Dunia sebenar Shida: October 2014

Klik Banner untuk lebih lanjut (iklan berbayar) nak tempah? (klik sini)


Friday, 31 October 2014

Doa Untuk Orang Yang Sakit | Doa-doa Harian

Assalammualaikum, peace upon you.
 
Doa Untuk Orang Yang Sakit | Doa-doa Harian
Baru-baru ni shida ada melawat kawan baik mak sakit dekat rumah dia. Kesian lah shida tengok sampai dia nak bercakap pun tak boleh, mak kata dia kena strok. Sakit strok tu teruk juga kan sebab boleh buat lumpuh. Shida mampu berdoa yang baik-baik jerlah untuk kesihatan makcik Ani. Shida melawat dia pun sebab masa mak shida sakit kan makcik Ani tu pun kerap datang rumah melawat mak tanya khabar, buat bubur untuk mak apa semua. Seronok tengok mak dapat kawan yang prihatin dan baik macam tu. Harap-harap makcik Ani cepat sembuh dan sihat seperti selalu amin. Kawan-kawan jangan lupa doakan sama ya.


Segmen Pencarian Bloglist November Truly Love

Assalammualaikum, peace upon you.
Tujuan segmen ini diadakan adalah untuk mencari 15 blog yang akan menjadi penyeri di sidebar blog ini..

Syarat-syarat penyertaan:
  1. Follow blog Truly Love;
  2. Add To Circle Google Plus +Maria Firdz ;
  3. Buat entry bertajuk Segmen Pencarian Bloglist Oktober Truly Love
  4. Copy coding yang disediakan dan pastekan di ruangan HTML entry dan Publish!
  5. Tinggalkan URL entry penyertaan di ruangan komen entry ini.
  6. Penyertaan terbuka untuk semua blogger.
  7. 15 Blog akan dipilih menggunakan Random.org. dan akan dimasukkan dalam senarai bloglist di Sidebar Blog Truly Love.
  8. Lain-lain penyertaan yang tidak terpilih akan dimasukkan ke dalam Maria Firdz Bloglist.
  9. Tarikh Penyertaan : 21 Oktober 2014 hingga 31 Oktober 2014 (11.59PM)
Jom, sama-sama memeriahkan segmen ringkas ini..


Thursday, 30 October 2014

Segmen Pencarian Bloglist November & Disember 2014

Assalammualaikum, peace upon you.
29 Oktober 2014 sehingga 30 Oktober 2014
Jom Support Kisahsidairy.com


Wednesday, 29 October 2014

Gambar Selfie Paling Extreme | Wordless Wednesday

Assalammualaikum, peace upon you.
Banyak lagi gambar selfie terbaik boleh klik sini untuk view : JOM SELFIE
Thanks korang yang view :)

Tuesday, 28 October 2014

Giveaway Contest RM700 Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 by Emas Putih

Assalammualaikum, peace upon you.


Giveaway Contest RM700 Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 by Emas Putih | Bila sebut JUALAN HEBAT mesti ingat SALE! atau HARGA RUNTUH, haaa sini nak story Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 akan membuat satu promosi gila-gila runtuh pada 11 November 2014 dan juga akan dijalankan dari 11pagi sehingga 11malam pada 11 november 2014. Jadi sikaki shopping online jangan stress ye!! boleh bookmark siap-siap link yang akan shida share supaya korang tak terlepas Jualan Hebat Lazada yang memberikan potongan sehingga 94% pada 11/11/14 korang!! memang gilalah! alang-alang dah bookmark kita join pula Giveaway Contest RM700 dari Emas Putih ni boleh klik banner bawah ok :)
http://www.kisahemasputih.com/2014/10/giveaway-contest-rm700-jualan-hebat.html
Jemput join semua :) tamat pada 11 November 2014. Menangi hadiah-hadiah  lumayan dengan menyertai Giveaway Contes RM700 Juala Hebat Lazada Malaysia 11/11 by Emas Putih.  


