Pengalaman Manis Yang Tidak Dapat Dilupakan Bersama Malaysia Airlines | Dunia sebenar Shida Pengalaman Manis Yang Tidak Dapat Dilupakan Bersama Malaysia Airlines

Klik Banner untuk lebih lanjut (iklan berbayar) nak tempah? (klik sini)


Monday, 12 June 2017

Pengalaman Manis Yang Tidak Dapat Dilupakan Bersama Malaysia Airlines

Assalammualaikum, peace upon you.
Pengalaman Manis Yang Tidak Dapat Dilupakan Bersama Malaysia Airlines | Siapa pembaca shida suka bercuti?? Haa shida yakin dan pasti kesemua pembaca shida suka sangat bercuti. Lagi-lagi kalau pergi tempat menarik seperti pulau-pulau kan haaa..shida pun suka juga sebenarnya 😉😉 Kebiasaannya kalau pergi bercuti perkara utama yang kita akan fikir mesti tentang "kenderaan". Kalau bercuti tempat-tempat yang berdekatan of cos kita akan naik kereta je! Tapi kalau kita bercuti tempat-tempat jauh contoh ke luar bandar atau negeri mesti kenderaan menjadi punca utama dalam kamus percutian kita. Kalau jauh-jauh macam shida sendiri akan memilih kenderaan yang kita tak perlu pandu, just duduk dan menikmati perjalanan percutian kita haa..gitu! kalau naik kereta mesti timbul isu penat lah, berbalah siapa nak pandu lama-lama tu kan haaa..selalu terjadi dalam family shida lah hahaaa..paling tak suka drive kereta! seriusly! lagi-lagi nak hadap jem ha! 😅😅
Kalau bercuti jauh-jauh ni shida and family memang kitorang decide pilih naik flight jer..Bukan apa mudah and masing-masing tak perlu berbalah siapa nak drive lepas ni lepas ni dan lepas ni hahaa..Shida sebenar-benarnya paling suka kalau tengok view dari dalam flight..perghhh!! Kagum sangat dengan ciptaan Illahi yang tiada bandingan tau 😍😍 Biasanya Flight yang menjadi pilihan kami sekeluarga adalah Malaysia Airlines. Kenapa Malaysia Airlines?? haaa meh nak share sikit pengalaman shida ni, Biasanya kalau naik flight isu yang dipertikaikan adalah tambang/harga tiket penerbangan. Korang tak perlu risau lah, harga memang berbaloi dan murah, bergantung juga destinasi yang hendak dituju tu kan. Servis dan Fasiliti yang diberikan pun sangat bagus! Tak salah juga sebenarnya kalau kita support Flight Malaysia kan 😁😁 Masa pertama kali shida naik flight, nervous tu jangan cakap la kan..fikiran ni berfikir negative je..tapi dalam pada masa yang sama shida excited!
Tanggapan shida terhadap Malaysia Airlines setakat ni tersangatlah baik. Process dan servis layanan yang diberikan oleh staf Malaysia Airlines sebelum kitorang naik flight pon dah bagus inikan pula semasa penerbangan, lagi la sangat-sangat bagus! Penerbangan kitorang hanya mengambil masa selama 45 minit jer tapi excited punya pasal dah macam 2 jam duk dalam tu! Hahaha. Seat yang kitorang pilih adalah bersebelahan tingkap tau, wajib!! Now shida nak story fasiliti yang terdapat dalam pesawat ni, confirm lepas ni korang tertarik punya dengan kemudahan yang ada ni. Dalam pesawat ni terdapat tv kecil tau di setiap seat penumpang di mana kalau korang bosan tak tahu nak buat apa, korang boleh la layan movie or main games. Shida sempat la jugak layan cerita kejap sebab perjalanan kitorang tak lama mana sangat pon. Kalau masa perjalanan tu dalam 2 jam or lebih sempat la layan satu dua movie! Kalau korang tak nak tengok movie or main games pon tak ape, sebab dalam pesawat ini juga terdapat majalah untuk korang baca-baca. Yer la dari tak buat ape tu baik baca majalah kan at least tak la bosan sangat sambil menunggu. Selain itu, korang tak perlu risau macam mana nak charge henset korang sebab dalam ni pon terdapat lubang usb di mana korang boleh la charge henset or ape je yang korang nak charge. Fuyooo!! canggih kan! faham-faham jela nak travel jauh-jauh ni henset mesti kena on 24jam,nyawa tu! 😅😅 Oh! Sebelum terlupa, kalau korang nak layan movie tu korang kena gunakan headset yang dah tersedia takut nanti akan mengganggu penumpang lain pulak..kalau kat rumah sendiri suka hati lah nak kuat mana pasang pun 😆😆
Walaupun jarak perjalanan tu dekat, Malaysia Airlines juga ada menyediakan snack free untuk para penumpang mereka. Ok la kan dari tak dapat apa langsung. Dapat la jugak menjamu selera dengan biskut dan air oren, ok la tu untuk lapik perut..free je korang 😅😅 Kalau korang nak beli makanan dalam flight ni pon boleh jer.. order la nasi ke mee ke or korang tengok je menu dalam catalogue yang tersedia. Order je apa korang nak makan janji korang jangan membazir sudah! Bukan setakat makanan je tau, ada juga souvenir sebagai kenangan korang menaiki flight ni, haa ada juga untuk dibuat kenag-kengan tak gitu 😀😀. Kalau naik flight ni, toilet juga salah satu tempat yang biasanya penumpang paling ambil serius "bersih atau tak bersih" tapi tak perlu bimbang toilet dalam flight ni pon sangat bersih dan wangi! So korang tak perlu la risau, kebersihan dan keselesaan dalam pesawat ni sangat tip top tau! Dijamin!
Okey now shida nak cerita plak pasal jejaka tampan dan jelitawan dalam pesawat tu,haaaa sape dia tu?? Sapa lagi kan pramugari dan pramugara yang bertugas semasa penerbangan ni la. Diorang tersangat lah peramah! Bukan itu sahaja, kalau kita nak minta tolong mahupun ingin bertanya sesuatu kepada mereka layanan yang diberikan tersangatlah baik! dan yang paling penting diorang tak sombong langsung okey.. Best sangat dapat naik Malaysia Airlines ni! Lepas ni kalau nak naik flight lagi memang tak pandang lain dah! Malaysia Airlines adalah pilihan shida dan family sebagai pengangkutan  untuk next travel kami sebab shida dah jatuh cinta 😍😍 dengan servis and fasiliti yang ada! hahaha.😀😀 So, memandangkan sekarang adalah musim cuti persekolahan walau dibulan puasa ni, tak salah kalau kita mengambil peluang untuk pergi bercuti bersama keluarga kan! So, apalagi korang nak tunggu! just google jer Malaysia Airlines ticket online booking  sekarang! berbaloi-baloi korang! So bagi yang "dah booking" Selamat bercuti korang! 😊


4 Jari Ohsem:

Lisa Nurulain said...

wahh bestnya.... rasa nak naik mass la nanti

Maha Mahu said...

Saya jarang dapat naik MAS ada lah baru beberapa kali tapi bagus naik rasa safe sangat.

aswadz said...

terbalik ngan aku. aku enjoy driving. huhuhu... tak dinafikan. MAS memang terbaik. seat pun selesa. tak crammed macam syarikat penerbangan yg lain.

ubai ismail said...

memang suka naik mas dari airasia.. hehe

lagi selesa kaan

:)