Klik-klik banner untuk info lebih lanjut lebih menarik, nak tempah slot? :: klik sini ::


Thursday, 7 May 2020

SALAM 14 RAMADHAN | DUNIA SEBENAR SHIDA

Assalamualaikum wbt

Salam 14 Ramadhan | Pejam celik pejam celik dah 2 minggu kita berpuasa tau pada hari ini :) Alhamdulillah syukur atas nikmatnya walaupun kita berpuasa dalam keadaan PKP disebabkan wabak covid19 ni. Shida seperti biasa rutin menjadi seorang isteri ni, dibulan puasa shida akan memasak, cuma bezanya shida tak bekerja semenjak PKP. Jadi kerjanya masak je lah tiap-tiap hari dirumah.

Okay dikesempatan ini shida ingin mengambil peluang mengucapkan Salam Ramadhan & Selamat Berpuasa kepada semua pembaca blog shida tak kira yang baru kenal dah lama kenal ke. Ada juga dah lama menghilang tup tup hari ni tiba-tiba muncul komen pada entri shida. Terima kasih tak terhingga tak lupa shida. Cuma sekarang ni sibuk dengan komitmen nak berbagi masa tu alahai sometime susah juga sebenarnya ^_^

Inshaa Allah ada masa nak update menu memasak pula. Memandangkan hari-hari kena masak kan kecuali betul-betul tak larat, barulah boleh gantung kuali "tapi biasanya akan masak lah walau penat" sebab suami suka kita masak sendiri dari makan kat luar, katenya bini masak lagi sedap haaa gituu..hehee :p Okay gais stop dulu ada peluang shida cuba update. Thanks a lot ya korang :)

Wednesday, 6 May 2020

TEMPAHAN CETAK KAD RAYA 2020 | DUNIA SEBENAR SHIDA

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera
Tempahan Cetak Kad Raya 2020 | Alhamdulillah masih berkesempatan buat gaiss. Tahun ni cuma limited masa sikit sebab wabak covid19. Shida nak kurangkan kerap keluar dan berada ditempat-tempat yang ramai orang, bahaya gais sebenarnya tau! Okay untuk makluman semua shida dah closed order last pada hari ini 6 Mei 2020. Esok shida akan masuk printing dan siap akan terus keluar pos pula. Berharap taklah jem postage kalini. Biasa lah dalam bulan Ramadhan ni lambakan parcel dari seluruh negeri tak masuk lagi dari oversea. Nanti shida update lagi gais! Thanks yang sudi bertandang di blog serba biru ni :)