Dunia sebenar Shida: July 2014

Klik Banner untuk lebih lanjut (iklan berbayar) nak tempah? (klik sini)


Wednesday, 30 July 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin

Assalammualaikum, peace upon you.
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin | Salam kosong-kosong ya kawan :) disini shida menyusun 10 jari tanda memohon ampun dan maaf selama shida bergelar blogger dan maaf juga sekiranya segala karya dan penulisan shida ada yang membuat sesetengah pihak atau kawan-kawan sendiri berasa kecil hati. Shida yang khilaf ini memohon maaf zahir dan batin ya :) Selama shida berkarya di dalam blog ni kadang-kadang ada membuat orang lain tak senang atau ada terlebih dan terkurang dari shida minta halalkan ya :) Alhamdulillah pada hari raya ke3 shida masih berkesempatan untuk menulis lagi di dalam blog kesayangan shida ni :) Maaf juga ucapan shida terlambat sehingga masuk raya ke3 baru ada masa sikit untuk menulis dan buat ucapan dekat semua pembaca dan pengunjung blog shida. Dari bulan puasa sehinggalah raya sibuknya tak habis-habis korang. Sampai shida rasa nak pengsan sudah, nasib ada ephyra selalu buat shida bertenaga rasa! Hope sangat-sangat lepas ni ephyra akan banyak lagi membantu shida!
Tahun ni agak sibuk sikit sebab nak diikutkan dalam rumah shida dah jadi anak sulung tau :) sebab kakak abang shida semua dah berkahwin so kerja masak memasak, kemas rumah dan sebagainya shida yanga aturkan. See boleh nampak tak kesibukan shida dirumah? nak hias dan kemas sorang-sorang sebab adik-adik kerja dan study masih tak pulang sabtu 26.7.2014 baru pulang semuanya. Apa-apa shida enjoy raya tahun ni sebab boleh merasa betapa sibuknya menjadi kakak sulung tahun ni :) Raya pertama dan kedua memang tak dan nak pegang hp pun, tahu-tahu malam mandi dan tidur. Raya ke3 ni agak senang sikit sebab tu boleh taip menaip :) Raya ke3 kami sekeluarga balik kampung ke Kuala Kangsar beraya dengan sanak saudara, pakcik dan makcik. So tak ada masak memasak untuk raya ke3 kami tutup rumah hehee :)
Menu Raya agak meriah sebab kami semua buat sendiri untuk menu berat hehee. Menu untuk raya pertama Ketupat, Lemang, Rendang, Laksa, kuih muih, kek dan air oren. Menu raya kedua masih ada Lemang, Ketupat dan Rendang + bihun, kuetiaw dan mee Sup, kekdan kuih muih pun masih ada, cuma air kita tukar buat rebina :) Raya ke3 Off dari memasak hehee kita pergi makan rumah orang pula hehee :) Raya ke4 Inshaa Allah shida nak buat spagethi sebab officemate semua nak datang jika jadi lah sekali dengan bos shida. So menu dah tetap Spagethi, kuih muih dan air oren semula :) Untuk Raya ke5 shida belum fikir mungkin buat goreng-goreng je mee, kuetiaw atau bihun goreng macam tu lah selalunya menu shida masa hari raya. Raya pertama wajib Laksa, raya ke2 wajib Sup, raya ke3 wajib balik kampung dan raya seterusnya baru fikir-fikir nak masak apa hehee :) Letih juga kena masak tapi fikirkan kita bagi orang makan kan rasa puas hati je bila habis. Setiap hari menu semua habis, ramai sangat tetamu dan saudara yang berkunjung hehee :) Tapi tuan rumah dah letih sangat-sangat kerjanya didapur je hehee :D
Persiapan raya pula untuk shida, yes! memang last minit beli so baju yang tinggal tak lah havoc mana huhuu..padan muka kan! Bab baju raya shida memang tak kisah sangat asalkan ada baju berganti kan :) Ikutkan nak sama warna dengan sidia tapi cari punya cari tak ada baju yang sama kaler so shida ambil jer baju kurung yang shida rasa suka nak pakai. Dalam pilihan warna pula shida tak tekankan sangat asal cantik sudah :) kalau tahun lepas warna biru gelap dan oren lembut. Tahun 2014 ni warna maron + ada labuci yang memeriahkan pada ruangan baju kurung shida :) tahun ni sempat beli baju kurung sepasang sahaja itu pun guna duit raya dari bos shida :) yang lain-lain pakai yang lama sebab tak sempat nak beli huhuuuhu..nak nangis rasa huwaaa ;( Bag dari Lazada pun tak sampai-sampai frust juga rasa huhuhu :( Tak apa masih ada bag lain yang shida boleh pakai kebetulan memang ada clucth bag shida warna maron dan coklat so pakai saja! asalkan ada bag nak letak barang-barang peribadi serta duit raya!! penting balik kampung wajib bawa sekurang-kurangnya 30 sampul :) anak-anak sepupu shida ramai kot hahaaaa. Rasanya ini saja cerita raya shida. Nanti shida update lagi ya :) tak sabar nak masuk bulan ogos pula. bye korang!!
 Baju Raya 2014
Duit Raya 2014 dari Majikan dan Blogger Afzal
Hamper Raya 2014 dari Majikan

