Dunia sebenar Shida: July 2015

Klik Banner untuk lebih lanjut (iklan berbayar) nak tempah? (klik sini)


Friday, 31 July 2015

Kad Raya 2015 yang ke 14 dari Blogger Fatin Bella :) Terima kasih Aten :)

Assalammualaikum, peace upon you.
Kad Raya 2015 yang ke 14 dari Blogger Fatin Bella :) Terima kasih Aten :)
Selamat Hari Raya :) Jom terjah blog Blogger Fatin bella :)
 
 

Kad Raya 2015 yang ke 13 dari Blogger Fuza Musa | Terima Kasih Kak Fuza :)

Assalammualaikum, peace upon you.
Kad Raya 2015 yang ke 13 dari Blogger Fuza Musa :) Terima kasih Kak Fuza :)
Selamat Hari Raya :) Jom terjah blog Kak Fuza Musa :)
 
 

Thursday, 30 July 2015

Kad Raya 2015 yang ke 12 dari Blogger Cik Nor | Terima Kasih Cik Nor :)

Assalammualaikum, peace upon you.
Suka shida terima kad raya dari Cik Nor ni :) warna biru hehee..pandai kawan-kawan shida ni dorang tau shida suka warna biru so pilihan kad untuk shida pun warna biru :) terima kasih Cik Nor untuk kad raya ke 12 ni :) telah sampai dengan selamatnya. Terkejut juga dapat kejutan kad raya dari Cik Nor :)

Jom terjah blog Cik Nor : norminieza.blogspot.com


Kad Raya 2015 yang ke 11 dari Blogger Wawa Ashihara | Terima Kasih Wawa :)

Assalammualaikum, peace upon you.
Terima kasih Wawa sebab ingat juga kak shida ni :) Kad Raya ke 11 dari Blogger Wawa Ashihara :) Unik nama dia macam nama korea pula hehee :)
Terjah jom Blog Wawa : www.wawashiharaa.com


Tuesday, 28 July 2015

Kad Raya 2015 yang ke 10 dari Blogger Caliph Irwan | Terima Kasih Caliph :)

Assalammualaikum, peace upon you.
Kad Raya 2015 yang ke10 dari Blogger Caliph Shuriken :) Arigatou Caliph :)
Jom berkenalan dengan Caliph yang superb sporting habiss :) ohh!! Liph masih single ye semua ekekeee.. gurau je liph heheee :p


Monday, 27 July 2015

Kad Raya 2015 yang ke 9 dari Blogger Inani | Terima Kasih Inani :)

Assalammualaikum, peace upon you.
Kad Raya 2015 yang ke 9 dari Blogger Inani Hazwani :) Terima kasih Inani :)
Selamat Hari Raya :) Jom terjah blog Inani Hazwani :)
 
 
 

Sunday, 26 July 2015

Kad Raya 2015 yang ke 8 dari Blogger Sheda Ucu Design | Terima Kasih Sheda :)

Assalammualaikum, peace upon you.
Kad Raya 2015 yang ke 8 dari Blogger Sheda Ucu :) Terima kasih Sheda :)
Selamat Hari Raya :) Jom terjah blog Sheda Ucu ni best blogger design blog yg superb lawaaa habisss tau :)
 
 

Saturday, 25 July 2015

Kad Raya 2015 yang ke 7 dari Blogger Kathy Arbain | Terima Kasih Kak Kathy :)

Assalammualaikum, peace upon you.
Kad Raya 2015 yang ke 7 dari Blogger Kathy Arbain :) Terima kasih Kak Kathy :)
Selamat Hari Raya :) Jom terjah blog kak kathy :)


Kad Raya 2015 yang ke 6 dari Blogger Amanina | Terima Kasih Amanina :)

Assalammualaikum, peace upon you.
 Kad Raya 2015 yang ke 6 dari Blogger Amanina :) Thanks Amanina :)
Jom singgah dan berkenalan dengan Adik Amanina ni :) > klik sini <
 
pssttt..amanina pun print dengan shida :) thanks dear :)
 
 

Friday, 24 July 2015

Kad Raya 2015 yang ke 5 dari Blogger Emas Putih | Terima Kasih Emas Putih a.k.a Uzu :)

