Klik-klik banner untuk info lebih lanjut lebih menarik, nak tempah slot? :: klik sini ::


Friday, 28 August 2020

Sup Petola bersama Telur, Pucuk & Suhun | Resepi #shidamasakje

Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera.
Sup Petola bersama Telur, Pucuk & Suhun | Resepi #shidamasakje | Akhirnya entri berkenaan resepi #shidamasakje terupdate juga, lama duduk dalam draft hahaha. Okay disebabkan kekeringan idea juga jadi untuk hari ini shida akan update entri memasak. Menu ni shida masak pada hari selasa yang lepas gaiss. Sup Petola ni pun sebenarnya jarang shida nak masak sebabnya selalu husben jual sayur sentiasa habis. Cuma selasa ritu tak habis maka bersayuran petola lah kami haritu, tak semua suka sayur ni lagi-lagi bagi perempuan yang dah bersalin, kata mereka sayur petola ni sayur sejuk jadi elak untuk makan takut bertegang urat ^_^ Okay lah jom kita tengok bahan dan cara masak sayur ni, simple sangat. 

BAHAN - BAHAN :
  1. Sebiji petola sederhana besar - dipotong bulat atau serong
  2. Pucuk & Suhun sepeket - direndam
  3. Sebiji telur - yang mana suka banyak telur boleh tambah ikut citarasa
  4. Cili padi sebiji - dipotong serong
  5. Bawang Merah sebiji  - dihiris
  6. Bawang Putih 2 biji -  dihiris
  7. Ikan Bilis sedikit - ada yang suka letak udang kering, boleh juga ya
  8. Sedikit garam dan perasa
  9. Sedikit minyak untuk menumis 
  10. Air secukupnya
CARA MASAK :
  1. Panaskan minyak, masukkan ikan bilis, bawang merah dan bawang putih. Tumis sehingga kekuningan.
  2. Selepas masukkan air secukupnya, jika suka sup banyak boleh lebihkan air. Biar sehingga air tadi mendidih. Selepas tu masukkan pucuk yang direndam tadi bersama telur.
  3. Kacau perlahan sehingga sup mendidih masukkan pula petola yang sudah dipotong dan dibersihkan. Tunggu sehingga petola lembut boleh masukkan suhun dan cili merah.
  4. Akhir sekali perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Biar sup mendidih seketika lepas boleh tutup api dan sedia untuk dihidangkan. 
  5. Cadangan menu ini untuk makan 2 -3  orang. Selamat Mencuba!

12 comments:

  1. Sedap ni Shida..mkn dgn mihun/ketiau pun best..

    ReplyDelete
  2. Tambah sedap kalau ada sambal belacan dengan ikan masin belah.

    ReplyDelete
  3. sedap...lawankan pulak dengan sambal ikan or sambal gesek. perghhh

    ReplyDelete
  4. favorite zieya ni! mama klu masak ni, semangkuk habis kat zieya sbb makan saja heheh

    ReplyDelete
  5. Oh? Macam tu ke sebut Suhun? Uncle sebut Su'un....

    ReplyDelete
  6. Sup gini nampak simple, tapi kalau makan dengan sambal..memang jadi luar biasa. Makan bertambah-tambah :D

    ReplyDelete
  7. Akak suka sayur nih.
    memang hari-hari menu sayur masak air. Lepas tu makan dengan sambal belacan.sedapnya..
    Lauk ayam bakar atau ikan bakar.

    Tak de nasi pun tetap makan sampai tersandar. Lagi2 sup petola macam ni hirup kuah dia sampai kering.hahah.

    ReplyDelete
  8. Sedapnya.. boleh bertambah makan ni

    ReplyDelete
  9. sedap pekena dgn sambal belacan :p

    ReplyDelete
  10. Ringkas tapi penuh dengan khasiat.. kalu saya, memang ratah gitu jea, xyah makan nasi😆

    ReplyDelete
  11. salah satu favourite sayur. suka letak suhun lebih :)

    ReplyDelete
  12. Sha makan semua kecuali sayur petola tu..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih atas kerjasama.