Dunia sebenar Shida: 2016

Klik Banner untuk lebih lanjut (iklan berbayar) nak tempah? (klik sini)


Friday, 14 October 2016

Pengalaman facebook kena godam.

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera :)
Sebenarnya ramai dah sedia maklum yang facebook lama shida dah kena hacked, oleh siapa? shida pun tak tahu yang shida pelik dua kali dia try nak hacked tau. Masa yang pertama tu shida sedar dia logout facebook shida time tu shida belum tidur, tengah belek-belek facebook, instagram macam biasa lah sebelum nak lena memang shida suka skodeng-skodeng dulu 2 media sosial ni. Masa dia cuba nak logout shida pelik sangat dan terkejut, shida cepat-cepat tukar password. Shida cuba lah try logout dan login semula, memang pelik sebab paparan masa nak login tu tertera no.telefon luar negara tapi memang sejak-sejak ni shida kerap terima panggilan dari negara luar dan shida tak pernah angkat pun tapi shida pernah reject sekali call tu dan lepas dari tu selang beberapa hari facebook kena godam.

Masa pertama kali kena memang rasa scary sebab benda ni jadi sekelip mata, masa tu memang shida sentiasa berjaga-jaga. Selang beberapa minggu hacker tu cuba lagi dan kali ni memang shida betul-betul tak dapat buat apa-apa. Berlaku tengah malam juga tak dalam 2 pagi camtu. tengah syok-syok shida ber'wasap' tiba-tiba facebook hantar notification yang shida dah logout facebook, massanger pun tiba-tiba logout juga. Bila shida nak login semula dah tak boleh, masa tu memang stress ya amat korang!! tak tau lah rasa macam bebal gila!! Dah la sebelum tu handphone Samsung A8 shida ni rosak dan dah repair, bapak mahal kos dia. Lepas tu facebook pula hilang macam tu je.

Bila facebook kena godam shida tak kisah sangat sebab dalamnya boleh buat facebook baru dan kawan-kawan shida boleh add semula tapi yang buat shida bebal shida adalah admin kepada 2 page facebook yang sangat-sangat aktif. Page Blog Shida dan juga Page Pusat Tuisyen shida. Bila kena godam habis semua tak boleh nak login, banyak pula masalah yang datang lepas tu. Dan shida rasa bertuah sangat-sangat sebabnya email facebook shida guna email lama, senang kata email tak sama dengan email blog. Kalau shida pakai semua sama nampak gayanya dengan blog-blog sekali hilang. Bersusah payah dengan blog ni kalau hilang macam tu je mau menangis shida huwaaa :( sedih pula bila kenangkan.

Sekarang shida dah create akaun facebook baru dengan menggunakan email baru yang shida create khas untuk facebook sahaja. Ini juga salah satu langkah berjaga-jaga korang. Agak korang yang aktif berinternet ni ambil la langkah menjaga email dan akaun masing-masing ya. Nanti dah kena macam shida memang tak boleh nak buat apa. Masa buat akaun baru tu ramai juga blogger yang hairan bila shida add mereka balik. Lepas dah post satu status menyatakan sekian..sekian..baru dorang semua approve. Ada juga yang takut sebab ingat fake akaun kan. lepas dari tu memang shida rasa lega sangat-sangat sebab ramai yang memahami dan sebenarnya ramai yang dah terkena macam shida tapi banyak di Instagram semuanya dikalangan blogger..huhu kesian. 

Oh ya! lupa pula masa facebook shida kena godam tu cepat-cepat shida report pada facebook minta closed akaun lama shida. Selang beberapa hari akaun lama terhapus. Shida lega bukan apa takut facebook lama tu ada yang menyalahgunakan habis lah. Sekarang shida dan facebook baru ni dah bahagia dan dah boleh serasi walaupun kawan setakat ini 877 sahaja. Cukuplah rasanya sebab kalau ramai-ramai yang dalam ramai-ramai tu kita tak tahu ada yang baik ke tak kan. Sekian lah cerita shida cukup-cukup panjang ni dah macam buat karangan pula. sorry >.< Kepada blogger yang mengenali shida nak mehh add facebook baru shida ya :)




Wednesday, 7 September 2016

Shida update blog | ada entri baru laaa..

