Labuan Tempat Bersejarah Yang Patut Dikunjungi | Dunia sebenar Shida Labuan Tempat Bersejarah Yang Patut Dikunjungi

Klik-klik banner untuk info lebih lanjut lebih menarik, nak tempah slot? ::klik sini::


Monday, 29 April 2019

Labuan Tempat Bersejarah Yang Patut Dikunjungi

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.
 
Labuan Tempat Bersejarah Yang Patut Dikunjungi | Jom kita pergi bercuti ke area Borneo pulak. Sebelum ni shida pernah story dalam entri sebelum-sebelum ni dalam blog shida cerita pasal Sabah dan Sarawak kan? So kali ni shida nak cerita pasal LABUAN. Tempat yang penuh dengan sejarah yang confirm dapat bagi input yang banyak dalam life korang. Pengalaman ini juga akan menjadi pengetahuan sejarah yang hebat mengenai apa yang berlaku di Negara kita. So of course let me remind you guys to book Labuan hotels online dan shida akan share dengan korang tempat-tempat yang menarik kat sana. Mesti korang dah teruja kan?? hehee :)
 Setelah seronok melalui perjalanan dengan view yang indah untuk sampai ke Muzium Chimney, korang akan disambut pulak dengan kisah misteri yang menyelubungi muzium ini. Misteri di sebalik muzium ini bukanlah sesuatu yang meremangkan bulu roma, tapi tentang fungsi menara chimney ini sendiri. Walaupun diberikan nama chimney ataupun cerobong asap tapi tiada kesan pembakaran yang ditemui pada dinding sebelah dalam menara ini. Ada jugak yang mengatakan bahawa ia adalah sebuah rumah api kerana ada kat kawasan tanah tinggi dan kerana kewujudan sebuah pelabuhan kat Lubung Temiang pada suatu ketika dahulu. Teori yang lain pulak mengandaikan yang menara ini mungkin jugak sebuah menara jam, namun, kat mana pulak jamnya? Haaa..menara yang pelik namun inilah yang menjadikan ia sebuah tarikan para pelancong untuk dilawati, tambahan lagi di kawasan sekitarnya merupakan tapak pelombongan arang dari tahun 1847 hingga 1911 sewaktu pemerintahan British. Masa shida pun belum lahir lagi tau!! hurmmm ok next!

Tak jauh dari Muzium Chimney, adanya The Bird Park Labuan dengan 3 buah kubah besar dikelilingi oleh lanskap flora yang indah. Bagi korang yang suka melihat burung-burung yang dicipta dengan penuh warna-warni ini, dapatlah korang melihat dengan sepuas hati lebih daripada 580 spesies burung tanpa perlu membawa teropong yang berat...perghh banyak giler spesis burung. Semuanya ada kat sekeliling korang. Satu perasaan yang pasti mengujakan sesiapa sahaja.
Bangunan Muzium Labuan yang ada kat Jalan Dewan ini sebenarnya telah dibina oleh  pihak British pada tahun 1950-an untuk dijadikan Pejabat Pentadbiran Kolonial British. Selepas diambil alih oleh Jabatan Muzium Malaysia, pelbagai kerja konservasi telah dilakukan untuk dijadikan muzium yang penting di Labuan. Antara pameran menarik yang terdapat kat muzium ini adalah replika rumah suku Kadayan, artifak batu dari zaman neolitik yang ditemui di Pulau Burong dan koleksi senjata perang dunia. Tak cukup dengan itu, korang jugak dapat melihat dengan lebih dekat kerusi, meja dan pen yang telah digunakan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir B. Mohamed. Nak tahu apa lagi yang ada kat sini? Kenalah datang sendiri ke Muzium Labuan untuk melihat kekayaan koleksi dan informasinya.
Ke mana nak pergi kat Labuan ini kalau tiba-tiba teringin bershopping seperti kat kota metropolitan? Kat sinilah lokasinya, Ujana Kewangan ataupun lebih dikenali sebagai UK dalam kalangan penduduk-penduduk tempatan. UK ini sebenarnya adalah satu-satunya pusat membeli-belah yang terdapat kat Labuan. Antara yang terdapat kat sini adalah Parkson, Giant, KFC, Pizza Hut dan lain-lain lagi. Tapi yang membezakan pusat membeli-belah ini dengan kat tempat lain adalah kerana ia adalah salah-satu daripada tempat bershopping yang bebas cukai untuk barangan seperti coklat, ya korang tak salah dengar "bebas cukai ye"  Nak bershopping coklat sehingga penuh satu luggage seperti kat Langkawi? Dipersilakan datang ke Ujana Kewangan di Labuan.
House of Millions of Peace, itulah nama yang diberikan kepada Pantai Pancur Hitam. Diberikan gelaran macam tu kerana keindahan pemandangan dan ketenangan angin sepoi-sepoi bahasa pantai ini menjadikan ia pilihan ramai jutawan untuk membina rumah mewah kat sini. Keindahannya yang memukau turut menarik perhatian dunia sehingga dianugerahkan dengan Anugerah United Nation COBSEA Clean Beach 2008. Sambil-sambil menikmati pemandangan nan indah kat pantai ini korang boleh membeli makanan yang dijual kat tepi pantai seperti air kelapa, sosej, bertih jagung, coklat dan banyak lagi, barulah syok menikmati view sambil mengisi perutkan? dan diantara hotel yang best dan shida nak suggestkan kat korang, haaa korang stay kat sini Dorsett Grand Labuan. Takyah fikir panjang apa kata korang book Dorsett Grand Labuan online, takyah pening-pening kepala nak pilih hotel nanti. Hehehe. Enjoy experience korang nanti okay. 



1 Jari Ohsem:

sis gee said...

entah bila nak sampai!! tapi teringin juga travel ke Labuan!