Saturday, 26 July 2014

Segmen illustrasi comel

Assalammualaiku, peace upon you.
http://izza-sakura.blogspot.com/2014/07/segmen-illustrasi-comel.html
Nak update blog mood dalam mood raya so shida cadang nak join Segmen dari Blogger Izza Sakura dulu, kalau bertuah dapatlah topup tak pun dapat illusstrasi comel dari Izza. Jom kawan-kawan join last 27 Julai 2014 ya! tekan banner cepat!! Izza segala syarat shida dah buat cuma gambar so far tak ada lagi. If menang baru shida cari gambar untuk di illustrasikan oleh awak :) Thanks!

Hadiah : TOPUP RM10x2 & Illustrasi x2/3


Friday, 25 July 2014

Cpuv Campaign ke 105 dari Nuffnang | uMobile Prepaid Free Meal

Assalammualaikum wbt, peace upon you.
Cpuv Campaign ke 105 dari Nuffnang | uMobile Prepaid Free Meal | cpuv campaign dari Nuffnang bertandang lagi. Kali ini dari uMobile Prepaid ke 105. Lama betul shida nak ambil masa update pasal Nuffnang ni. Dapat pada 14hb, hari ini 25hb baru senang shida nak update. Alhamdulillah sempat juga update hari ini, bukan rasa malas nak update tapi kekangan masa shida hadapi sekarang memang kritikal. Masa terlalu padat sampai tak boleh nak berbloging. Tunggu lah lepas raya mungkin lebih stabil. Bulan-bulan puasa ni shida rasa cepat letih balik kerja malam tahu-tahu nak tidur dah huhuu. Apa-apa pun thanks to Nuffnang walau jarang update still beri iklan kekal dalam blog picisan ni :) Thank You Boss!!


Thursday, 24 July 2014

Bagaimana Ephyra Membantu Dalam Cabaran 30 hari Bersama Ephyra

Assalammualaikum, peace upon you.
Hadiah yang shida terima dari Ephyra, Premium Pack Ephyra (30 sachet) & T-Shirt Esklusif Ephyra

30 HARI SUDAH PUN BERLALU,
PELBAGAI PERUBAHAN SUDAH DIRASA,
IZINKAN SHIDA BERPANTUN DAHULU,
SEBAGAI PEMBUKA ENTRI CERITA EPHYRA,

Bagaimana Ephyra Membantu Dalam Cabaran 30 hari Bersama Ephyra | Seperti sedia maklum cabaran 30 hari bersama ephyra sudah pun berlalu. Shida terima dan mula minum ephyra untuk Fasa ke2 ini bermula 16 june 2014 sehingga 15 july 2014, cukup 30 hari bersama Ephyra suatu pengalaman yang betul-betul memberi perubahan dan impak yang besar dalam diri. Shida minum Ephyra kali ini dah masuk kotak ke 3 (2 sponser dan 1 beli sendiri). Memang tak dinafikan setelah menggunakan kotak ke 3 shida mula rasa satu perubahan yang agak besar bagi diri shida ni (klik sini untk testimouni yang pertama) Untuk kotak ke 3ni memang shida pakai dengan konsisten sebab dalam cabaran kan, yang sebelum ini memang shida akui ada skip sehari dua.
Cara pengambilan ephyra, shida minum pada waktu malam sebelum tidur, anggaran masa dalam pukul11 ke 12am kadang-kadang tu terlajak sampai pukul1 shida tetap minum. Asalkan dalam sehari shida tak terlepas untuk minum 1 sachet Ephyra yang superb sedap ni, rasa-rasa oren memang kena dengan tekak shida yang sukakan buah atau air oren. Cara minum ephyra tak remeh pun tuang serbuk 1 sachet ephyra dalam shaker berisi air sebanyak 150ml dan apa lagi shake-shake lah sampai serbuk tu sebati dengan air then boleh minum dah, setel! mudah kan? :)

Skin shida pula memang sensitif, seperti yang sedia maklum shida memang mengalami kulit yang berminyak dan berjerawat. Selepas tamat belajar masuk umur 20an shida dah alami masalah kulit ini. Banyak juga produk shida cuba semua tidak memberi kesan yang baik. Kulit shida boleh dikategori under control sebab bukan lah masalah terlalu besar, cuma berjerawat dibahagian dagu dan pipi sahaja. Tak banyak tapi disebabkan kulit berminyak pula lagi bertambah jerawatnya. Sejak-sejak ambil Ephyra semua terkawal alhamdulillah. Banyak faktor kemungkinan masalah shida ni berlaku mungkin dari segi hormon tak stabil dan  tak cukup rehat atau tidur.

