Klik-klik banner untuk info lebih lanjut lebih menarik, nak tempah slot? :: klik sini ::


Monday, 19 October 2020

Pelakon The Karate Kid (2010) Dulu dan Sekarang

Pelakon The Karate Kid (2010) Dulu dan Sekarang | Assalamualaikum wbt korang dan hai!! Maaflah seharian tak update dari semalam sehingga ke malam, ni pun dah ;lewat shida rasa. Sibuk sikit dengan kerja hakiki, biasanya shida buat entri auto publish, tapi nak menaip pun tak sempat. Sabar jelah! Harini ada kelapangan sedikit, nak update pasal artis luar negara, almaklumla sejak PKP kan susah nak dengar berita artis luar negara, semua pun stay at home kan time tu. 

Kali ni shida nak bawa pula pelakon dari cerita The Karate Kid (2010) kira yang ini musim yang paling latest! Pelakon pun hebat-hebat dan terbaik. Cerita ni kalau ulang tayang banyak kali pun tak jemu nak tengok dan tengok. Dari tahun 2010 sehingga lah sekarang, agaknya macam rupa dorang dah 10 tahun kemudian ya, jom tengok!

Jaden Smith, berusia 22 - Tahun 2020

Wenwen Han, berusia 25 - Tahun 2020

Zhenwei Wang, berusia 25 - Tahun 2020

Shijia Lu, berusia 25 - Tahun 2020

Jackie Chan, berusia 66 - Tahun 2020

Taraji P. Henson, berusia 50 - Tahun 2020

Yu Rongguang, berusia 62 - Tahun 2020


Nah, ini lah dia rupa mereka dari tahun 2010 sehingga kini 2020. Ada yang berbeza ada yang masih sama, macam Jackie Chan tetap maintain, dari wajah ke aksi lakonan beliau masih tajam. Kalau tengok lakonan Yu Rongguang masa tu geram kan dengan watak yang dia bawa (jahat dan tak berperikemanusiaan) sangat kejam. So bagi yang tak pernah tengok lagi cerita ni boleh la usha-usha kat youtube banyak dorang dah upload full movie cerita The Karate Kid (2010).


Saturday, 17 October 2020

Neelofa Kini Tampil Mengenakan Niqab

Neelofa Kini Tampil Mengenakan Niqab | Subhanallah begitu cantik ciptaan Allah swt ini, bila tengok perubahan Neelofa sekarang yang sudah mengenakan niqab. Bukan senang nak senang ya wanita yang berniqab ni. Perlu istiqomah, keperibadian terunggul, menjaga tatatertib, hanya yang benar-benar inginkan perubahan seperti ini sahaja yang mampu memikulnya. Orang kata pemakaian yang seiring dengan keperibadian seseorang. Alhamdulillah syukur tengok neelofa, semoga neelofa terus dengan penampilan sempurna ini. 

Rata-rata netizen atau peminat neelofa sendiri juga berbangga dengan penampilan baru wanita muslimah, diikuti dengan rakan artis juga disambut baik dengan mengucapkan "Alhamdulillah" di dalam posting di instagram neelofa sendiri. Neelofa juga ada memuat naik sebuah bingkisan untuk tontonan peminat tentang penghijrahan beliau.

 

Neelofa juga turut dikagumi oleh ibunya sendiri Datin Noor Kartini dan juga kakitangan syarikat perniagaan Naelofar di mana tak henti-henti mengucapkan dan berdoa kepada neelofa yang juga sumber inspirasi kepada mereka. 




