Klik-klik banner untuk info lebih lanjut lebih menarik, nak tempah slot? :: klik sini ::


Friday, 25 September 2020

Jenis-jenis Ujian dalam Rumahtangga

Jenis-jenis Ujan dalam Rumahtangga | Assalammualaikum dan hai korang! Pernah tak korang terfikir lepas berkahwin pasti akan indah belaka. Tiada sebarang permasalahan, pertelingkahan atau perselisihan dalam rumahtangga. Shida menafikan semua itu, rumahtangga bahagia memerlukan pengorbanan, memerlukan komunikasi, memerlukan antara satu sama lain, saling melengkapi kerana kita sebagai manusia ini tiada yang sempurna. Ok berbalik pada tajuk entri kali ini bersempena Hari Jumaat Penghulu segala hari, sebut tentang ujian rumahtangga ni banyak sebenarnya tapi kebiasaan yang kita dengar di antaranya adalah..
 

  1. Ujian Mertua : Tak semua mertua ni bersikap macam Mak Leha dalam Drama 7 Hari Mencintaiku tu. Ada juga mertua jauh lebih baik dari watak tersebut. Ada juga yang kurang bernasib baik dapat mertua yang kurang disenangi, ada saja masalah dengan si mertua. Jadi kita sebagai menantu cuba lah untuk berbuat sebaik mungkin. Faham bukan senang ye! buat lah mana yang rasa betul.

     

  2. Ujian Ipar : Yang ni bagi shida memang shida tak berapa ambil port sangat. Yang penting jangan lah kita sama naik dengan ipar. Kalau ipar dah buat maca-macam untuk kenakan kita tapi kita jangan lawan, cuba untuk tidak bertindak diluar kawalan. Nanti lama-lama dia akan sedar diri.

     

  3. Ujian Kewangan : Rata-rata masalah ni bukan sahaja dari alam rumahtangga saja malahan masa kita bujang pun masalah ni selalu ada. Jika kita tidak tahu untuk urus kewangan dengan baik maka masalah ini akan terbawa-bawa hingga berumahtangga. So wajar kita manage kewangan dari kita zaman bujang supaya kelak tidak berlaku penyesalan. Bila dah berumahtangga ekonomi rumahtangga juga jatuh kepada kedua-dua pasangan (suami dan isteri).

     

  4. Ujian Anak : Hah! isu ni pun sangat-sangat sensitif, bukan semua pasangan boleh go dengan ujian anak ni ya. Semua pasangan yang berkahwin semua ingin mempunyai anak, anak ni diibaratkan pengerat dan penguat kasih dan cinta bagi pasangan. Bila belum dikurniakan anak tu janganlah bersedih ya! Inshaa Allah satu hari nanti Allah swt pasti beri apa yang dipinta oleh pasangan cuma cepat atau lambat. Kalau korang ada kenalan atau saudara terdekat yang belum mempunyai anak tu janganlah asyik bertanya, takde rezeki lagi. Bolehlah bagi kata-kata semangat untuk dia. Apa yang penting banyakkan bersabar :)

     

  5. Ujian Kecurangan : Haaa yang ni bila dah masuk fasa dua-dua dah mula mengabaikan tanggungjawab jadi muncullah orang ketiga dalam rumahtangga. Kecurangan ni wujud bila adanya kesemua ujian-ujian di atas di dalam sesuatu perhubungan. Jadi sebelum berlakunya semua ni kita muhasabah diri, tengok cermin pandang diri, lepas pandang muka keluarga kita pasangan dan anak-anak sebelum kita melangkah lebih jauh dalam kecurangan. Moga kita semua terhindar dari ujian kecurangan ni.

     

"Salah satu kebahagiaan terbesar adalah 
saat melihat senyuman dan keceriaan menghiasai wajah setiap ahli keluarga."
 