 Bagaimana Ephyra Membantu Dalam Cabaran 30 hari Bersama Ephyra :  
Berat turun 2kg | setelah masuk minggu ke 3 shida ada timbang berat, sebenarnya saja-saja nak timbang sebab rasa dah lama tak timbang berat. Tak sangka shida lost 2kg dalam puasa ke 12 hari. Rasa nak melompat pun ada sebab selama shida puasa berat tak pernah turun selalunya naik tak pun maintain je. Kali bila berpuasa dengan Ephyra selama beberapa hari berat makin berkurangan. Lagi pun shida ada control makan juga tapi tak lah sampai tak makan. Tapi memang seronok sangat-sangat sebab berat turun 2kg banyak juga tu kan :) bukan senang saja-saja nak turun 2kg :)
Kulit lebih cerah dan kurang berminyak | pada malam tinggal lagi 5 sachet dalam kotak Ephyra ni. Shida ke dapur seperti biasa rutin setiap malam minum ephyra la kan, tiba-tiba adik shida tengok je shida then dia kata "kakak muka hang dah cerah sikitlah aku tengok" ok! dalam hati dah rasa macam eh betul ke?? Alhamdulillah ingatkan shida minum Ephyra ni macam syok sendiri je. Rupanya ada juga perubahan yang orang lain nampak dan tegur ;) Suka sangat-sangat hehee lagi-lagi nak raya kan muka berseri cewahhh hehee. Siapa tak nak muka berseri macam memey kan ^_^
Shida share testimoni ni ikhlas dari hati dan sanubari shida, tiada unsur-unsur lain ya. Apa yang shida kongsikan itulah yang terjadi pada shida dalam 30 hari cabaran bersama Ephyra. Dah banyak Produk Ephyra memberi kesan kepada pengguna termasuk shida, ramai dah jatuh hati dengan ephyra ni disebabkan keberkesanan Produk Ephyra itu sendiri. Bersyukur shida diketemukan dengan Produk Ephyra Suplimen Terbaik dari Ladang ni. Maaf juga jika testimoni ni tak cukup syarat seperti yang dinyatakan. Terima kasih tak terhingga terutama kepada Oceanlife2u dan Pengasas iaitu Puan Amiza yang sudi memberi peluang kepada shida, tak lupa juga kepada Blogger Mialiana. Terima Kasih! Kepada korang yang belum cuba dan rasa nak cuba sendiri dan alami sendiri perubahan seperti shida, boleh dapatkan Produk Ephyra dengan shida atau dari agen-agen yang lain. Jika berminat boleh PM shida di facebook atau email, boleh baca sini juga :)

Untuk Maklumat lebih lanjut tentang Ephyra dan lihat testimoni-testimoni terbaik Ephyra :

Wednesday, 23 July 2014

Wordless Wednesday | Persiapan Hari Raya Shida??

Assalammualaikum, peace upon you.
Persiapan Hari Raya Shida?? Apa pun tak beli lagi ni..hurmmm..huuwaaaa


Tuesday, 22 July 2014

Sampul Duit Raya yang Awesome!!

Assalammualaikum, peace upon you.
Sampul Duit Raya yang Awesome!! | Ini antara sampul raya buruan shida Tahun 2014 ni, kenapa menjadi buruan? hahaa rasa unik bila dapat sampul macam ni, padahal nak bagi orang kan bukan buat simpanan diri sendiri hehee :p Ada 4 design pilihan shida antaranya Design HP Samsung, Design Captain America, Desigan Iphone dan Design Candy Crush! memang unik gila setiap sekeping shida simpan buat koleksi sendiri hehee :) Anak-anak buah shida seramai 7 orang masing-masing akan terima sampul Candy Crush dan Captain America. Macam Iphone dan Samsung shida bagi adik-adik dan mak ayah. Baki nanti baru bagi anak-anak saudara mara dan sepupu sepapat nanti. Ada juga shida dapat sampul dari EOAN warna hijau itu shida simpan untuk bagi anak-anak buah masa balik kampung nanti. 
Haa..punya lah banyak kan! tapi tak apa shida ikhlas, setahun sekali je pun. Tak yah lah berkira nak beri duit raya kat budak-budak nanti. Belum lagi student shida datang lagi lah ramai nanti. Inshaallah shida dah sedia semua tu :) Alhamdulillah tahun ni banyak rezeki shida dapat dari ZALORA dari LAZADA so banyak saving juga tahun ni :) Alhadmulillah syukur tahun ni banyak sponser barang raya hehe.. rasa macam artis pula ada yang sponser :3 apa-apa rezeki ini shida panjat kesyukuran sebab rasa diri amat-amat dihargai selama bergelar BLOGGER :) lupa pula Sampul Duit Raya yang Awesome!! ni shida beli dekat satu blog ni tapi kalau korang nak try whatsapp dia sama ada masih buat penghantaran lagi, ok :)

 Sampul Duit Raya yang Awesome!!
|
|
\/

p/s: rasa dah lama tak update blog disebabkan kekangan masa dan bulan puasa yang sangat-sangat mencabar bagi shida dengan cuacanya dan komitmen yang shida wajib beri tumpuan sebenarnya. Terpaksa abaikan blog seketika, hari ni cuti so bolehlah luang masa update blog yang dah bersawang ni. Thanks juga kawan-kawan yang sudi bertandang lagi dan lagi ke blog ini :)


Saturday, 19 July 2014

Segmen Kad Raya 2014 Mialiana.com

Assalammualaikum, peace upon you.

