Dunia sebenar Shida: December 2014

Klik Banner untuk lebih lanjut (iklan berbayar) nak tempah? (klik sini)


Monday, 29 December 2014

Top Komen November 2014 | Terima kasih semuanya :)

Assalammualaikum, peace upon you.
Top Komen November 2014 | Terima kasih semuanya :) | Tahniah kepada 12 yang tersenarai untuk top komen bulan november 2014. Walaupun blog shida terlalu sunyi sepi kadang-kadang tu tapi top komen ni selalu menghiasi setiap entri-entri shida yang tak berapa nak ada ni, terima kasih semuanya :) Inshaallah lepas ni shida akan memberi sedikit ruang untuk berblog dan membahagikan masa seadilnya untuk blog. Sayang wehh dengan blog huhuu..gundah gulana je rasa bila ditinggalkan macam tu jer tapi apa kan daya kan, tangan ada dua, tenaga pun limited so buat mana yang termampu sahaja.
Jadi untuk menghargai mereka, shida ada lah sikit buah tangan untuk diberi kepada 12 diatas tu. Tinggalkan 2 komen korang kepada shida butir-butir seperti nama, alamat dan no.top komen dan satu lagi komen dari korang sendiri. Oh ya! untuk Jari Ohsem 2014 shida dah pilih dan hadiah pun dan ada, siapa? tunggu shida update dulu hadiahnya yang terbang khas dari Indonesia :) bertuah sangat-sangat Jari Ohsem 2014 yang dapat tu hehee :) shida baru 2 tahun ada kan blogger pilihan edisi jari ohsem ni. Untuk tahun pertama Jari Ohsem 2013 (klik untuk baca) Blogger Jiejah yang dapat :) untuk 2014 rahsiaaa.. nak tahu kena tunggu empunya diri akan update nanti ya. So jangan lupa ye yang tersenarai minta PM shida, kalau rasa segan nak komen boleh email shida juga. Yang korang komen tu nanti shida delete jangan risau, sebab tu minta komen 2 kali hehee :) Terima kasih sekali lagi semuanya :)


Wednesday, 17 December 2014

Gambar-gambar dalam handphone seorang AYAH | Wordless Wednesday

Assalammualaikum, peace upon you.
rasanya handphone mak mak pun macam ni kan?? hehee..


Sunday, 14 December 2014

Rezeki December | 20 Cpuv Campaign dari Nuffnang

Assalammualaikum, peace upon you.
Rezeki December | 10 Cpuv Campaign dari Nuffnang, pejam celik dah nak masuk tahun baru kan. sekarang shida baru ada masa nak update itu ini, itu pun sebab hari ni shida cuti so boleh buat auto publish entry. Sedih je sebab tak dapat nak fokus lebih dekat blog. Hari ni shida cek akaun nuffnang, tak sangka banyak cpuv campaign nuffnang bagi. Tapi earns tak berapa nak naik biasa lah dah kurang update tak jalan la earns dia. Tak kisah lah asalkan dapat walau tak sampai berpuluh-puluh ringgit kalau credit semua cecah juga puluhan ringgit hehee. 
Tak sangka dapat sampai 20 cpuv campaign, ada yang mandul ada yang tak hehee, jadi lah kan dari tak dapat. Ada juga sesetengah blogger yang tak merasa lagi cpuv campaign ni. Tak apa jangan risau cuba tengok tips-tips yang shida kongsikan untuk korang, mana tahu berhasil kan :) Shida pun tak lama nak type sebab agak rushing juga hari ni, nak kesana-kemari beli barang dan lain-lain. Erm..ada yang rindu ke?? hehee..shida pun rinduuuu tauuu :')
Thanks Nuffnang :)


Wednesday, 10 December 2014

Maafkan saya untuk kali ini....

Assalammualaikum, peace upon you.
Maafkan saya untuk kali ini...maafkan sebab biar blog tak berupdate huhuu :( serius shida betul-betul sibuk kali ni, rasa dah hampir sebulan shida biar blog ni. sedihnya :( memang sedih tapi apa kan daya tak ada kudrat lagi nak berblog sekarang ni. Inshaa Allah dah stabil shida kembali berblog ya tu pun tak tahu lah ada yang masih ingat blog biru ni huuwaaaa... Shida update pun ikut mana sempat je. Maaf juga tak sempat nak singgah blog korang macam dulu-dulu, inshaa allah semua tu akan shida balas lepas dah tak sibuk nanti ya. Rindunya nak berblog tapi selalu penat tahu-tahu nak tidur dah. Kali ni kerja lebih mencabar sampai shida rasa keletihan teramat-amat huhuu. Inshaa Allah ahad nanti shida cuti shida update banyak sikit ya. sorry sorry sorry korang :')