Tahniah Neelofa, semoga terus istiqomah 😍


Friday, 16 October 2020

Sambal Udang Petai Simple Tapi Sedap! | Resepi #Shidamasakje

Sambal Udang Petai Simple Tapi Sedap! | Resepi #Shidamasakje | Assalammualaikum korang, masak apa tu?? Jom teman shida kupas petai-petai ni nak buat sambal tumis udang petai yang amat mudah cara masak dia, yang penting encik husben menambah-nambah makan tau! Menu ni bagi penggemar atau pemakan petai mesti suka kalau petai dibuat menu sambal seperti ini. Ya! boleh dikatakan ini menu fav encik husben shida tapi shida je jarang buat sebab shida ni tak berapa makan petai sangat sebab berbau hahahaa 😁😂 Jom lah kita start masak!

 
Sambal Udang Petai Simple Tapi Sedap!

BAHAN - BAHAN :

  1. Udang sederhana lebih kurang 200 ke 250 grm (dicuci bersih)
  2. Petai 3 papan  (letak lebih pun takde masalah) - buang kulit
  3. Bawang besar sebiji (saiz besar) - dikisar
  4. Bawang putih 3 biji - dikisar
  5. sedikit halia buat rasa-rasa - dikisar
  6. Cili kisar - 4 sudu makan
  7. Asam keping 1 (saiz kecil)
  8. Gula dan garam
  9. Minyak untuk goreng udang dan tumis

CARA MEMASAK :

  •  Mula sekali korang panaskan minyak untuk kita goreng udang dulu. Style shida memang masak udang sambal shida akan goreng dulu udang (udang dibersihkan buang kepalanya). Minyak dah panas boleh goreng udang sehingga udang bertukar warna boleh angkat dan ketepikan dulu.
  • Seterusnya guna minyak yang sama kita goreng udang tadi, bila pakai minyak goreng udang baru sambal menjadi lebih sedap ya. Kita tumis dulu bahan yang dikisar iaitu bawang besar, bawang putih dan sedikit halia. Halia ni shida guna juga untuk dapatlan aroma halia ade dlm sambal ni.
  • Sambal dah garing korang boleh masukkan cili kisar atau cili boh dan gaul rata cili dan bahan kisar tadi. Kita gaul-gaul sehingga bahan tumis kita ni pecah minyak ye. Macam mana nak tahu bahan tumis kita pecah minyak? Bila disekeliling sambal kita ada minyal terapung, mula meletop-letop haaa tu tanda sambal kita dah pecah minyak ya. Style shida jenis suka sambal tu sedikit kering. Kalau korang suka berkuah boleh tambah air ya!
  • Lepas tu, boleh masukkan garam gula atau perasa dan juga asam keping, gaul-gaul rata then korang rasa jika ada yang kurang boleh tambah lagi ya. Selepas tu, boleh masukkan pula petai yang telah dibersihkan. Biar seketika petai sedikit lembut baru masukkan udang, tak perlu masak lama sebab udang kita dah goreng awal tadi kan. Agak dah sebati sambal petai dan udang boleh tutup api. 
  • Siap dah sambal kita, sedia untuk dihidangkan. Cadangan menu untuk 2 orang makan. Jika udang korang banyak boleh gandakan bahan-bahan. Bagi newbie yang baru nak belajar masak boleh follow resepi dan step shdia masak ni, simple je! Selamat mencuba korang :)

 

Giveaway makcik bawang by www.nieylanadia.com

Giveaway makcik bawang by www.nieylanadia.com | Jom korang join giveaway lagi, kali ni dari Blogger Nieylanadia. Giveaway diberi nama makcik bawang dan hadiah juga berupa bawang hehee 😀 taklah gurau je korang. Hadiah berupa Sebalang Bawang Goreng Crispy dan tarikh tutup penyertaan pada hujung bulan oktober ini (31 Okt 2020). Nak join tekan banner atas tu ya! Good Luck bagi sesiapa yang join tu!