Segmen Kad Raya 2014 Mialiana.com bermula pada hari ini sahaja, 19 Julai 2014, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen Kad Raya 2014 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

20 blogger yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan akan menerima kad raya dari Mia Liana. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 20 Julai 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...


Friday, 18 July 2014

5 CARA UNTUK MEMASTIKAN MAKE UP TAHAN LAMA

Assalammualaikum, peace upon you.
5 TIPS UNTUK MEMASTIKAN MAKE UP TAHAN LAMA | Siapa sini yang tak suka Make Up? Shida yakin 100% semua wanita diluar sana dan juga pembaca shida yang cantik-cantik ni suka akan Make Up, betul?? tepuk tangan sikit sebab betul hehee :) Make Up adalah salah satu perkara wajib dalam Menjaga Penampilan Diri. Make Up yang tahan lama juga menjadi idaman dan dambaan setiap wanita untuk kelihatan cantik setiap masa dan dimana-mana sahaja. Shida kongsikan dengan korang 5 Tips yang wajib korang ambil tahu. Lagi pun Lebaran hampir tiba, ini lah masanya kita kena memastikan Make Up kita boleh tahan lama. Nak berjalan-jalan kerumah kawan-kawan dan sanak saudara bukan 2 3 jam, shida percaya hampir seharian nanti kalau beraya kan :) Jadi jom follow 5 Cara Untuk Memastikan Make Up Tahan Lama khas buat pembaca shida :)


1. Cuci Muka Dengan Bersih
Langkah yang pertama, pastikan anda mencuci muka dan memastikan kulit bebas minyak dan apa jua bentuk kotoran.

2. Sapu Krim Muka atau krim Asas
Kemudian, sapu krim muka atau krim asas dengan tidak terlalu tebal sebelum anda memakai bedak atau mengenakan blusher.

3. Sapukan Base Eyeshadow
Untuk bahagian mata, sebelum anda menyapukan sebarang eyeshadow dikelopak mata anda, sapukan terlebih dahulu base eyeshadow secara menyeluruh (base eyeshadow lazimnya berwarna krim atau putih)

4. Gunakan Eyeliner dan MaskarWaterproof (kalis air)
Kemudian buat garisan lurus diatas dan bawah kelopak mata dengan menggunakan eyeliner waterproof (kalis air) . Gunakan juga maskara waterproof untuk melentikkan bulu mata anda.

5. Sapukan Bedak Pada Bibir Sebelum Memakai Lipstick
Untuk sentuhan terakhir, sapukan bedak terlebih dahulu dibahagian bibir anda sebelum mengenakan gincu atau lipstic. 


Haaa..macam mana 5 cara yang shida share dengan korang? mudah bukan? Pastikan korang ikut langkah-langkah berikut untuk mendapat solekan yang lebih tahan lama. Ada lagi info untuk korang! korang boleh luangkan masa untuk melayari laman web ZALORA MALAYSIA hari ini juga kerana untuk mendapatkan barangan atau produk kosmetik yang terbaik dan harga berpatutan. Diskaun?? pasti ada! Jom shopping di ZALORA MALAYSIA! Selamat mencuba! :)


Thursday, 17 July 2014

Super Raya Sale by Lazada

Assalamualaikum kepada pembaca yang dihormati :)

http://ho.lazada.com.my/SH1d1P
Super Raya Sale by Lazada | Hai semua :) pernah dengar tak Shopping Online LAZADA MALAYSIA yang tengah hangat dengan barangan yang super duper discount dan murah habis ni! Seriously memang murah korang! Sebenarnya shida nak cerita kat korang ni, LAZADA MALAYSIA tengah buat SUPER RAYA SALE pada 16 July 2014, hanya pada 16 July 2014 sahaja korang, sehari sahaja ok. Memang barang-barang dia sale habis sehingga korang boleh jimat sehingga 92% korang!! 

