Dunia sebenar Shida: September 2014

Klik Banner untuk lebih lanjut (iklan berbayar) nak tempah? (klik sini)


Tuesday, 30 September 2014

Segmen Pencarian Bloglist Oktober Truly Love

Assalammualaikum, peace upon you.

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Segmen Pencarian Bloglist Oktober Truly Love
Tujuan segmen ini diadakan adalah untuk mencari 15 blog yang akan menjadi penyeri di sidebar blog ini..

Syarat-syarat penyertaan:
  1. Follow blog Truly Love;
  2. Add To Circle Google Plus +Maria Firdz ;
  3. Buat entry bertajuk Segmen Pencarian Bloglist Oktober Truly Love
  4. Copy coding yang disediakan dan pastekan di ruangan HTML entry dan Publish!
  5. Tinggalkan URL entry penyertaan di ruangan komen entry ini.
  6. Penyertaan terbuka untuk semua blogger.
  7. 15 Blog akan dipilih menggunakan Random.org. dan akan dimasukkan dalam senarai bloglist di Sidebar Blog Truly Love.
  8. Lain-lain penyertaan yang tidak terpilih akan dimasukkan ke dalam Maria Firdz Bloglist.
  9. Tarikh Penyertaan : 25 September 2014 hingga 30 September 2014 (11.59PM)
Jom, sama-sama memeriahkan segmen ringkas ini.. 


Cpuv Campaign dari Nuffnang yang ke 116 | Sime Darby LPGA 2014

Assalammualaikum, pece upon you.
Cpuv Campaign dari Nuffnang yang ke 116 | Sime Darby LPGA 2014 | Pejam celik pejam celik dah 116 cpuv terkumpul setakat ini. Masa bulan july tak silap baru je cukup 100 cpuv selama 4tahun berkecimpung dalam arena blog ni. Dulu tak tahu pun pasal BE atau Cpuv ni. Tak tahu pun wujudnya benda alah ni sebenarnya hehee tapi kan bila dah tahu bertambah semangat nak berbloging ni :) Teringin nak earning mencecah sekali cashout sehingga 1k pun jadi lah hehee ^_^ tapi termamat lah susah paling-paling pun 3 ratus shida dah cashout dah. Penat menunggu 1k wujud dalam earning tu hehee ^_^ lagi pun nak cecah sampai 1k bukan kot untuk blog picisan ni :) tah berapa tahun nak tunggu kan hehe tapi tak mustahil bagi Blogger Otai atau lama kak Redmummy (redmummy.com) ni teruja tengok income dia dengan Nuffnang dan Churp-churp boleh tengok jelah jadikan inspirasi heheee Inshaa Allah :)
"Please Pay Bloggers" kata Redmummy!! ketengahkan suara kami seorang Blogger! Terbaik kak!!


Monday, 29 September 2014

Segmen Blogwalking Bersama Bazlia Amoza

Assalammualaikum, peace upon you.
http://www.bazliaamoza.com/2014/09/segmen-blogwalking-bersama-bazlia-amoza.html
Jemput join semua :) klik banner ya! | Tamat : 30 september 2014 (esok!!)


Sunday, 28 September 2014

Kelebihan Minum Air Masak Sebelum Tidur dan Bangun Tidur

Assalammualaikum, peace upon you.
maaf gambar lari tajuk ya hehee ^_^ 

Kelebihan Minum Air Masak Sebelum Tidur dan Bangun Tidur

Minum Sebelum Tidur segelas air masak dapat mengelakkan serangan jantung dan strok.
Minum Bangun Tidur 2 gelas air masak bagi mengaktifkan organ dalaman.



