Dunia sebenar Shida: April 2015

Klik Banner untuk lebih lanjut (iklan berbayar) nak tempah? (klik sini)


Thursday, 23 April 2015

Siapa ada Instagram eh??

Assalammualaikum, peace upon you.
Siapa ada Instagram eh? haaaa..shida tanya ni siapa ada? kalau ada mehh lerr follow shida hehee..lepas shida follow balik ye kawan-kawan, terima kasih :) hari ni saje lah keluar isu instagram sebab shida duk perhati instagram sekarang ni semakin meletop-meletop dan dipenuhi dengan pelbagai manusia dalam tu. Dengan instagram juga orang boleh berbizness jual macam-macam jenis produk atau apa saja jenis bizness yang boleh dijual. Segala benda boleh dapat dalam instagram sekarang ni. Tapi kan kadang shida tengok instagram ni kalau kita tak aktif sangat atau kurang nak buka application ni kan, dia memang suka reduce follower kot. Shida perasan tau follower shida dah nak hampir 1k tiba-tiba shida jarang online sebab kekangan masa dan keletihan. Sekali sekali buka, instagram reduce follower shida sampai tinggal 8ratus lebih perghhh..kenapa macam ni eh! scam ke ape? so shida malas lah dah nak tengok-tengok follower cuma sekarang ni kerap-kerap juga upload gambar entah apa-apa hehee.. Tak ada gambar personal pun banyak gambar-gambar yang boleh dibuat kenangan saja :) macam contoh hadiah-hadiah ke, produk yang shida kena review ke, lebih kepada blog khususnya hehee..eh! jangan lupa follow mana yang ada instagram tu :)


Instagram


Wednesday, 15 April 2015

Makan pun kena #gst | Wordless Wednesday

Assalamualaikum, peace upon you.



Tuesday, 14 April 2015

Mereka adalah SETIA, TEGAR dan GILA-GILA | Pembaca dan komentar yang dihormati

Assalammualaikum, peace upon you.
Mereka adalah SETIA, TEGAR dan GILA-GILA | Pembaca dan komentar yang dihormati | Shida sangat-sangat hormati mereka, susah senang mereka datang juga untuk melawat blog usang shida yang berwarna biru ni :) Kepada kedua-dua TOP ini shida nak berikan kepada mereka sedikit orang kata ole-ole atau buah tangan dari shida sebagai kenang-kenangan, disebelah kiri yang korang lihat dari screen laptop atau komputer korang adalah untuk Bulan Nov 2014 dan disebelah kanan pula mewakili Dis 2014 sehinggalah Mac 2015, sebab  tak banyak entri so shida lamsam je semua sekali. Minta anda semua PM shida atau komen saja dalam entri ini (akan shida delete selepas copy semua alamat) lebih mudah kepada shida Nama dan Alamat untuk urusan pos ya. Bagi yang rasa shida ada simpan alamat tu tak perlulah beri lagi. Inshaallah Rabu shida akan umumkan Pembaca dan komentar pilihan 2014. Dah tertangguh lama dah kesian bagi yang senantiasa menunggu huhuu. Maaf shida agak sibuk lately tapi untuk April Inshaallah nak mula kembali berblog :) 


Monday, 13 April 2015

Cpuv Campaign dari Nuffnang untuk Mac dan April 2015

Assalammualaikum, peace upon you.
Banyak betul cpuv untuk bulan mac dan april ni, tapi shida baru-baru nak aktif earns dia pun agak kurengg tapi ok lah dah nak masuk rm30 dah walau pun tak on9 hehee :) kena update selalu lah macam ni kan kalau dah banyak cpuv, hope hat ni tak lah teruk macam yang lepas-lepas semua cpuv mandul shida dapat dari mula 0.01sen sampai lah dah credited pun 0.01 sen haihhh..payah lah gini huhuu..
Ada 11 cpuv kesemuanya tapi kalau di kali kan dengan 3 sebab semua cpuv ada kembar 3 kalau korang perasan hehee..shida pun tak sure kenapa nuffnang bagi iklan macam ni rupa. Tapi kalau earns lebat macam triple juga baru best kan hehee :) berangan lah nuffnang nak bagi update blog pun malas hahaa ^_^ entah dah berapa total semua cpuv shida dapat, sebelum ni rajin mengira sekarang dah naik malas hahaa. rasanya dah hampir atau lebih 200 cpuv campaign yang shida dapat sebab kali ni nuffnang bagi sekali iklan triple :)