Discount sehingga 92% untuk barangan raya antaranya :
  • Home and living  RM77 & below
  • Home Appliances RM99 & below
  • Sale for Samsung Items ( Best of Samsung)
  • Fashion Sale for Hari Raya
http://ho.lazada.com.my/SH1d1P
Selain korang beli dengan penjimatan Lazada Malaysia juga buat "Wheel  Of  Raya" (macam roda impian kena spin untuk cabutan bertuah) dan kesemua voucher hanya sah pada 16 Julai 2014 sahaja. Antara Lucky Prize yang ditawarkan :
  • Joy Dishwashing Liquid
  • 10 x Voucher RM100 
  • 10 x Voucher RM50
  • 500 x RM50 of Home Appliances (Min Purchase : RM350) 
  • 500 x RM25 of Home Appliances (Min Purchase : RM170)

ttp://ho.lazada.com.my/SH1d11
Klik gambar ni untuk lebih jelas ya!

Jom lah korang ambil peluang ni, pakat ramai-ramai shopping online raya dengan LAZADA. Tak ada masa nak keluar pergi shopping, inilah masa dia hanya dihujung jari. Ada diskaun, ada lucky prize dan bermacam-macam lagi keistimewaan yang korang dapat jika membeli dengan LAZADA. Jangan risau dah ramai pengguna yang beli dengan lazada ni antaranya shida lah :) Semua barangan Free Delivery atau boleh juga Cash On Delivery, sememangnya berbaloi-baloi korang!! Jom korang shopping segera!!

Maklumat lanjut boleh refer :

update!! LAZADA panjangkan tempoh sale sehingga 17 July 2014


GiveAway Ramadhan Syawal by Jaja Sutera

Assalammualaikum, peace upon you.
http://jajasutera.blogspot.com/2014/07/giveaway-ramadhan-syawal-by-jaja-sutera.html
Kalau menang hadiah perfume ok juga kan (berangan je ni), boleh wangi-wangi pergi kerja hehee, nak join?? macam biasalah! klik BANNER ya :) Good Luck kepada semua yang join :)


Hadiah : 5x Botol Perfume berjenama antarabangsa (5ml & 10ml)


Monday, 14 July 2014

GERMAN CHAMPION 2014 FIFA World Cup

Assalammualaikum, peace upon you.
GERMAN CHAMPION 2014 FIFA World Cup | German 1 - 0 Argentina perghhh..bukan team pilihan yang juara kali ni :) actually shida tak tengok  sampai habis sebab dah tak larat sangat-sangat itu pun dipaksa sidia suruh teman dia tengok, tapi tengok dalam rumah masing-masing lah hehee.. tersingguk-singguk shida korang hahaa.. Last-last masuk bilik terus tidur. Masa pukul5 time sahur BF shida sms suruh bangun sahur then dia kata German menang team pilihan kami kalah. Ok lain tahun tukar team kata dia hehee :) Messi pun tak boleh buat apa pertahanan German terbaik! Tahniah shida ucapkan kepada team German dan Fans :) Boleh senyum dah :)

Sunday, 13 July 2014

Cpuv Campaign ke 104 dari Nuffnang | Kastam Malaysia

Assalammualaikum, peace upon you.
Cpuv Campaign ke 104 dari Nuffnang | Alhamdulilah makin lama makin banyak pula cpuv campaign menyinggah kan korang perasan tak?? syukran :) walaupun shida kurang berblog sejak-sejak ni datang juga iklan kekal menempek dalam blog picisan shida ni :) Iklan yang bertandang dari Kastam Malaysia pada 8 Julai 2014 tapi tak pernah nampak pun iklan tu sebenarnya. So far earns dia ok je berjalan dengan baik. Cpuv Campaign ke 104 kena tunggu lagi 96 cpuv campaign baru boleh buat segmen seterusnya atau yg kedua :) Thank you bangat Nuffnang heheee :)


Saturday, 12 July 2014

Printing Kad Raya Part1 dan Part2 dari Bloggers

Assalammualaikum, peace upon you.
Ini Printing Kad Raya Part1, ada 7 kad semuanya termasuk shida dah satu lagi terpaksa delay sebab production tak sempat nak potong :) ada antara kad-kad ni yang korang kenal?? mesti ada kan tengok design dan nama pun dah boleh cam hehee :) Masa ni snap dekat office atas nesih fotostat hahaa kelam kabut juga siap-siap pack terus send kat mereka. Alhamdulillah sampai dengan selamat dah :) Paling jauh send dekat sabah.
Ini pula Part2, ada diantara kad-kad ni ada Staff Insuran Prudential Pn.Azmah yang warna hijau tu :) yang warna pink pula dari Novelis Rafina Mimi Abdullah lain-lain pula dari rakan bloggers. So setakat ni hanya sampai Part2 dulu Part3 dan Part4 menanti dan menyusul shida update :) seronok pula kerja buat kat raya ni hehee :) Inshaallah tahun depan nak buka awal sikit.


Friday, 11 July 2014

Segmen : Saya Nak Kad Raya by Wawa

Assalammualaikum, peace upon you.
http://www.wawaashihara.com/2014/07/segmen-saya-nak-kad-raya-by-wawa.html
akak join wa :) walaupun dah tengok kad ni hehee ^_^ kira aci lah eh hehee ^_^
nak join boleh klik BANNER!