Saturday, 27 September 2014

Blogger paling Awesome dalam blog www.duniashida.com

Assalammualaikum, peace upon you.
Blogger paling Awesome dalam blog www.duniashida.com | Syukur-syukur sehingga ke hari ni jari jemari masih bermaya untuk menaip hari ni. Isu nak dikupas amatlah menarik kerana isu beberapa blogger kegemaran shida. Siapa? haaa ni nak cita kat hampa semua ni. Blogger yang shida maksudkan adalah seorang yang aktif berbloging, sangat suka berkongsi cerita tak kira lah tentang apa sahaja cerita, tiap hari pastinya ada yang dia update kan. Seorang yang suka blogwalking join segmen dan giveaway. Seorang yang peramah lagi mesra dan yang paling penting dia adalah seorang blogger tegar yang selalu datang menyinggah menyapa dan komen di blog picisan www.duniashida.com.
Suspen dak?? hahaaa nak tau ke siapa mereka tu semua? mereka itu adalah TOP 40 Jari Ohsem! Blog shida lah! sila pergi ke sidebar shida sudah update untuk 40 Blogger yang tersenarai dan yang bertuah setiap bulan yang dicari adalah 10 sahaja. Untuk september dan oktober pemberian hadiah akan menyusul pada hujung oktober nanti. Siapa yang dapat? maybe diantara mereka yang tersenarai. Sebenarnya shida berasa tersangat happy sebab 40 yang tersenarai tu hampir 50% blogger baru atau blogger yang baru menyinggah ke Dunia sebenar Shida ini :) terima kasih shida ucapkan tanpa korang haihhh tak tahu lah kemana hala blog picisan serba biru ni nak pergi kan  :)
Shida sebenarnya dalam proses nak rombak blolglist so segmen bloglist yang pertama bakal menyusul untuk shida update blogger-blogger yang benar-benar aktif bukannya tenggelam timbul. Jadi 40 blogger yang tersenarai di dalam Top 40 Jari Ohsem! layak masuk dalam bloglist ya :) Tapi kalau boleh korang kena rajin update untuk shida terjah dan komen juga. Kadang-kadang selalu terlepas pandang blogger yang rajin komen blog shida tapi shida belum lagi singgah dan komen blog dia. So untuk tidak ketinggalan shida akan update bloglist baru dan akan masukkan seramai yang boleh untuk yang aktif sahaja :) Bloglist shida pun ramai juga yang dah tak update tak blogwalking so kita beri pada yang rajin sahaja :) Terima kasih sekali lagi kepada Top 40 Jari ohsem blog shida. Happy Blogging semua :)


Friday, 26 September 2014

Adab ketika di dalam tandas

Assalammualaikum, peace upon you.
Sebab tu orang-orang tua selalu nasihat jangan bercakap ketika di dalam tandas sebab nak elak perkara macam ni lah. Yang bercakap denagn telefon satu hal, yang menyahut satu hal kan hehee.. memang ada situasi macam ni berlaku zaman sekarang ni. Macam-macam perangai zaman sekarang kan.


Thursday, 25 September 2014

Tutorial buang verify code pada ruangan komen | Tips bloging | Blog mesra pengguna

Assalammualaikum, peace upon you.
Tutorial buang verify code pada ruangan komen | Tips bloging | Blog mesra pengguna | kali shida share tips blog mesra pengguna, buang verify code adalah salah satu tips blog mesra pengguna, kenapa shida anggap macam tu? sebab bila adanya atau wujudnya verify code dalam blog korang tu automatik semua pembaca atau pengomen tegar korang tu lari sebab verify code yang tiada berkesudahan tu. Tambahan pula line internet semput macam siput cadbury lagi lah kesian!! memang menyusahkan verify code ni korang! ini atas pengalaman shida sendiri juga so tak lain tak bukan tindakan seterusnya adalah pangkah atau closed terus blog tersebut. Nak datang balik mungkin tidak lagi. So disini siapa yang rugi?? sendiri juga rugi kan. Kita berblog jangan syok sendiri amalkan sifat ukwah dan saling berkunjungi sesama blog baru lah indah suasana bloging kita kan. Tutorial ini mudah sangat-sangat langkahnya hanya 123 dan save! seperti diatas. Jom ubah!


Wednesday, 24 September 2014

Berani betul perempuan ni!! #wordlesswednesday

Assalammualaikum, peace upon you.
Berani betul perempuan ni!! #wordlesswednesday


Tuesday, 23 September 2014

Tutorial nak elak dari di komen oleh Anonymous Users

Assalammualaikum, peace upon you.
Tutorial nak elak dari di komen oleh Anonymous Users | tutorial ni khas untuk blogger yang selalu dikacau oleh si Anon. Dulu shida buat 'Anyone' jadi sesiapa pun boleh komen sehinggakan berlambak-lambak komen si Anon yang shida rasa terganggu juga lah. Then shida ambil keputusan untuk ubah ruangan komen kepada regitered user sahaja. So nak komen kena log in dahulu ya :) Jadi nak buat hal atau onar dalam blog ini link mali heheee.. tak boleh lariii :) Step simple semudah abc eh bukan 123 sahaja then save! :) just ikut dalam gambar yang shida print screen tu ok :) 

Majukan Blog tanpa si Anon! yeahh!


Tutorial Nuffnang : Cara nak pasang kemas iklan Leaderboard Nuffnang untuk si pengguna nav bar

Assalammualaikum, peace upon you.
Tutorial Nuffnang : Cara nak pasang kemas iklan Leaderboard Nuffnang untuk si pengguna nav bar | ok kali ni shida nak ajar korang tutorial mudah juga bagi shida pasang iklan nuffnang bahagian LEADERBOARD, dekat mana bahagian tu? haaa macam dalam gambar lah! atas header. Iklan paling menonjol sekali antara tiga-tiga bahagian. Rata-rata shida tengok ada blogger yang suka dengan penggunaan Nav Bar (navigation bar) sebab senang bila nak masuk homepage terus klik login bahagian nav bar tu. Macam shida sendiri kalau nak login terus buka web : www.blogger.com terus buka homepage shida sebab laptop ni shida tak sign out pun huhuu. So cara masing-masing berbeza TETAPI yang kurang sedap memandang setengah blog tu dia pasang iklan nuffnang bahagian leaderboard tetapi kedudukan kurang kemas bagi si pengguna nav bar sahaja sebab iklan berada di atas nav bar so nampak kurang kemas disitu. Jadi tutorial kali ni shida nak korang ubah iklan tu duduk dibawah nav bar macam dalam gambar diatas so baru nampak kemas sikit blog kan. Maybe ada yang tak tahu sebab tutorial yang ada semua kena paste atas <head> untuk kedudukan sebenar kan. Jadi tak pe shida ajar macam nak letak macam dalam gambar diatas tu ok :)

