Friday, 21 August 2020

Kenapa Perempuan Kena Tahu Memasak

Assalammualaikum wbt dan Selamat Sejahtera.

Kenapa Perempuan Kena Tahu Memasak | Mungkin kedengaran agak biasa tapi itulah hakikat sebenar seorang perempuan atau wanita. Walaupun tiada kemahiran yang tinggi atau mempunyai segulung sijil aliran masakan, cukuplah sekadar tahu asas memasak sebagai contoh masak nasi dan goreng telur. Dua menu ini  juga dikira anda sudah tahu memasak miskipun tidak serba boleh seperti mak-mak kita. Korang tahu masak ayam masak kicap pun dah boleh dikira power dah tu. Memasak ni tak perlu tahu serba serbi pun boleh je memasak asalkan tahu asas, minat dan rajin. Shida yakin dengan era zaman seperti sekarang ni pun masih ramai wanita atau perempuan diluar sana ada yang masih tidak tahu memasak. Come on girl sekarang zaman internet google youtube, semua dihujung jari type sahaja nama resepi meleret keluar link dan video, betul tak?

Nak memasak tak memerlukan kemahiran seperti chef atau segulung ijazah baru kita boleh duduk didapur dan memasak. Macam shida sendiri tahu memasak pun lambat, tak silap shida selepas spm baru tahu memasak sebabnya dari tingkatan 1 hingga 5 shida tinggal di asrama jadi nak memasak sendiri tu memang tak berkesempatan lah kecuali masak meggi guna air panas kat hostel ^_^ Kadang-kadang balik cuti pun mak dan kakak-kakak yang masakkan, almaklumla..shida ada 2 orang kakak atas shida :) Lepas spm lama duduk rumah baru lah belajar sikit-sikit memasak tu pun mak yang ajar (time tu tak reti lagi nak google google). Masa zaman shida bujang ni memasak ni on of on of je tapi sejak dah berkahwin boleh dikatakan hari-hari shida memasak ^_^ Shida suka bila suami balik makan masakan shida dirumah.

Kenapa shida kata perempuan kena tahu memasak? Banyak sebab sebenarnya, tambahan lagi jika kita sudah berumah tangga (berkahwin).  Memasak ni bukan sahaja boleh tambat hati suami dan mertua malah bila kita masak dari hasil tangan kita nutrisi pemakanan juga terjamin, kebersihan juga terjaga tapi bukan lah shida kata makan dekat luar tak bersih pulak okay ^_^ Bila dah bekeluarga ni dengan mempunyai anak lagi, memasak dirumah adalah lebih jimat berbanding makan diluar (jika sekali sekala takde masalah pun). Kalau duduk berdua dan kedua-dua pasangan bekerja tak sempat nak masak mungkin boleh lah makan diluar tapi jika ada masa terluang bolehla memasak bersama-sama, kan lebih romantik :) Suami suka isteri yang rajin memasak ya, tak pandai takpe asal rajin nak ke dapur untuk memasak :)

Ini antara menu yang shida pernah masak sepanjang bergelar anak dan isteri. Dulu pernah rasa memasak ni sangat-sangat remeh tapi bila dah selalu memasak dan mencuba resepi-resepi baru, baru shida tahu betapa seronoknya memasak. Lagi seronok bila kita masak menjadi untuk pertama kali lepas encik husben puji pulak, lagi bertambah-tambah semangat nak memasak kan :) Shida faham juga wanita atau perempuan masa kini perlu juga perlu bekerja bagi membantu kewangan si suami, jadi akan timbul satu masalah untuk memasak sekiranya isteri bekerja. Tak mengapa cari lah masa dan ruang untuk memasak, besar pahala isteri jika masak untuk suami dan anak-anak. Tak tahu masak? Tak tahu nak masak apa? google saja =)


18 comments:

  1. Macam tak lengkkap jadi perempuan kalau tak tahu masak. Tak pandai tak pe as long as tahu basic. Tu pendapat ai lah.

    ReplyDelete
  2. betul, mmg perempuan kena pandai masak..tapi zieya tak juga tau masak.. huhuhuh

    ReplyDelete
  3. akak ni minat memasak, dari kecil rasanya masa berani masak sendiri masa sekolah menengah, biasalah anak sulung biasa tolong emak di dapur, sudahnya sampai tua ni memang akak minat masak... walaupun tak pakar tapi kira boleh la masak pelbagai menu serata malaysia kecuali sabah sarawak je tak pernah cuba menu sana heheheh...

    cuma bila hari kerja, akak masak la menu simple je, hari cuti baru lah special sikit

    ReplyDelete
  4. Kalau tak tahu masak boleh belajar memasak. Dan kalau lelaki pandai masak adalah satu kelebihan hehe

    ReplyDelete
  5. mama setuju.. paling kurang pun masakan simple pun jadi la. tapi kalau rajin masak lama2 kita akan jadi lagi mahir kan

    ReplyDelete
  6. Betul yanie setuju, Yanie pun dah kawen baru lah nmpak pro skit masak..lg2 ade 2 ketoi ni..hehee

    ReplyDelete
  7. Hebat kak masak..mcm2 yanie tgk..hehee

    ReplyDelete
  8. Terima kasih hari2 masak untuk saya =)

    ReplyDelete
  9. tak pandai masak takpe...yang penting rajin memasak..
    lama2 nanti pandai la..

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/08/cuya-join-pertandingan-sajak.html

    ReplyDelete
  10. kalau ada isteri tak pandai masak pun saya tidak kisah kerana saya boleh masak..

    saya boleh ajar isteri masak secara sihat dan sedap hehehehe

    ReplyDelete
  11. semua org kena pandai memasak..x kira lelaki atau perempuan. kalau lelaki tu kena tahu masak. jika isteri dlm pantang suami la kena masak, ok?

    ReplyDelete
  12. Tahu masak tak semestinya pakar.
    Ramai chef hebat lelaki

    ReplyDelete
  13. setuju,,kena tahu memasak sebab boleh bantu suami. Kalau yang belum kawin sebab boleh bantu mak.

    Memang la orang lelaki pun kena tahu memasak, tapi perempuan pun sama penting nya jugak. Mesti kena tahu memasak. Tak pandai tak pe , boleh belajar,,

    ReplyDelete
  14. Ammi pun lewat pandai masak.. Masa awal2 cuba nak masak (nak goreng telur mata je pun). Buka api punyalah kuat.. Pastu takleh nak terbalikkan telur tu. Huhu

    ReplyDelete
  15. alhamdulillah masak lauk tu reti tapi sedap x sedap tu nda janji la hahhaa
    kalau bab biskut kek semua tu ada fail sikit hehe but tbh rasa tercabar jugak sebab tunang bab masak teror sungguh, macam chef pun ya jgk macam2 dia bole masak compare dgn sy aduyaii

    ReplyDelete
  16. Zaman sekarang untung nak belajar dari hujung jari je. Mudah nak ikut step. Bukan zaman ena dulu takde utuber kena masuk dapur lepastu kena marah masak xbetol. Hahaha susah masterchef tengok ni

    ReplyDelete
  17. Zumal yang tahu masak pun tak memasak sangat 🤭

    ReplyDelete
  18. asas tu kena ada. tak tahu memasak takpe, yg penting rajin nak cuba memasak. Betul shida masak sendiri lebih jimat dan kebersihan terjaga. boleh masak ikut taste sendiri.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih atas kerjasama.