Thursday, 24 September 2020

5 Tempat Paling Seram di Malaysia

5 Tempat Paling Seram di Malaysia | Bercerita mengenai kisah-kisah seram, di Malaysia juga terdapat beberapa kisah mengenai tempat-tempat seram yang mana tempat tersebut telah pun ditanggalkan atau dibiarkan kosong dan usang sehingga menjadi tempat terbiar dan dipenghuni oleh makhluk ghaib. Di Malaysia juga terkenal dengan kisah-kisah tempat berhantu ada saja kisah yang menjadi viral sehingga kini. Di sini shida kongsikan beberapa tempat yang dikatakan berhantu dan menyeramkan di Malaysia. Banyak kisah-kisah ditempat ini telah diviralkan.

1. HIGHLAND TOWER
Merupakan tragedi runtuhan yang pertama berlaku di Malaysia pada 11 Disember 1993. Ada yang mengatakan bahawa seramai 48 orang yang menjadi mangsa korban dalam insiden ini. Hanya segelintir sahaja mayat ditemui manakala selebihnya masih lagi terkubur ditapak runtuhan itu. Selepas kejadian itu, pelbagai kisah seram telah berlaku ditapak runtuhan tersebut antaranya kelihatan kelibat wanita tanpa berkepala, suara-suara aneh dan juga suara wanita menangis di tengah malam.

2. BANGLO MONA FANDEY
Sebuah banglo yang pernah didiami oleh seorang artis tempatan dikenali sebagai "Mona Fandey" dan juga merupakan seorang "bomoh" juga dipercayai pengamal ilmu batin. Mona Fandey telah dikaitkan dengan kes bunuh misteri iaitu pembunuhan seorang ahli politik, Mazlan Idris. Mayat Mazlan Idris telah ditemui mati dan tertanam di sebuah bilik/stor di dalam banglo ini. Mona Fandey dan sekutunya telah pun dijatuhi hukuman gantung dan dilaksanakan pada 2 November 2001 di Penjara Kajang. Selepas kejadian tersebut rumah banglo ini terbiar dan bermula cerita seram yang muncul dari rumah banglo tersebut.

3. TAMAN TEMA MIMALAND
Kemunculan Taman Tema Air ni sekitar tahun 1980 masa ni shida pun belum lahir lagi. Taman Tema Air ni amat popular sekitar 80an dan telah berlaku satu tragedi menyayat hati dimana satu kemalangan di kawasan papan luncur air gergasi mimaland telah meragut nyawa seorang warganegara singapura. Kejadian malang itu mengejutkan orang ramai, Pihak Taman Tema Mimaland di arah penutupan sementara waktu bagi kerja-kerja pembaikkan dilakukan. 
 
Pada tahun 1994 sekali lagi berlaku kerosakan pada dinding kolam renang mengakibatkan kolam renang dibanjiri air lumpur. Sekali lagi mimaland terpaksa ditutup. Disebabkan dua insiden ini, orang ramai dah tak nak lagi berkunjung lagi ke taman tema mimaland kerana risaukan keselamatan mereka. Disamping itu juga dikatakan pihak mahkamah telah pun mengambil tindakan ke atas pihak pengurusan mimaland atas dakwaan keselamatan. Pihak mahkamah meminta untuk penutupan taman tema ini. Selepas 19 tahun taman tema ini terbiar dan menjadi hutan dan tempat terbiar. Kisah seram mula berlaku sejak mimaland ini dibina lagi. Kisah yang diceritakan oleh pekerja mimaland itu sendiri.

 4. LEBUHRAYA KARAK
Lebuhraya yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan Pahang. Pernah satu ketika digemparkan dengan cerita kemunculan sebuah kereta Volkswagen yang berwarna kuning tanpa pemandu yang sering menakutkan pengguna lebuhraya tersebut. Ada juga dikatakan pemandu lori yang ingin berhenti berehat di kawasan ini juga sering diganggu dan di"tegur". 
 
Di lebuhraya Karak ini juga telah banyak berlaku kemalangan yang meragut banyak nyawa diantaranya kemalangan yang paling popular pada tahun 1990 yang melibatkan 17 orang terbunuh dalam insiden pertembungan di antara kenderaan FRU dengan sebuah lori, sebuah bas dan 10 biji kereta, sungguh dasyat dan mengerikan. Pernah juga shida dengar siapa yang lalu lebuhraya karak ni ditengah malam juga diganggu dengan membawa pengguna dengan laluan yang sama berulang-ulang.