1. Buka bahagian template --> cari kod ini : <b:section class='navbar' id='navbar' maxwidgets='1' showaddelement='no'> (nak lebih mudah guna ctrl+f)

2. Dah jumpa korang paste kod nuffnang (kod bahagian leaderboard) bawah kod yang dicari tadi. Macam dalam gambar yang shida print screen ni. 
3. Lepas tu korang cuba PREVIEW kalau jadi SAVE terus ya. Kalau tak jadi maybe ada salah paste tu :)


Selamat Mencuba! | yang nak request tutorial boleh direct komen shida ya :)

Monday, 22 September 2014

3 barang RM100 terima kasih Zalora Malaysia | Pengalaman membeli di ZALORA #2

Assalammualaikum, peace upon you.
3 barang RM100 terima kasih Zalora Malaysia | Pengalaman membeli di ZALORA #2 | Alhamdulillah hasrat nak membeli secara talian di Zalora akhirnya terlaksana juga, kali ni nilai kupon lebih dari sebelumnya. Ini pengalaman kedua shida membeli secara talian (online) di ZALORA dengan nilai kupon RM100. Terima kasih kepada ZALORA kerana sudi memberi shida peluang sekali lagi membeli secara talian di pusat belian secara talian no.1 Malaysia. Eh! tiba-tiba teringat iklan zalora yang jerit-jerit dalam tv tu dah lama tak keluar kan hehee.. ada tak yang perasan?? heheee shida tiba-tiba je teringat heheee time update ni! :) 3 barang RM100 yang shida beli kesemuanya harga bernilai RM117.90 dan shida tebus kupon RM100 tu so ada baki disitu RM17.90 tapi dengan baik hatinya pihak zalora lamsam kan jumlah kepada 0.00 ringgit jadi tiada baki perlu dibayar. Terima kasih tak terhingga kepada Team Zalora yang awesome ni! 
Shida order item 9hb, 11hb barang dah tiba dirumah sangat-sangat pantas buat kerja team zalora ni, memang shida seelluutt habiss!! apa yang shida beli??haaaa.. bolehlah tengok pada gambar tu kan, jenis shida kalau shopping online tak suka beli baju atau dress sebab size dia sangat-sangat complicated nak macth dengan kita walaupun sebenarnya kita size L (size mudah pilih pakaian) tapi bila beli dapat size L yang terlalu  kecil atau yang terlebih besar so dari pengalaman tu shida tak pernah lagi beli secara talian untuk pakaian.  Sandal dan clucth bag tu untuk shida, jam pula untuk anak buah shida yang sulung Danial, dia baru Tahun 1 tapi selalu tengok dia pakai jam yang murah RM5 beli dekat pasar malam yang boleh tekan keluar digital clock tu yang ada macam-macam jenis kartun tu, so shida beli yang jenis elok sikit jam jenis digital juga tapi nak tengok jam kena tekan button. Save battery juga sebab dia menyala lampu 5 saat saja then terpadam sendiri memang jimatlah so rasa sesuai lah untuk dia pakai pergi sekolah. Seronok dia ada jam baru boleh latih dia tengok masa sendiri juga kan :)


Sunday, 21 September 2014

TUTORIAL Letak icon comel disetiap title entri blog archive

Assalammualaikum, peace upon you.
TUTORIAL Letak icon comel disetiap title entri blog archive | tutorial kali ni lebih mudah dan simple. Bagi yang nak cantikkan lagi title setiap entri dalam archive korang tu boleh follow step shida ni ok, kalau dah letak scroll bar berwarna tak salah pun kita cantikkan bahagian lain pula, icon yang shida maksudkan tu boleh lihat pada gambar di atas yang icon gambar strawberi tu :)

1. Buka bahagian template --> cari kod ini :  <li><a expr:href='data:i.url'><data:i.title/></a></li>
2. Dah jumpa kod tu korang delete ok dan gantikan dengan kod di bawah
<li><img src='URL ICON'/><a expr:href='data:i.url'><data:i.title/></a></li>
3. URL ICON --> gantikan dengan url icon yang korang ada, kalau tak ada boleh ambil yang shida sediakan dibawah

