Klik-klik banner untuk info lebih lanjut lebih menarik, nak tempah slot? :: klik sini ::


Friday, 14 August 2020

Hari terakhir di Penang pekena dulu Nasi 7 Benua | Short Vacay Shida & Sharul

Assalamualaikum wbt & Selamat Sejahtera.
Hari terakhir di Penang pekena dulu Nasi 7 Benua | Short Vacay Shida & Sharul | Okay korang bersambung lagi penceritaan cuti - cuti penang shida bersama husben. hari ke 3 di penang adalah hari terakhir kami di sini. Malam tu memang kami dah plan nak pekena Nasi 7 Benua. Adik juga suggest untuk cuba makan di sana. Setelah checkout jam 12 tengahari kami terus ke lokasi. Sampai-sampai memang dah ramai nasib tak kena beratur panjang..legaa. Tempat ni kali pertama shida datang dan ok not bad nasi seperti dalam gambar comel-comel dan ada 7 jenis nasi dengan rasa tersendiri. Lauk pun okay sedap cuma jumlah 7 nasi ni tak lah terlalu banyak saiz dia comel je, bagi shida cukup je dengan lauk lagi tapi bagi si pemakan extra macam husben kena ambil 2 pinggan nasi 7 benua ni baru kenyang hahahaa ^_^ Nama-nama nasi 7 benua ni terdiri daripada :

1. NASI PUTIH    2. NASI TOMATO    3. NASI LAMUNI    4. NASI LEMAK PANDAN 
5. NASI HUJAN PANAS     6. NASI KACANG     7. NASI MINYAK

Bye bye Penang..Nanti kami mai lagi..yaa inilah ayat terakhir kami laki bini cakap dalam kereta. Jejak lagi, itu sudah pasti Pulau Pinang satu pusat perlancongan yang sangat menarik dan wajib untuk datang lagi. Banyak tempat-tempat menarik dan viral yang belum shida terokai memang tak puas 3 hari 2 malam di sana, mungkin kena seminggu baru lebih menarik kan :) shida bermalam bermula 1hb ogos sehingga 3hb ogos. Kami balik melalui Jambatan Pulau Pinang ke 2. Destinasi seterusnya masih lagi di penang walaupun sudah melepasi Jambatan Pulau Pinang ni.
Next destinasi atau orang panggil mall wajib singgah jika ke penang iaitu Ikea Batu Kawan, Penang. Memang dari awal plan dengan husben waktu balik kita singgah ikea ya. Orang perempuan je paham ikea ni betul-betul inspirasi home deco. Dalam rumah shida ni boleh dikatakan 60% menggunakan barangan dari ikea, suka dengan barangan dia walaupun bukan biru banyak putih kelabu tapi i loike ^_^ hahaaa. Duk belek-belek beli barang agak lama jugalah kami kat dalam tu. Tapi untuk tak nak membuang masa shida dah set dalam otak ni apa nak beli, jumpa je masuk troli terus takde masa nak baca-baca try dulu hahaa. Cuma ada satu barang tu shida nak beli tapi tak muat masuk dalam kereta sebab terlalu panjang (agak kecewa tak dapat barang tu) muncung seketika :p Pastu husben lanje makan kat foodcourt ikea tu pekena juga meatball dan ayam goreng dan dan senyum kan :)
Dah puas makan, saja singgah Design Village ni sebelah ikea je..husben ajak nak cari jersi Man Utd, cari punya cari hampa tak ada dah. Dalam ikea pun ada sport shop pun habis juga jadi husben dan bini dia balik dengan hampa tak dapat barang yang dicari tu hahaaa padan muka dedua pun. Selesai pusing-pusing dalam design village sampai berselisih dengan artis Shida Melvin pun tak perasan ^_^ shida perasan dulu tapi tak berapa yakin tengok betul-betul baru tepat sangkaan hehee. Lebih kurang jam 6 petang kami bertolak balik ke taiping sampai pun ngam-ngam hampir maghrib. Selesai sudah percutian singkat kami, Alhamdulillah kami enjoy dan bersyukur dapat peluang bercuti bersama-sama. Hari rabu bermula lah sesi memikul tanggungjawab masing-masing, husben dengan kerjanya shida dengan kerja shida. Nak bercuti lagi tak tahu lah bila ada masa, moga ada peluang lagi..nak lagi Ya Allah :)



16 comments:

  1. wah bestnya jalan2 makan angin..ada ole2 tak?hhi

    ReplyDelete
  2. Kalau dah sampai Ikea tu maknanya dah dekat dengan rumah akak.. Nanti mai lagi bagitau la..Mana tau kena dengan timing.

    ReplyDelete
  3. bestnya, tak puas la jalan penang aritu, tapi entah bila lah dapat ke sana lagi tu

    ReplyDelete
  4. Tak berkesempatan lagi nak merasa nasi 7 benua tu..
    Paling teringin nak rasa nasi lemuni dia..

    ReplyDelete
  5. last pi penang dec 2016. nak pi lagi cuma x larat nak drive di kota yg sesak dan sempit jalannya....

    ReplyDelete
  6. Teringin nak try nasi 7 benua tu

    ReplyDelete
  7. sedapnya tgk nasi tu kak..teringin pula yanie nak rasa..

    ReplyDelete
  8. Bestnya 7 jenis nasi dalam satu hidangan

    ReplyDelete
  9. Masa ke Penang haritu tak sempat nak menyinggah merasa nasi 7 benua ni. Kena repeat ke Penang nampaknya ni. Banyak tempat tak pergi lagi.

    ReplyDelete
  10. Haloo Assalamu'alaykum Kak Shida. Saya dari Sumatra Indonesia. Salam.. πŸ˜€πŸ™

    ReplyDelete
  11. Enjoy kan..Inshaa Allah next year..next trip..

    ReplyDelete
  12. ray follow sini jugak akak !!

    ReplyDelete
  13. Wah! Uniknya nama Nasi 7 Benua. Mesti kena cuba juga ni.

    ReplyDelete
  14. First time sy dengar pasal nasi 7 benua tue, hurmm nasi tue dicampur sekali ke?πŸ˜…atau boleh pilih²..

    ReplyDelete
  15. @Shikin Razali Kalau makan kat situ mmg wajib amik 7 nasi tu..dorg siap susun dalam pinggan 7 jenis nasi tu..tp kalau taknak salah satu dr list nasi tu shida xpsati pula..sbb rata2 yg dtg mmg mkn 7 nasi tu..tp shikin jgn risau..walau 7 nasi tp portion dia kecik..kira 7 nasi mcm 2 senduk nasi je :)

    ReplyDelete
  16. Lama dah tak pergi Penang... Ingat² dah 10 tahun agaknya tak ke sana...

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih atas kerjasama.