Klik-klik banner untuk info lebih lanjut lebih menarik, nak tempah slot? :: klik sini ::


Monday, 20 July 2020

Laptop Rosak vs Laptop Baru | Punca tak update blog

Assalammualaikum wbt dan Selamat Sejahtera.

Laptop Rosak vs Laptop Baru | Punca tak update blog | Hah! ini bukan nak buat review or bagi tips ya! tak pandai sangat pun ^_" sebenarnya dah 2 hari shida tak blogwalking dan update entri blog gara-gara laptop shida dah rosak. Mungkin dah tiba masa agaknya dia buat hal. Mana taknya udah 12 tahun shida guna khidmat dia. Sayang oo laptop lama shida ni, banyak berjasa dan memberi khidmat kepada orang luar disana sama ada dalam penulisan atau editing (design). 

Laptop Acer ku dalam kenangan 2008 - 2020 rehat lah sayang untuk selamanya :( Maaf mama dah beli kawan baru awak untuk menyambung wasiat mu wahai anak ^_^ Harap dia lebih kekal lama dalam jagaan. Korang tau sepanjang shida guna laptop acer ni, cuma pernah format 2 kali saja dalam tempoh 2008 hingga 2020. Tak banyak tangan boleh la bela lama sikit. Macam ni lah rupanya, bila on je berjalur-jalur jadinya lepas cursor langsung tak leh guna, pastu on off on off..lastly mama pun naik berang @_@ Husben kata beli baru lah, udah uzur sangat, kalau repair pun tak lama boleh jadi balik, memang dah sampai tahap dia dah :(

Semalam habis kerja terus ajak husben cari laptop baru, tak senang duduk rasanya bila laptop rosak satu kerja pun tak jadi. Masa mula rosak tu, time tu dah la nak update entri pemenang segmen shida, bertabah jelah. Update siap-siap kat office lepas buat schedule entri. Cukup time dia publish, shida banyak followup entri guna fone je. Nak blogwalking pun terbatas, memang rasa tak senang duduk dibuatnya. Hasil tangkapan dalam bajet shida RM1499 saja harganya Laptop HP 15s-eq1017 dapat sekalli free gift (cooling fan + mouse wireless + plastik keyboard cover + usb psrt hub + bag laptop) Bolehlah buat kerja bloging, kerja office dan editing photoshop yang tak heavy asalkan dalam bajet shida ok lah :) So shida dalam sesi blogwalking ke rumah blog korang ye bermula dengan BLOGLIST 2020 :) 



26 comments:

  1. Akak punya laptop bertahan 5 tahun je. Sejak tu rasa sayang nya beli mahal2 tapi boleh guna 5 tahun je. Terus cakap kat abang lan tak payah la beli laptop. Beli komputer je dah la. Bukan nya jenis bawak laptop keluar pun. kalau balik kampung phone pun tak pandang. Ni kan pulak laptop.

    Beli komputer nak bagi makan pun murah.. Hahhaah.. Kalau rosak takat keluar duit 2, 3 puluh je.

    ReplyDelete
  2. Faham sangat perasaan kalau laptop @ desktop rosak.
    Tak keruan dibuatnya, sedih pun ada.

    Selamat belai laptop semula hehe

    ReplyDelete
  3. @Diana Rashid Shida jenis nk kena bawa ke hulu ke hilir..huhuu..kena labur juga ^_^

    ReplyDelete
  4. @Syaz Rahim kan..tak tentu arah dibuatnya hahaa :D

    ReplyDelete
  5. Laptop Cik TK pun dah bye-bye. 10 tahun dia berkhidmat. 2009-2019. Belum beli laptop baru lagi.. Cik TK update entri bila tengah ada idea terus taip kat fon dulu, lepas tu pinjam laptop adik. Blogwalking Cik TK pakai fon. Nanti ada rezeki Cik TK nak beli laptop.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inshaa Allah cik TK moga ada rezki dapat beli yg baru..selesa nk buat kerja 😊

      Delete
  6. Kita pun start blogging guna laptop acer beli tahun 2008, tapi lepas 10 tahun, iaitu 2018 dia buat hal, nak kena format, laki sis hantar format kemudian beri kpd anak buah dia...sedih wey, barang kita dia bagi orang, dah ler simpan duit gaji nak beli itu, struggle simpan sbb baru kerja...tetiba ada laptop baru dalam bilik...dia kata yang baru lagi sesuai untuk buat design...lagi laju..nak main game pun best..(sis kaki game gak)..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Geng acer dah mai heheee..seronok kn dpt yg baru 😊

      Delete
  7. Saya sekarg update blog guna fon..makin lama makin selesa pulak, dulu lambat skrg dh laju dh 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya cuba tp xpuas rasa guna hp update..dah tbiasa mgkin dgn laptop..update + blogwalking mesti guna laptop..sbb suka tgk blog kawan2 yg cantik2 tu..

      Delete
  8. Tak keruan jadinya bila letop rosak tapi itulah sejak ia rosak tu sampai sekarang tak ganti² lagi.

    Sekarang buat kerja by phone ajelah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ciktie..Inshaa Allah nanti boleh tukar 😊

      Delete
  9. Hebatnya boleh tahan sampai 12 tahun. Kita dalam 12 tahun rasanya 3 kali tukar dah. Yang ni pun risau keadaan bateri dia.

    ReplyDelete
  10. Semoga laptop yang baharu memudahkan urusan kak. hehe

    ReplyDelete
  11. samala sy pun baru beli laptop baru ni huhu
    daripada Acer bertukar ke hp..so far ok la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahun dulu acer pemes kn hahaaa..semua pkai brand sama..now HP pulak yg naik taraf 😂

      Delete
  12. Sama jenislah dengan laptop saya nie... hihihi faham sangat bila laptop dah rosak, susah nak buat keja kat rumah.. nak tak nak kena jugak beli yang baru..

    ReplyDelete
  13. kalo laptop ni usually kita akan guna sampai betul2 da problem kan.. jarang nk tukar baru kalo x rosak. lama tu dia berkhidmat.. da sampai da masanya..

    ReplyDelete
  14. Betul... mood blogging bergantung kepada prestasi laptop. dan mood tuan blog juga.

    BTW, smart laptop tu, beli di mana?

    ReplyDelete
  15. @ZaridaIshak Shida beli dekat mall berhampiran rumah nama shop tu AI COMPUTER..rasa shop ni byk cawangan seluruh negeri..

    ReplyDelete
  16. Boleh dah blogging dengan cemerlang sayang :)

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah..syukur dapat yang baru. senang nak buat kerja.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih atas kerjasama.