Klik-klik banner untuk info lebih lanjut lebih menarik, nak tempah slot? :: klik sini ::


Saturday, 15 August 2020

Nasi lemak McD Rendang Ayam | Geng Nasi Lemak

Assalammualakium wbt & Selamat Sejahtera.

Nasi lemak McD Rendang Ayam | Geng Nasi Lemak | Alkisah petang tadi lepas shida habis kerja lebih kurang pukul 6.15 encik husben ajak makan, kesian pula dengar katanya dia lapar. So kebiasaannya kami kalau salah seorang ajak makan jadi orang tu yang decide nak makan kat mana. Pilihan encik husben petang tadi makan di McDonald je, kebetulan dah keluar menu baru kan kita cuba tengok pi diaa macam mana. Makan kali ni tak dan tangkap gambar korang ^_^ lapaq punyai pasai makan terus tak pandang hp dah ^_^ tengoklah gambar design dari mcd ni.

Geng Nasi Lemak kalini kami berdua memilih untuk cuba Nasi Lemak Rendang Ayam McD, sajalah nak cuba rendang ayam dari mcd ni. First masa menu sampai bau dia fuhyooo bau rendang kampung wangi je tapi agak kecewa sikit pada rasa dia tak berapa okay bagi kami (husben cakap rendang shida buat lagi sedap =p ) so disebabkan menu sampai masih panas lagi so kami makan lah sampai habis. Sambal nasi lemak mcd seperti biasa lah pedas-pedas sikit tapi encik husben kata tak pedas (sebab dia kuat makan pedas) Setakat ni menu baru mcd yang paling shida rasa sedap setakat ni Nasi Mcd Kuah Kari tahun lepas tak silap menu ni. Time tu pun shida dapat makan sekali ja masa tu disebabkan kekangan masa nak ke mcd, kebetulan menu tu sangat-sangat terhad.
Kalau Mcd keluar balik menu ni Inshaa Allah shida pasti akan repeat :) So korang dah cuba ke Nasi Lemak Rendang Ayam Mcd ni atau dua menu baru yang lain ? macam mana sedap? pendapat korang? Yerlah tekak masing-masing kan, mungkin ada rasa okay dan sedap atau mungkin aa rasa disebaliknya kan. 


17 comments:

  1. nasi2 fastfood ni, tekstur dia kurang umph berbanding kedai nasik campur kan hehe

    ReplyDelete
  2. belum lagi try :( tapi inshaa Allah mesti nak try punya . Harap ada lagilah hehe

    ReplyDelete
  3. nanti kita try , hari tu mcm baru je pergi MCD takde lg menu ni

    ReplyDelete
  4. Yanie belum berpeluang lg nak merasa ..ada masa nnt boleh cuba..

    ReplyDelete
  5. kureng skit..takpa nanti kita try menu yg lain pulak kan..

    ReplyDelete
  6. belum pernah cuba..tapi lebih suka nasi lemak yg ori

    ReplyDelete
  7. Semua geng nasi lemak ni tak cuba lagi Shida. Nak try yang rendang tu.

    ReplyDelete
  8. time tengah lapar ni semua nampak sedap.

    ReplyDelete
  9. Belum pernah cuba lagi menu2 nasi lemak dari Mcd...biasa pergi mcd beli burger je hehehe..

    ReplyDelete
  10. Belum cuba lagi menu Nasi Lemak Ayam Rendang McD. Ada kesempatan ke luar daerah nanti nak cuba juga.

    ReplyDelete
  11. xpernah cuba lagi menu ni..:)

    ReplyDelete
  12. Antara makanan Yang saya Cuba elak

    ReplyDelete
  13. husband akk suka nasi lemak mcd juga. akk tak berapa suka. Dan, sekarang ini...akk tempoh kena jaga kalori makan huhu

    ReplyDelete
  14. anak ammi baru semalam dok ngendeng nak makan ni..weekend jelah ye anak2..

    ReplyDelete
  15. Tak pandai makan nasi lemak dengan kari.

    ReplyDelete
  16. Hihi saya memang tak makan la pedas²..jawabnya ke tandas jea la.. tapi nasi lemak mcd nampak sedap dan menyelerakan...

    ReplyDelete
  17. saya jeke belum makan nasi lemak mcd? hhuhu

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih atas kerjasama.