 

Monday, 27 October 2014

Rezeki Oktober bertingket-tingket | Cpuv Campaign baru dari Nuffnang

Assalammualaikum, peace upon you.
Rezeki Oktober bertingket-tingket  | Cpuv Campaign baru dari Nuffnang | Alhamdulillah rezeki selalu ada untuk bulan oktober ni, walau tak banyak bolehlah buat tampung-tampung earns tu jadi bertingket-tingket :) orang kata rezeki jangan ditolak kan hehee :) sekali dapat 4 6 cpuv campaign tapi semua yang pasif, kurang memuaskan walau trafik maintain jer! nak buat macam mana dah nuffnang bagi macam tu. Kita bukan blogger tip top nak dapat riban-riban sekali cpuv kan hehee agak bermimpi lah kalau dapat tu. Tak pun sedar-sedar jatuh katil rupanya aku mimpi je earns riban-riban dalam acc nuffnang hehee. Melalut dah shida ok lah nak update hat ni dulu setakat ni. Entri ringkas-ringkas je sebab idea dah perah habis dekat design poster untuk office shida huhuu. Payah kan nak jadi macam biasa balik bila dah lama tinggai berblog ni huhuu :(

Sunday, 26 October 2014

Terima kasih tak terhingga buat mereka bertiga | Hadiah dari Blogger

Assalammualaikum, peace upon you.
Black Head Remover Serum ni shida dapat dari Syiela D'Beauty (kak syiela) terima kasih tak terhingga kepada kak syiela sebab bagi shida secara percuma serum ni :) happy tau! shida belum guna lagi shida baru nak belek-belek nak tengok cara dan fungsi serum ni sebaiknya, lepas baru shida review sikit selepas menggunakannya. Muka memang banyak black head ni! tak sabar nak guna heheee.. Thanks again kak :)
Vitamin C Shaklee dari nissashoppe.blogspot.com | Terima kasih nissa sebab sponser untuk Giveaway Saya Nak Vitamin Bernilai RM500 ni. Shida sebenarnya salah seorang pemenang dari giveaway tersebut. Sangat happy rasa sebab rezeki oktober semakin bertambah-tambah Alhamdulillah :) nak tahu kebaikan Vitamin C Shaklee ni? klik sini ya, nantikan review dari shida selepas guna vita c ni :) Ok yang Mary Kay tu pula dapat free gift dari Blogger Aja Ayob sebabnya dia tempah sticker dekat shida then dia bagilah shida sample lipstick dari Mary Kay. Wahhh rasa teruja nak guna tau :) thanks aja! korang kalau nak cuba produk mary kay boleh contact aja ok!


Saturday, 25 October 2014

First Giveaway by Zaki! Namaku

Assalammualaikum, peace upon you.
http://aquzack.blogspot.com/2014/10/first-giveaway-by-zaki-namaku.html
 Kalau lah bertuah dapat lah kek lapis sarawak limited edition ni hehee :)
Nak ajak join macam dah tak sempat hehee apa-apa pun Good Luck semua!! Tamat 25.10.14 11:59pm
Shida tag kawan-kawan yang nampak entri ini dan kalau sempat join boleh join ok :)


Thursday, 23 October 2014

Segment Blog Review by Sally Samsaiman

Assalammualaikum, peace upon you.
http://sallysamsaiman.blogspot.com/2014/10/segment-blog-review-by-sally-samsaiman.html
Segment Blog Review by Sally Samsaiman  | Best juga kalau dapat review dari adik Sally ni, jom pakat join semua :) klik banner ya!! Tamat pada 26 oktober 2014. Good luck semua yang join!!


Monday, 20 October 2014

Rezeki Oktober lagi

Assalammualaikum, peace upon you.
Rezeki Oktober lagi menyinggah, alhamdulillah walau hampir seminggu tak update blog tapi masih lagi bernyawa dengan cpuv campaign dari Nuffnang yang menyumbang beberapa earns walau tak banyak tapi bolehlah. Cpuv Campaign yang banyak nilainya dah credited so shida tunggu beberapa cpuv campaign then bolehlah kot cashout tapi kan rasa diambangan macam nak peram lagi lama pun ada sebab shida tak rasa nak guna duit ni. Tak apa masih fikir-fikir mungkin cashout mungkin tak hehee. Tak cashout jadi penasaran pula mana tau acc nuffnang tiba-tiba buat hal earns terkumpul hilang tak naya macam tu?? hahaaa risiko juga lah kan :) tapi tak apa lah percaya pada rezeki yang ada ..senang kata berserah jer hahaaa, boleh gitu? macam pasrah lak bunyi heheee :p

Lagi satu minta maaflah kawan-kawan, shida masih lagi sibuk dengan tempat kerja baru so agak banyak perkara nak buat dengan majikan baru. Banyak juga bantuan yang diperlukan dari shida sebab bidang ni dia tak ada skill so dia memang harapkan shida yang berpengalaman lebih 6 tahun dalam pengurusan dan pentadbiran so dapat tak korang bayangkan betapa sukarnya masa shida sekarang huhuu. Tak apa lah apa pun shida tak ada niat nak stop blogging cuma perlu ruang seketika buat kerja yang lebih penting, dah selesai anytime shida boleh blogging. Blogging pun dalam keadaan selesa bukan nak cepat-cepat or terpaksa kan. Lagi pun shida bloging nak happy-happy bukanlah nak terkejar-kejarkan sesuatu. Santai..relax..sudah hehee :) Inshaa Allah cuti Deepavali shida 2 hari shida nak habiskan blogwalking sebab hari tu sempat blogwalking beberapa blog kawan-kawan  jer. Ada yang shida tak singgah lagi tu memang tak sempat lah. Jumpa selasa dan rabu nanti ya.. take care korang :)


Wednesday, 15 October 2014

Tahniah! Top Komen Bulan September 2014 Blog www.duniashida.com

Assalammualaikum, peace upon you.
Tahniah! Top Komen Bulan September 2014 Blog www.duniashida.com | Kepada yang belum tersenarai boleh cuba lagi ok :) shida ada paparkan pada kawan-kawan TOP 40 Komentar so boleh lah intai-intai ada tak diantara korang yang tersenarai, kalau ada tahniah k!. Untuk hadiah seperti yang dijanjikan kepada top 10 komentar shida kena tunggu sampai bulan oktober ok, shida beri hadiah sekali 2 bulan ya, macam biasalah selalu shida buat :) Terima kasih tak terhingga kepada kawan-kawan yang tak jemu-jemu datang dan komen blog shida ni. Seperti biasa setiap tahun shida mencari TOP KOMEN tahunan untuk memberi satu penghargaan tapi biasanya siapa pun tak tahu pemilik hadiah tersebut dari blog shida ni sebabnya hadiah shida send memang dia tak tahu dan dia sendiri kena beritahu dia adalah Pembaca Setia dan TOP KOMEN tahunan blog shida nanti, kiranya kena buat entri lah nanti selepas menerima. Dah pantau dari bulan Januari sehingga sekarang dan akhir tahun nanti. Untuk tahun 2013 Pembaca Setia dan TOP KOMEN tahunan shida adalah Blogger Jiejah ratu pecut kita hehe Thanks jiejah! :) so untuk 2014 kita tunggu dan lihat siapa yang bertuah nanti ya :)


 

Monday, 13 October 2014

Hadiah dari Blogger Sharina | Menang Giveaway dari Blogger Fatin Diana

Assalammualaikum, peace upon you.
Hadiah dari Blogger Sharina | Menang Giveaway dari Blogger Fatin Diana | nampak dompet comel lote tu? shida dapat dari Blogger Sharina sebab menang dalam Giveaway anjuran Blogger Fatin Diana, rasanya shida dah lama tak menang dari mana-mana Giveaway alhamdulillah tersangkut juga ^_^ selalu pun yang naik semua nombor sipi-sipi je hehee :D Boleh lah masuk dalam peti simpanan hadiah dari Bloggers kan. Shida ada satu peti khas shida simpan semuanya disana. Memang pemberian berbentuk barangan shida tak pernah pakai lama-lama, kadang-kadang tu pakai kejap lepas tu simpan bukan apa sayang kot hehee :) ada yang tak pakai pun ada terus simpan je, ini je lah kenangan yang ada ketika hari tua nanti kan :) Inshaa Allah moga murah rezeki lagi menang lagi mana-mana Giveaway yang shida join hehee amin :)


