Klik-klik banner untuk info lebih lanjut lebih menarik, nak tempah slot? :: klik sini ::


Sunday, 9 August 2020

Orang Kuat Disebalik Blog Dunia Sebenar Shida - Geng Kuat Komen

Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera.
Orang Kuat Disebalik Blog Dunia Sebenar Shida - Geng Kuat Komen | Alhamdulillah berkat dorongan dan doa dapat juga shida maintain entri sebanyak 31 entri pada bulan Julai. Sebenarnya tak sangka juga dapat update sebanyak itu. Kalau ikut kesibukan shida ni, yang mengalahkan Perdana Menteri tau ^_^ sangat-sangat sibuk tapi dapat juga luang masa dengan blog. Tengok laptop baru ni lagi lebih semangat shida nak menaip dan terus menaip. Kadang-kadang ada juga terskip hari, nak buat macam mana lumrah manusia kan =)

Pertama sekali shida nak ucapkan ribuan terima kasih kepada pengunjung atau pembaca setia seperti dalam gambar yang shida screen short tu. 10 nama yang terbaik dan bukan kaleng-kaleng ya! Antara nama tersenarai juga adalah rakan blogger lama seperti Azhafizah dan Kak Diana Rashid. Nama-nama yang lain mungkin baru berkenalan atau pun blogger baru. Terima kasih korang sudi singgah selalu dan komen setiap cerita yang shida kongsikan. Terima kasih semuanya =)

Senarai Bloglist 2020 tak ramai yang aktif berkunjung ada yang dah mula sibuk dengan kerja harian mungkin. Shida akan cari bloglist 2020 yang aktif dan akan topup masuk dalam blogllist 2020 untuk blogger yang berkunjung ke blog shida tetapi tiada dalam bloglist shida. Ini sebagai tanda penghargaan kerana sudi berkunjung dan untuk memudahkan lagi blogger lain membuat kunjungan juga. Untuk kesemua Bloglist shida yang tersenarai di dalam blog ini akan mendapat kunjungan setiap kali shida blogwalking. Shida kan membalas kunjungan dan membaca setiap entri dan komen sekiranya berpeluang ya.Okay nak sambung blogwalking ke blog korang, entri pasal honeymoon ke penang pun duk tergantung tak bertali lagi ni ^_^


12 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih atas kerjasama.