Assalammualaikum, peace upon you.
Kad Raya dari Mem Besar ni hehee..Thanks uzu sudi Print dengan shida lagi sekali :) rasa dah 3 tahun berturut-turut uzu print dengan shida :) tema tak lari mesti pink dengan dia dia sekali warna pink sekali tengok kan hehee :) Salam Aidilfitri Uzu :)

jom terjah blog uzu www.kisahemasputih.com


Tuesday, 21 July 2015

Set Skincare dari Seqy Beauty | Produk Kosmetik dan Kecantikan

Assalammualaikum, peace upon you.
Pejam celik pejam celik dah raya ke 5 kita kan, Selamat Hari Raya kepada semua pembaca dan pengunjung blog shida :) Lewat petang nanti shida nak ke rumah kakak sulung shida ada open house. Ada juga shida tolong dia memasak dari rumah untuk dibawa ke sana nanti, kiranya sambil-sambil memasak kita typing sikit-sikit update blog heheee..update la sangat kan :p sebelum tu shida nak share dengan korang satu set penjagaan kulit yang terbaik ni Set Skincare dari Seqy Beauty | Produk Kosmetik dan Kecantikan | Masuk hari ini dah 3 entri shida review untuk produk dari Seqy Beauty ni dan ini produk yang terakhir dari shida iaitu Skincare dari Seqy Beauty. Set Skincare ini salah satu produk yang paling shida gemari kerana kesannya yang terbaik seawal 10hari sahaja, dalam set ini terdapat 4 item iaitu Cleanser, Toner, Serum dan Day & Night Cream. 

Fungsi dan kelebihan Set Skincare dari Seqy Beauty :
Cleancer :
  • Sebagai pelembap wajah (Vitamin E) 
  • Membaik pulih sel kulit (Vitamin C)
  • Membuang kotoran padan wajah
  • Anti-Oxidant
  • Mencerahkan kulit (sumber dari alam semulajad)
  • Anti penuaan. Menegangkan kulit sekaligus mengurangkan kedutan di wajah
  • Penyejukkan wajah (cooling agen, sumber dari cucumber)
  • Memudarkan jeragat dan bintik hitam.
  • Mengurangkan masalah kulit berminyak (sumber lemon citrus)
  • Anti-microbial
 
Toner :
  • Membantu menstabilkan pH kulit
  • Meminimalkan ukuran pori-pori dengan penggunaan yang tepat (menepuk-nepukkan toner pada wajah dengan menggunakan telapak tangan)
  • Memberikan perlindungan dengan mengangkat mineral yang terdapat pada air disaat anda membersihkan wajah.
  • Bertindak sebagai humektan, mengunci kelembaban sehingga mengurangi kekeringan saat kulit terkena sinar matahari.
  • Mengurangkan risiko berjerawat dan berkedut.
  • Mengawal sebum (kelenjar minyak)Mengurangkan radang (kemerahan). 
 
Serum :
  • Membuatkan struktur kulit lebih tegang dan anjal.
  • Melembapkan kulit wajah yang kering akibat jerawat.
  • Mengurangkan kedutan pada wajah (Anti penuaan)
  • Menghalus serta mencerahkan kulit.
  • Menutrisikan kulit.Mencegah kegatal (iritasi) atau kemerahan akibat jerawat.
  • Menghilangkan flek pada wajah.
  • Mencegah pertumbuhan bakteria dan jerawat,
  • Mengawal sebum. 
 
Day & Night Cream :
  • Menghilangkan jerawat dan parut bekas jerawat.
  • Memudarkan dan menghilangkan bintik-bintik hitam dan putih di wajah (pigmen)
  • Mengecilkan pori-pori
  • Menegangkan dan menghilangkan kedutan pada wajah.
  • Menghilangkan parut di wajahMenyegarkan kulit wajah.
  • Mengawal minyak
  • Mengurangkan kegatalan dan kemerahan (akibat jerawat)
  • Melicinkan tekstur kulit
  • Melindungi kulit dari sinaran UV
 
 Testimoni :
Kalau korang nak tahu Set Skincare ni adalah set faveret shida kerana hasilnya hanya 10 hari dah nampak kesan tau!! memang awesome gila!! Shida cuba set skincare ni pun sebab masalah kulit shida yang sangat-sangat ketara dengan jerawat dan kulit berminyak. Alhamdulillah dengan keberanian entah dari mana datangnya.. shida cuba set ini dan selepas 10 hari pakai memang rasa puas hati. Macam shida hari-hari tengok wajah sendiri dalam cermin kan, Kadang-kadang tu guna produk apa pun shida rasa sama je! tapi selepas menggunakan set skincare ni dengan komited sekali orang pertama yang tegur kulit shida ni selepas 1o hari menggunakannya adalah my mom :) Mak kata kulit dah ok nampak cerah sikit :) haaaa senyum lebar tau shida :) bertambah-tambah sayang dengan set skincare ni. selang 2 3 hari pula, adik pula tegur muka shida dah lain, jerawat dah berkurangan!! OMG!! jerawat dah kurang..!! lepas tu baru shida rasa nak belek muka puas-puas, memang betul lah kulit nampak lebih bersih tau lepas tu bekas jerawat pun makin pudar.  Alhamdulillah shida bersyukur sebab set ni memang ada kesan atas kulit shida yang sensitif ni. 
Sekarang shida dah cop Produk Seqy Beauty ni adalah Produk kekal shida untuk penjagaan kulit wajah ni. 4 item ni sangat mudah nak digunakan, daannn yang paling penting cream dia tak melekit lepas pakai. Selepas guna cleanser shida guna toner then guna serum picit 1-2 kali sapu rata. Last sekali shida guna cream malam dan siang tu, dah sapu rata tunggu dalam beberapa minit bagi dia meresap dan kering lepas tu setel :) Rasa biasa je tak melekit langsung, kering je :) Shida happy tau sekarang :) tak tau nak kata happy macam mana sebab produk sebelum-sebelum ni langsung tak ada kesan kat shida. So bagi kawan-kawan yang belum jumpa produk yang sesuai untuk penjagaan kulit wajah tu, shida memang galakkan korang guna Produk Seqy Beauty ni. Mudah digunakan, selesa, sesuai untuk semua jenis kulit, boleh atasi masalah kulit wanita asia dan yang paling penting ianya HALAL serta mendapat kelulusan dari KKM. Jadi janganlah risau dan was-was lagi, produk Seqy Beauty sangat-sangat terjamin, sekali dah pakai terasa sayang tau :)


