Klik-klik banner untuk info lebih lanjut lebih menarik, nak tempah slot? :: klik sini ::


Friday, 19 June 2020

Generasi Kad Raya Shida dari 2012 sehingga kini (2020)

Assalammualaikum wbt dan Selamat Sejahtera
Generasi Kad Raya Shida dari 2012 sehingga kini (2020) - Cerita pasal kad raya laa pulak kali ni, rasanya tak salah kot sebab masih lagi dalam bulan syawal yang mulia kan :) Entri kali ni just nak share dengan korang Generasi atau pun Koleksi KAD RAYA SHIDA dari awal berblog tahun 2012 hingga yang terkini tahun 2020. Alah, tak meriah mana pun biasa-biasa je saja nak share dengan korang semua. Kad-kad ni pun setiap tahun shida edar pada kawan-kawan blogger yang kenal dan yang baru kenal :) Tiap-tiap tahun tema tak lari dari warna, warna biru antara warna wajib kena ada dalam kad raya shida. Jom lihat antara design-design kad raya shida since 2012 hingga 2020, jangan muntah korang sebab semua warna biru hahahaaa :D

KAD RAYA SHIDA TAHUN 2012 - Masa ni kad raya shida cuba - cuba buat sendiri je dan masa ni pun tak buat untuk printing lagi. Lama sangat dah kad raya ni 9 tahun yang lepas tapi masih simpan buat kenang - kenangan. Ada tak antara kawan - kawan blogger yang pernah dapat kad raya version yang ni dan masih simpan??
 
KAD RAYA SHIDA TAHUN 2013 - Kad Raya yang ini rasanya shida dah mula buat servis printing or cetak kad raya tapi guna servis jauh (production dari Kuala Lumpur) pun blogger juga yang buat servis ni. Bertahan dalam 2 tahun je lepas tu shida dah jumpa production paling dekat dengan shida  tak perlu guna pos dia delivery sendiri selepas selesai cetak kad raya customer. So tema kad tahun tu masih biru tapi dah mix sikit dengan warna - warna lain. Design juga by me :) Anyone yang dapat kad raya untuk tahun 2013 ni?

KAD RAYA SHIDA TAHUN 2014 - Untuk kad raya ni, shida dah start guna doodle yang ditempah khas untuk kegunaan shida sendiri. Yang buat doodle ni pun blogger juga tau. Thanks Nurdani atas doodle yang comel ini. Nampak sikit kelainan kad raya tahun tu sebab ada doodle ni dan design masih lagi by me :) Ada yang dapat kad raya shida version yang ini?

KAD RAYA SHIDA TAHUN 2015 - Okay kalini untuk kad raya tahun 2015 dah upgrade sikit doodlenya seorang sahaja pakai maxi dress lagi heheee. Yang jadi satu je doodle sebab time tu doodle sang lelaki belum siap dan disebabkan malas nak menunggu proceed untuk seorang saja dalam kad tu. Untuk tahun 2015 ni juga dah guna production servis yang baru..sooo legaa. Warna kad raya masih maintain biru korang, maaf naa jangan menyampah dengan saya si peminat biru ^_^ Doodle masih lagi hasil tangan Nurdani dan design by me. Anyones yang dapat kad ni?

KAD RAYA SHIDA TAHUN 2016 - Kad Raya yang menarik ni hasil dari designer Blogger Azhafizah (Freelance Designer). Mulai tahun 2016 memang shida upah fiza design kad raya shida sehingga lah sekarang ni. Sebabnya tahun 2016 tahun yang agak sibuk dan dibebani dengan lambakan kerja - kerja sebab baru tahun pertama buat biznes. Nasib sangat fiza ada tau ^_^ Thanks fiza hasil yang tak pernah mengecewakan. Selalu tahu kawan dia sorang ni sukakan warna biru cuma ada mix color lain sikit, takpe kite suke je :) Walau sibuk kad raya tetap shida edar, anyones yang dapat hat ni?

KAD RAYA SHIDA TAHUN 2017 - Design masaih sama dari Blogger Azhafizah dan warna masih biru korang ^_^ sorry hahahaa. Tak boleh lagi nak tukar warna lain tapi walau macam mana pun warna biru setiap tahun kan berbeza, ada terang ada gelap, ada warna lembut macam warna pastel so okay la tu kan hehee :) So anyones yang ada dapat kad raya versi ini?

KAD RAYA SHIDA TAHUN 2018 - Kad Raya tahun ini sedikit kelainan tak ada doodle atau muka shida dalam tu. Mencari sedikit kelainan, fiza kata "kali ni tak yah lah letak apa-apa, baru nampak berbeza sikit dari tahun-tahun sebelumnya" Kita menurut dan hasilnya sangat superb korang! cantik kan design untuk tahun 2018  ni. Terima kasih banyak-banyak fiza :) Kad Raya untuk tahun 2018 ni banyak juga shida edar sampaikan shida tak tak simpan sekeping untuk diri sendiri ^_^ Siapa simpan kad raya ni, design limited edition tau!
 
KAD RAYA SHIDA TAHUN 2020 - Kad Raya tahun ni merangkap untuk tahun lepas (2019), sebabnya tahun lepas tak dapat cetak kad, masa tu shida berpindah ke kampung suami dan shida pun sangat-sangat kurang ber socmed masa tu. Maaf sangat-sangat tak dapat nak edar tahun tu so tahun ni kita tebus dengan design yang lebih meletop lagi hahaha ^_^ letop ke?? :p Kad Raya tahun ni lain sikit sebab dah tak guna doodle tapi guna diri sebenar. Gambar shida dan suami time ni gambar masa Akad Nikah shida dan suami ;) Ramai dah kawan-kawan blogger yang update kat facebook, rata-rata dah terima kad raya shida untuk tahun ini.
 
Inshaa Allah, sekiranya masih sihat tubuh badan, masih bernafas dan bernyawa shida akan teruskan "Nostalgia Kad Raya" ni. Mengedar kad-kad raya kepada kawan-kawan, seronok juga buat macam ni rasa satu kepuasan dapat edar kad raya ni, tak tahu kenapa :) So kawan-kawan yang berniat nak turut serta mengedar kad raya boleh lah kita buat sistem barter kan hehee :) Nak cetak boleh cari shida, nak design power boleh cari Blogger Azhafizah. Oh ya lupa, shida juga ada terima beberapa kad raya dari rakan blogger, nanti shida update ok. Terima kasih korang sudi luang membaca :)


12 comments:

  1. cuma kad raya semua tu..menarik

    ReplyDelete
  2. Amboi, byk nya koleksi kad raya personal shida :)

    ReplyDelete
  3. cantik kad raya nya.. kreatif betul

    ReplyDelete
  4. biru dan shida tak dapat dipisahkan..segan pulak nama banyak disebut dalam entri ni. Terima kasih banyak² Shida sudi tempah.

    ReplyDelete
  5. @Cikgu Badar Terima kasih cikgu..hahaa menawan celah mana cikgu ^_^

    ReplyDelete
  6. @Azhafizah MN Sama2 fiza, Tq byk tolong shida selama ni :)

    ReplyDelete
  7. Cantik2 semua kad raya. Semua warna biru hehehe

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih atas kerjasama.