HAPPY 10TH YEARS OF LOVE | Dunia sebenar Shida HAPPY 10TH YEARS OF LOVE


Klik-klik banner untuk info lebih lanjut lebih menarik, nak tempah slot? ::klik sini::


Monday, 13 July 2020

HAPPY 10TH YEARS OF LOVE

Assalammualaikum wbt dan Salam Bahagia.

Happy 10th Years Of Love | Alhamdulillah 12 Julai semalam adalah genap 10 tahun shida dan husben melayari bahtera percintaan kami. 10 tahun perkenalan sehingga menjadi pasangan suami isteri ni adalah bukan satu perkara yang mudah bagi shida. 10 tahun yang penuh cabaran dan liku-liku cabaran percintaan sehinggalah kami diijabkabulkan pada 14 Disember 2018 kalau dikira-kira dah setahun 7 bulan shida bergelar isteri. Tapi kalau ikut tempoh percintaan kami ni jika berkahwin dah 3 4 orang anak dah keluar ye ^_^ Sehingga kini kami masih berdua, bertiga tu belum lagi ada rezeki untuk kami.

10 tahun ni bermula dengan perkenalan, lepas tu kami bercinta dalam 3 4 tahun. Penat bercinta baru kami mulakan langkah untuk meghalalkan. Dalam tempoh 10 tahun ni juga kami tak pernah putus atau orang kata perhubungan on of tu, alhamdulillah mungkin sudah jodoh gamaknya. Gaduh-gaduh merajuk tu normal lah dalam perhubungan. Tapi perjalanan 10 tahun rasa sekejap saja bila mana masing-masing yang sibuk dengan kerja hakiki. Tarikh 7 Julai 2017 shida dirisik oleh orang tua husben shida (mertua sekarang), lepas 2 bulan tahun yang sama pada 30 September 2017 kami bertunang pula.  Alhamdulillah Allah panjangkan jodoh kami sehingga 10 tahun ini. 

Dalam perhubungan halal ini, tiada apa lagi yang ingin diminta hanyalah sebuah keluarga yang bahagia, dikurniakan cahayamata, dilimpahkan rezeki dan sihat tubuh badan. Semoga perhubungan ini juga kekal hingga ke Jannah, saling menyayangi dan memahami serta saling melengkapi antara satu sama lain. Mudah-mudahan dimakbul segala doa seusai solat kami. Amin! Gambar masa akad nikah kami > baca sini < Ada ke kawan-kawan lain yang bercinta macam shida, sampai 10 tahun? Mesti faham kan, perasaan macam mana bercinta lama-lama ni kan hehee :)


click to sharePin ThisShare on TumblrShare on Google PlusEmail This

21 Jari Ohsem:

Warisan Petani said...

Tahniah
Semoga kekal bahgia selamanya

nohas said...

semoga Allah makbulkan doa & harapan Shida & suami..

uncle gedek said...

Semoga berpuluh tahun lagi.... Tahniah!

Muhammad Naim Abdullah said...

Semoga Allah memelihara kak dan suami hatta keluarga . Semoga menjadi keluarga yang mawaddah sakinah.. :)

Syaz Rahim said...

Semoga bergandingan sentiasa hingga ke Jannah ya SHida <3

norhidana said...

Happy anniversary yang ke 10... semoga kekal bahagia hingga ke syurga

Shikin Razali said...

Selamat hari ulangtahun perkahwinan pada Shida dan suami.. Semoga perkahwinan kalian Insha Allah akan kekal hingga ke Jannah.. Situasai kita berdua adalah sama, ^_^ masih berdua jugak.. Insha Allah satu hari nanti Allah akan titipkan rezeki yang lebih untuk kita semua,, yang penting sentiasa bersangka baik dengan Allah..

Diana Rashid said...

lamanya 10 tahu bercinta. Kuat betul jodoh tu.. Alhamdulillah..

Semoga kekal bahagia akhir hayat. Semoga ikatan cinta makin kuat dan dicukupkan semuanya..

Akak dengan suami bercinta setahun je. dalam masa setahun tu bertunang 3 bulan. terus kawin.heheh

Curheart.Bedelia said...

seronoknya baca cerita org bercinta hehe. Alhamdulillah walaupon byk cabaran, tpi berjaya atasi. bukan sng.

Shida Radzuan said...

@Curheart.Bedelia Alhamdulillah, perjalanannya dipermudahkan :)

Shida Radzuan said...

@Diana Rashid tu lah terpikir juga kpe lama2 bercinta hehee ^_^

Shida Radzuan said...

@Shikin Razali Amin..terima kasih shikin atas doa..shida doakn kalian juga mudah mudahan diberi rezki nelimpah ruah :)

Shida Radzuan said...

@norhidana terima kasih :)

Shida Radzuan said...

@Syaz Rahim Terima kasih syaz :)

Shida Radzuan said...

@Muhammad Naim Abdullah Terima kasih naim atas doa :)

Shida Radzuan said...

@uncle gedek Amin Inshaallah uncle :)

Shida Radzuan said...

@nohas Amin..terim kasih :)

Shida Radzuan said...

@Warisan Petani Terima kasih :)

Sha Mohamed said...

Happy anniversary Shida..

Azhafizah MN said...

Alhamdulillah..semoga terus bahagia sampai syurga. Aaminn..

UNICHI YANIEJ said...

Tahniah kak dan pokcik..moga dimakbulkan doa kak :)