4. Preview dulu kalau jadi boleh SAVE ok. Selamat Mencuba!

FREE URL ICON :
 
http://3.bp.blogspot.com/-aZIWE-J2oF0/VB2_LWuWIkI/AAAAAAAARzI/enltlTTqVs4/s1600/glitter1.gif
 http://4.bp.blogspot.com/-RPmkrXNcUlU/VB2_LWl_5zI/AAAAAAAARzE/dQxvuxXMQ6Y/s1600/glitter2.gif
 http://2.bp.blogspot.com/-1sVc9GmQbDc/VB2_MlcqpcI/AAAAAAAARz0/i4qBgo9mIp0/s1600/glitter3.gif
 http://3.bp.blogspot.com/-2bsafHuT9IM/VB2_M4j_EQI/AAAAAAAARzU/2YmIsgjf44c/s1600/glitter4.gif
http://3.bp.blogspot.com/-YsNkmZkjt1I/VB2_NICMMqI/AAAAAAAARzY/u8XsH2AX3Bk/s1600/glitter5.gif
 http://1.bp.blogspot.com/-J8dZyzcFmH0/VB2_Nxe3XRI/AAAAAAAARzo/M2SFFesDRm8/s1600/glitter6.gif
http://1.bp.blogspot.com/-Fu1iKS6eTyQ/VB2_OGN7KUI/AAAAAAAARzs/w1rHTEDEeMA/s1600/glitter7.gif
http://4.bp.blogspot.com/-fIt_H79uZm0/VB2_PTQ587I/AAAAAAAARz4/rrkJBqKfj_g/s1600/glitter8.gif
http://3.bp.blogspot.com/-y69XfYsobXg/VB2_PtyVkHI/AAAAAAAAR0A/eyMDeTGjZLA/s1600/glitter9.gif
http://1.bp.blogspot.com/-AA-W-tQ9kWI/VB2_LQreVJI/AAAAAAAARzA/l1qWh6Abk4Y/s1600/glitter10.gif


TUTORIAL Letak ayat pada setiap post atau bawah entri

Assalammualaikum, peace upon you.
blog contoh ni kredit to zareena (nak buat banner produk macam blog dia boleh PM shida ya)

TUTORIAL Letak ayat pada setiap post atau bawah entri | ok shida betul-betul tengah rajin ni kita terus kepada step macam nak buat tutorial tersebut. Lupa pula mesti lah ada tujuan dia kan, okk tujuan dia simple korang boleh tengok macam blog contoh tu, dia minta shida buat supaya setiap post orang boleh nampak no.contact dia supaya sesiapa yang baca entri dia boleh direct sms atau whatsapp untuk membeli produk yang dia jual atau pun nak letak apa saja jenis ayat pun boleh ikut korang lah ok :)

1. Buka bahagian template --> cari kod ini -->  <data:post.body/> 
macam mana nak cari kod tu kan, tengok gambar shida print screen *nak mudah cari tekan ctrl+f
klik untuk besarkan gambar dengan lebih jelas

2. Dah jumpa kod yang dicari tadi copy dan paste kod dibawah ini. Paste dibawah kod yang kita cari tadi, contoh boleh tengok pada gambar.
<hr/><center>TYPE AYAT-AYAT CINTA DISINI</center><hr/>
ayat tu boleh tukar kepada ayat yang korang nak guna ok. 

3. Dah siap semua diatas PREVIEW dulu kalau jadi SAVE ok :)

Selamat Mencuba!


Saturday, 20 September 2014

Giveaway 2014 Mialiana.com

Assalammualaikum, peace upon you.

Giveaway 2014 Mialiana.com bermula pada jam 8.30 pagi 20 September 2014 hingga 11.59 malam 30 September 2014. Menawarkan hadiah yang bernilai RM1,495.80 untuk dimenangi. Senarai hadiah ada di SINI.

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.

Syarat-syaratnya :

1. Wajib Follow Blog Sponsor
MiaLiana Aynora SewaKeretaSabah ProvideNetwork TengkuButang IeyzartdSyahieyr FuzaMusa YatiAdam ZafirahZarrae Cekelatmanih DayangDeno EngkuMuzahadin PetakBunga AinimRashihah KaryaMahirah Azhafizah Zaidalifah FatihahFazlin FatinFarhanah NiaEmkay SyiraLokman

2. Wajib Like Fanpage Sponsor


3. Buat entri bertajuk Giveaway 2014 Mialiana.com
4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

40 pemenang bertuah akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 10 Oktober 2014.

Good luck!

klik pada banner untuk join....

