Monday, 17 August 2020

Until We Meet Again, Philippines Drama | Hanggang Makita Kang Muli

Assalammualaikum wbt dan Selamat Sejahtera.

sumber : google
Until We Meet Again, Philippines Drama | Hanggang Makita Kang Muli | Hai korang :) dah selesai masak ke tu? Shida pun baru selesai je tadi dalam 1.30 ptg, menu harini simple je shida masak Paprik Seafood dan Telur Dadar, gambar? rajin shida update nanti hahaa, tak tahu lah kenapa cukup tak rajin nak ambil gambar ^_^ siap masak shida dah get ready nak mandi dan bersiap untuk masuk kerja pula. Shida kalau weekdays kerja dari pukul 3.30 petang hingga 10.30 malam jadi sempatlah dalam beberapa minit tengok cerita Until We Meet Again ni. Shida dah layan cerita ni dari mula lagi so layan lah sampai habis alang-alang dah tahu ceritanya dari awal kan. Kadang-kadang terlepas tengok balik kat youtube.
 sumber : google
Dalam gambar di atas antara watak utama dalam drama ni, antara watak yang shida kagumi adalah watak Ana ataupun Angela. Yang dulu menyerupai seperti anjing kini dah berubah menjadi manusia normal yang dibantu oleh Dr Francis dan Dr John. Kesian tengok penderitaan Angela dalam cerita ni dari dia kecil sehingga besar. Sekarang angela dah jadi normal suka watak dia sekarang yang lebih bijak, berani dan cantik :) Watak yang shida meluat adalah watak Claire (anak angkat evelyn) walaupun claire ni bukan lah punca asal dia jadi macam tu tapi entah tak suka cara dia layan angela masa mula-mula angela duduk dirumah Evelyn. Punca utama keluarga mereka berpecah belah sehingga kini adalah dari Odessa atau Margaret (penyamar) yang mahu merampas suami evelyn si Larry. Nak tahu cerita lebih lanjut pun, ceritanya belum habis hehee korang nak jom layan di TV3 jam 3 petang setiap Isnin hingga Khamis :) Jenis yang tak suka tunggu berhari-hari tu boleh menonton di Youtube je. Nampak gaya lama lagi cerita ni nak habis apa kata korang baca dulu Sinopsis Until We Meet Again :

Mengisahkan mengenai kehidupan Ana, yang berpisah dengan ibu bapanya, Evelyn dan Larry kerana Odessa. Odessa telah menyimpan Ana di gudang dengan anjing sepanjang hidupnya, menyebabkan dia menjadi liar. Tiba-tiba api mulai marak membuatkan Ana melarikan diri. Ana bertemu Calvin dan Calvin yang membantu Ana hidup. Calvin memanggilnya Angela, kerana dia tidak mengetahui identiti sebenar dirinya. Calvin membawa Angela ke Manila, dan di sanalah Angela menyedari persekitarannya. Setelah itu, Calvin membawa Angela menemui Dr. Evelyn dan menjaganya.

Dr. Evelyn telah menjadi sukarelawan untuk menjadi doktor Angela dan identitinya tidak diketahui. Angela akan belajar perkara baru tentang menjadi manusia. Claire, anak angkat Dr. Evelyn, cemburu dengan Angela Dalam waktu yang sama, Claire juga jatuh cinta dengan Calvin, membuatnya lebih cemburu dengan Angela.Claire mencari jalan untuk mengusir Angela keluar dari rumahnya. Apabila Angela hilang, Dr. Francis seorang doktor yang ingin menjaga kes anak lelaki menjadi liar, mencuri Angela dari Evelyn, yang mereka tolak pada mulanya, tetapi kemudian akan menyerah.Angela menerima terapi dengan Dr. Francis dan belajar banyak perkara tentang bergaul dengan orang lain.

Angela disembuhkan dan dapat bercakap dengan yang lain lagi. Dia bertemu Calvin sekali lagi dan semakin rapat.Angela bekerja di ladang Larry bersama Calvin. Dia bertemu dengan rakan barunya Patricia dan musuh barunya Myla. Calvin dan Angela menjalin hubungan bersama, tetapi kemudian mereka akan putus kerana Claire hamil dan membuktikan bahawa Calvin adalah ayah anaknya walaupun hakikatnya tidak.

Bayi itu mati kemudian, Calvin berpisah dengan Angela dan membuatnya sedih. Akibat terlalu sedih, Angela menerima ahli terapi baru di Amerika bernama Dr. John, yang mengubah hidupnya. 10 bulan kemudian Angela kembali ke Filipina. Dia kembali berubah dan berubah. Angela kini pintar dan bertindak seperti manusia. Angela belajar melawan Claire dan membalas dendam kepada sesiapa yang pernah menyakitinya sebelum ini. Dia juga menjauhkan diri dari Calvin walaupun dia menyintai serta menyayangi Calvin.  Angela juga mengelakkan diri dari bertemu Calvin.Bolehkah mereka mencari cinta antara satu sama lain? Terbongkarkah kisah silam Angela tentang kehidupan kedua orang tuanya.

14 comments:

  1. Pernah tengok 2 episod je kot.. sebab keje kan.. tak tgk tv siang2. kalau malam2 layan. yang terbaru layan kat tv3 Familiar Wife

    ReplyDelete
  2. drama kalau petang2 akak memang tak sempat nak tengok. petang biasanya sibuk sikit dengan blog. Kalau drama ni malam mesti akak layan jugak ni

    ReplyDelete
  3. i wanna give this one a try

    ReplyDelete
  4. Menarik jalan ceritanya. Suka juga tonton drama dari Filipina ini. Pelakonnya cantik-cantik macam kacukan Filipina & Sepanyol.

    ReplyDelete
  5. alo kesiannya dekat calvin , angela pls terima calvin balik. Ish kenapalah banyak sgt org jahat dlm cerita ni hahah kejam pula kesian angela . patut tak payah balik stay je oversea

    ReplyDelete
  6. yanie pun layan sejak2 jd surirumah ni..kak ^^

    ReplyDelete
  7. Lama betul tak tengok drama philipines.. nak cari kat online la sebab tengok macam best jea.

    ReplyDelete
  8. Dulu dulu masa sekolah rajin juga layan drama philipine. skang drama terpilih je tengok. huhu

    ReplyDelete
  9. Mmcm mana nak tgk kat youtube yg ada subtitle... yg ada pun xde subtitle. Tak paham.... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tgk di youtube tanpa subtitle..pandai2 la faham sendiri 🤣🤣

      Delete
  10. Mcm mana nk tgk cerita nie kat youtube yg ada subtitle... semua yg ada xde subtitle. Tak paham... huhuhu

    ReplyDelete
  11. Mcm mana nk tgk cerita nie kat youtube yg ada subtitle... semua yg jumpa xde subtitle. Tak paham... huhuhu

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih atas kerjasama.