Segmen Saya Mahu Kad Raya Dayang Deno

Assalammualaikum, peace upon you.
klik banner untuk join ^_^
**10 blogger bertuah akan dapat kad raya LE dayangdeno
**Cara pemilihan pemenang melalui Random.org 
**Pengumuman keputusan Random.org pada 15 Julai 2014

Tamat : 14 Julai @3pm


Wednesday, 9 July 2014

Wordless Wednesday | Kad Raya Limited Edition www.duniashida.com 2014

Assalammualaikum, peace upon you.
Kad Raya 2014 Dunia sebenar Shida | www.duniashida.com
Siapa yang dapat kad-kad ni?? Top Komen Blog Shida, Pemenang Segmen Bersama Nuffnang dan Rakan Blogger yang sememangnya setiap tahun dapat KAD RAYA LE www.duniashida.com ini. Alhamdulillah 100pcs Kad Raya telah shida edar semalam :) ada tinggal beberapa baki lagi, nak exchange?? PM ya thanks :)


Ihya' Ramadhan - Giveaway By Ummudd80

Assalammualaikum, peace upon you.
http://ummudd80.blogspot.com/2014/07/ihya-ramadhan-giveaway-by-ummudd80.html
Ihya' Ramadhan - Giveaway By Ummudd80 | Jom ramai-ramai pakat join Giveaway dari Ummudd80, sebenarnya shida dijemput join oleh penganjur itu sendiri thanks kak :) memandangkan idea masih belum ada, shida join dulu giveaway rakan-rakan blogger, support mereka boleh dapat kenalan dan beramah mesra itu yang penting. Soal hadiah tolak tepi biasa shida join mana-mana GA harapan nak menang tu memang lah ada tapi tak kisah pun bab hadiah tu walaupun sekeping kad sahaja sebagai hadiahnya boleh juga disimpan buat kenang-kenangan kan. Harap kawan-kawan kat luar sana jangan lah join semata-mata kerana hadiah yang ditawarkan sahaja, niat no.1 support 2. tambah kenalan, jadi blogger kenalan tu penting 3. baru lah fikir soal hadiah itu pun kalau menang kan heheee :D Good Luck semua, nak join klik banner ya :)

Tamat : 21 July 2014 | Umum pemenang : 25 July 2014


Tuesday, 8 July 2014

Cpuv Campaign ke 103 dari Nuffnang Tesco Delivery Lab

Assalammualaikum, peace upon you.
Cpuv Campaign ke 103 dari Nuffnang Tesco Delivery Lab | seronok pula tengok Nuffnang makin banyak bagi Cpuv Campaign sekarang. Hope dapatlah bertahan sampai shida rasa nak cashout ye. Thanks kepada Nuffnang kerana sudi memberi Cpuv Campaign yang ke 103 iaitu iklan Tesco Delivery Lab. Tak tahu lah apa jenis iklan kan sebab tak pernah nampak pun iklan Tecso Delivery Lab. Tak pernah lagi shida nampak iklan ni dia malu nak keluar agaknya hehee. Dah lama rasanya tak pergi tesco sejak-sejak kereta masuk bengkel gara-gara berlanggar belakang kereta orang kan! nasib badan lah! eh! bukan shida lah! adik shida yang bawa sampai jadi macam tu.Tu yang rasa dah lama sangat-sangat tak pergi tesco, kalau tak seminggu sekali mesti pergi cuci-cuci mata sambil tu beli barang sekolah kan. 
Sebenarnya shida nak minta maaf sebab dah lama shida tak blogwalking, bukannya tak nak tapi kekangan masa sekarang ni. Lagi-lagi tengah buat kerja printing ni lagi lah macam handle apa je kan! tak apalah habis je urusan printing kad ni nanti shida jalankan kerja blog seperti biasa. Ada blogwalking tapi ke blog yang keluar feed dekat facebook tu jelah. Tak apalah hari ni shida cuti, lepas siap buat kerja printing dengan pergi pejabat pos shida blogwalking kejap, sorry tau korang. Tak putus-putus korang datang blog shida memberi support dan tanda korang hargai blog ini. Tengok lah TOP KOMEN pun dah banyak keluar nama Blogger Baru. Happy shida tengok lagi bersemangat nak berblog dan blogwalking :)


Monday, 7 July 2014

Ramadan Giveaway by WeLoveSusuIbu (Pengedar Shaklee Paling Popular)

Assalammualaikum, peace upon you.
http://welovesusuibu.blogspot.com/2014/06/ramadan-giveaway-by-welovesusuibu.html
Cara Join:
1-Follow blog http://welovesusuibu.blogspot.com
2-Letakkan pada bloglist anda
3-Letak tajuk entry 'Ramadan Giveaway by WeLoveSusuIbu (Pengedar Shaklee Paling Popular)'
4-Copy banner di atas, dan 'backlink' ke entry ini
5-Tinggalkan 'link' entry giveaway pada bahagian komen di bawah untuk dilawati
Apa Hadiah-hadiahnya? 
1-Tempat Pertama: Voucher Tunai Zalora RM150
2-Tempat Kedua: Duit Raya RM40
3-Tempat Ketiga: Duit Raya RM20

Semua peserta akan terima 'Follow' dan dimasukkan ke dalam bloglist 

Tarikh Giveaway:
29 Jun hingga 18 Julai 2014

Pemenang-pemenang akan diumumkan pada 21 Julai 2014

mudahkan?? Marilah join beramai-ramai! klik banner ye!

