Klik-klik banner untuk info lebih lanjut lebih menarik, nak tempah slot? :: klik sini ::


Monday, 8 June 2020

Selamat Hari Raya Aidilfitri | Salam 16 Syawal | Gengs Dunia Sebenar Shida

Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera
Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Salam 16 Syawal gaiss :) Alhamdulillah dapat lagi bertemu kita dalam syawal ke 16 ini. Shida masih mampu membuka blog dan membuat entri hahahaa. Syabas untuk diri sendiri. Amacam gais?? Sihat? Macam mana dengan raya PKPB korang? Shida seperti biasa saja. Nasib sangatlah rumah sewa shida pun dekat dengan rumah mak dan rumah mertua pula luar daerah dan masih boleh berkunjung. Syukur raya pertama dapat berjumpa dengan mertua setelah 5 bulan tak berjumpa since shida pindah taiping bulan november 2019 sampai bulan puasa tak dapat balik kg suami di beruas.

Syukur dapat juga balik dan berjumpa walau tak lama duduk rumah mertua dapat sembang-sembang beraya, makan minum bersama :) Jadi untuk raya pertama shida beraya dirumah mak dan rumah mertua. Raya ke 2 dan seterusnya hanya beraya dirumah adik beradik yang terdekat. Walau beraya masih lagi #kitajagakita masih ikut sop dan perintah abah :) pakai mask, hand sanitizer, jarak 1 meter dan sentiasa cuci tangan (jaga kebersihan). Lain sungguh raya kali ni dengan norma baru tau!

Okay lah! shida share dengan korang ucapan digital e-card yang shida tempah khas dari designer fav. shida Blogger Azhafizah yang berminat nak tempah untuk tahun depan 2021 boleh roger fiza okay :) nampak gaya shida every year lah tempah, ater tak dan sesaje sejak-sejak kawen ni :p





8 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih atas kerjasama.