Selamat Hari Raya AidilAdha | Balik kampung ke tu? | Dunia sebenar Shida Selamat Hari Raya AidilAdha | Balik kampung ke tu?


Klik-klik banner untuk info lebih lanjut lebih menarik, nak tempah slot? ::klik sini::


Thursday, 30 July 2020

Selamat Hari Raya AidilAdha | Balik kampung ke tu?

Selamat Hari Raya AidilAdha | Balik kampung ke tu? | Alhamdulillah, esok sudah pun tiba kita menyambut Hari Raya Haji. Terlebih dahulu shida ingin mengucapkan Salam Aidiladha kepada semua muslimin dan muslimat terutama rakan-rakan dan pembaca blog www.duniashida .com ini. Semoga sambutan hari raya kali ini lebih meriah kerana dapat pulang ke kampung menyambut perayaan bersama keluarga masing-masing. Mesti semua gembirakan dapat pulang ke kampung halaman, ada juga yang dah lama tak pulang kerana PKP sebelum ini.

Shida juga tak lepas peluang pulang ke kampung suami pada raya kali ini, masa raya puasa shida balik juga tapi tak lama cuma beberapa jam saja stay disebabkan dapat peluang balik hanya pada hari raya pertama sahaja. Alhamdulillah kali ni dapat tidur sana 2 hari. Meriah juga sebab shida ambil cuti sebanyak 5 hari raya kali ni. 2 hari berada di kampung 3 hari lagi suami ajak honeymoon. Takpelah kita ikutkan aje sebab suami yang payung haaa ^_^ . Disebabkan hanya 3 hari saja maka tak jauh pilihan destinasi kami. Takpelah asalkan dapat relax, tenang-tenang saja nanti. Nanti dah start kerja dah tak boleh nak cuti lama-lama, so kita ambil kesempatan yang ada. 

So korang balik ke kampung ke? hurmm mesti seronok kan. Saat-saat yang ditunggu oleh semua orang tak kecuali juga yang bukan muslim turut sama-sama mengambil kesempatan ini untuk pulang ke kampung juga, yang pastinya jalan jem hahaha. hadap jelah nama pun raya dan cuti kan =) Pesanan shida untuk semua yang pulang ke kampung atau yang tidak pulang beraya dirumah sendiri pastikan mengikut sop yang disarankan oleh kerajaan. Ingat ya, raya raya juga jangan nanti lepas raya semua kena denda dengan "ABAH" Stay safe korang! #kitajagakita okay.


click to sharePin ThisShare on TumblrShare on Google PlusEmail This

14 Jari Ohsem:

Abam Kie said...

kali ini kami ajak adik-beradik dtg beraya di umah sbb kami buat korban.

Sha Mohamed said...

Balik kg juga tapi malam karang.. nie kat opis lagi.. huhuhu

Dunia Zumal said...

Selamat Hari Raya Aidiladha sis

Syaz Rahim said...

Salam aidiladha Shida <3

cikguzim said...

Tak balik raya lagi aiduladha kali ni huhu

Khairul Krol said...

Selamat Hari Raya AidilAdha :)

Warisan Petani said...

Salam aidil adha 1441 H

Cik TK said...

Selamat hari raya aidiladha!!!

ejulz said...

Selamst hari raya..

Cikgu Badar said...

Salam Aidiladha

Kak Wawa said...

salam aidil adha Shida. Mommy singgah beraya dan follow awak.)

UNICHI YANIEJ said...

Selamat Hari raya Aidiladha kak & Family =)

mamapp said...

alhamdulillah mama dapat balik kampung setelah sekian lama

Azhafizah MN said...

Alhamdulillah dapat balik kampung beraya dengan keluarga. Dapat juga balik lama sikit kan. best tu bercuti sekali shida.