Klik-klik banner untuk info lebih lanjut lebih menarik, nak tempah slot? :: klik sini ::


Tuesday, 18 August 2020

Rombongan Majlis Bertunang di Mukim Jerlun, Kedah

Assalammualaikum wbt dan Selamat Sejahtera.

Rombongan Majlis Bertunang di Mukim Jerlun, Kedah | Alhamdulillah selesai satu lagi Majlis Bertunang adik ipar shida ni. Kalini majlis di Kedah, tapi sayangnya kami tak dapat nak turut serta sedih juga rasa tapi apakan dayakan. Rombongan kalini untuk merisik dan menghantar tanda, justeru orang kata "booking" terus. Mudahkan majlis musim PKP ni semua dipermudahkan dengan mudah. Alhamdulillah. Majlis ni shida tak dapat nak turut serta disebabkan tarikh ni dekat-dekat dengan time shida dan encik husben pergi holiday di Penang haritu. Kami balik dari Penang pun masa tu dah 3hb majlis bertunang 6hb so sangat dekat bila kami masing-masing akan mula bekerja pada 5hb. Cuti raya pun dah 5 hari jadi tak dapat nak sambung cuti disebabkan pekerjaan dan komitmen masing-masing. Kebetulan pula masa 6hb tu bos besar shida outstation jadi berhuhu lah kami berdua. Walau bagaimana pun majlis tetap berjalan dengan lancar mengikut SOP :) 

Inshaa Allah untuk Majlis Kenduri pasti pi kedah punya ^_^ Apa-apa pun Tahniah kepada kedua-dua mempelai Yunus & Ila Selamat Bertunang di ucapkan. Cepat-cepat naik pelamin dan masuk ke kelab Kaklong dan Abglong yee hehee ^_^ Inshaa Allah berjumpa nanti time kenduri pula. Untuk tahun 2020 dan 2021 tiga orang adik ipar shida akan join kelab kami (shida dan encik husben). So kepada tiga pasangan ini selamat menjalani alam berumah tangga yang penuh liku-liku kehidupan sebenar. Time couple tak rasa lagi liku-liku sebenarnya, bila si suami selesai saja akad masa tu tanggungjawab kita dah bermula. Tanggungjawab dari segala segi, apa yang penting kerjasama dan saling memahami, Inshaa Allah semua akan menjadi baik dan bertambah baik :)




9 comments:

  1. sekarang memang musim tunang agaknya , sabtu lepas pun bestfriend saya tunang .

    ReplyDelete
  2. tahniah!
    salam kenal..follow here

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah saya telah melalui zaman ini..

    saya berdoa agar bakal mempelai ini bahagia hingga ke jannah aamiin

    ReplyDelete
  4. selamat bertunang buat adik ipar...

    ReplyDelete
  5. Selamat bertunang kpd adik ipar Shida..nnti pi hantaq pengantin ke Jerlun..meriah dgn kenduri, 3 pasangan..

    ReplyDelete
  6. Bertambah lagi ahli keluarga nampaknya..Alhamdulillah..makin ramai makain meriah kata orang..

    ReplyDelete
  7. Tahniah kepada bakal mempelai..semoga jodoh kalian berdua kekal hingga ke jinjang pelamin dan seterusnya ke Jannah, Insha Allah...

    ReplyDelete
  8. Tahniah adik ipar shida dan pasangan. Bertambah geng biras shida nanti. Semoga dipermudahkan urusan mereka nanti. Aaminn

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih atas kerjasama.