Assalammualaikum wbt and peace upon you.
Shida update blog dah :) hai kawan-kawan semua :) ya ya shida update blog dah :) curi juga masa menaip! gian sebenarnya nak update entri nak blogwalking haaa..bukan apa jeles sangat-sangat tengok kawan-kawan lain update blog bagai argghhhh!! tercabar kot weh!! cuma shida setakat ni mampu update je dulu tau, nak blogwalking hurmm rasanya belum termampu. Ini pun shida guna data update, masih belum ada internet yang sangat-sangat kukuh untuk blogwalking haaa..blog hampa dah la ada macam-macam kan :p hehee alasan jer tuuu..

Korang sihat ke ni? terpaksa baca pepagi buta entri shida ni ye, alhamdulillah shida ok sihat dan semakin sihat heheee..kerja pun so far so good cuma kesibukan sekarang under control, memang nak come back cuma tunggu peluang saja :) lama betul shida tinggal blog ni kan. Ramai kawan-kawan blogger kata rugi shida tinggalkan blog. Tak apa lah korang selagi terdaya shida bloging macam biasa cuma tak nak jadi kan blog ni satu komitmen penting sesungguhnya blog ni sangat-sangat penting bila dah bergelar blogger. Bagi shida, just have fun saja dengan blog sebab shida ada tanggungjawab yang lagi besar shida nak jalankan :) terasa kekok sikit bila nak update bagai tapi tak apa perlahan-lahan :)

Lagi beberapa hari Cuti Sekolah bakal tiba, Cuti Raya Haji pun tak lama je lagi. So kawan-kawan apa planing cuti ni? Seingat shida tahun lepas raya haji shida balik KL tak silap, beraya dirumah abang shida di Rawang dan untuk tahun ni berlainan sedikit kami sekeluarga yang mana ada dirumah ni kami pergi bercuti. Disebabkan cuti raya haji ni lama sikit so ambil berkesempatan untuk bercuti merehatkan badan "mak kata" so  tahun kami Keluarga Mak Esah & Pak Wan tutup rumah ya :) bercuti ke mana Inshaa Allah akan shida update nanti ok. tungguuu :)


Monday, 5 September 2016

Shida dapat Kad Raya lagi laaa :)

Assalammualaikum, peace upon you.
Shida dapat Kad Raya lagi laa..haaa kali ni shida rasa yang terakhir sebabnya dah lepas sebulan raya dah, lambat sungguh abg posmen anto kad ni. Tahh tahh banyak lagi kad dia tak kirim apa, huhuu.. banyak yang send dekat rumah shida tapi yang sampai rasanya dalam 70% saja, Tahun sudah pun kad yang dinanti-nanti pun tak kunjung tiba, kad sape yang shida nanti-nanti tu?? hehee..Ternanti-nanti kad raya dari blogger Azhafizah tu haa..bukan apa Kad Raya fiza cantik-cantik suka tengok koleksi kad raya dari fiza tau. Kad raya shida official pun fiza yang create kan hehee.

Nampak tak betapa malasnya shida sekarang huhuhu :( bukan malas korang tak ada masa, banyak benda nak story tentang perjalanan hidup baru shida ops!! bukan pasal kahwin ye!! ramai yang sangsi pm pm shida kat facebook baru shida tu kata shida dah kawen dan create facebook baru. Shida gelak je tengok korang merapu tau ^_^ mudah-mudahan termakbul la doa kalian nak tengok shida berkahwin dan menamatkan zaman bujang shida yang nak masuk 30 siri dah wehh ^_^

Ok lah nanti bertemu dalam entri yang lain ya. Doa-doa lah shida boleh bloging seperti biasa, rindu wehh nak menaip tapi buat masa sekarang mampu menaip surat aje lahh hehee. Tak lupa thanks to Blogger Ruqaiyah Amanina untuk kad yang terakhir ini *barangkali :)


Wednesday, 31 August 2016

Selamat Hari Kemerdekaan yang ke 59

Salam 1 Malaysia
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2016
Sempena cuti hari ini, shida pun mengambil kesempatan bawa family berjalan-jalan sekitar Penang. Saje nak tengok apa yang menarik di sana sempena Merdeka. Cerita selanjutnya nanti shida update dalam Instagram 😊


Tuesday, 9 August 2016

Kad Raya dari Blogger 2016 | Part 2

Assalammualaikum, peace upon you.
Kad Raya Blogger 2016 | Part 2 | Shida rasa setakat ini sahaja kad raya untuk tahun 2016 ni. Tak banyak macam tahun-tahun sebelum ni. Harap di tahun akan datang masih ada yang masih mengekal tradisi Kad Raya ni, bukan apa kad raya  ni bagi shida masih ada value walaupun sekarang dah pun terdedah dengan kecanggihan bermacam-macam seperti e-card, email atau sekarang lebih cepat dan pantas boleh send by wechat or whatsapp. Facebook juga salah satu medium yang kerap digunakan untuk ucapan-ucapan raya. 