Hubungi lanjut pengedar sah Seqy Beauty :
  • Blog : wondeland online shop
  • Instagrams : @estrella_onlineshop
  • Fanpage : Estrella Muslimah
  • Whatsapp : 017 394 5948 (sis liza)
  • Email : elizwonderland28@gmail.com
  • Butik Vendor : Thepopulous Seksyen 8 Bandar Baru Bangi (tester BB Cream Seqy Beauty disediakan)
  • COD Area : Putrajaya, Cyberjaya, Seremban, Nilai, Senawang, Port Dickson
 

Wednesday, 15 July 2015

Koleksi Fesyen Pakaian Wanita Terkini

Assalammualaikum, peace upon you.
 
Koleksi Fesyen Pakaian Wanita Terkini | Kalau nak sebut pasal fesyen ni seluruh wanita didunia ni sukakan fesyen, boleh dikatakan wanita dengan fesyen memang sukar dipisahkan lagi. Macam shida bukan lah pakar sangat dalam hal-hal fesyen tapi kadang kala suka juga berfesyen. Fesyen pilihan shida adalah Trend Fesyen Muslimah. Memang tak dinafikan makin hari makin banyak fesyen-fesyen yang keluar dipasaran. Sampaikan kita baru tengok fesyen terbaru hari ini, esok lusa dah keluar yang terbaru. Industri fesyen memberikan begitu banyak pilihan pakaian untuk wanita dan mereka sudah tahu perkembangan fesyen semasa sentiasa menghasilkan koleksi pakaian wanita terkini yang turut boleh didapati secara online(atas talian). Koleksi pakaian wanita di Malaysia sebagai contohnya telah mengalami evolusi yang cukup memberangsangkan sejak akhir-akhir ini.

Koleksi fesyen pakaian wanita terkini menampilkan rekaan yang lebih segar daripada sebelumnya. Sentuhan yang lebih moden telah diberikan untuk membuatkan koleksi  dress wanita terkini lebih cantik untuk digayakan sesuai dengan trend yang sedang hangat dalam pasaran. Namun sebelum korang membuat pembelian adalah penting untuk korang ambil kira beberapa faktor seperti : KESELESAAN, JENIS, CITARASA dan HARGA. Ini semua sangat penting kerana setiap pembelian yang anda pilih itu adalah ibarat satu bentuk pelaburan jangka panjang.

Sekarang ini, apakah antara jenis pakaian wanita yang sedang popular atau menjadi trending wanita di Malaysia? Jom lihat dibawah :
 
Pakaian Muslimah moden yang sebenarnya berasal daripada koleksi pakaian tradisional wanita terdahulu telah diberikan sentuhan yang lebih segar. Atas faktor perkembangan fesyen Muslimah, kita boleh lihat banyak koleksi baju Muslimah dipasarkan hampir di mana-mana sahaja. Ia juga telah menjadi pilihan utama dalam kalangan wanita yang gemar memakai tudung ataupun hijab.

Pakaian wanita yang lebih moden seperti dress wanita, blouse, skirt dan kaftan moden masih kekal popular sebagai antara baju wanita yang sering menjadi idaman ramai. Cukup mudah untuk dapatkan baju wanita ini kerana dipasarkan dengan cukup meluas. Apa pun sahaja pilihan korang, dapatkan pakaian wanita online yang bersesuaian dengan cita rasa serta personality korang agar kelihatan lebih menonjol dan bergaya! Sekarang ini banyak butik fesyen online yang menawarkan pelbagai koleksi pakaian wanita yang popular.