Giveaway Cash RM100 by Emas Putih

Assalammualaikum, peace upon you.
http://www.kisahemasputih.com/2014/07/ga-cash-raya-rm1000-by-emas-putih.html
[Sila Tekan Banner Diatas If Nak Join]


Sunday, 6 July 2014

Cpuv Campaign ke 102 dari Nuffnang S&P Food - Coconut Milk Powder

Assalammualaikum, peace upon you.
Cpuv Campaign ke 102 dari Nuffnang S&P Food -  Coconut Milk Powder | dalam kesibukan dibulan yang Mulia Ramadhan ni dapat juga shida CPUV Campaign yang ke 102 :) Alhamdulillah syukur dapat rezeki dalam bulan Ramadhan ni. Ramai juga kawan-kawan yang dapat CPUV Campaign S&P Food - Coconut Milk Powder ni. Shida search je ramai blogger yang update hehee..Shida je update lambat sibuk dengan tugasan harian lagi-lagi dalam bulan puasa cabaran dia tinggi fuhh!! Thanks Nuffnang :)
Disamping tu juga shida ni sibuk-sibuk dengan Printing Kad Raya Blogger. Bagi yang mengikuti perkembangan atau ada facebook shida memang selalu update pasal Printing Kad Raya ni. Alhamdulillah berjalan dengan lancar dah masuk PART3 dah :) Inshaa Allah seperti yang shida kata kemungkinan besar 10 July shida memang nak tutup untuk order Printing ni sebab risau ada yang tak sempat dapat Kad, proses printing pun ambil masa juga. Bagi yang berminat nak tempah boleh PM shida segera di email atau facebook shida ok :) Masih dibuka sekarang untuk Part3 dan last call untuk PART4 sahaja :)




Saturday, 5 July 2014

Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini Meninggal Dunia | Al-Fatihah

Assalammualaikum, peace upon you.
Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini Meninggal Dunia | Al-Fatihah | KUALA LUMPUR: Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini atau lebih mesra dengan panggilan Kak Pah meninggal dunia awal pagi Sabtu di Pusat Perubatan Pakar Damansara. Allahyarham yang berusia 61 tahun menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 1.26 pagi akibat jangkitan pada paru-paru. Allahyarham telah dimasukkan ke unit rawatan rapi di Pusat Perubatan Pakar Damansara pada Selasa. Baca lanjut --> Astro AWANI



Friday, 4 July 2014

Saya Nak Duit Raya RM300 Daripada Nile.Com.My

Assalammualaikum, peace upon you.
http://www.nile.com.my/page.php?cd=76
Saya Nak Duit Raya RM300 Daripada nile.Com.My | Kalau kata berpeluang memenangi RM300 dari Nile.com.my ni shida berhajat nak beli bag baru untuk raya, memang plan nak beli bag baru tapi bukan pakai raya sahaja sebenarnya untuk pakai keluar berjalan-jalan, memandangkan bag yang lama semua dah expired huhuu. Yang tinggal pun satu-satunya bag pemberian oleh sidia sempena birthday januari yang lepas, sayang nak pelasah bag tu ^_^ dah intai-intai dalam Women Bag kat nile.com.my kalau lah dapat!! :)


Thursday, 3 July 2014

Top Komen Bulan June www.duniashida.com

Assalammualaikum, peace upon you.
TOP KOMEN BULAN MAY & JUNE
Terima kasih tak terhingga kepada semua yang menjayakan blog shida dari newbie sehingga sekarang. Semua tu termasuklah kawan-kawan dan pembaca atau pengunjung setia blog shida ni. Hari ini shida nak update TOP KOMEN BULANAN blog shida, seperti biasa buat 2 bulan sekali :) Untuk MAY dan JUN tahniah diucapkan kepada yang tersenarai seperti didalam gambar yang shida print screen ni :) So seperti yang dijanjikan shida nak beri 2 hadiah lah 1 untuk May dan 1 untuk Jun, hadiah pun tak special tak mahal sekadar barangan limited edition dari shida yang tak ada dijual dimana-mana tempat pun, hanya di BLOG SHIDA sahaja :) untuk dibuat kenang-kenangan dalam dunia bloging ni :)
Ini lah dia rupa hadiah bagi tengok siap-siap hehee :) so minta korang yang tersenarai PM di facebook shida Nama dan Alamat rumah ok :) nak senang komen saja detail korang tu :) buat 2 komen 1 detail 1 komen korang yang komen detail tu shida padam lepas copy ok :) bagi yang dah pernah PM shida tak perlulah PM lagi shida dah tahu alamatnya :) Terima kasih sebab beri sokongan selama ini :)

Wednesday, 2 July 2014

GIVEAWAY DUIT RAYA GEMPAK 2014 BY AINAA ROSEBERRY

Assalamualaikum, peace upon you.