Friday, 19 September 2014

Jodoh

Assalammualaikum, peace upon you.
Kalau baca ayat di atas ni shida pasti teringat sesuatu perkara iaitu Jodoh. Bagi shida jodoh  pertemuan, ajal maut dan susah senang semua ditentukan oleh Allah swt. Jadi urusan jodoh tak perlulah shida bimbangkan lagi. Jika ia benar sudah diatur maka adalah jalan untuk itu, jika disebaliknya kita baca balik ayat diatas mungkin ada sesuatu hal yang Allah mahu kita mengerti atau fahami :) selalu think positive :) be positive dan segalanya positive Inshaa Allah semua perkara baik-baik belaka :)
agaknya korang perasan tak? ini bukan entri pertama shida buat entri soal jodoh kan, adehhhh.. moga Allah panjangkan jodoh kami ni ..Amin :)


Thursday, 18 September 2014

Giveaway September by Karya Mahirah


Assalamualaikum
[Sila Tekan Banner Diatas Untuk Join]


GA September by Karya Mahirah dianjurkan oleh Karya Mahirah dan di sponsor oleh:

TUTORIAL cantikkan scroll bar

Assalammualaikum, peace upon you.
ini contoh dari blog yang shida edit credit to : Blog Qalwanieys :)
TUTORIAL cantikkan scroll bar | bagi yang nak biasa-biasa tak nak cantikkan apa-apa tak perlulah buat tutorial ini ok. Tutorial ini khas untuk yang nak mencantikkan lagi scroll bar ni mengikut warna kegemaran korang tu ok :) Jom follow step ini.
1.  Buka bahagian template --> cari kod ini --> ]]></b:skin>
dah jumpa paste kod bawah ni sebelum kod yang dicari macam dalam gambar dibawah
::-webkit-scrollbar {
height:12px;
width: 12px;
background: #ffffff;
}
::-webkit-scrollbar-thumb {
background-color: #56a5ec;
-moz-border-radius: 10px;
border-radius: 10px;
border: 1px solid #ffffff;
}
yang warna biru tu korang boleh tukar kepada code warna kesukaan korang k
code warna boleh cari disini --> html color code

Selamat Mencuba ^_^


TUTORIAL buat scroll bar pada archive atau widget lain di sidebar

Assalammualaikum, peace upon you.
TUTORIAL buat scroll bar pada archive atau widget lain di sidebar | apa itu scroll bar? scroll bar tu gambar yang shida share atas ni. Ini kita panggil scroll bar, tujuan scroll bar dalam blog adalah bertujuan untuk menjimatkan ruang dan menampakkan lebih kemas dan teratur terutama bahagian archieve atau senarai post kita tu. Kalau kita tak pasang memang panjang berjeler lah widget archive tu tapi bagi yang rajin update lah sebulan sampai beratus-ratus entri. bagi yang tak rajin update kalau guna pun lebih kemas dan tidak menggunakan ruang yang banyak. Untuk scroll bar ni boleh digunakan dimana-mana widget sekiranya korang tahu cara ingin memasangnya. Jom follow step shida.

1. Buka bahagian Template --> cari kod archive korang
2. bagaimana nak cari kod archive korang? korang ctrl+f then cari 'archive' tak pun title archive korang. Contoh macam shida guna 'oldest post' so shida ctr+f terus dapat macam dalam gambar diatas. kalau tak clear boleh tekan gambar besarkan ok.

3. copy kod ini -->style='overflow:auto; height:400px paste sebelah 'widget-content'
 mesti ada yang pening macam mana nak paste kod diatas kan, korang tekan dulu titik-titik (....) yang anak panah shida tunjukkan tu then korang akan nampak seperti dalam gambar diatas yang berlabel no.3 tu ok.korang punya kod mesti akan jadi macam gambar bawah ni.
ketinggian kotak di sidebar korang tu korang boleh ubah macam shida guna 400px kalau nak kecil lagi boleh guna 300px atau 200px ye :)  boleh faham so far? tak faham boleh PM shida ok :)

p/s: jika korang nak buat scroll bar dekat man-mana widget pastikan cari kod 'widget-content' dan paste sebelah dia sama step macam shida ajar diatas tu ok :)

ini contoh shida menggunakan scroll bar :)

Wednesday, 17 September 2014

Wordless Wednesday | Boooom Komen Instagram Member Paling Awesome!!

Assalammualaikum, peace upon you.
Siapa baca sambil nyanyi sila komen ya heheee ^_^


Tuesday, 16 September 2014

TUTORIAL buat top komen macam shida | Paling efektif dan adil

Assalammualaikum, peace upon you.
TUTORIAL buat top komen macam shida | Paling efektif dan adil | Salam 1 Malaysia semua :) sempatkan nak wish Salam 1 Malaysia buat semua rakyat malaysia dan juga rakan perjuangan dalam dunia blogger ni. Hari ni shida cuti so nak ambil kesempatan update beberapa tutorial hari ini. Tutorial kali ini mengenai TOP KOMEN, kod yang shida pakai ni bagi shida kod atau widget yang paling efektif dan adil. Yang sebelum ni kurang memuaskan bagi shida kerana shida tak dapat jumlah komen mengikut bulanan. So kali ni widget yang ini mengikut bulanan seperti yang shida inginkan, Jadi tak adalah sesiapa yang berkecil hati bila komen blog shida sebab ada naik turun. 
Alhamdulillah setakat ini TOP KOMEN shida dari pelbagai nama blogger bermaksud ia sangat-sangat adil. Tak ada lagi yang berkecil hati asyik nama yang sama berada di dalam TOP10 kan ada blogger lama ada blogger baru. Sama-sama bersaing secara sihat untuk berada dalam TOP KOMEN. Terima kasih semuanya, Inshaa Allah setiap bulan ada ganjarannya nanti tungu... Berleter pula shida, jom ikut step-step shida simple, cuma copy dan paste sahaja ok. Thanks to azhafizah juga.

