Klik-klik banner untuk info lebih lanjut lebih menarik, nak tempah slot? :: klik sini ::


Tuesday, 28 July 2020

Nasi Kandar 7 Periuk (Vanggey) di Mie Last Corner Taiping

Assalammualaikum wbt dan Selamat Sejahtera.

Nasi Kandar 7 Periuk (Vanggey) di Mie Last Corner Taiping | Ini saja gambar yang shida sempat ambil korang ^_^ Gambar makanannya udah licin baru teringat nak ambil gambar hahaa. Shida ni macam ni lah kalau kat tempat makan takde maknanya nak tangkap gambar bagai entah maybe shida bukan jenis yang suka bergambar sangat kot. Kadang-kadang tu suami juga yang peringat kata dia..eh taknak tangkap gambar dulu ke update dalam blog. Haa time tu baru teringat nak ambil gambar bagai huhu ^_~ Bila nak jadi habit pun tak tau :p

Okay apa yang menarik kat Mie Last Corner Taiping ni, ini yang paling terbaru dah ada Nasi Kandar Versi Melayu ya. Mesti ada yang dah judge tak sedap tak serupa Nasi Kandar Beratur tu kan. Weh! Salah kot Nasi Kandar 7 Periuk (Vanggey) di Mie Last corner ni setanding Nasi Kandar Original kot! serius! Mula-mula masa suami ajak makan shida pun bersangka-sangka juga, sedap ke tak sedap ke. Tapi bila dah makan nahhhh..serius sedap weh shida rasa lebih sedap kot dari yang original :p Bukan itu saja ya. harga juga sangat-sangat murah bagi shida, sepinggan hanya RM5.00 sahaja. Allah sangat baik insan yang buka nasi kandar ni, suami ambil nasi tambah pun harga tetap sama kecuali kalau tambah lauk baru dia akan kira. Total makan masa tu pun baru RM14.80 dua orang makan dan termasuk air. Kalau pergi makan kat tempat original RM20++ tentu dah :)

7 Periuk tu bukan sekadar nama tau, memang ada 7 periuk kat situ dan 7 jenis lauk dalam periuk tu termasuk menu-menu sebenar nasi kandar cuma nasinya special sikit berwarna kuning tapi bukan nasi ayam or nasi minyak tapi nasi berwarna kuning shida pun tak pasti, asal boleh makan sudah =) So korang yang berhajat nak berjalan-jalan ke taiping boleh lah singgah ke Kedai makan Mie Last Corner Batu 2 1/2, Taiping bersebelahan Petrol Pam shell. Selain Nasi Kandar 7 Periuk ni ada juga menu bergoreng, set makan hidang, yong tau fu, satay dan burger bakar. Sebaris kedai ini juga terdapat kedai makan lain-lain tapi shida belum pernah cuba lagi. Setakat ni waktu operasi shida rasa hari-hari buka kecuali jika ada perayaan mungkin tutup 2 3 hari. 



14 comments:

  1. Nasi kandar melayu sedap.. Kat sini ada satu kedai nama nasi kandar ahmad. kaau lambat mai , dapat tengok pintu ja. Pukul 3 memang dah licin habis dah..

    ReplyDelete
  2. waaaa.. menarik.. nampak sedap ni..

    ReplyDelete
  3. Sedapnya! Lama tak pekena nasi ni

    ReplyDelete
  4. lepas ni boleh pekena lagi..dah sedap murah lak tu kan :)

    ReplyDelete
  5. Peerrghh..Nasi Kandar tu..pantang tgk

    ReplyDelete
  6. Yanie pun suka kak..mkn Nasi kandar

    ReplyDelete
  7. @Diana Rashid Uihh cepatnya habis..kalau cmtu mesti lah sedap..cepat je habis kan.

    ReplyDelete
  8. @ejulz memang sedap..hehee walau xde gambo nasi ^_^

    ReplyDelete
  9. @Syaz Rahim Boleh lah jalan2 sini pekena Nasi Kandar taiping ni..

    ReplyDelete
  10. Kalau Melayu, bolehlah Sha nak gi cuba.. Nak ajak encik suamilah.. hehehe..

    ReplyDelete
  11. Berbaloi tu shida. Kira murah dah tu RM5 kan. Lebih sedap pulak tu.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih atas kerjasama.