Klik-klik banner untuk info lebih lanjut lebih menarik, nak tempah slot? :: klik sini ::


Monday, 31 August 2020

Malaysia Merdeka 2020

Assalammualaikum wbt Salam Sejahtera.
Malaysia Merdeka 2020 - Setiap tanggal 31 Ogos pasti negara kita akan menyambut Hari Kebangsaan negara kita. Tetapi sedikit kelainan pada tahun 2020 ini kita menyambut Hari Kemerdekaan dengan norma baharu disebabkan pandemik wabak covid19. Seiring dengan tema kali ini Malaysia Prihatin terus terlintas difikiran pengorbanan Frontliner kita mengerah keringat dalam menanangi wabak virus yang melanda negera kita dan diseluruh dunia. Jika dulu terkenangkan pengorbanan para pejuang kita kini melihat sedutan ringkas di siaran televisyen mengenai pengorbanan frontliner kita pasti terpalit dengan pejuangan para pejuang tanah air, pasti mengalir airmata membayangi pengorbanan itu. Terima kasih kepada ke semua frontliner yang terlibat secara langsung dan tak langsung dan tak lupa juga pada para pejuangan kita (Al-Fatihah).

Tanggal 31 Ogos 1957 - Laungan merdeka! merdeka! merdeka! sentiasa terpahat dalam ingatan oleh Bapa Kemerdekaan kita iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Adakah laungan itu akan kembali lagi pada tahun ini? kita tunggu dan lihat acara yang akan diadakan pada 31 Ogos 2020 yang pastinya memberi sedikit kelainan dari tahun-tahun sebelumnya. Jika dahulu negara kita telah bebas dari jajahan tetapi bagi shida Merdeka pada kali ini cukup bermakna sekiranya negara kita bebas dari virus covid19 ini. Bermula dari PKP sehinggalah ke PKPP telah melibatkan banyak sektor-sektor ekonomi negara sejurus seluruh rakyat malaysia terkesan akibat wabak ini (kalau boleh tak nak ia berulang lagi).

Kemerdekaan Malaysia yang ke 63 - Negara kita telah pun menyambut kemerdekaan ke 63 tahun. Sepanjang 63 tahun ini banyak kejayaan yang diterbitkkan serta pencapaian yang membanggakan negara malaysia seperti Sukan Kebanggaan Negara, Kemajuan Ekonomi, Pemimpin Negara serta Kerjasama Malaysia dan Dunia. Oleh kerana kemajuan dan pencapaian Malaysia dalam pelbagai bidang di peringkat kebangsaan dan antarabangsa sehingga membawa Malaysia menjadi sebuah negara dihormati dan disegani. Selain itu juga peranan dan sumbangan Perdana Menteri terdahulu dan kini dalam menerajui Malaysia sebagai Negara Yang Maju ke mata dunia.

Kecintaan kepada Negara (patriotisme) - Kepada seluruh rakyat Malaysia, bangkitlah kita dari kemunduran, negara kita sudah pun mencapai kemerdekaan. Jadi bangkitlah majulah diri seiring dengan kemajuan negara kita Malaysia. Cintakan negara adalah satu semangat yang menuntut tanggungjwab, ketaatan dan pengorbanan. Jadilah manusia yang berguna dan berprinsip moga kelak anak bangsa kita tahu erti kemerdekaan yang sebenar dan menginsafi amanah pejuang. Patriotisme bukan sekadar slogan dan simbol semata-mata, tetapi semangat yang mencetuskan pengaruh kuat bagi tingkah laku manusia. Menghayati nilai-nilai sejarah kemerdekaan, menyanyikan lagu-lagu patriotik dan mengibarkan jalur gemilang antara salah satu contoh yang harus diterapkan supaya anak bangsa dapat menikmati kemerdekaan sebenar. Ayuh! sama-sama kita kibarkan Jalur gemilang!


https://www.hasrulhassan.com/2020/08/giveaway-blogger-merdeka-hadiah-wang.html
Giveaway Blogger Merdeka - Mengenai Giveaway Blogger Merdeka ini dianjurkan oleh Blogger Otai atau Sifu Blogger iaitu Tuan Hasrul Hassan - www.hasrulhassan . Shida rasa berbangga dapat turut serta dalam giveaway yang dianjurkan. Semoga dengan wujudnya giveaway seperti ini yang bertemakan patriotik dapat memupuk semangat kepada penulis blog dalam mengetengahkan penulisan yang lebih memberi info serta input-input yang menarik yang boleh dibaca. Idea penulisan shida kebanyakan dari idea sendiri dan juga sedikit sebanyak dibantu oleh pencarian dan sumber dari google. Moga pembaca-pembaca diluar sana dapat turut serta dan memeriahkan lagi giveaway ini.

Syarat penyertaan Giveaway Blogger Merdeka
  • Tajuk posting : Bebas.
  • Isi Konten : Mengenai Hari Kebangsaan Malaysia.
  • panjang Konteng : Perlu lebih daripada 300 patah perkataan.
  • Syarat : Mempunyai satu backlink ke post ini atau ke blog ini dan letakkan banner (gambar) Giveaway ini.
Hadiah + Tempoh + Pemilihan Pemenang Giveaway
  • RM100 tunai + template premium blogspot Flexnews x 3 Pemenang
  • 15 Ogos 2020 hingga 31 Ogos 2020 
  • Setiap penyertaan wajib menyertakan post berkaitan Giveaway ini seperti ditetapkan. Jadi, saya akan lihat dan teliti setiap post yang diberikan. Setiap post diberikan satu peluang untuk menang dalam giveaway ini. Setiap penyertaan diberikan satu nombor rawak, dan saya akan menggunakan random.org untuk memilih pemenang yang bertuah.


16 comments:

  1. Selamat menyambut bulan kemerdekaan

    ReplyDelete
  2. Semoga awak berjaya Shida..Selamat hari merdeka..

    ReplyDelete
  3. Jom semangat kita sambut merdeka.

    Semoga ada rezeki Shida menang contest ni.

    ReplyDelete
  4. good luck akak! hope terpilih... amin

    ReplyDelete
  5. Selamat hari kemerdekaan.
    Semoga menang.

    ReplyDelete
  6. Salam Merdeka!

    Ehem! gambar profile baharu!

    ReplyDelete
  7. Kunjungan perdana ke blog ini. Malaysia dan Indonesia merayakan kemerdekaan hampir bersamaan. Doa saya semoga kedua negara ini diberikan keberkahan dan semakin rukun. Oh ya saya follow blog ini. Thx

    ReplyDelete
  8. Semoga berjaya.. Tak sempat nak joint..

    ReplyDelete
  9. Salam kemerdekaan. Semoga berjaya...

    ReplyDelete
  10. Terima kasih kerana sudi join GA Blogger Merdeka yang saya anjurkan. Tahniah kerana terpilih sebagai salah seorang penerima hadiah wang tunai Rm50 dan juga Template Blogspot Premium.

    Sekali lagi terima kasih dan tahniah.

    ReplyDelete
  11. alaa... x sempat nak join wuwuu

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih atas kerjasama.