1. Buka bahagian layout --> Add a gadget --> copy dan paste kod bawah ni
<script type="text/javascript"> function getYpipe(feed) { document.write('<ol>'); var i; for (i = 0; i < feed.count ; i++) { var href = "'" + feed.value.items[i].link + "'"; if(feed.value.items[i].link == "") var item ="<li>" + feed.value.items[i].title + "</li>"; else var item = "<li>" + "<a href="+ href + '" target="_blank">' + feed.value.items[i].title + "</a> </li>"; document.write(item); } document.write('</ol>'); } </script> <script src="http://pipes.yahoo.com/pipes/pipe.run? YourBlogUrl=http://urlblogkorang &ExcludedNick1= Anonymous1 &ExcludedNick2= Anonymous2 &ExcludedNick3= Anonymous3 &ShowHowMany= 10 &ExcludeCommentsBefore=01-09-2014 &IncludeCommentsBefore=30-09-2014 &_callback=getYpipe &_id=50b225c916b74b06779b9489abceef2a &_render=json" type="text/javascript"></script>
 2. apa korang perlu tukar dalam koding ni adalah : 
biru : link blog korang
merah : nama yang korang tak nak ada dalam list contoh si Anon tu lah
purple : bilangan top komen yang korang nak paparkan
hijau : tukar date ini dari bulan ke bulan jadi top komen akan terpapar mengikut date yang digunakan

3. dah siap semuanya SAVE. jangan lupa letak title juga ya :)

Selamat Mencuba!


TUTORIAL Cara nak Disable Highlight pada Entri Blog | Elak dari entri di copy paste

Assalammualaikum, peace upon you.
TUTORIAL Cara nak Disable Highlight pada Entri Blog | Elak dari entri di copy paste | rasa dah lama tak update tutorial kan, rasanya tahun ni tak ada entri tutorial dari shida lagi kan. Sorry kadang-kadang blurr nak update tutor apa sekarang ni sebabnya kekangan masa yang melampui batasnya! so hari ni shida nak update tutorial macam mana nak elak dari entri kita di copy paste. Cuma perlu copy code yang shida beri nanti itu sahaja. Tujuan kita disable highlight ni lebih kepada melindungi tahap original sesebuah penulisan yang sememang hasil 100% dari kita sendiri. Sebagai contoh jika korang buat testimoni produk dan mempunyai banyak ahli menjual produk yang sama, dah pasti ramai yang copy paste testimoni dan dijadikan testimoni sendiri lagi menyakitkan mengaku itu testimoni dari customer dia sendiri so nak elak dari berlakunya kejadian macam tu boleh lah korang guna tutor shida ni ok :)

Step 1 : Buka bahagian Layout --> Add a gadget --> Title biarkan kosong
Step 2 : copy & paste code dibawah
<script type="text/javascript">
function disableSelection(target){
if (typeof target.onselectstart!="undefined") //IE route
target.onselectstart=function(){return false}
else if (typeof target.style.MozUserSelect!="undefined") //Firefox route
target.style.MozUserSelect="none"
else //All other route (ie: Opera)
target.onmousedown=function(){return false}
target.style.cursor = "default"
}
//Sample usages
//disableSelection(document.body) //Disable text selection on entire body
//disableSelection(document.getElementById("mydiv")) //Disable text selection on element with id="mydiv"
</script>
<script type="text/javascript">
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page
</script>
Step 3 : Selesai copy paste, dah boleh save dan drag widget ni dibahagian bawah 'blog post'

Selamat Mencuba :)

 

Monday, 15 September 2014

Rezeki September

Assalammualaikum, peace upon you.
Rezeki September kembali dengan 3 Cpuv Campaign baru iaitu RMK Autumn/Winter 2014 dan RWG - Ice Age Adventure (2) agak lama shida menunggu cpuv campaign berderet macam ni :) Best betul rasa bila buka acc nuffnang semalam, kalau update je survey mesti dapat :) salah satu tips macam mana nak dapat cpuv campaign ini tips simple dan mudah :) Terima kasih Nuffnang atas 3 cpuv campaign ini. Hope dapat lagi lagi dan lagi :) korang mesti dapat juga kan? :)