Inshaa Allah tahun depan shida strat awal sikit sesi memberi kad raya ni, tapi teramatlah terhad macam tahun 2016 ni shida send kepada 120 kawan atau rakan blogger yang dikenali sama ada rapat atau tak. Send ucapan menggunakan kad raya rasa rare sangat wehh!! tak rasa ke best macam tu? siap ucapan dah tertulis beserta gambar-gambar raya :) boleh design-design sendiri comel-comel gitu :) So bagi yang berminat untuk print jangan kalut nak cari sape-sape, mehh PM tepi shida bagi harga kasih sayang ok :) Terima buat pengirim untuk kad-kad yang comel di atas tu :) Kesemua adalah BLOGGER! BLOGGER MALAYSIA!


Friday, 15 July 2016

Kad Raya dari Blogger 2016 | Part 1

Assalammualaikum, peace upon you.
Kad Raya dari Blogger 2016 | Part 1 | Alhamdulillah :) seronok sangat dapat Kad Raya dari Blogger :) nak update satu-satu macam sebelum ni shida macam tak ada masa sangat, tapi untuk tahun ni shida kumpulkan kesemua sekali haaa..baru menarik sikit :) Itupun masih ada lagi dalam tangan belum shida buka. Untuk part 1 ni dapat masa bulan puasa sebelum raya haa..ok yang dalam tangan untuk part 2 dapat selepas hari raya. 

Seronok tau dapat kad raya ni sebenarnya, walaupun ramai dah melupakan value kad raya ni tapi bagi shida ia perkara yang harus shida jalankan walau pun shida sendiri sibuk mengalahkan orang dah beranak 4 5 kan hehee :p Untuk tahun ini seperti biasa 100 keping kemungkinan shida akan tambah lagi sebab ada yang masih tak dapat kad raya shida walaupun shida dah pos seawal yang mungkin haa..bukan apa bila time semakin genting dah nak raya jadi banyak lah surat-surat kad-kad tersangkut dengan abg-abg posmen kan. Biasa lah setahun sekali bagi depa kalutt hehee tapi sampai tak sampai ke tangan tu masalah sikit lah :(

Terima kasih tak terhingga kepada rakan-rakan yang masih mengingati shida dengan kiriman kad-kad comei lotei ni haaa..eh jap! ada satu kad tidak bernama, tuannya siapa pun shida tak tahu "terima kasih awak" Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin shida ucapkan kepada semua kawan-kawan yang mngenali shida atau tidak. Mohon Maaf sekiranya selama perkenalan kita shida ada terkasar bahasa atau budi bicara dalam penulisan ada mengguris hati kawan-kawan :) kosong-kosong ya :)


Rebut Duit Raya RM50.00 By Cik Akak

Assalammualaikum, peace upon you.
http://sweetyzhanieyz83.blogspot.my/2016/07/rebut-duit-raya-rm5000-by-cik-akak.html
Nak join?? klik banner ye :) tamat pada 25/7/2016 :)
moga ada tuah kali ini, thanks cik akak :) 


Thursday, 14 July 2016

Cetak Kad Raya Batch 4 | Cetak Kad Raya Murah dengan Shida

Assalammualaukum, peace upon you.
Wahh..lamanya tak jumpa korang :) Selamat Hari Raya weii :)) ok ok teruskan entri sebenar..Kad atas ni kad terakhir shida cetak untuk compny PMB Penang dan SEGOBUGO. Mesti korang kenal kan nama segobugo tu..kalau kenal ok tak perlu shida terangkan :) kedua-duanya total print 300 pcs depan belakang dan 100pcs depan sahaja. Mungkin ada lagi untuk batch 5 sebab ada lagi yang nak print untuk selepas hari raya :) tak kisahlah lepas ke sebelum asalkan niat nak kirim ucapan tu penting :)

Selamat Hari Raya ^_^


Friday, 24 June 2016

Promosi Promosi Promosi!! Tempahan Cetak Kad Raya 2016 dibuka sekarang!! Murah murah je!!