Click Banner Untuk Join!

GIVEAWAY DUIT RAYA GEMPAK 2014 | AINAA ROSEBERRY | Giveaway ini dianjurkan oleh Ainaa Roseberry dengan kerjasama Mawar Khayalan dan Fero Music. Malah juga di sponsor oleh beberapa blogger yang terkemuka seperti:


Giveaway ini akan berlangsung dari 2 Julai 2014(Rabu) hingga 20 Julai 2014(Ahad). Pemenang akan diumumkan 3 hari selepas GA ini tamat iaitu pada 23 Julai 2014.


Wordless Wednesday | Renew domain untuk ke 2 tahun :)

Assalammualaikum, peace upon you.
servis dari NetKL tak pernah mengecewakan :) shida dah renew, korang bila lagi??


Tuesday, 1 July 2014

Senarai Pemenang Segmen I Love Nuffnang by Dunia sebenar Shida

Assalamualaikum, peace upon you.
Senarai Pemenang  Segmen I Love Nuffnang by Dunia sebenar Shida | Tahniah shida ucapkan kepada Para Pemenang Segmen I Love Nuffnang by Dunia sebenar Shida. Di minta kepada semua pemenang PM shida di facebook shida atau emailkan (admin@duniashida.com) kepada shida detail yang diperlukan seperti : Nama, Alamat, Hadiah Yang dimenangi dan Link Penyertaan. Masa diberi selama SEMINGGU (1 july - 7 july 2014) untuk tuntut kesemua hadiah yang ditawarkan. Terima kasih tak terhingga kepada kesemua peserta yang turut serta dengan ini kepada yang tak berjaya juga akan dapat hadiah berupa KAD RAYA LE (limited edition) dari shida so boleh PM shida juga ya. Jadi semua yang join dapat habuan masing-masing heheee. Tahniah sekali lagi kepada semua yang memeriahkan Segmen Pertama dari Shida ya :) so kita tunggu untuk CPUV Campaign yang ke 200 pula untuk 2nd Segmen Bersama Nuffnang yang pastinya hadiah lebih menarik dan tertarik Inshaa Allah jika dipanjangkan umur :) Senarai Peserta ---> Klik Sini :)
Button Badge Segmen + Bookmark Segmen + Voucher RM100 Zalora + Voucher Discount Legoland + Kad Raya LE dari Blog Shida

Button Badge Segmen + Bookmark Segmen + Voucher RM50 Zalora + Kad Raya LE dari Blog Shida

Button Badge Segmen + Bookmark Segmen + Voucher RM30 Zalora + Kad Raya LE dari Blog Shida

Button Badge Segmen + Bookmark Segmen + Voucher Discount 20% Zalora + Kad Raya LE dari Blog Shida

Button Badge Segmen + Bookmark Segmen + Kad Raya LE dari Blog Shida

Tempat ke 6 hingga 14 (9 pemenang) : Cabutan dari Encik Random
Bookmark Segmen + Kad Raya LE dari Blog Shida
  1. http://www.zazazehra.com/2014/06/segmen-i-love-nuffnang-by-dunia-sebenar.html 
  2. http://www.linazlina.com/2014/06/segmen-i-love-nuffnang-by-dunia-sebenar.html
  3. http://www.ziezah.com/2014/06/segmen-i-love-nuffnang-by-dunia-sebenar.html
  4. http://giveaway-jom-santai-aje.blogspot.com/2014/06/segmen-i-love-nuffnang-by-dunia-sebenar.html
  5. http://aniesaahmad.blogspot.com/2014/06/segmen-i-love-nuffnang-by-dunia-sebenar.html
  6. http://yangbaik.blogspot.com/2014/06/segmen-i-love-nuffnang-by-dunia-sebenar.html
  7. http://nad-lifeisfun.blogspot.com/2014/06/segmen-i-love-nuffnang-by-dunia-sebenar.html
  8. http://miss-azwarsyuhada.blogspot.com/2014/06/segmen-i-love-nuffnang-by-dunia-sebenar.html
  9. http://mydreamhigh123.blogspot.com/2014/06/segmen-i-love-nuffnang-by-dunia-sebenar.html

# Kepada yang TAK BERJAYA boleh tuntut KAD RAYA LE dari shida :) inbox atau email kepada shida Nama dan Alamat korang :) Tahniah kepada semua peserta yang join dan memeriahkan lagi segmen ini. Terima Kasih :)