Saturday, 4 April 2015

Segmen Bersama Zinnia Z A Online Shop

Assalammualaikum, peace upon you.
http://www.zinniaza.com/2015/04/segmen-bersama-zinnia-z-online-shop.html
klik banner untuk join :)
Jom pakat ramai-ramai join boleh dapat hadiah Set Produk Irissential secara percuma just jawab satu soalan yang diajukan "kenapa saya suka singgah di blog Zinnia Z A Online Shop?" shida suka singgah blog Zinnia Z A Online Shop ni kerana salah satu blog yang terdapat banyak info-info kesihatan yang sememangnya berguna untuk kita para wanita. Selain tu juga ada jual produk-produk kesihatan dari Shaklee :) rasanya tu saja kot hehee :) jom korang join mana tau korang yang bertuah :)  

Hadiah untuk pemenang bertuah :)

Tamat : 17 April 2015


Friday, 3 April 2015

Cheque ke 6 dari Nuffnang | Terima kasih Nuffnang

Assalammualaikum, peace upon you.
Cheque ke 6 dari Nuffnang | Terima kasih Nuffnang | Akhirnya cashout juga shida dari nak perammm lama-lama tak jadi sebab rasa nak guna duit tu. Sungguh-sungguh shida guna bayar bil hahaaa. ada juga lah membantu dari segi komitmen yang shida tanggung. Selalunya bayar guna gaji, sekali-sekali pakai hasil dari pendapatan bloging yang tak seberapa tapi alhamdulillah :) ramai juga yang terima cheque dalam awalan tahun 2015 ni termasuk shida. Shida terima pada 5.2.2015 selang beberapa hari terima payment advice ni. Mesti korang pelik kan tak ada pula gambo cheque nye..sebenarnya kan masa dapat cheque tu memang excited nak tangkap gambo cek tu tapi tiba rasa tak dan dan nak bank in cek ni shida dapat terus pergi bank masuk mesin cheque pastu shida fikir alaaaa..aku tak snap gambo cek lagi. Redhoo jela hehee.. sebab masa tu nak online pun tak ada masa shida fikir tak pe kot. 
Hari ni nak menaip jenuh cari dalam email sebab teringat dapat payment advice so ade lah kenangan sikit untuk cheque ke 6 dari Nuffnang ni. Alhamdullah total up semua cheque yang shida dapat dah cecah ribu so bila fikir balik kalau tak cashout langsung mesti dah sama amount dengan cik epal hahaaa :3 boleh gitu?? Dalam beberapa bulan shida menyepi tak update tak online ni Nuffnang shida tak lah terbantut ok lah tak online pun duit dalam tu cecah hampir RM30 heheee. Happy pula rasa lagi semangat nak online nak menulis lagi. Inshaallah lepas ni boleh lah ambil ruang update, blogwalking, buat giveaway dan lain-lain :) Memang plan nak buat Mini Giveaway tapi masih dalam perancangan :) Lepas ni gigih nak kumpul balik earns Nuffnang banyak-banyak, tadi tengok acc nuffnang banyak pula cpuv dari Nuffnang berderet tapi ada yang mandul ada yang elok hahaaa.. Alhamdulillah rezeki :)
Tak online pun dapat duit, haiihhhh kaya lah camni..kaya ke kayap ^_^


