Pengalaman facebook kena godam. | Dunia sebenar Shida Pengalaman facebook kena godam.

Klik Banner untuk lebih lanjut (iklan berbayar) nak tempah? (klik sini)


Friday, 14 October 2016

Pengalaman facebook kena godam.

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera :)
Sebenarnya ramai dah sedia maklum yang facebook lama shida dah kena hacked, oleh siapa? shida pun tak tahu yang shida pelik dua kali dia try nak hacked tau. Masa yang pertama tu shida sedar dia logout facebook shida time tu shida belum tidur, tengah belek-belek facebook, instagram macam biasa lah sebelum nak lena memang shida suka skodeng-skodeng dulu 2 media sosial ni. Masa dia cuba nak logout shida pelik sangat dan terkejut, shida cepat-cepat tukar password. Shida cuba lah try logout dan login semula, memang pelik sebab paparan masa nak login tu tertera no.telefon luar negara tapi memang sejak-sejak ni shida kerap terima panggilan dari negara luar dan shida tak pernah angkat pun tapi shida pernah reject sekali call tu dan lepas dari tu selang beberapa hari facebook kena godam.

Masa pertama kali kena memang rasa scary sebab benda ni jadi sekelip mata, masa tu memang shida sentiasa berjaga-jaga. Selang beberapa minggu hacker tu cuba lagi dan kali ni memang shida betul-betul tak dapat buat apa-apa. Berlaku tengah malam juga tak dalam 2 pagi camtu. tengah syok-syok shida ber'wasap' tiba-tiba facebook hantar notification yang shida dah logout facebook, massanger pun tiba-tiba logout juga. Bila shida nak login semula dah tak boleh, masa tu memang stress ya amat korang!! tak tau lah rasa macam bebal gila!! Dah la sebelum tu handphone Samsung A8 shida ni rosak dan dah repair, bapak mahal kos dia. Lepas tu facebook pula hilang macam tu je.

Bila facebook kena godam shida tak kisah sangat sebab dalamnya boleh buat facebook baru dan kawan-kawan shida boleh add semula tapi yang buat shida bebal shida adalah admin kepada 2 page facebook yang sangat-sangat aktif. Page Blog Shida dan juga Page Pusat Tuisyen shida. Bila kena godam habis semua tak boleh nak login, banyak pula masalah yang datang lepas tu. Dan shida rasa bertuah sangat-sangat sebabnya email facebook shida guna email lama, senang kata email tak sama dengan email blog. Kalau shida pakai semua sama nampak gayanya dengan blog-blog sekali hilang. Bersusah payah dengan blog ni kalau hilang macam tu je mau menangis shida huwaaa :( sedih pula bila kenangkan.

Sekarang shida dah create akaun facebook baru dengan menggunakan email baru yang shida create khas untuk facebook sahaja. Ini juga salah satu langkah berjaga-jaga korang. Agak korang yang aktif berinternet ni ambil la langkah menjaga email dan akaun masing-masing ya. Nanti dah kena macam shida memang tak boleh nak buat apa. Masa buat akaun baru tu ramai juga blogger yang hairan bila shida add mereka balik. Lepas dah post satu status menyatakan sekian..sekian..baru dorang semua approve. Ada juga yang takut sebab ingat fake akaun kan. lepas dari tu memang shida rasa lega sangat-sangat sebab ramai yang memahami dan sebenarnya ramai yang dah terkena macam shida tapi banyak di Instagram semuanya dikalangan blogger..huhu kesian. 

Oh ya! lupa pula masa facebook shida kena godam tu cepat-cepat shida report pada facebook minta closed akaun lama shida. Selang beberapa hari akaun lama terhapus. Shida lega bukan apa takut facebook lama tu ada yang menyalahgunakan habis lah. Sekarang shida dan facebook baru ni dah bahagia dan dah boleh serasi walaupun kawan setakat ini 877 sahaja. Cukuplah rasanya sebab kalau ramai-ramai yang dalam ramai-ramai tu kita tak tahu ada yang baik ke tak kan. Sekian lah cerita shida cukup-cukup panjang ni dah macam buat karangan pula. sorry >.< Kepada blogger yang mengenali shida nak mehh add facebook baru shida ya :)




8 Jari Ohsem:

Siti Rohaida Yusof said...

macam takde keje diorang ni eh nak godam facebook orang

nuyui a.k.a miss YUI said...

risau lak yui baca ni...

yanie yusuf said...

rsau tau klau kene godam fb.. fuh jenuh nak stabilkan.. tak ada keje orang yg godam tu huhuhu

Azhafizah Md Nor said...

fiza pun ada pengalaman ig kena hacked. nasib dapat balik. memang menakutkan kalau hackers nak buat jahat kan.

suffian said...

Nasi baik

Intan Saffyna said...

hi, saya datang singgah sini :)

Cik Tie said...

Memang tak ada kerjaan betul orang yang godam tu

Uyul Rosli said...

Uyul pun sekarang asingkan email kak.

JOM KE BLOG UYUL >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan