Klik-klik banner untuk info lebih lanjut lebih menarik, nak tempah slot? :: klik sini ::


Sunday, 21 June 2020

Selesai Puasa 6 | Menyambut Hari Raya Kali ke 2

Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Selesai Puasa 6 | Menyambut Hari Raya Kali ke 2 - Alhamdulillah, semalam selesailah sudah Puasa 6 Shida di bulan Syawal. Nak ikutkan jarang sekali buat puasa 6 ni, kebiasaan shida hanya buat puasa ganti sahaja. Tapi lain pula untuk tahun ini, shida berkesempatan untuk buat puasa 6 dengan jayanya. Shida juga mengambil kesempatan yang ada kerana sehingga kini shida masih belum mula bekerja jadi tiada alasan untuk shida tidak boleh berpuasa 6 ni. Agak berbeza sedikit puasa 6 kalini, hanya banyak masa duduk dirumah sahaja. Ikutkan dari bulan puasa lagi shida hanya duduk dirumah "betul-betul stay at home" korang ^_^

Jadi hari ni shida Berhari Raya, menu untuk shida beraya sudah semestinya Rendang Ayam dan Ketupat palas. Ketupat tu shida order je tak pandai pun nak buat :p Menu tambahan tak pasti lagi setakat ni dalam kepala asyik nak buat rendang ayam, mungkin akan ada nasi putih. Raya berdua dengan suami sahaja walaupun suami tak puasa pun hahaa. Harapan shida semoga niat shida berpuasa 6 betul dan diterima olehnya. Inshaa Allah jika dipanjangkan umur tahun depan boleh repeat lagi puasa 6. SELAMAT HARI RAYA Korang !


7 comments:

  1. Alhamdulillah, semoga ada rezeki untuk tahun depan juga :)

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya 6 shida..
    sy raya mggu lepas ari khamis..
    kemain g keje bwk kuih raya.. kikiki..

    bestnya rendang!

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, samalah kita.. tahun ni berjaya qadar dan terus direct puasa 6 dengan jayanya. In Shaa Allah, esok kita raya buat kali ke-3 hehe

    ReplyDelete
  4. @ezy.xixii Hahahaa kemain ezy, nasib kuih raya je kalau udah merendang haaa kecoh satu ofis ^_^

    ReplyDelete
  5. @Ciktie Alhamdulillah, tahniah ciktie ;)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih atas kerjasama.