Saturday, 13 September 2014

Hadiah Top Komen Ogos dari Blogger Azhafizah

Assalammualaikum, peace upon you.
Hadiah Top Komen Ogos dari Blogger Azhafizah | Semalam shida dah dapat dah hadiah ni, shida juga yang ambil sendiri peti surat depan rumah tu makanya surat ni selamat sampai ketangan shida :) Terima kasih azhafizah diatas penghargaan seperti ini :) Fridge Magnet Sticker kedua dari azhafizah sebenarnya, sebelum ni dah pernah dapat untuk Top Komen bulan Jun tak silap shida. Bagi korang yang suka menyimpan barang-barang dari Blogger Azhafizah ni boleh lah selalu terjah blog dan komen entri azhafizah, mana tahu rezeki boleh dapat barang-barang limited macam ni. Tak ada juak dimana-mana hanya di blog azhafizah sahaja :) Apa-apa pun ucapan shida untuk fiza moga terus maju dan berjaya dalam apa saja bidang diceburi serta berbahagia bersama keluarga tercinta :) Thanks www.azhafizah.com.


Friday, 12 September 2014

Raihan - I'Tiraf (lirik lagu dan Video) | Salam Jumaat

Assalammualaikum, peace upon you.
Raihan - I'Tiraf (lirik lagu dan Video)

Wahai TUHAN ku tak layak ke Syurgamu,
Namun tak pula aku sanggup ke nerakamu,
Ampunkan dosaku terimalah taubatku,
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar,

Ilahilas tu lilfirdausi ahla,
Wala aqwa aalannaril jihimi,
Fahabblitau batau waghfir zunubi,
Fainnakaro firul zanbi azimi,

Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai,
Dengan rahmat Mu ampunkan daku oh Tuhan ku,
Wahai Tuhan selamatkan kami ini,
 Dari Segala kejahatan dan kecelakaan,

Kami takut harap kepada Mu,
Suburkanlah CINTA kami kepada Mu,
Kamilah hamba yang mengharap belas dari Mu,



Shida suka dengar lagu ni, kalau sunyi-sunyi tengah design ke apa, shida mesti buka lagu ni, ini antara lagu-lagu yang akan menemani shida sepanjang shida berjaga malam hingga ke pagi buat kerja. Siang kerja malam kerja itu lah shida, mana badan tak letih huhuhu :') Play video tu sambil menyanyi ya :) shida nyanyi dalam hati je takut ganggu family tidur :)



Thursday, 11 September 2014

Tips Penjagaan Rambut Bagi Gadis Bertudung

Assalammualaikum, peace upon you.
Tips Penjagaan Rambut Bagi Gadis Bertudung | Memakai tudung bukanlah bermakna kita boleh mengabaikan tentang kesihatan rambut kita. Malah, gadis-gadis bertudung perlu lebih menjaga rambut kita yang terlindung. Kesilapan dalam penjagaan rambut boleh menyebabkan masalah-masalah seperti rambut rosak, berbau dan kulit kepala berkelemumur. Ingat, penampilan dalaman haruslah dijaga rapi walaupun ia tertutup ok. So ada beberapa Tips Penjagaan Rambut Bagi Gadis Bertudung untuk korang cuba dan jangan lupa share juga kepada kawan-kawan yang bertudung :)

1. Cuci rambut secara berkala.
Secara berkala bukanlah bermaksud kita harus mencuci rambut pada setiap hari. Mencuci setiap hari akan menyebabkan rambut kehilangan minyak semulajadinya.

2. Elakkan membasuh rambut menggunakan air panas.
Suhu tinggi boleh menyebabkan rambut menjadi kasar dan menggerbang. Gunakan air sejuk semasa mencuci rambut untuk melembutkan kutikel rambut dan membantu rambut agar lebih bersinar.

3.Gunakan cara semulajadi
Bahan kimia adalah sangat tidak bagus untuk rambut, jadi gunakan produk semulajadi seperti minyak kelapa. Pilih juga syampu dengan bahan semulajadi dan sesuai dengan kondisi rambut dan kulit kepala anda. Jangan lupa gunakan kondisioner juga !

4. Memakai hijab ketika rambut kering
Memakai hijab atau tudung ketika rambut masih basah merupakan satu kesilapan besar ! Rambut yang basah dan lembap menyebabkan kepala berkelemumur dan mudah bercabang. Berikan masa untuk rambut anda kering sebelum ia dilitupi. Namun jika anda sedang mengejar masa, keringkan rambut anda menggunakan pengering rambut, dan jangan lupa gunakan produk perlindungan rambut !

Longgarkan Ikatan Rambut
5. Longgarkan ikatan rambut
Mengikat rambut dengan terlalu ketat boleh merosakkan rambut dan menyebabkan keguguran. Jika anda sering mengikat rambut dengan cara “pony tail” atau “bun”, jangan ikat dengan terlalu ketat, biarkan rambut anda bernafas.

