Cetak Kad Raya Bloggers 2015 Part3 dan Part4 | Dunia sebenar Shida Cetak Kad Raya Bloggers 2015 Part3 dan Part4

Klik Banner untuk lebih lanjut (iklan berbayar) nak tempah? (klik sini)


Thursday, 25 June 2015

Cetak Kad Raya Bloggers 2015 Part3 dan Part4

Assalammualaikum w.b.t, peace upon you

Cetak Kad Raya Bloggers 2015 Part3 dan Part4 | Edisi kali ini lebih menarik dan tertarik. Shida kagum dengan segelintir bloggers yang masih ingin meneruskan tradisi kad raya dizaman teknologi serba canggih ni. Dulu waktu tak ada smart phone memang bertalu-talu kiriman kad raya di edarkan. Tapi sejak teknologi semakin membangun dengan adanya smart phone dan internet semua dihujung jari saja. Boleh send thru mms atau email dan sekarang dengan kewujudan whatsapp, wechat, telegram, instagram, facebook, twitter dan sebagainya kiriman lebih mudah tag atau masukkan semua nama atau nombor send sekali. Mudah dan menjimatkan masa serta tenaga. Tapi bagi shida version Kad Raya lebih rare sehingga kini :) Shida suka kumpul kad raya sehingga sekarang ni. Sebab tu shida masih lagi membuka peluang bagi penggemar kad raya untuk cetak dan edar :) kalau tengok mana-mana mall or kedai-kedai dah jarang sangat jual kad raya kan huhuu.. tak apa tak jual tapi masih boleh cetak sendiri :) Apa pandangan korang tentang kad raya??
Ini kad raya yang shida cetak untuk part3 dan part 4. Sekarang dalam proses pencetakkan untuk part yang terakhir iaitu part5. Masih dalam pengumpulan design untuk di hantar kepada production shida. Sekiranya korang nak selit cetak boleh PM shida atau whatsapp 013 712 4467. Hari terakhir untuk menghantar design kad raya dan membuat pembayaran pada hari Sabtu ini. Cantik-cantik kad depa tau!! jeles shida hehee ^_^


10 Jari Ohsem:

Siti Rohaida Yusof said...

semuanya cantik2 kan

Farah Waheda Wahid said...

wah cantik-cantik dan kelihatan uzu di situ...he he he...

Normi Nieza said...

cantik..:)

Azhafizah Md Nor said...

seronok dapat kad raya dari kengkawan..kalau dulu gantung kat dinding..hihi

Cikna said...

Perkara yang semakin dilupakan.... Nak yg free blh x.....;-)

adianiez AIDA said...

memang mengimbau kenanga betul la kad raya ni.
lama dah tak dpt kad raya!

azizah green line said...

cantiknya semuanya...

Akif Imtiyaz said...

Alhamdulillah banyak yg shida dapat cetak..rezeki shida di bulan yg mulia ini

hidayu ayumie said...

tula cntik2 semuanya
ayu ni tak pandai desgn kalau tak dah order dgn kak shida da
heheh tahun lain la plak ye

sya mimie said...

Thun dpn nk cuba tempah kad la.. Hee