Hantaran belah lelaki dan perempuan | Perkahwinan Shida & Sharul | Dunia sebenar Shida Hantaran belah lelaki dan perempuan | Perkahwinan Shida & Sharul

Klik-klik banner untuk info lebih lanjut lebih menarik, nak tempah slot? ::klik sini::


Friday, 5 April 2019

Hantaran belah lelaki dan perempuan | Perkahwinan Shida & Sharul

Assalammualaikum wbt dan Selamat Sejahtera.

Nak cerita tentang barang-barang hantaran ni memang seronok. Sampai sekarang tak boleh move on lagi sebab semua hantaran shida dari bertunang sampailah kahwin ni shida buat sendiri deco sendiri tapi ada juga 1 2 barang hasil tangan orang lain tapi mostly sentuhan shida la daripada tema barang hinggalah hiasan deco untuk hantaran ni. Belah perempuan kami bawa 9 dulang dan lelaki pula bawa 7 dulang dan semuanya barang ada 1 2 je manisan tambah sikit-sikit bagi lengkap bilangan. 
Untuk tema shida, sudah semestinya biru dan berlawan dengan warna hitam silver. Agak menarik juga gabungan warna tu sebabnya ni idea last minit sebab baju sanding shida pun last minit tukar warna. So terhasil lah warna biru, hitam dan silver. Biru tu shida deco bahagian bunga pada bekas hantaran dan hitam silver tu shida buat pada ribbon hantaran. Deco side lelaki pun dah ikut warna kesukaan shida ada juga biru-biru tapi biru lembut-lembut gitu. hehheee shida sukaa :)
Barang-barang hantaran ni kami beli lagi 2 bulan nak kenduri lebih kurang la. Kami keluar dan cari barang-barang yang kami nak pakai dan boleh buat hantaran. So tak lah rugi bila seleasai majlis barang-barang tu boleh digunakan. Setakat ni barang-barang shida lepas kahwin duduk rumah suami semua barang yang dibeli memang shida pakai sebabnya memang beli barang-barang keperluan seperti set skincare, set perfium, handbag, kasut, tuala serta telekung dan tambahan kek side lelaki bagi so cukuplah 7 dulang yang dibawa oleh side lelaki. Side perempuan pula 9 dulang ada kain pelikat, kasut, jersi bola, set perfium, set walet + belt, jam tangan (ini recycle punya) dan lain-lain bagi cukup 9 dulang shida bagi manisan-manisan je. So bagi korang yang ada plan nak berkahwin tu, ni juga salah satu tips korang untuk cari barang hantaran. Belilah barang yang korang nak pakai bukanlah barang yang korang beli then barang tak pakai simpan sampai bila tak tahu lagi bila nak pakai . Elak pembaziran dalam perkahwinan korang ye!




0 Jari Ohsem: