan oleh mialiana.com dan ditaja sepenuhnya oleh OceanLife2u.com dengan hadiah berupa wang tunai dan produk Ephyra bernilai RM 10,020.00 untuk dimenangi. Sila klik SINI untuk join.


Wednesday, 14 May 2014

Wordless Wednesday | Frozen

Assalamualaikum, peace upon you.


best kan cerita frozen ni tengok banyak kali pun tak boring :) gambar ni dalam format PNG (transparent) kalau ada sesiapa yang nak boleh copy je dari sini tak ada masalah pun :) sharing is caring :)


Tuesday, 13 May 2014

Giveaway Mega 1st Anniversary Mamaniza.com

Assalamualaikum, peace upon you.

 
Buat julung kalinya mama melancarkan Giveaway Mega 1st Anniversary Mamaniza.com disertai beberapa para sponsor yang hebat dengan menawarkan beberapa ganjaran yang menarik kepada para pemenang.

Follow Blog :


Like Page :



Syarat utama :
  1. Pastikan anda follow kesemua sponsor berikut dan like page mereka.
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Mega 1st Anniversary Mamaniza.com
  3. Copy coding yang telah disediakandan pastekan ke dalam ruangan HTML dan publishkan.
  4. Hantarkan URL penyertaan anda di ruang komen.
  5. Giveaway ini akan berlangsung pada 10 Mei pukul 12 tengahari dan berakhir pada 20 Mei 2014 pada 12 tengahari juga.
  6. Pemenang akan diumumkan pada 25 Mei 2014 berdasarkan random

Hadiah Giveaway :
  • Tasbih Pearl x 10 pemenang
  • Wang tunai RM 30 x 1 pemenang
  • Top up bernilai RM 5 x 5 pemenang
  • Tudung bawal berserta brooch x 1 pemenang
  • Senaskah Tafsiran Pimpinan Ar rahman x 1 pemenang
  • Sticker Homemade (2 sticker) x 1 pemenang
  • Keychain Penyu x 5 pemenang
  • Hadiah Misteri x 2 pemenang
  • Kain Baju Kurung 4M dan Goodie beg bersama accesories x 1 pemenang
  • Tudung Bawal Plain x 2 pemenang
  • 3 Pin Tudung by Pin2it by NeenaAnuar x 3 pemenang
  • Buku Terbitan Ana Muslim bernilai RM 100 x 1 pemenang
  • Bedak Sejuk Azza's Gold Powder x 1 pemenang

Nota :
34 pemenang di cari, di harap giveway ini akan mendapat sambutan dengan meriahnya. Sekian, terima kasih.

Good Luck semua yang join, klik banner kalau nak join ya! ^_^

 

Blog berwajah baru tapi masih dalam mood BIRU heheee..

Assalamualaikum, peace upon you.
Rasanya ini final dah yang shida touch up pada bahagian header shida ni :) mood baru datang dah cewahhh hehee..padahal sepatutnya lama dah kena datang kan! asyik sibuk edit-edit blog tapi hasilnya tetap sama warna BIRU juga! macam sebelum ni shida pernah cakap memang shida akan kekalkan TRADISI WARNA BIRU ni sampai bila-bila. Dari kecil lagi suka warna BIRU tau :) so far macam mana ye? ok tak header shida dan part-part yang lain. Corak masih sama sebab shida nak meringankan lagi blog ni so tak nak terlalu banyak guna image semua main code saja simple! bahagian footer pun shida tak letak apa-apa coz rasa macam semak je kalau letak image atau lain-lain, jadi shida biarkan kosong saja. Sebenarnya nak balance kan sebab header dah berat so footer kita ringan dengan kosongkan tanpa design.
Impian nak buat header 3D (lantai dia je) ni dah lama sejak-sejak shida tempah doodle couple ni dari Blogger Nurdani. Sangat-sangat halus artwork dia suka shida sampai rasa nak tempah lagi 1set lagi doodle tapi nak guna gambar real punya hehe tunggu lah perbincangan seterusnya dengan dani. Akhirnya terlaksa juga, lantai 3D ni pun inspire by Blogger Azhafizah. Fiza thanks sangat-sangat sebab banyak dah fiza bantu shida ni, tak tahu nak balas dengan apa! Artwork fiza pun superb! seronok shida tengok! so untuk tahun 2014 dan shida pun bakal menyambut ulangtahun blog yang ke 4 tahun ini. Jadi mood-mood baik dan pemandangan baru wajib ada hehee. Pejam celik pejam celik 4 tahun dah blog ni.
Lepas ni blog dah siap tumpuan shida lebih kepada nak up balik blog ni. Dah selalu kena tinggal, lepas ni pun nak tinggal lagi dalam beberapa hari sebab bulan june nanti rumah shida ada majlis so fokus dulu mana yang patut. Majlis apa? hehee..yang selalu datang baca blog shida mesti tahu shida sibuk dengan majlis apa kan :) Inshaallah selesai semuanya shida kembali aktif seperti biasa, sekarang pun aktif tapi komitmen terlalu banyak kadang-kadang kena dulukan mana yang patut didulukan :) so korang thanks selalu support shida dan blog biru ni. Tanpa korang tak ada lah blog ni seperti sekarang terutamanya my Top Readers (jari ohsem) yang selalu support shida tak kira masa korang selalu ada! sayang korang


Monday, 12 May 2014

Cpuv Campaign ke 96 dari Nuffnang | Nestum #MoreLife

Assalamualaikum, peace upon you.
Cpuv Campaign ke 96 dari Nuffnang | Nestum #MoreLife, alhamdulillah dapat juga Cpuv Campaign kedua dalam bulan May ni dan menjadikan keseluruhan sebanyak 96 cpuv campaign setakat ini :) Syukur alhamdulillah macam dah boleh cashout kalau semua cpuv ni dah credited nanti. Boleh juga buat belanja raya kalau sempat lah! tak pun simpan je kadang-kadang kalau shida tak guna duit ni lebih suka saving je dalam bank. Mana tau sesak-sesak nak guna dah adakan. Ohyaaaa! hampir terlupa nak renew domain untuk ke 3tahun :) Kita tunggu lagi 4 cpuv campaign dan lepas tu boleh lah shida buat Segmen bersama Nuffnang yang shida dah war-warkan dalam entri sebelum ni. So doa-doakan lah cepat-cepat cpuv masuk dalam blog ni, lagi cepat lagi bagus kan dan lagi cepat shida mulakan segmen pertama dalam blog ni :) So far tak pernah buat segmen lagi selalunya Giveaway tak pun Contest so kali ni kita kasi tukar lahhh hehee :) tunggu ya!! Thanks Nuffnang :)


Sunday, 11 May 2014

Hadiah Button Badge dari Blogger Sharina dan Zaza Iman | Print Button Badge Murah

Assalamualaikum, peace upon you.
Hadiah Button Badge dari Blogger Sharina dan Blogger Zaza Iman, sebenarnya dua button ni shida dapat lama dah masa shida buka order untuk print button badge bacth pertama lagi sebab sharina dengan zaza ni print dekat shida so dorang kata shida ambil la satu buat kenangan dan koleksi button badge :) Alhamdulillah dah makin banyak button badge yang shida kumpul sekarang ni. Tapi tak lah sampai ratus-ratus lebih juga lah dari 5pcs kan hehee :) tak tahu lah sejak bila shida jadi suka kumpul then shida gantung dalam almari tiap-tiap hari tengok button sorang-sorang blogger ni hehee. Tak semua minat dengan koleksi button ni, macam shida sendiri dah 3 siri design shida print out button ni, semuanya terbaik cuma kali ni lebih kemas sebab ada balut dengan plastik so nampak lebih kemas dan rapi gitu hehee :)
ada tak blogger yang dapat ketiga-tiga button badge ni?? :)


Saturday, 10 May 2014

Fakta Anak Keempat

Assalammualaikum, peace upon you.