Welcome Back with GST

Assalammualaikum, peace upon you.
Tak habis-habis lagi GST nya kan hehee..tak lah bukan nak bergst sangat sebenarnya sebab cerita banyak pun bukan boleh halang gst tu pun kan. So shida nak ucap Welcome Back untuk diri sendiri hahaaa.. Punya lah lama shida menyepi last-last timbul masa gst tengah hangat diperkatakan hehehe.. Actually masa 18 mac shida dah war-war kan memang shida nak sambung bloging semula..dah rindu tahap apa kat blog. Tak pernah kot shida biar berbulan-bulan lamanya blog ni. Kesian dia tak ada yang jaga tau huhuu.. So start semalam dah muncul dah masih ada yang ingat shida ke?? halooo heheee :) Lepas ni banyak juga cerita shida nak share dengan korang so tunggu ye. Sementara update yang simple-simple dulu.
Alhamdulillah masih ada yang menyedari dan merindui cewaahhh heheee ^_^


Thursday, 2 April 2015

Penangan GST Mulai 1 April 2015

Assalammualaikum, peace upon you.
Penangan GST Mulai 1 April 2015 | Ramai sebenarnya yang masih tidak faham atau memahami sistem GST ni termasuk lah shida. GST ni adalah satu Sistem Percukaian yang Telus dan Efisien tapi telusnya dimana efisiennya dimana kan? semalam 1 April sistem GST telah pun digunakan dengan rasminya oleh semua yang menggunakan sistem GST ni. Ada juga beberapa bebelan yang shida dengar, ada yang ok ada yang tak ok. Shida sendiri pun tak berapa faham tapi bila semuanya dikenakan GST agak risau juga lah dengan komitmen yang ada kan. So mana yang boleh jimat memang jimat habislah, semalam juga shida dah berbelanja sempena hari pertama GST dijalankan tapi ada juga sesetengah peniaga bulan mac dah guna sistem gst ni dan ada juga yang tak perlu gst dikenakan juga gst. Yang lagi teruk dah ada gst, cukai lain pun lagi meningkat sampai 10%.  Shida pergi kedai RM2 beli 5 barang then pekerja tu kata 1 item ada gst 12sen harga barang tetap sama cuma kena bayar extra untuk cukai. Dia kata lagi ada beberapa barang yang memang tak ada cukai cuma belum asing lagi. So shida bayar RM10.60 (60sen gst). Lepas shida topup pula untuk sebulan RM30 pun kena tambah RM1.80 untuk gst jadi total bayar RM31.80.Sebenarnya topup kena gst ke??? konfius la! Agak terkesan juga dengan gst ni.
Jadi dari apa yang shida lihat dan pemerhatian shida lah taraf hidup makin meningkat lah macam ni memng terkesan sungguh pada shida yang bergaji rendah ni. Shida duduk dikawasan pekan walau tempat shida sudah diiktiraf bandar masih lagi rasa boleh hidup. Macam mana tempat-tempat contph macam KL yang sememangnya taraf hidup mereka sangat-sangat tinggi dengan adanya gst pula. Tapi kita fikir juga untuk orang yang betul-betul susah (miskin) so hidup mereka semakin susah. Dulu kais pagi makan pagi kais petang makan petang dengan adanya gst kais pagi mungkin kais pagi dan petang. Harap ada sesuatu kebaikan disebalik sistem yang dikenakan keatas pengguna dan semua yang terlibat. Kalau dikatakan baik untuk negara nak tengok juga sejauh mana baiknya sistem ini. Jadi shida ambil langkah dengan lebih berjimat walau tak boleh berjimat sebenarnya so kena jimat-jimat juga :)
 gurau senda gst heheee..

ada ke yang dah beli stok siap-siap untuk bekalan hari lain kelak. Parent shida memang tak ada beli apa-apa pun just follow macam biasa. Kalau beli stok banyak-banyak pun nanti habis kena juga beli dan bayar gst kan heheee..