Sebalang Bawang Goreng Crispy by nieyl

 

Thursday, 15 October 2020

OST Ryan Aralyn | Andi Bernadee - Penat | Lirik Lagu dan Video

OST Ryan Aralyn | Andi Bernadee  - Penat | Lirik Lagu dan Video


Andi Bernadee  - Penat

Ku hanya mampu.. Memberi secebis dari semua
Ku takut akan janji.. Yang diberi atau terima

Aku tahu tiada.. Pelangi di langit yang gelap
Tapi aku masih mencari bintang
Walaupun aku masih lagi meragui
Usah risau engkau aku percayai

Tak kan pernah.. Tak kan penat
Ku masih mengejar bayangmu
Hingga ke penamat

Ku takkan pernah.. Ku takkan penat
Ku masih bertahan walau
Diri semakin berat.. Hanya untukmu

Aku tak mahu kau bersedih
Janji ku usahakan lebih
Istana ku bina untukmu
Untuk kita bersama

Di sini la tempat dimana kau rehat
Jika kau terluka akulah ubat
Ukiran tersenyum melihat engkau
Walaupun aku masih lagi meragui
Usah risau engkau aku percayai

Tak kan pernah.. Tak kan penat
Ku masih mengejar bayangmu
Hingga ke penamat

Ku takkan pernah.. Ku takkan penat
Ku masih bertahan walau
Diri semakin berat.. Hanya untukmu

Hanya untukmu…

 



OST Ryan Aralyn | Sarah Suhairi & Aepul Roza - Entah Apa | Lirik Lagu dan Video

OST Ryan Aralyn | Sarah Suhairi & Aepul Roza - Entah Apa | Lirik Lagu dan Video | Hot juga Drama TV3 - Ryan Aralyn. Biasa shida layan time ulangan  pukul 12 am, bukan apa tak sempat nak tengok time siaran, tengok ulangan pun okay je :) Ada dua lagu dijadikan OST Ryan Aralyn ni dan kedua-dua lagu pun best dan sedap di dengar, jom nyanyi korang 😀😀


Sarah Suhairi & Aepul Roza - Entah Apa

Berikan aku waktu.. Untuk aku ceritakan
Apa rasanya hati ini kau tinggalkan perlahan

Berikan aku ruang.. Untuk aku meluahkan
Rasa yang terdalam 
Rasa yang takkan pernah kau faham

Entah apa.. Lagi harus ku cuba
Untuk memiliki seluruh hatimu.. seluruh cintamu

Entah bila.. Akan aku temukan
Semua bahagia walau bukan dengan kamu
Walau perit harus ku lepaskan..

Haruman ini melemparku pergi.. Kembali pada bila 
Ku cuba melepaskan semua

Entah apa.. Lagi harusku cuba
Untuk memiliki seluruh hatimu .. Seluruh cintamu

Entah bila .. Akan aku temukan
Semua bahagia walau bukan dengan kamu
Walau perit harus ku lepaskan.. 

Berikan aku waktu .. Untuk aku meluahkan
Apa rasanya hati ini yang kau bunuh perlahan
 

 

Nabila Razali feat. MK K-Clique - Peluang Kedua | Lirik Lagu dan Video

Nabila Razali feat. MK K-Clique - Peluang Kedua 
 
Sepi.. Menghukum diri kembali
Untuk mengalir air mata
 
Tanpa henti.. Lagi
Sepi.. Menghasut diri kembali
Untuk Memikirkan tentang kita
Tanpa henti.. Lagi
 
Dan tiada.. Salah darimu mengingatkan ku 
Bila ku tak sempurna
Engkau bisikkan ku yang paling sempurna
Di matamu hanya aku

Maaf andai kau terluka.. Maafku tak sengaja
Tanpa sedar.. Sakitimu, sesalku
Maaf, kerna aku pun terluka
Pintaku hanya Peluang kedua.. Rasa cinta darimu

huu uuu hoo ooo

Dan tiada .. Salah darimu mengingatkanku
Bila ku tak sempurna
Engkau bisikkan ku yang paling sempurna
Di matamu hanya aku

Dan andai terbuka hatimu
Ku di sini menunggu dan terus menunggu
Dirimu, kembalilah sayang.. Kepadaku