Saturday, 11 October 2014

Rezeki Oktober

Assalammualaikum, peace upon you.
Rezeki Oktober | telan ayaq liuq tengok cpuv ni hahaaa terima kasih lah Nuffnang sebab bagi cpuv berderet macam ni. Tak minta pun tapi rezeki orang kata, walau tak banyak bila kredit nanti bertambah juga nilainya. Belum ada rezeki nak nilai berkepuk-kepuk macam blogger otai kan. Macam ni pun dah ok lepas juga buat belanja makan-makan, bayaq bil streamyx ni kan. dapat 7 Cpuv Campaign Baru tapi 3 sahaja nama iklan yang dikeluarkan. Proton PCC, SME Micro Finance dan Sime Darby LGPA 2014 (PC) hat ni je tapi dia pecah-pecah jadi dua ada yang tiga. Ramai bloggers yang keliru nanti earns di kira satu ke dua ke tiga kan. So far shida tengok semua earns jalan tapi bila credited semua masuk dalam net total so tak ada istilah dorang potong ke apa ke sebab cpuv yang sama kan, setakat ini lah :) So banyak lah bloggers happy berderet Cpuv Campaign masuk kan tapi semua Cpuv Campaign Mandul yang datang heheee saborr jelah ^_^


Friday, 10 October 2014

blurr kejap, damn!

Assalammualaikum, peace upon you.
Selalu macam ni, dah berapa hari shida macam ni, maybe sebab baru baik dari demam dan sebagainya so agak blurr sekejap. Dah nak dekat 2 jam buka new post ni tapi tak tahu nak update apa! tiba-tiba jem! padahal banyak benda nak cerita. Dari semalam dah fikir, dah setting baik punya nak type apa untuk korang hari ni. Tapi nampaknya kosong je lah tak ada apa nak dikongsikan lagi untuk hari ni. Shida cuba lagi cari mood ya. Bila dah stop berhari-hari macam ni lah, nak mula balik susah sangat-sangat! masalah juga macam ni huhuhu :( Kalau bukan sebab kesihatan memang tak tinggal blog ni. Tapi apa kan daya shida manusia biasa bila sakit perlu berehat dan makan ubat. Robot pun bila rosak kena baiki so semuanya perlu dalam keadaan baik sebelum memulakan sesuatu perkara :) ok lah shida out dulu nak sambung kerja office yang banyak ni! sorry korang!


Thursday, 9 October 2014

Dah rasa ok sikit dari sebelumnya | Thank you Allah

Assalammualaikum, peace upon you.
Alhamdulillah keadaan shida semakin pulih Thank You Allah!, rehat cukup-cukup makan ubat apa semua walaupun dah tak lalu nak telan huhuu, biasalah bila selsema mesti mulut lidah kelat je kan. Agak seriuslah selsema kali ni. Betul-betul buat mood down terus, nak berblog pun kena ambil masa sikit, ni pun pelan-pelan type satu-satu entri. Semalam punya cerita kan, dalam nak elok keadaan shida ni ada lah makhluk allah ni tak tau lah pasai apa dia suka sangat ganggu wall shida baru-baru ni. Spam iklan yang entah apa-apa! sakit hati pun ada tengoknya. Sebelum ni shida tak ada masalah dengan sesape yang suka komen-komen entri depa or apa saja dekat wall post or komen post shida tapi bila dah jadi satu ganggu dan shida rasa kurang selesa juga dengan tindakan dia. Tak makan saman budak ni dah tegur pun makin menjadi-jadi, nanti lah shida sambung cerita pasal budak ni, nak masuk kerja dah take care semua :)


Wednesday, 8 October 2014

Blog cuti Sempena Hari Raya Aidiladha dan juga sakit

Assalammualaikum, peace upon you.
Sedih betul tengok keadaan diri sakit-sakit macam ni huhuhu :) tersadai blog beberapa hari mula dari raya pertama sampailah sekarang ni, raya pertama ok lagi cuma batuk masuk raya kedua dah start keluar hingus sampai la sekarang ni, tak larat nak makan ubat sama badan pun lemah bila terlalu kuat selesema dan batuk. Musim kot sebab family shida dah pun kena dan shida yang terakhir dijangkiti virus selesema ni. Hari ni shida 1st day masuk kerja keadaan kurang memuaskan sapu tangan ditangan memang tak pernah lekang bukan nak lap hingus sangat tapi air mata yang tak tertahan keluar berderai ni. Ini yang shida tak suka bila selesema dia efek sekali mata shida sampai bengkak juga lah. Nurse Jiejah help me dear :( Di kesempatan ini juga nak wish Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua dan Maaf lambat wish sebab tak ada masa dan tenaga untuk buka lappy time raya sibuk didapur dan hal sendiri yang sakit ni. Wish shida moga cepat sembuh ye korang huhuhuu..


