Klik-klik banner untuk info lebih lanjut lebih menarik, nak tempah slot? :: klik sini ::


Monday, 22 June 2020

Juadah Hari Raya Kali ke 2 | Raya Puasa 6 dibulan Syawal

Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Juadah Hari Raya Kali ke 2 | Raya Puasa 6 dibulan Syawal - Alhamdulillah, selesai beraya semalam dengan suami hahaaa..beria kan! Juada hari raya kali ini simple je korang. Biasa hari raya juadah biasanya mesti Laksa, Mee Kari, Bihun Sup atau Kuah Tomyam, Nasi Tomato atau Nasi Ayam. Haaaa untuk juadah shida Raya kali ke 2 ni shida masak simple saja dan ada juga yang order dari kawan-kawan terdekat. Masa Raya pertama rumah shida yang duduk berdua nih shida buat Rendang Ayam bersama lemang dan Mee Kari. Masa tu yang datang rumah pun hanya ahli keluarga yang terdekat, habis juga semua juadah tak membazir pun.

Untuk juadah hari raya kali ke 2 ini, menunya adalah Rendang Ayam bersama Ketupat, Kuetiow Goreng dan juga Durian Crepe. Hahahaa durian crepe tu sebenarnya takde dalam senarai mulanya entah! tiba-tiba nampak member open order time shida nak raya so order lah sekali. So menu yang shida masak hanyalah rendang ayam dan kuetiow goreng sahaja, ketupat dan durian crepe cuma order dari kawan. Alhamdulillah! menu ni hingga ke malam makan, terutama rendang tu. Husben kata rendang shida sedap ^_^ so nanti shida share resepi ye haahaa. Kenyang makan menu sendiri Alhamdulillah! Harap tahun hadapan jika dipanjangkan umur berjumpa lagi kita dibulan yang mulia ini ;)


13 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih atas kerjasama.