Maaf, aku terluka, Hilang kata bermakna
Hilang didepan mata, Hilang begitu saja
Bintang sudah ku ukir, Janji sudah kau mungkir

Walau di dalam luka, Kau ajar ku berjuang
Sayang takkan terbuang, Adakah ini peluang
Maaf rindu dalam halaman hati bila kau hilang
Selagi akan terang, Cahaya sinar bintang

Maaf andai kau terluka.. Maafku tak sengaja
Tanpa sedar.. Sakitimu, sesalku
Maaf, kerna aku pun terluka
Pintaku hanya Peluang kedua.. Rasa cinta darimu
 
huu uuu hoo ooo
 Rasa cinta.. Rasa cinta.. Darimu
 

 

Wednesday, 14 October 2020

TRY NOT TO LAUGH | Wordless Wednesday

TRY NOT TO LAUGH

 Wordless Wednesday | Jom layan cerita lawak santai di bawah.











Tuesday, 13 October 2020

Pucuk Paku Tumis Kicap | Resepi #shidamasakje

Pucuk Paku Tumis Kicap | Resepi #shidamasakje | Assalamualaikum korang 😊 sihat ke semuanya sahabat-sahabat shida ni? Alhamdulillah hari isnin yang indah seperti biasa, kena memasak lah. Kebiasaan orang weekdays berpeluang memasak kan tapi untuk shida sabtu dan ahad shida offday memasak kecuali jika terkena cuti umum pada sabtu atau ahad. Macam biasalah orang sabtu ahad cuti berehat dirumah shida lain kena bekerja. Memang berbeza la dengan orang yang bekerja ikut office hour kan.

Menu yang tak kecuali dan boleh dikatakan kegemaran kami berdua (shida dan encik husben) iaitu pucuk paku tumis kicap. Selain tumis kicap pucuk paku juga boleh dibuat masak lemak cili api, goreng belacan, tumis pedas dan banyak lagi sebenarnya. Kebiasaannya menu yang paling mudah pucuk paku tumis kicaplah, cara nak masak pun mudah saja.

BAHAN - BAHAN :

  1. Pucuk paku seikat (siap cuci dan siang)
  2. Bawang merah sebiji (dihiris)
  3. Bawang putih 2 biji (dihiris)
  4. Ikan bilis sedikit dalam 10 ke 15 ekor (dibasuh)
  5. Cili Merah sebiji (potong serong)
  6. Kicap lemak manis
  7. Secukup rasa sedikit
  8. Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK :

  • Panaskan minyak di dalam kuali, dah panas goreng dulu ikan bilis, sebelum garing masukkan bawang besar dan putih yang telah dihiris. Goreng hingga naik bau bawang-bawang tu. 
  • Lepas masukkan cili merah dan kicap, kuantiti kicap terpulang ya, jangan terlalu banyak agak-agak saja, nak berkuah tambah air je.
  • Kacau rata dan masukkan pula pucuk paku. Jika jenis yang suka berkuah boleh tambah air sedikit. Last masukkan perencah secukup rasa, gaul-gaul rata. Pucuk paku pun dah sedikit layu dan lembut boleh tutup api.
  • Sedia untuk dihidangkan, mudah kan? Cadangan menu untuk 2 orang. Jika ramai boleh gandakan bahan-bahan ya. Selamat mencuba!

 

SEGMEN FOLLOW2 BY CIK ROXA

SEGMEN FOLLOW2 BY CIK ROXA | Okay gais, tak nak buang masa ayuh! kita support Cik Roxa dalam segmen beliau SEGMEN FOLLOW2 BY CIK ROXA! yang akan tamat pada 30 Oktober 2020. Apa target shida untuk segmen ini adalah penambahan follower memandangkan segmen ini berunsurkan follow mem follow. Moga impian nak ketemu follower ke 5000 shida tercapai dalam bulan ini. Korang nak join boleh klik banner atas ya!

