Tarikh Pembukaan Penuh Sekolah | Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan | Dunia sebenar Shida Tarikh Pembukaan Penuh Sekolah | Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan


Klik-klik banner untuk info lebih lanjut lebih menarik, nak tempah slot? ::klik sini::


Thursday, 2 July 2020

Tarikh Pembukaan Penuh Sekolah | Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan

Assalammualaikum wbt dan Selamat Sejahtera.

Tarikh Pembukaan Penuh Sekolah | Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan - Shida betul - betul lega korang, Akhirnya shida dah boleh mula bekerja ^_^ Terharu dengar ucapan Menteri Kanan Pendidikan dari sidang media petang tadi, Pusat Tuisyen boleh beroperasi bermula 15 Julai 2020 pada hari Rabu. Pengumuman inilah yang di tunggu -tunggu oleh kami dari Institusi Pendidikan Swasta. Dapat je tarikh tadi terus shida whatsapp Mr. Bos, syukur dan mulalah sesi SOP yang bakal kami jalani nanti.
Mr. Bos dah whatsapp untuk jalankan meeting dekat pusat tuisyen pada isnin minggu depan. Rasa berdebar pula hahaa ^_^ Rindu dekat my meja office tu, my pens, my chair dan semua-semua barang office yang shida selalu guna. Yang pastinya tak sabar nak bekerja semula yeay! Banyak kerja juga nanti nak kena siapakan, harap boleh bahagi masa dengan sebaiknya dengan blog kesayangan ni. Mungkin shida akan busy mulai minggu hadapan sebab lepas meeting, kami akan buat sesi membersihkan pusat tuisyen bersama-sama dengan guru - guru yang terlibat. 

Menyediakan beberapa perkara yang penting seperti buku kehadiran yang baru, susun atur kerusi dan meja mengikut sop jarak 1 meter dan penyediaan hand sanitizer juga. Lepas dapat tarikh pembukaan tu, terus shida update status whatsapp. Ramai sangat parents yang dah mula respon untuk booking slot memandangkan penempatan kemungkinan adalah terhad disebabkan penjarakkan sosial. Harap semua yang kami plan nanti akan berjalan dengan lancar dan baik. Berharap juga ke semua operasi sentiasa dalam keadaan yang selamat dengan Norma Baharu.



click to sharePin ThisShare on TumblrShare on Google PlusEmail This

6 Jari Ohsem:

Syaz Rahim said...

Selamat mulakan kerja!

Diana Rashid said...

Akak pun lega bila budak2 dah boleh sekolah.. cuma tarikh start tu je tak puas hati sikit. Hahah..

Abam Kie said...

Alhamdulillah. Dah masuk mengajar di sek sejak 24 Jun lps. Rasa sunyi sikit bila form 5 je yg dtg..

Sha Mohamed said...

Dah mula nak sekolah semula.. Harapnya semua patuhi SOP yang disediakan sekolah..

Shida Radzuan said...

@Sha Mohamed betul..harap anak2 dlm lindungan dan jagaan yg baik.

Azhafizah MN said...

selamat kembali masuk office shida.