5. PENJARA PUDU
Penjara Pudu merupakan kawasan yang agak keras. Penjera ini juga pernah menempatkan seramai 2000 tahanan, termasuklah penjenayah terkenal sekitar tahun 1969, Botak Chin yang telah dihukum mati pada tahun 1981. Pihak akhbar pernah melaporkan mengenai kejadian paranormal yang berlaku di Penjara Pudu. Kejadian-kejadian seperti gangguan lembaga hitam, wanita cantik yang berdiri di tengah lorong penjara dan macam-macam lagi bukan sahaja mengganggu banduan malah juga turut mengganggu pengawal penjara yang bertugas. Penjara Pudu dirobohkan pada tahun 2009 untuk memberi laluan kepada pembangunan komersil.

Wednesday, 23 September 2020

Idea dan Dekorasi Binaan Rumah Idaman | Wordless Wednesday

Idea dan Dekorasi Binaan Rumah Idaman  | Wordless Wednesday.

Rumah orang tau bukan rumah saya, cuma suka tengok sebab warna biru 😁 mana tau satu hari nanti dapat rumah biru seperti ini Amin 😍


Monday, 21 September 2020

Thank Q at SWC Bandar Seri Iskandar

  Thank Q at SWC Bandar Seri Iskandar | Pada hari selasa yang lepas setelah selesai urusan mak mak budak ni di Kedai Emas KimYo 108 tu kami terus gerak ke Sri Iskandar. Semata-mata nak berkunjung dan cuci-cuci mata dalam Kedai Thank Q at SWC Bandar Seri Iskandar ni. Kedai ni betul-betul dalam bandar Seri Iskandar. Seperti biasa ditemani oleh peneman setia iaitu my mom dan adik bongsu shida yang buat  Nasi Lemak tu.

Sebenarnya lama dah nak pergi tempat ni, cuma masa takde dan asyik tak sempat je. Ingat lagi plan nak pergi sini selepas Majlis Kenduri Adik Ipar shida di beruas, pun tak sempat juga nak singgah. Akhirnya plan terus dengan mak dan adik, dapat juga pergi. Ini plan awal 2 minggu tau rasanya masa decide nak pergi dah plan siap masa bulan lepas hujung-hujung bulan ogos. Bila sampai perasaan tak tahu nak khabar kan hahaa seronok lah! mula rambang mata, semua nak beli.


Macam biasa nak masuk tu, kena ikut SOP ya. Time shida mai tu orang tak ramai sebab sampai awal, lepas keluar baru ada yang masuk, masuk dan masuk. Shida rasa berbaloi datang time tu sebabnya ada sale sehingga 30% diskaun! Siap belanja mak sekali pokok - pokok idaman dia 😍😍 Mak seronok, kita sebagai anak pun tumpang seronok. Shida dapat lah borong sikit pokok- pokok viral sebab murah sangat-sangat, kat shopee? tak dapat harga tu korang! 

Lepas selesai urusan membeli-belah kat sini terus ke Ipoh masuk pula ke Aeon Klebang, nak cari barang kat kaison. Tapi tersilap langkah Kaison kat Aeon Manjung lagi banyak barang dari di Ipoh so tak beli apa-apa pun. Selesai solat terus belanja mak makan, totally pengembaraan satu hari dari pagi hingga malam shida support! yeay! Kot-kot lah korang berjalan sakan sampai ke Seri Iskandar jangan lupa singgah Thank Q at SWC Bandar Seri Iskandar okay!