Pemilihan Pemenang & Kelebihan Penyertaan

1. Pemilihan pemenang melalui random.org 
2. 5 orang pemenang akan dipilih dan diletakkan di sidebar bloglist Cik Roxa selama 3 bulan.
3. Kesemua penyertaan juga akan dimasukkan ke dalam bloglist INI
4. Cik Roxa akan follow semula kesemua peserta
5. Sekiranya penyertaan melebihi jangkaan Cik Roxa, seorang pemenang akan dipilih untuk direviu dan dikongsikan (featured post) dalam satu entri di blog² dan juga Instagram Cik Roxa pada entri khas 11.11.2020 nanti.

Semoga berjaya kepada semua peserta yang turut serta dalam segmen ini!

 

Monday, 12 October 2020

5 sekolah di Taiping ditutup susulan kes covid19

5 sekolah di Taiping ditutup susulan kes covid19 | Assalammualaikum wbt, Hai korang! shida ada perkhabaran kurang baik dalam 2 3 hari ni. Satu per satu shida diduga, baru-baru ni kes kemta kamunting hal keluarga shida disaring, Alhamdulillah ianya negetif. Sekarang datang lagi musibah baru, beberapa sekolah ditutup untuk saringan dan sanitize. 5 sekolah yang terlibat adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) King Edward VII, SMK (P) Treacher Methodist, SMK Bukit Jana, Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Jana dan SK Convent Kota.

Korang tahu, antara 5 sekolah ni terdapat juga beberapa pelajar yang mengambil kelas tuisyen di pusat shida. Sejak-sejak kes naik, parent pun dah mulai bimbang dan tidak membenarkan pelajar untuk ke kelas tuisyen. Ramai dah pelajar yang berhenti dan ada juga kena kuarantin 14 hari. Hari saban hari selalu shida fikirkan situasi yang agak tegang sekarang ni.

Kes covid19 ni betul-betul memberi cabaran buat shida dan sudah tentunya kita semua terkesan! besar sangat tempiasnya. Lama-lama macam ni nak cari makan pun susah, mana taknya perniagaan semakin hari semakin merosot bila kes semakin meningkat, lagi-lagi kes berkaitan begitu hampir dengan kawasan setempat. 

Bila nak berakhir situasi seperti ini, ya shida sangat-sangat susah hati. Harap shida boleh tabah dan bersabar nak menempuh hari demi hari. Korang doakan sama ya, moga semuanya kembali seperti biasa. Bukan apa shida kesiankan staf shida ada 2 3 yang memang mengajar sepenuh masa ditempat shida. Lagi buat shida rasa bersalah, jika pusat ni terpaksa ditutup jika wabak tidak dapat dibendung.  Shida doakan semuanya akan menjadi lebih baik dan virus ini akan terhapus. Sama-samalah kita berdoa.

 

Sunday, 11 October 2020

Alyssa Dezek - Lagu Untuk Kamu | Lirik Lagu dan Video

 

Alyssa Dezek - Lagu Untuk Kamu | Lirik Lagu dan Video | Kecik-kecik cili padi si Alyssa Dezek ni, walau kecik tapi suara dia sangat-sangat besar dan hebat. "Lagu Untuk Kamu" antara lagu paling popular sekitar 2019 sehingga kini. Sedap halwa telinga mendengar muzik dan lirik dari lagu ini. Moga Alyssa Dezek terus cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburi. Jom nyanyi Lagu Untuk Kamu by Alyssa Dezek.

