Klik-klik banner untuk info lebih lanjut lebih menarik, nak tempah slot? :: klik sini ::


Tuesday, 16 June 2020

Dah 3 Bulan Shida Tak Kerja Gara-gara Wabak Covid19

Assalammualikum wbt dan Selamat Sejahtera.
Dah 3 Bulan Shida Tak Kerja Gara-gara Wabak Covid19 | Serius korang! dah 3 bulan shida tak kerja tau! Allah je tahu betapa bosannya shida duduk rumah tak bekerja dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pernah juga dulu shida berhasrat lepas kahwin tak nak kerja, nak duduk rumah. Kononnya nak kerja dari rumah tapi tahun pertama cuba memang tak boleh hahahaa ^_^ Disebabkan itu, pada tahun ini shida bekerja semula. Tahun lepas berkampung di tempat suami, tahun ni kembali pindah ke tempat sendiri sebab nak kerja semula. Shida bekerja dalam sektor pendidikan iaitu shida bekerja disebuah Pusat Tuisyen bukan sebagai pengajar tetapi kadang-kadang kalau emergency masuk juga mengajar. Jawatan shida kat situ Kerani Pentadbiran (admin) so apa saja masalah dalam pengurusan pusat memang refer ke shida lah. Pusat Tuisyen ini ditubuhkan oleh kakak dan abang ipar shida. Segala idea dan kemahiran kebanyakkannya datang dari shida sendirilah sebab shida ada pengalaman 15 tahun dalam pentadbiran pusat tuisyen. Senang kata depa labur duit shida manage haa gitu. Tu yang patah balik kerja sebab dah terbiasa bekerja kan, lagipun sayang nak tinggai sebab susah senang shida bangunkan pusat ni sampai cemerlang dah ^_^

Tapi seronok pada 3 bulan yang pertama je, masuk 18 Mac 2020 perintah kawalan pergerakan dikeluarkan oleh kerajaan bagi membendung penularan wabak Covid19. Tapi bagi shida takpe lagi sebab masa PKP Fasa 1 ni banyak sektor yang terlibat so sama-sama duduk rumah termasuklah suami ^_^ Mulanya ok lagi lah, tiba-tiba PKP disambung disambung disambung tanpa henti sehinggalah sekarang ni ke PKP Pemulihan sehingga 31 Ogos 2020. Yang jadi semakin haru bila mana banyak dah sektor ekonomi yang lain-lainnya dah dibuka sikit-sikit, sampai lah sektor pendidikan masih menjadi tanda tanya "_" time ni dah mula dah rasa bosan. Masa kerajaan keluarkan arahan PKP Bersyarat lagi dah mula rasa bosan. Suami pun dah start bekerja, aduhai bertambahlah bosan duk rumah sorang-sorang :3

Genap dah lah 3 bulan shida tak kerja kan, dalam Fasa PKP ni Alhamdulillah kerajaan juga banyak memberi bantuan dari segi kewangan dari BSH ke BPN sekarang KWSP pun dah boleh keluarkan menggunakan akaun ke 2, nasib juga shida ada caruman kwsp selama bekerja, Alhamdulillah. Dalam tempoh shida tak bekerja bermula 18 mac tu, shida ada memohon bantuan yang dikeluarkan oleh perkeso yang diberi nama Program Subsidi Upah Perkeso (PSU). Dokumen yang diperlukan agak banyak tapi mudah cuma buat online sahaja. Susah bagi yang tiada berkemahiran menggunakan komputer. So untuk gaji april, mei dan jun cuti shida bergaji, lega sangat. Tak ada gaji pun susah juga banyak benda nak kena bayar bil-bil sewa dan lain-lain. Cuma keperluan tu kami hadkan lah tak boleh boros. Seronok tengok kawan-kawan yang dah mula bekerja, harap ada berita gembira dari KPM untuk beri pelepasan untuk pekerjaan dalam sektor pendidikan boleh beroperasi.

Sehingga hari ini, selain Sekolah Menengah yang akan dibuka pada 24 Jun 2020. Pra Sekolah serta tadika-tadika swasta, Kemas dan Perpaduan dah boleh beroperasi bermula 1 Julai 2020. Mungkin perangkaan SOP mereka dah pun siap maka dibenarkan beroperasi. Untuk sektor pendidikan lain-lain seperti Pusat Tuisyen, Pusat Kemahiran, Pusat perkembangan, Sekolah-sekolah Swasta dan Instistusi Pendidikan Swasta masih belum dikeluarkan arahan untuk beroperasi so tunguuu jelah -_- Ini lah sebabnya kenapa sampai 3 bulan shida tak kerja korang! Sampai dah naik bosan duduk rumah korang! Moga ada hikmah disebalik kejadian yang diduga ini. Mudah-mudahan juga virus ini cepat lenyap dan negara segera pulih seperti biasa. Untuk sementara ini kita bermula dengan kehidupan dengan norma baharu. #kitapastimenang #kitajagakita #lawancovid19



10 comments:

  1. macam2 cabaran dan ujian kan sepanjang MCO..
    semoga Allah cepat2 hilangkan beban ni..

    ReplyDelete
  2. macam2 cabaran dan ujian kan sepanjang MCO..
    semoga Allah cepat2 hilangkan beban ni..

    ReplyDelete
  3. sama2lah kita praktik sop sop norma baharu ni :)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, bagus la kalau dah mula bosan dan ada niat nak keluar bekerja semula. Ada orang bagi macam2 alasan x nak masuk kerja n stay duk kampung shj tapi gaji masuk macam biasa.

    ReplyDelete
  5. @ewanthology Yang xnk kerja tp nk gaji tu salah sebenarnya..Kalau dah tiba masa kena bkerja pergi lah kerja..mcm shida masih nk kerja xblh duk diam orgnye..

    ReplyDelete
  6. Selamat kembali shida..lepas ni boleh update selalu :)

    ReplyDelete
  7. Inshaa Allah tak lama lagi dah boleh buka!

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih atas kerjasama.