Saturday, 4 October 2014

Ubah suai template dan design Blog The Queen Of Our Heart a.k.a MamaQistina

Assalammualaikum, peace upon you
Ubah suai template dan design Blog The Queen Of Our Heart a.k.a MamaQistina | hari ni simple shida update sebab sibuk sikit dengan urusan kerja shida. Baru-baru ni ada ubah suai templates dan design untuk Blog MamaQistina ni, baru-baru ni kak lily ada PM shida di wechat, minta shida edit blog dia untuk mood lebih baik dan bersemangat untuk berblog semula, hampir sebulan juga kak lily tak update kan so dengan kak lily paling senang nak bekerjasama, tak cerewet pun. Alhamdulillah first update draft untuk design blog kak lily dia dah approve :) terus konfem nak psang dekat blog dan dia buat payment.
Kemas, cantik dan menarik :) alhamdulillah bila customer puji dengan kerja kita shida rasa bersyukur sangat-sangat, kalau ada customer macam kak lily nak edit blog jangan segan silu PM shida ok :) kerja shida ni tak suka yang rushing, boleh ikut masa shida bukan masa customer itu yang penting sebabnya shida ni design dan edit part time je selebihnya kepada komitmen yang lebih penting iaitu pekerjaan sekarang.  masa shida ambil memang lama sebab letih nk mencari idea, bukan senang tau :) Jom singgah blog MamaQistina :)

rasa dah kerap sangat edit blog personal or blogshop tema pink, rasa dah serasi bersama plak ekekeee :p rasa tak akan curang kepada biru hehee :3


Friday, 3 October 2014

GIVEAWAY – SAYA NAK SIHAT

Assalammualaikum, peace upon you.
http://thehealthinspector.wordpress.com/2014/09/22/saya-nak-sihat-giveaway/
GIVEAWAY – SAYA NAK SIHAT | shida dijemput sendiri oleh penganjur iaitu Hidayah bt Mohammad tadi shida semak komen Blogger Sally pun ajak shida jadi bila dah 2 orang yang menjemput untuk join makanya shida join dengan penuh harapan dihati hehee..hope ada tuah la kan :) SALLY AKAK DAH JOIN OK :)  kiranya pembuka entri untuk hari terakhir Giveaway - Saya Nak Sihat :) siapa tak nak sihat ye dak? jadi bagi yang nak join masih sempat lagi dengan masa yang ada ni jomlah join (klik banner). Moh ler kita bershaklee sebelum tu lengkapkan syarat-syarat penyertaan seperti follow like dan lain-lain. Terima kasih para penganjur.

Lengkapkan Slogan  “Saya nak sihat kerana____________ (tidak lebih 100 perkataan di entry anda)
Saya nak sihat kerana sihat tu amanah Allah swt kepada kita, bila sihat semua perkara dapat dilaksanakan dengan baik. Ditambah pula bila mengambil vitamin atau suplimen dari Shaklee yang dah semestinya HALAL lagi SEMULA JADI ni kesihatan lebih terjamin dan sentiasa sihat dari dalam hingga ke luarnya. Inshaallah kalau diberi peluang boleh cuba produk Shaklee yang terbukti keberkesanannya dan juga manfaat di dalam setiap vitamin produk shaklee  :)


Thursday, 2 October 2014

BeautyOat Menu Diet Paling Ideal | BeautyOAT Collagen Plus + Oat Drink Formula

Assalammualaikum, peace upon you.