Alyssa Dezek - Lagu Untuk Kamu

Setiap aku menyanyi .. Aku ingin menghiburmu
Disetiap langkahmu.. Disetiap karyaku
Hanya ingin buatmu bahagia

Jangan menjauh dariku.. Aku tak bisa tanpamu
Hidupku tidak berarti.. Bila tak ada kamu
Kamu adalah Inspirasiku

Kalau kangen suaraku.. Kamu tinggal call me saja
Kalau mau bertemu.. Kamu tinggal cari aku
Apakah kamu cinta.. Apa kamu sayang
Aku mahu bersahabat sama kamu

Kalau mau jadi Aku.. Kamu tinggal main Tik Tok
Kalau mau tengok aku.. Kamu tinggal buka Youtube
Apakah kamu cinta.. Apa kamu sayang
Aku mahu bersahabat sama kamu
 
Jangan menjauh dariku.. Aku tak bisa tanpamu
Hidupku tidak berarti.. Bila tak ada kamu
Kamu adalah Inspirasiku
 
Kalau kangen suaraku.. Kamu tinggal callme saja
Kalau mau bertemu.. Kamu tinggal cari aku
Apakah kamu cinta.. Apa kamu sayang
Aku mahu bersahabat sama kamu
 
Kalau mau jadi Aku.. Kamu tinggal main Tik Tok
Kalau mau tengok aku.. Kamu tinggal buka Youtube
Apakah kamu cinta.. Apa kamu sayang
Aku mahu bersahabat sama kamu
 
Ku doakan kamu bahagia.. Agar papa mama bisa bangga
 
Kalau kangen suaraku.. Kamu tinggal callme saja
Kalau mau bertemu.. Kamu tinggal cari aku
Apakah kamu cinta.. Apa kamu sayang
Aku mahu bersahabat sama kamu
 
Kalau mau jadi Aku.. Kamu tinggal main Tik Tok
Kalau mau tengok aku.. Kamu tinggal buka Youtube
Apakah kamu cinta.. Apa kamu sayang
Aku mahu bersahabat sama kamu
 
Kalau mau jadi Aku.. Kamu tinggal main Tik Tok
Kalau mau tengok aku.. Kamu tinggal buka Youtube
Apakah kamu cinta.. Apa kamu sayang
Aku mahu bersahabat sama kamu.. Sama kamu..

 
 

Saturday, 10 October 2020

Lala Masak Lemak Cili Api | Resepi #shidamasakje

Lala Masak Lemak Cili Api | Resepi #shidamasakje | Alkisah si lala ni kawan encik husben yang bagi, banyak pula tu. Moga murah rezeki kawan husben tu, memang kebiasaan jika ada lauk-lauk mentah yang dijual tak habis selalu je bagi pada encik husben. Lauk-lauk mentah macam lala dan ketam biasa memang tak boleh simpan buat jual esok hari dah tak fresh. Maka time tu kena lah masak lala. 

Masak lala ni ada beberapa menu yang best, antaranya masak lemak cili api, masak pedas, masak merah atau pun buat rebus je. Tapi macam encik husben memang suka makan masakan yang pedas-pedas makan terjadilah menu lala masak lemak cili api, pun encik husben saja yang makan sebab shida tak makan seafood (alergik). Jom start masak!

BAHAN - BAHAN :

  1. Lala dalam 300-500gram (dicuci bersih)
  2. Bawang besar sebiji** (yang besar)
  3. Bawang putih 3 biji**
  4. Kunyit hidup** (sebesar ibu jari)
  5. Cili Padi 15 biji** atau lebih jika nak pedas.
  6. Serai 2 batang - diketuk
  7. Asam keping - sekeping (jika besar ambil separuh je)
  8. Daun Kunyit - dihiris untuk hiasan (optional)
  9. Santan Kotak - 100ml
  10. Perasa - garam dan gula

Bahan bertanda ** dikisar halus ya, jika korang takde kunyit hidup boleh digantikan dengan serbuk kunyit ya. Just nak bagi dia kuning sikit, bubuh semasa korang nak blend bahan-bahan tu.