1. Banyak buat orang ketawa & banyak buat orang menangis
2. Selagi dia boleh buat sesuatu perkara, dia takkan minta orang lain membantunya. Tak suka susahkan orang lain >baguskan perangai dia<
3. Orang nampak dia macam SOMBONG, tapi bila dah tegur. Haaa... amik kau! Bercakap tak hentilah pulak ^^
4. Senang percayakan orang. Kadang2 baru je kenal, dah share all story pasal diri dia kat orang.
5. Pantang bila dia minta sesuatu barang tu orang tak bagi, then bila dia dah tak nak baru terhegeh2 nak bagi.
6. Kalau dah suka satu lagu tue, dia akan ulang2 banyak kali.
7. Kalau orang sedih mesti cari dia.
8. Sangatlah peramah. Org tanya sepatah, berpatah2 dijawabnya..
9. Tak pandai memujuk! Memang FAILED bab2 memujuk nie ^^
10. Mudah risau & suka paksa2 orang. Org lain paksa dia tak boleh!
11. Cepat rasa kesian dgn orang lain.
12. Suka menolog selagi dia boleh tolong, dia akan tolong dengan sungguh2.
13. Cepat sangat terasa. Kekadang org tak cakap pasal dia pun! Dia tetap terasa juga. Awas!!
14. Kalau lepak dengan dia, tak sah kalau tak gelak. Sikit2 gelak
15. Mempunyai suara yg sedap. Kalau dpt mic, tak lepas punyalah. Mula2 jer segan nak nyanyi.
16. Sangat memahami perasaan seseorang, tak boleh tgk orang dalam keadaan susah. Mesti rasa nak tolong.
17. Sesetengah orang je yg boleh faham anak ke-4 ni!
18. Bila kawan dia tengah sedih, dialah yang gembirakan kawan dia dengan lawaknya.
19. Pendiam bila ada masalah. Kalau tak, dialah yang paling murai. Pot pet pot pet..
20. Sangat pemalas! Benda yg ada depan mata pun nak suruh orang ambilkan!!
21. Tidurlah lewat mana pun, kalau set alarm mesti akan sedar punya!
22. Suka tidur lewat, bangun pun lewatlah jadinya!
23. Kalau dia tak mampu ucap dengan kata-kata, airmata je yang jadi peneman
24. Kalau orang tak kacau dia, dia takkan kacau org tu melainkan dia hanya bergurau (sakat menyakat)
25. Kalau dah sayangkan someone or something, dia akan jaga dengan baik.
26. Paling pantang bila moody orang tanya soalan berulang, time tue hanya kaki je mampu bercakap!
27. Pandai jaga hati orang, hati dia luka takpe. Asalkan dapat puaskan hati orang lain.
28. Kalau bercakap susah nak behenti, kalau tak pecaya try la sembang dengan dia.
29. Bila parents suruh buat sesuatu kerja, "sekejap" "sekejap" Lastly, buat pun tak! Lupalah katakan.
30. Suka ingat tarikh, lagi2 tarikh penting.
31. Apa yg dia cakap, dia akan buktikan or buat. Jgn sesekali cakap dia penipu!!
32. Kalau dia banyak duit, dia akan belanja kengkawan dia. But kalau dia takde duit, jangan cakap dia KEDEKUT okey!
33. Kalau takde mood, hanya orang tertentu sahaja yg boleh kembalikan mood dia.
34. Bila ada makanan, pandang pun tak! Bila takde makanan mulalah mencari.
35. Bersabar selagi mampu, and kalau tahap kesabaran dia dah melebih had, dia akan luahkan segala2nya.
36. Tak suka dipaksa, lagi2 kalau time makan ubat!
37. Tetap happy walaupun tengah bersedih
38. PELUPA!!! kekadang dia cari satu benda sampai mengamuk habis, padahal benda tue depan mata je.

psssttt..bab pot pet pot pet tu macam tak sama dengan shida hehee.. shida anak ke 4 :)


Friday, 9 May 2014

6 Pesanan Imam Al-Ghazali | Salam Jumaat

Assalamualaikum, peace upon you.
 6 Pesanan Imam Al-Ghazali, inilah segala pesanan Imam Al-Ghazali ketika berkumpul dengan murid-muridnya. Pelbagai jawapan yang diberikan namun jawapannya tetap satu! Bagaimana pula kita semua sebagai blogger? Betapa banyaknya Amanah yang dipikul oleh kita dalam menyebarkan maklumat, pengetahuan dan juga pengalaman kita tetapi jangan sampai Alpa dan Cuai dengan Tanggungjawab kita sebagai Manusia yang beragama. Jom muhasabah diri :)
 
1) "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?" Orang tua kita? Guru? Teman?
     Jawapan = MATI

2) "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?" Bulan?Matahari? Bintang-bintang?
     Jawapan = MASA LALU

3) "Apa yang paling besar di dunia ini?" Gunung? Bumi? Matahari?
     Jawapan = NAFSU

4) "Apa yang paling berat di dunia ini?" Baja? besi? Gajah?
     Jawapan = MEMEGANG AMANAH

5) "Apa yang paling ringan di dunia ini?" Kapas? Angin? Debu? Daun-daunan?
     Jawapan = MENINGGALKAN SOLAT

6) "Apa yang paling tajam di dunia ini?" Pedang? jarum? duri?
     Jawapan = LIDAH MANUSIA