BeautyOat Menu Diet Paling Ideal | BeautyOAT Collagen Plus + Oat Drink Formula | pertama sekali shida ingin berterima kasih kepada Team BeautyOat kerana sudi menjemput shida dan blog ini berkolaborasi bersama Produk masih baru dipasaran iaitu  BeautyOAT Collagen Plus + Oat Drink Formula. Shida pasti ramai juga blogger-blogger yang turut dijemput berkolaborasi bersama-sama. Lepas ni kita cantik macam artis korea lah kan heheee Beauty Young & Healthy :)
Laman Rasmi BeautyOat Malaysia

Shida cerita sikit apa itu BeautyOat? BeautyOat merupakan minuman campuran Collagen dan Oat. Ia juga mempunyai buah Delima dan Sakura ekstrak yang dapat menjaga kesihatan dan kecantikan kita dari dalaman hingga luaran kulit kita. BeautyOat sumber nutrien dari bahan-bahan terbaik & semula jadi, bukan sahaja hanya mengekalkan kesihatan badan, malah membuat kulit kita berseri dan bersih. BeautyOat diperbuat daripada 100% bahan-bahan semulajadi dan disahkan halal. Jadi memang kenalah dengan tema yang diberi Cantik, Muda dan Sihat!! tak puas hati lagi?? Jom! shida share testimoni pula :)
Testimoni teluss dari shida ya! selalunya mana-mana suplimen/collagen susah nak cari yang bermula dengan air panas/suam, kalau pakai mana-mana suplimen/collagen semua tak boleh guna air panas. Macam shida sendiri nak minum atau makan untuk sarapan WAJIB dengan makanan atau minuman panas, disebabkan waktu pagi susah nak telan makanan berat seperti nasi lemak ke makanan bergoreng macam kuih-kuih ke, lagi-lagi kalau time rushing memang tak dan nak beli or masak semua tu. Shida diperkenalkan BeautyOat yang buat kan shida jatuh hati sebab salah satu pengganti sarapan shida yang AJAIB! nak sediakan pun mudah tak sampai 5minit pun! sambil betul tudung pun shida boleh buat hahaaaa!! percayalah! lagi-lagi kalau terkejar-kejar masa ke tempat kerja beautyoat masih sempat shida buat serius!! beautyoat ni terbaik!! korang nak ambil untuk sebelah malam pun boleh sebagai pengganti dinner korang..alaa macam makan nestum je tersangat best beautyoat ni! rasa tiap masa nak makan jer hehee :)
BeautyOat juga buat shida rasa kenyang sampai waktu petang tau! tak rasa lapar pun cuma waktu balik kerja lewat petang dia baru rasa nak makan nasi tapi selalunya bila shida abaikan perasaan nk makan nasi tu terus hilang rasa lapar sebab oat tu buat kita kenyang sangat!! Jimat pun ada juga, selalu sarapan dan makan tengahari beli dekat luar kan, sekarang dengan beautyoat tak perlu dah bazir duit sampai RM10 sehari! Ada yang lagi best bila ada Oat yang sememangnya semua tahu fungsi Oat ni membuang kolestrol dalam badan kita :) Orang kata Menu diet yang paling ideal untuk sesiapa sahaja yang ingin berdiet macam shida ni hehee :) boleh diet plus dapat cantik dari luar dan dalam tau! pakej terbaik tu! korang diet tak? shida hari-hari diet tapi selalunya tak berjaya :3 sekarang nak cuba beautyoat pula, BeautyOat Produk Diet Paling Berkesan rasa dah jatuh cinta dengan BeautyOat!!semangat nak diet wehh!! Lepas ni boleh pantau berat badan pula kan :)

          BeautyOAT Collogen BeautyOAT Collogen 
Kenal tak mereka-mereka ni? Pasti kenalkan :) BeautyOat terbaik!!

Banyak sebenarnya kelebihan yang ada pada Beautyoat ni, kalau korang rasa penasaran kan meh terjah website Beautyoat banyak lagi info-info tentang produk dan juga testimoni-testimoni yang berjaya memukau ramai pengguna BeautyOat diluar sana! shida pun terpukau sebab dah rasa sendiri dan shida sarankan ibu-ibu, kakak-kakak, adik, abang, pakcik, makcik jom dapatkan BeautyOat dengan harga yang semua mampu beli ok! bukan RM100 bukan RM90 bukan juga RM80 berapa?? heheee lebih murah dan mudah sekali dengan BeautyOat!! BeautyOat terbaik!!

Hubungi Lanjut dengan Team BeautyOat :


Wednesday, 1 October 2014

Nasi Paling Cute di Dunia #2 | Wordless Wednesday

Assalammualaikum, peace upon you.
sayangnya nak makan ^_^