CARA MEMASAK :

  • Panas kan periuk, masukkan bahan yang dikisar halus tadi, jika ada baki dalam blend tu kocakkan dengan air tuang bagi semua clear ya. Lepas masukkan pula serai kaca rata. 
  • Agak dah keluar bau masukkan pula asam keping dan lala yang sudah dibersihkan, kacau rata sehingga mendidih dan lala bertukar warna (tanda dia dah masak). Selepas masukkan pula santan kotak tadi gaul-gaul mesra sehingga mendidih.
  • Akhir sekali masukkan pula perasa garam dan gula, tak kisah lah apa jenis perasa yang korang suka pakai just masukkan saja. Lepas masuk pula daun kunyit yang dah dihiris tadi, kacau kacau siap! Sedia untuk dihidangkan. Menu hidangan ni boleh 3 ke 4 orang makan ya. Selamat mencuba korang.

Untuk resepi shida ni, shida tak nyatakan garam dan gula berapa sukatannya ^_^ shida pun agak-agak saja. Jadi bila korang dah buh perasa korang rasa lah, jika ada yang kurang tambah okay :)


Friday, 9 October 2020

Segmen: Jari Jemari Menari Bloglist 2020

 Segmen: Jari Jemari Menari Bloglist 2020 
Jemput join Segmen Bloglist dari Ika Shoid yang ingin mencari bloglist baharu,
yang penting walau baharu bukan norma baharu ya!
Join segmen tak perlu pakai face mask yang penting....AKTIF!!
Ya! Shida juga suka ada bloglisted yang aktif dan peramah.
Macam anda yang sedang membaca post ini 😉 
 
Nak join tekan banner atas ya! haaaaaa tekannn 😂 
(macam suara kak ellymazlin)
 

Udang Masak Pedas dengan Kacang Buncis | Resepi #shidamasakje

Udang Masak Pedas dengan Kacang Buncis | Resepi #shidamasakje | Assalamualaikum korang, okay harini ada mood nak update resepi #shidamasakje . Hashtag ni lama dah shida pakai, kalau korang search kat fb atau ig hashtag ni akan keluarlah segala menu yang shida pernah masak. Ya ya shida rajin masak kat rumah tapi tak rajin upload tak rajin update 😁😁 Bukan apa, kadang risau kita duk upload ada yang melihatnya dengan mood kurang menyenangkan "macam kita upload kat wall dia pulak kan" hehehe. 

So, menu kali ni simple tapi teramat sedap. Bagi yang bujang-bujang ke atau yang baru nak mula belajar memasak boleh la cuba resepi ni sebab menu dia 2 in 1, kenapa shida cakap macam tu? Kalau tengok dalam gambar ia adalah sebuah menu sepinggan lengkap ya, cukup 1 menu ada lauk dan sayur. Menu shida masak ni untuk encik husben saja yang makan. Memandangkan shida ni alergik seafood maka encik husben saja lah yang makan menu ni. Cara nak buat mudah sahaja, jom start!

 

BAHAN - BAHAN :

  1. Udang sederhana besar dalam 10 ke 15 ekor (dicuci bersih)
  2. Kacang Buncis dalam 8-10 batang (dipotong pendek)
  3. Cili Padi dalam 15 biji ** (nak lebih pedas boleh tambah)
  4. Cili Merah 3 biji **
  5. Bawang Merah Kecil 4 biji sederhana besar ** (kalau kecil boleh ambil dalam 6/7 biji)
  6. Bawang Putih 3 biji **
  7. Halia sedikit ** (buat penambah rasa)
  8. Serai sebatang (potong pendek & diketuk)
  9. Air Asam jawa dalam setengah secawan 
  10. Garam + Gula secukup rasa
  11. Minyak untuk menumis

bahan yang bertanda ** hendaklah  dikisar kasar, macam shida tumbuk je semua.

