Klik-klik banner untuk info lebih lanjut lebih menarik, nak tempah slot? :: klik sini ::


Monday, 17 August 2020

Episod Akhir Drama 7 Hari Mencintaiku 2 | Semua Kekal Bahagia

Assalammualaikum wbt dan Selamat Sejahtera.

Episod Akhir Drama 7 Hari Mencintaiku 2 | Semua Kekal Bahagia | Akhirnya selesai juga drama 7 Hari Mencintaiku 2 ini, lega sebab lepas ni dah tak perlu nak tunggu untuk tengok setiap episod cerita ni. Shida ni masa pun tak banyak lagi nak bahagi masa tengok drama pula ^_^ adudu sebab dah terlayan dari awal maka tonton jelah. Apa yang menarik cerita ni perjalanan menceritakan tentang sebuah kekeluargaan, pasangan suami dan isteri, mertua dan menantu, antara bisan dan saudara-mara, memang berkait rapat dengan situasi masalah kekeluargaan di kalangan masyarakat melayu terutamanya. Sepanjang 33 episod ni jalan penceritaan memang berderai juga air mata tengok babak-babak mia dan sofi ni. Shida sebagai perempuan sangat-sangat memahami situasi yang dilalui oleh mereka. Walau bagaimanapun ending cerita semua kekal bahagia bersama keluarga, pasangan dan anak masing-masing, yang pernah melakukan kejahatan juga dah insaf. Tahniah kepada penulis hebat Siti Rosmiza menulis sebuah karya yang mencuit hati penonton khususnya para wanita :) Korang rasa akan ada 7 Hari Mencintaiku 3 ke??



7 comments:

  1. Hanya sempat melihat dari episod 27 hingga akhir.

    ReplyDelete
  2. kalau ada part 3 memang saya lah orang first yang akan bahagia . Dpan tv , feel sorang sorang . Mak geng mia , ayah pula geng mak leha .

    ReplyDelete
  3. Hihi, rasanya saya sorang kot yang tak tengok drama nie🤭🤭🤭🤭

    ReplyDelete
  4. saya je ke yang tak follow up dengan cite ni? hahahah

    ReplyDelete
  5. Seronok happy ending. yang jahat pun insaf dan dapat balasan masing masing. katanya ada yang ketiga pulak nanti.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih atas kerjasama.