Shida update blog | ada entri baru laaa.. | Dunia sebenar Shida Shida update blog | ada entri baru laaa..

Klik Banner untuk lebih lanjut (iklan berbayar) nak tempah? (klik sini)


Wednesday, 7 September 2016

Shida update blog | ada entri baru laaa..

Assalammualaikum wbt and peace upon you.
Shida update blog dah :) hai kawan-kawan semua :) ya ya shida update blog dah :) curi juga masa menaip! gian sebenarnya nak update entri nak blogwalking haaa..bukan apa jeles sangat-sangat tengok kawan-kawan lain update blog bagai argghhhh!! tercabar kot weh!! cuma shida setakat ni mampu update je dulu tau, nak blogwalking hurmm rasanya belum termampu. Ini pun shida guna data update, masih belum ada internet yang sangat-sangat kukuh untuk blogwalking haaa..blog hampa dah la ada macam-macam kan :p hehee alasan jer tuuu..

Korang sihat ke ni? terpaksa baca pepagi buta entri shida ni ye, alhamdulillah shida ok sihat dan semakin sihat heheee..kerja pun so far so good cuma kesibukan sekarang under control, memang nak come back cuma tunggu peluang saja :) lama betul shida tinggal blog ni kan. Ramai kawan-kawan blogger kata rugi shida tinggalkan blog. Tak apa lah korang selagi terdaya shida bloging macam biasa cuma tak nak jadi kan blog ni satu komitmen penting sesungguhnya blog ni sangat-sangat penting bila dah bergelar blogger. Bagi shida, just have fun saja dengan blog sebab shida ada tanggungjawab yang lagi besar shida nak jalankan :) terasa kekok sikit bila nak update bagai tapi tak apa perlahan-lahan :)

Lagi beberapa hari Cuti Sekolah bakal tiba, Cuti Raya Haji pun tak lama je lagi. So kawan-kawan apa planing cuti ni? Seingat shida tahun lepas raya haji shida balik KL tak silap, beraya dirumah abang shida di Rawang dan untuk tahun ni berlainan sedikit kami sekeluarga yang mana ada dirumah ni kami pergi bercuti. Disebabkan cuti raya haji ni lama sikit so ambil berkesempatan untuk bercuti merehatkan badan "mak kata" so  tahun kami Keluarga Mak Esah & Pak Wan tutup rumah ya :) bercuti ke mana Inshaa Allah akan shida update nanti ok. tungguuu :)