Assalammualaikum, peace upon you.
Haii!!! korang!! Yaa ampun rindunyaaa pada korang tau!! minta ampun maaf lama shida menghilang kan. Tak apa jangan risau shida akan kembali tak lama saja lagi. Ok kita lupakan dulu pasal "kembali" ni na habaq yang shida dah pun membuka tempahan untuk mencetak Kad Raya 2016. Seperti yang sedia malum dalam facebook shida pun shida dah pun war-war kan. Sekarang ni dah pun masuk #batch2 dan #batch1 dah selesai dan sudah pun masuk printing. Seperti biasa aktiviti sebelum puasa shida membuka servis mencetak kad raya untuk sesiapa saja yang masih rasa kad raya ni masih ada value yang wajib kita teruskan. Servis ni juga shida dah buat hampir 5 tahun dan masih kekal dengan cara lama iaitu design kad korang kena design sendiri dan cetak pada shida. Harga?? ofkos! murah murah je!! ok :) 

So kawan-kawan blogger yang berminat boleh direct terus contact shida ok :) servis selama buat ni tak pernah lagi mengecewakan sesiapa :) macam tahun lepas 2015 lebih 30 blogger menempah untuk cetak kad raya bersama shida :) dan antaranya semua yang sememangnya blogger yang setiap tahun reprint dengan shida :) Alhamdulillah semua puas hati so shida pun senang hati. Yang berminat jangan lupa roger shida k, harga kasih sayang shida bagi untuk korang :) Oh ya! sebelum terlupa, shida juga menyediakan tempahan untuk pembelian SETEM juga, 30sen, 50sen atau 60sen. Harga ditambah mengikut kuantiti setem yang ditempah. Kan senang tak payah dah beratur beli setem, semua shida sediakan tak mudah gitu? :)

Jom tempah kadraya 2016 :
  • HARGA SERENDAH RM40.00 BERSAMAAN 20 PCS
  • FREE POSTAGE UNTUK SEMENANJUNG / + RM5 SABAH/SARAWAK
  • FREE SAMPUL KADRAYA WARNA PUTIH MENGIKUT KUANTITI TEMPAHAN
  • FREE GIFT UNTUK 10 TEMPAHAN TERAWAL
  • SIZE KAD A6 / 4'x6' (MELINTANG ATAU MENEGAK)
  • STYLE POSKAD SEKEPING (1SIDE SAHAJA)  *NAK 2SIDE BOLEH REQ
  • FULL COLOR PRINTING, ARTCARD 260GSM

Cara nak tempah senang saja :
  • MULA MENDESIGN KAD KORANG ATAU TEMPAH PADA DESIGNER SAJA
  • SIAP BOLEH EMAIL SHIDA DESIGN DAN BUAT PAYMENT
  • TAMAT UNTUK TEMPOH SETIAP BATCH SHIDA MASUK PRINTING
  • DALAM 3 HARI SUDAH SIAP SHIDA POS KE RUMAH KORANG
  • DAN TIBA BULAN RAMADHAN SUDAH BOLEH EDAR KAD2 UCAPAN KORANG TU
  • SHIDA BUKA JUGA UNTUK TEMPAHAN SETEM, BAYAR IKUT KUANTITI 
  • TEMPAHAN BERMULA 5 MAY SEHINGGA 24 JUN 2016 SAHAJA

Jom hubungi shida untuk tempahan dan keterangan lebih lanjut 
Whatsapp : 012 5364467 (shida) *fast reply
Email : admin@duniashida.com
Facebook : Shida Radzuan

Terima kasih semua :)

Friday, 17 June 2016

Cetak Kad Raya Batch 3 | Cetak Kad Raya Murah dengan Shida

Assalammualaikum, peace upon you.
Cetakan Kad Raya untuk Batch 3 :) comei-comei kad depa tau :)
Bagi yang berminat nak tempah, tempahan masih dibuka boleh klik link di bawah ye :)



Saturday, 11 June 2016

Cetak Kad Raya Batch 1 & Batch 2 | Cetak Kad Raya Murah dengan Shida

Assalammualaikum, peace upon you.
Rasanya semua sedia maklum yang shida tengah buat promosi cetak kad raya murah! Tengah ada masa ni shida update dulu untuk batch 1 dan batch 2 yang masuk print. Bukan sahaja kad raya, banner, bunting dan sticker juga shida ada buat so bagi kawan-kawan yang berminat boleh lah mencuba servis dari shida :) Tak rugi mencuba memang terbaik hehehee :)
 Batch 1 : ada 5 Kad Raya Blogger yang shida cetak :)
Batch 2 : ada 3 Kad Raya Blogger , 1 Bunting dan 400pcs Sticker petak :)


Monday, 6 June 2016

Senarai Peserta SEGMEN KAD RAYA 2016 DUNIASHIDA.COM

Assalammualaikum, peace upon you.

