Dunia sebenar Shida: December 2019

Klik-klik banner untuk info lebih lanjut lebih menarik, nak tempah slot? ::klik sini::


Saturday, 21 December 2019

5 Local Foods You Can Try in Malaysia

Assalammualaikum & Salam Sejahtera.
5 Local Foods You Can Try in Malaysia | Malaysia sebuah negara yang terkenal dengan masyarakat yang berbilang kaum. Kaum Melayu merupakan kaum majoriti di Malaysia. Ia diikuti pula dengan kaum Cina, India serta lain – lain kaum minoriti lain. Masyarakat majmuk di Malaysia membuatkan ramai pelancong dari luar selesa datang bercuti ke negara kita. Setiap kaum di Malaysia juga mempunyai makanan istimewa tersendiri. Isu hari ini yang nak dikupaskan tak hangat mana pun, kita dah biasa dengaq dari mulut ke mulut ke makcik-makcik bawang duk habaq benda ni. Okay kalau bab makan ni shida antara orang pertama paling suka dengaq, shida rasa bukan shida sorang mungkin hampa juga pun sama kot ^_^ jenis suka makan. So apa kata jom kita tengok menu apa yang tersenarai dalam 5 makanan tempatan terbaik yang hampa patut cuba, berkemungkinan menjadi antara makanan kegemaran hampa kan. So ini antara hidangan popular dan digemari oleh rakyat Malaysia adalah seperti yang tersenarai di bawah.

1. NASI LEMAK
Nasi Lemak merupakan hidangan makanan Melayu. Ia diperbuat dari beras yang dimasak dengan santan kelapa, bawang merah, halia dan juga daun pandan. Nasi Lemak juga dikenali sebagai juadah kebangsaan Malaysia dan boleh di setiap pelosok Malaysia. Nasi lemak di Malaysia biasanya mengandungi sambal tumis, ikan bilis goreng, kacang tanah goreng, timun dan telur rebus. Terdapat juga penjual Nasi Lemak menyajikannya dengan lauk pauk lain seperti sambal sotong, sambal kerang, telur goreng, ayam goreng, rendang dan sebagainya. Nasi Lemak daun pisang antara kegemaran shida dari kecik sampailah ke besar. Rata-rata masayarakat sekarang yang berbilang kaum pun dah suka dengan nasi lemak. Jangan kata orang malaysialah orang luar negara jiran pun dah pandai makan nasi lemak okay. Walau macam mana pun nasi lemak original juga yang paling sedap! terbaik!! 

2. SATE
Sate merupakan hirisan daging yang diperap, dicucuk dengan lidi dan dibakar atas dapur arang. Biasanya sate dihidang dengan kuah kacang dan juga hirisan bawang serta timun. Terdapat pelbagai jenis sate di Malaysia iaitu sate daging, sate ayam, sate perut dan sate kambing. Ia merupakan kegemaran hampir seluruh rakyat Malaysia dan boleh didapati dengan mudah di gerai penjaja, pasar malam mahupun restoran. Sate ini juga enak dimakan bersama nasi himpit yang boleh dijadikan sebagai pengganti nasi. Ia juga sering dijadikan hidangan ringan pada waktu malam dan sangat popular sebagai salah satu hidangan menjelang sambutan perayaan.

3. ROTI CANAI
Roti Canai merupakan roti leper yang diperkenalkan oleh masyarakat India. Ia boleh didapati di kebanyakan restoran mamak dan restoran Melayu di Malaysia. Hidangan ini dibawa oleh immigran Tamil Muslim yang telah menetap di Malaysia. Ia turut dikenali dengan nama ‘roti terbang’ kerana proses pembuatannya yang seakan lemparan dan pusingan sebelum dimasak. Biasanya Roti Canai dimakan bersama kuah kari samada kari ikan, ayam, daging atau kambing, kuah kacang dhal dan juga sambal tumis. Malah, ada di sesetengah tempat menikmati Roti Canai ini bersama gula pasir yang dicampurkan ke dalam kuah kari. Roti Canai ini juga mempunyai pelbagai pilihan lain seperti Roti Telur, Roti Tisu, Roti Pisang, Roti Bawang, Roti Planta dan sebagainya.

4. LAKSA
Laksa gabungan unsur dua budaya ini yang telah menghasilkan hidangan Laksa yang disajikan bersama kuah ikan pedas. Hidangan ini merupakan mee beras dimakan bersama bahan lain seperti hirisan timun, bawang, cili, daun salad, daun kesum dan juga bunga kantan. Laksa juga diberi dengan pelbagai jenis nama di Malaysia antaranya Laksa Sarang Burung, Laksa Ikan Sekoq, Laksa Udang Segar dan banyak lagi. Laksa ini boleh ditemui di mana sahaja terutamanya di Pulau Pinang. Jadi bagi penggemar laksa tak akan terlepas dari mencuba pelbagai jenis laksa yang dikeluarkan asalkan viral ^_^

 
5. NASI KANDAR
Nasi Kandar juga antara nasi popular di Malaysia, shida juga suka makan Nasi Kandar ini. Nasi kandar hidangan yang begitu popular dan berasal dari Pulau Pinang. Ia merupakan hidangan nasi putih yang disajikan bersama kuah kari serta lauk pauk tambahan. Biasanya ia dimakan bersama ayam goreng, kari kambing, sotong goreng, udang goreng, ikan goreng daging lembu dan sebagainya. Ia juga sering dilengkapi dengan sayuran seperti peria goreng, kubis goreng, ulam dan sebagainya. Hampir kesemua masyarakat sangat menggemari Nasi Kandar tidak kira di mana sahaja.

Sebenarnya mudah sahaja untuk mendapatkan makanan-makanan seperti ini pada bila-bila masa pun di mana jua. Makanan popular seperti ini juga amat mudah untuk didapati disekitar tempat atau kawasan hampa. Lainlah hampa nak cuba makanan-makanan viral yang hanya ada disesetengah kawasan sahaja kan! Sekarang dengan adanya online food delivery seperti F O O D P A N D A telah memudahkan kerja seharian kita yang superb sibuk dengan kerja hakiki dan keluarga lagi. Jadi dengan perkhidmatan seperti ini ia lebih memudahkan kerana pembelian atas talian menerusi aplikasi foodpanda akan terus ke rumah hampa. Mudahkan! Jimat masa, petrol dan masa bersama keluarga juga lebih berkualiti.

click to sharePin ThisShare on TumblrShare on Google PlusEmail This

Wednesday, 11 December 2019

Blogger Yui Kahwin | Tahniah Nurul Yui

Assalammualaikum, peace upon you.
Wordless Wednesday | Tahniah Blogger Yui


click to sharePin ThisShare on TumblrShare on Google PlusEmail This