Selesai Renew Domain Blog duniashida.com Untuk Tahun Ke 8 | Dunia sebenar Shida Selesai Renew Domain Blog duniashida.com Untuk Tahun Ke 8

Klik-klik banner untuk info lebih lanjut lebih menarik, nak tempah slot? ::klik sini::


Tuesday, 23 June 2020

Selesai Renew Domain Blog duniashida.com Untuk Tahun Ke 8

Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera.
Selesai Renew Domain Blog duniashida.com Untuk Tahun Ke 8 - Diam tak diam rupanya blog shida ni dah berusia 8 tahun ya! Shida guna domain ni dari tahun 2012 lagi. Alhamdulillah selesai shida renew untuk tahun kelapan. Kalau ikut tarikh renew sebulan lagi cuma shida memang renew awal supaya tak terkejar-kejar nanti bila dah due dekat sangat nanti semua serba tak kena.

Servis domain shida ni masih sama dan setia, shida menggunakan servis dari NetKL ya. Bagus tau servis dorang sangat telus dan sepanjang penggunaan tak pernah ada masalah pun. Domain shida ni setahun bayaran hanya RM45.00 sahaja. 

Kebiasaannya bagi yang menggunakan servis atau membeli domain dari NetKL ni pihak mereka akan email kita notis pembayaran tahuanan domain. Notis diberi sebulan sebelum tarikh luput. So mudahlah kan dapat je terus bayar tak perlu tunggu-tunggu.
Biasa lepas membuat pembayaran,kita akan terima resit sebagai rujukan kita. Pihak NetKL akan email pada kita resit tersebut. Cara pembayaran pun mudah guna online transfer sahaja. So bagi korang yang berhajat nak menukar url blog korang dari blogspot.com kepada .com korang boleh guna servis dari NetKL Network dalam web tu korang boleh tengok dari segi harga dan boleh check availability domain yang korang nak tu. Senang-senang korang boleh email dan call dorang jika nak ketahui dengan lebih lanjut. Oh ya untuk pemasangan domain ke blog korang pun dorang boleh buatkan, cuma kena cas sikit lah :)


click to sharePin ThisShare on TumblrShare on Google PlusEmail This

16 Jari Ohsem:

nohas said...

ok jg annual fee utk setahun..reasonable & affordable..

nohas said...

Tq for dropping by my blog..dah follow you back..#4903

Fuzy Hamid said...

wah dah 8 tahun rupanya...alamak akak masih bertatih lagi nii

Ciktie said...

Kita pun guna khidmat Netkl ni juga. Mudah kan

Luiz Gomes said...

Hi good night, how are you? Do you accept one following the other's blog? We can be friends (there is no distance for friendship) and partner with our blogs. https://viagenspelobrasilerio.blogspot.com/?m=1

Shida Radzuan said...

@nohas betul tu..sebab tu setia dgn netkl je :)

Shida Radzuan said...

@nohas terima kasih :)

Shida Radzuan said...

@Fuzy Hamid takpe kak sama2 belajar jom :)

Shida Radzuan said...

@Ciktie yeay sama ^_^

Julia Johari said...

Sekejap je dah lapan tahun, seronok kan byr domain atas nama sendiri. Dalam dunia ada satu je domain ni, domain nama hak milik sendiri. 🥰🥰🥰

UNICHI YANIEJ said...

tahniah kak shida. !

sHaRiNa said...

Lama xsinggah sni kak shida..wahh..sha skali gus ja byr tuk 5 tahun..thn dpn last byran..ngt nak bhnti guna domain my ni mcm ada mslh skit huhu

Shida Radzuan said...

@Julia Johari betul kak ju, sebelum ni walau x aktif sgt shida still bayar tahunan yuran utk domain ni.

Shida Radzuan said...

@UNICHI YANIEJ tq yanie :)

Shida Radzuan said...

@sHaRiNa cuba lah ambil dr netkl Alhmdulillah xde msalah shgga kini.

Encik Sharul said...

Tahniah awak!