CARA MASAK :

  • Panaskan kuali, masukkan minyak. Goreng dulu udang sehingga separuh masak. Macam shida, udang tu shida suka buang kepala udang. Lepas dah goreng udang separuh masak angkat dan ketepikan dulu. 
  • Jika minyak banyak boleh kurangkan, lepas kita boleh mula menumis, pertama masukkan serai yang diketuk kemudian masukkan pula bahan yang ditumbuk kasar tadi. Tumis sehingga bahan-bahan naik bau dan sedikit garing.
  • Kemudian masukkan air asam jawa tadi, kacau rata. Lepas masukkan kacang buncis, kacau rata sehingga kacang buncis bertukar warna kehijauan yang cantik (ok tak pandai nak describe hijau yang macam mana) kacang dah cantik masukkan pula udang yang dah digoreng tadi, kacau rata biar semua bahan sebati dalam kuali tu. Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula. Kalau korang taknak goreng udang dulu pun takpe, just masukkan udang dulu lepas udang masak baru masukkan kacang buncis ok.
  • Siap untuk dihidangkan, makan dengan nasi putih panas-panas pun sedap! Menu ini boleh juga ditukar kepada sotong, ayam, ketam atau lala. Cadangan hidangan untuk 1-2 orang makan, ok selamat mencuba korang.


Thursday, 8 October 2020

Nuffnang bagi CPUV Campaigns | Untuk Pertama Kalinya Tahun 2020

Nuffnang bagi CPUV Campaigns | Untuk Pertama Kalinya Tahun 2020 | Terkejut buka akaun Nuffnang nampak CPUV Campaigns berderet elok dalam table tu. Dah lama tak merasa dapat cpuv dari nuffnang. Apa tah lagi tahun ini tahun 2020 shida baru come back tu pun tak sampai 6 bulan huhuuu. Thanks nuffnang masih memberi rezeki untuk blog biashe biashe ni. So jika dapat cpuv ni trafik kena elok bagi cantik baru earning berjalan dengan baik 😉

Masih ada ke blogger yang tak guna servis nuffnang? mungkin ada yang dah menyampah kot sebab sekarang nuffnang semakin kurang memaparkan iklan-iklan macam tahun-tahun sebelum ni. Bagi newbie yang nak join bolehlah klik mana-mana iklan nuffnang dan daftar secara percuma ya. Bolehla saja-saja duduk online, update blog earn masuk gitu-gitu. Sikit tak mengapa nanti lama-lama jadi bukit kan tak gitu 😁😁


Alhamdulillah Syukur

Alhamdulillah Syukur | Sebenarnya shida nak update tentang entri Hati Tak Tenang, sebab keputusan dah dikeluar oleh KPM pada 5 Oktober 2020 dan Kak Long shida serta keluarga keputusan mereka adalah negetif. Alhamdulillah panjat syukur kepada Allah swt, lega sangat dapat berita ni dari kakak. Walau bagaimanapun mereka tetap kena kuarantin 14 hari seperti arahan dari KPM.

Cuma ada 7 ahli keluarga dari kakitangan PK (Penjara Kamunting) Positif Covid19. Kesian sangat ada diantara tu yang kakak kenal sebab pernah mengasuh anak buah shida 10 tahun yang lepas. Kebanyakan yang positif semua dari bukan kontek rapat kira kontek atas kontek..ermm aduhai 😔😔Semoga kesemua ahli keluarga yang terlibat tabah dan sabar menghadapi ujian ini, sama-sama kita berdoa semoga semuanya dipermudahkan dan segera sembuh dari virus ini.


Wednesday, 7 October 2020

6 Gerakan Boleh Membuat Lengan Mengecil | Wordless Wednesday

6 Gerakan Boleh Membuat Lengan Mengecil | Wordless Wednesday | Ayuh, jom cuba!
 





Geng Mohabbatein dulu dan sekarang 2000 vs 2020 | Wordless Wednesday

Geng Mohabbatein dulu dan sekarang 2000 vs 2020 | Wordless Wednesday 
Masih maintain cantik dan kacak walau pun dah 20 tahun kemudian.