Catatan :
  • Link entry bertanda ( * ) masih tidak memberi detail seperti yang diminta oleh shida
  • Link yang tiada bertanda maksudnya detail telah diberi dan kad telah di pos :)
  • Bagi yang belum memberi detail sila email atau pm shida di facebook
  • Terima kasih kepada semua peserta atau blogger yang turut serta dalam segmen ini
Senarai Peserta :
  1. http://jmbelog.blogspot.my/2016/05/segmen-kad-raya-2016-duniashidacom.html
  2. http://izzeyda.blogspot.com/2016/05/segmen-kad-raya-2016-duniashidacom.html 
  3. http://www.aimisyahirah.com/2016/05/segmen-kad-raya-2016-duniashidacom.html
  4. https://riverstonegirl.blogspot.my/2016/05/segmen-kad-raya-2016-duniashidacom.html
  5. http://eirna-nurasikin.blogspot.my/2016/05/segmen-kad-raya-2016-duniashidacom.html 
  6. http://kasihkuamani.blogspot.my/2016/05/segmen-kad-raya-2016-duniashidacom.html
  7. http://www.sallysamsaiman.com/2016/05/segmen-kad-raya-2016-duniashidacom.html 
  8. http://www.arepnakbebel.com/2016/05/segmen-kad-raya-2016-duniashidacom.html
  9. http://mulan-sahbanu.blogspot.my/2016/06/segmen-kad-raya-2016-duniashidacom.html 
  10. http://seindahcerita.blogspot.com/2016/05/segmen-kad-raya-2016-duniashidacom.html 
  11. http://meinnameisthazrina.blogspot.my/2016/06/segmen-kad-raya-2016-duniashidacom.html 
  12. http://www.nurfuzie.com/2016/05/segmen-kad-raya-2016-duniashidacom.html 
  13. http://akukaudansesuatu.blogspot.my/2016/06/segmen-kad-raya-2016-duniashidacom.html 
  14. http://mhakimfaiz.blogspot.my/2016/06/segmen-kad-raya-2016-duniashidacom.html  
  15. http://akhalilah.blogspot.my/2016/06/segmen-kad-raya-2016-duniashidacom.html
  16. http://anakpakcikazwar.blogspot.my/2016/05/segmen-kad-raya-2016-duniashidacom.html 
  17. http://www.kisahsidairy.com/2016/05/segmen-kad-raya-2016-duniashidacom.html
  18. http://apple-crunchh.blogspot.my/2016/05/segmen-kad-raya-2016-duniashidacom.html
  19. http://mommycici.blogspot.my/2016/05/segmen-kad-raya-2016-duniashidacom.html  
  20. http://hiphiphorray15.blogspot.my/2016/05/segmen-kad-raya-2016-duniashidacom.html 
  21. http://sharingiscaring-fiza.blogspot.com/2016/05/segmen-kad-raya-2016-duniashidacom.html 
  22. http://yangbaik.blogspot.my/2016/05/segmen-kad-raya-2016-duniashidacom.html 
  23. http://nazihah-suarahati.blogspot.my/2016/05/segmen-kad-raya-2016-duniashidacom.html  
  24. http://hadiahbintangjatuh.blogspot.com/2016/05/segmen-kad-raya-2016-duniashidacom.html
  25. http://mykawaaiiionlinediary.blogspot.my/2016/05/segmen-kad-raya-2016-duniashidacom.html 
  26. http://www.mreena.com/2016/05/segmen-kad-raya-2016-duniashidacom.html
  27. http://www.syahidahfadilah.com/2016/05/segmen-kad-raya-2016-duniashidacom.html  
  28. http://msvelentine.blogspot.com/2016/06/segmen-kad-raya-2016-duniashidacom.html
  29. http://www.naniena.com/2016/06/segmen-kad-raya-2016-duniashidacom.html 
  30. http://ptmcemerlang.blogspot.my/2016/06/segmen-kad-raya-2016-duniashidacom.html 
  31. http://www.syuhadasalleh.my/2016/06/segmen-kad-raya-2016-duniashidacom.html 
  32. http://colouroflifek.blogspot.my/2016/06/segmen-kad-raya-2016-duniashidacom.html  