6. Lepaskan rambut
Bebaskan ikatan rambut anda jika anda berada di rumah atau di tempat-tempat bila mana anda tidak berhijab. Rambut yang sering diikat akan mudah gugur dan berbentuk serta menggerbang.

7. Pilih pengikat rambut yang betul
Kami sarankan anda memilih pengikat rambut dari bahan seperti kapas atau pengikat berenda untuk mengurangkan geseran antara rambut dan tudung. Pastikan pengikat rambut tidak terlalu ketat ya.

8. Trim rambut secara berkala
Apabila rambut sering diikat ke belakang, ia sering menyebabkan rambut rosak di bahagian hujung. Jadi rajinkan diri ke salon untuk trim hujung rambut pada setiap beberapa bulan sekali.

9. Pilih tudung dari material selesa
Pastikan anda memakai hijab atau tudung yang diperbuat dari bahan yang selesa dipakai dan tidak panas. Jika kulit kepala anda panas dan berpeluh, hal ini akan menyebabkan ia tidak bernafas dan menjurus kepada masalah kulit kepala seperti kulit kepala berminyak, berkelemumur dan sebagainya.

Manjakan Rambut
10. Manjakan rambutmu
Sekali sekala, hadirkan diri ke salon muslimah berdekatan anda untuk merawat rambut dan mengurut kulit kepala anda. Rawatan rambut secara berkala akan mengekalkan kesihatan dan kelembutan rambut anda. Urutan kulit kepala boleh membantu memperbaiki pengaliran darah dan pertumbuhan rambut yang optimal.


sumber : NISA@NUR.MY


Wednesday, 10 September 2014

Wordless Wednesday | Macam ni pun boleh ke??

Assalammualaikum, peace upon you.
macam ni pun boleh ke??


Tuesday, 9 September 2014

Giveaway Saya Nak Vitamin Shaklee RM500

Assalammualaikum, peace upon you.
http://www.zinniaza.com/2014/09/giveaway-saya-nak-vitamin-shaklee-rm500.html
Giveaway Saya Nak Vitamin Shaklee RM500 | rasa teruja gila join Giveaway dari Keluarga Pengedar Shaklee ni, apa yang lebih teruja dan seronok barangan bernilai sehingga RM500 disediakan kepada para pemenang. Memang rugi kalau korang tak join Giveaway Gempak ni! Dijalankan selama sebulan, pejam celik pejam celik dah sebulan :) Mana yang nak join boleh KLIK BANNER yang AWESOME tu! serba hijau mengikut tema sebenar shaklee :) Good Luck semua yang join ya!


Monday, 8 September 2014

Kisah September

Assalammualaikum, peace upon you.
Kisah September | Pejam celik pejam celik dah seminggu dah bulan september ni. Sabtu baru ni shida sefamily pergi ke rumah kakak shida untuk sambut Hari Jadi. Biasa memang kami akan sambut setiap bithday anak-anak buah shida ni. Diorang pun masih kecil kan so saja lah nak meraikan meriahkan suasana peningkatan umur mereka ni. Salah satu aktiviti kekeluargaan yang paling hapening :) So untuk bulan September ni kami sambut untuk 4 hari jadi iaitu Ayah shida Pak Radzuan (2/9) Adik shida Nabila  (9/9) Anak buah shida yang kedua Nana (9/9) dan Anak buah shida yang ketiga Adam (6/9) dekat-dekat je semua tarikh kan hehee.. tapi adik shida dengan anak buah shida tu tarikh sama kan dan caracter pun sama kuat tidur hahaaa.. eloklah sangat! so masa tu kekenyangan sebab kakak shida masak banyak sangat menu, dengan kek lagi, bihun goreng, macaroni dan lain-lain. Memang buncit semalam makan pun agak lewat haihh redhaa je lah ^_^ tapi memang kami semua happy, banyak adegan yang mencuit hati, tersentuh hati dari anak-anak buah shida semua :) Selamat Hari Jadi semua :)
Kebetulan adik shida yang study kat Politeknik Sabak Bernam balik cuti juga, kira semuanya ada semalam kecuali abang shida dan kakak ipar yang stay kat Rawang tu tak balik. Habis celebrate makan-makan sesi beri hadiah, banyak hadiah untuk dorang, yang si abang bukan hari jadi pun bagi juga hehee. bersepah habis rumah memang mak dia kena dobi lah lepas tu ^_^ apa-apa pun shida gembira semuanya berjalan dengan lancar sebab last minit bincang nak buat malam tu, yang penting semua happy tu je :) Ohya, korang! mulai hari selasa shida akan buat entri auto publish, bermula selasa hingga khamis sebab shida nak pergi kursus seperti yang shida cerita sebelum ni,  yang tak baca lagi boleh lah belek-belek entri yang lepas-lepas tu ya :) So balik sure letih cuma nak berehat je tinggal dari pagi sampai malam berturut-turut, so sesi blogwalking shida akan bermula selepas hari khamis, jumpa nanti kat blog masing-masing ok :)