Wednesday, 1 June 2016

SEGMEN KAD RAYA 2016 DUNIASHIDA.COM

Assalammualaikum, peace upon you.
SEGMEN KAD RAYA 2016 DUNIASHIDA.COM | Hai korang :) sihat hari ni? Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana masih bernafas sehingga ke hari ni untuk shida menyiapkan entri segmen kali ini. Jarang sebenarnya shida buat segmen selalunya memang Giveaway sahaja. Tak pun shida rajin jadi sponsors. Ok sekarang ni shida tak nak cakap banyak tentang hal-hal yang tak berkaitan. Seperti yang sedia maklum di facebook baru, shida ada menyatakan ingin membuat segmen pada hari selasa. Memandangkan shida cuti so boleh lah ambil peluang :) Ok apa yang menarik segmen shida kali ini ialah berkenaan KAD RAYA. Maka dengan itu Kad Raya juga menjadi sebahagian daripada habuan untuk para peserta yang menyertai dimana shida memberi kepada blogger yang turut serta segmen ini. Senang kata "siapa yang join dapat hadiah" shida tak guna undi atau apa. Persediaan pertama untuk segmen ini adalah 100 keping kad raya yang ingin shida edar :) Jadi bermulalah Segmen Kad Raya 2016 Duniashida.com.

Syarat-syarat penyertaan :
  1. Buat satu entri bertajuk : SEGMEN KAD RAYA 2016 DUNIASHIDA.COM
  2. Copy Banner Segmen di atas masukkan ke dalam entri segmen 
  3. Sila Lengkapkan : Pendapat Korang Tentang Blog Shida
  4. Follow Blog, Follow Instagram, Follow Facebook
  5. Selesai 4 perkara di atas boleh submit url entri atau link entri dalam komen entri SEGMEN sahaja
  6. Segmen bermula hari ini 31/5/2016 (10:00 pagi) - 1/6/2016 (10 malam) = BUKAN SEHARI *dilanjutkan!
  7. Penyertaan selepas 9:59 pagi 1 Jun 2016 tidak akan diterima
  8. Senarai Peserta akan di update dari masa ke semasa mengikut kiriman detail
  9. Blogger yang menyertai diminta terus email detail : Nama, Alamat  dan Link Entri Segmen 
  10. Email shida : admin@duniashida.com
  11. Yang ada facebook shida boleh PM melalui facebook untuk send detail ya
  12. Kad Raya akan dikirim pada Puasa Pertama 6 Jun 2016

Hadiah penyertaan : 
  • Hadiah berupa KAD RAYA LIMITED kepada semua yang menyertai
  • 3 Hadiah tambahan bagi syarat NO.3

Selamat Bersegmen :)

SEGMEN KAD RAYA 2016 DILANJUTKAN SEHINGGA 10 MALAM INI

Assalammualaikum wbt, peace upon you.
Klik Banner untuk Join ya :)


Friday, 13 May 2016

Rindunya dengan blog biru ni :') Korang rindu shida tak??

Assalammualaikum, peace upon you.
Wahh!! korang shida update blog la..Ya Allah..betul ke shida update harini!! selama hari ni shida asyik sibuk dengan kerja seharian. Walaupun sekarang masih sibuk tapi sebenarnya shida masih ingin mencelah atau menyelit juga update blog. Waaa rindu gila dengan blog kesayang shida ni..tuhan je tahu betapa rindunya betapa risaunya bila tinggai blog lelama cam ni, fuhh!!

Ok nak tanya soalan?? ada sesiapa yang rindu shida tak?? haaaa..baik mengaku cepat korang!! rindu laa korang please!! hehee :p banyak oo shida pendam cerita sekarang ni hehee :) so boleh la update slowly dari sekarang kan. Inshaallah keep update keep bloging keep blogwalking hehee :D masih ingat ok!! BW stand for blogwalking hahaaa ^_^ ok ok tak ada apa nak cerita sangat pagi-pagi ni just nak say I'M BACK!!