Sunday, 20 September 2020

Tempat Makan Best Taiping | Big Tas' Tea Taiping

Tempat Makan Best Taiping | Big Tas' Tea Taiping | Assalamualaikum wbt, hai korang 😊 Jam menunjukkan tepat jam 12 tengahari. Shida waktu macam ni masih di tempat kerja "orang sunday blues dirumah" tapi shida sunday blues di tempat kerja, tak mengapalah demi anak-anak muridku. Offday shida cuma setiap hari selasa dan cuti umum sahaja, selain hari tu shida bekerja. Okay semalam sabtu memandangkan tak memasak pun kat rumah sebab kerja dari pagi sampai petang, sebelah malam tu suami ajak makan kat luar. 

Kebiasaan kami, kalau siapa ajak makan kat luar dia kena decide nak makan kat mana. Sungguh pun tempat makan best taiping ni teramatlah banyak, itu pun kami tak dapat nak decide dengan baik nak makan mana 😅 sebab yerlah kerja nak makan je sampai naik bosan! Lalu encik husben ajak makan western food semalam, terus shida suggest Big Tas'Tea lah, sebab tak pernah lagi cuba makan sana walau pun dan beberapa tahun cafe ni dibuka. 
 
Nampak tak? Cafe ni pernah viral satu ketika dahulu tapi shida buat tak reti je. Nampak sangat shida bukan lah seorang yang boleh dikategorikan "food hunter" atau "food lover" Bagi shida makan je lah apa-apa pun 😂😂 Kalau seorang food lover pantang dengar tempat makan viral mesti terjah dulu kan. So semalam kami berdua ke sana dan menempah makanan kesukaaan masing-masing.

 
Antara makanan yang kami order semalam, nak makan western ni perut kena standby kosong ya sebab senang nak makan bagi perabis semua jadi tak lah membazir. Semalam pun shida betul-betul makan breakfast saja so malam tu makan memang clear lah hahahaa 😁😁 masing-masing lapar gamaknya! Kesimpulannya makan kat sini bagi shida okay! makanan sedap cuma pasta bolognese tak berapa umph! sebab kuah cair sikit tapi yang lain best! Servis laju itu paling best! tak perlu tunggu lama untuk menu sampai ke meja. 👍 So kalau korang singgah taiping jangan lupa cuba makan kat sini okay! Boleh juga buat tempahan meja di Facebook Big Tas'Tea.  Menu tak banyak yang kami order sebab makan berdua saja, side dish tu just nak merasa.


Saturday, 19 September 2020

SEGMEN BLOGLIST TIARASAPHIRE.COM

SEGMEN BLOGLIST TIARASAPHIRE.COM | Kepada semua blogger yg join segmen ini, blog anda secara automatik akan dimasukkan ke dalam bloglist blog tiarasaphire.com. Seronok kalau join segmen macam ni, kelebihan dia boleh menambah bilangan follower, meningkatkan trafik blog serta mendapat kenalan antara blogger. Rata-rata sekarang ni dah ramai blogger-blogger baru yang menunjuk minat dalam penulisan blog. Semoga segmen ini mendapat sambutan yang luar biasa. Terima kasih Tiara kerana menganjurkan segmen seperti ini. 

Segmen Tamat : 11.59 Malam | 30 September 2020
 
 

Friday, 18 September 2020

Antara Penyebab Rezeki Menjadi Sempit

 
Antara Penyebab Rezeki Menjadi Sempit | Assalamualaikum wbt. Hai korang! semoga dihari Jumaat hari ni mendatangkan 1000 kemanisan dan kebaikan untuk kita semua dari segala segi. Rezeki, bercerita tentang rezeki ini amat luas ya. Rezeki terbahagi kepada pelbagai aspek. Namun kenapa selalu kita rasa rezeki kita menjadi semakin hari semakin sempit. Mungkin ada beberapa perkara yang boleh kita perbetulkan dari segi keikhlasan dan kejujuran kita dalam mencari rezeki. 
 
  1.  Kedekut dengan mak dan ayah
  2. Tak nak bayar hutang
  3. Masuk Kerja Lewat
  4. Kurang bersedekah
  5. Melakukan dosa (menginkari)
 
Ini antara penyebab yang dekat dengan diri dan kehidupan kita, kalau nak kira penyebabnya banyak lagi sebenarnya. Di dunia ini manusia memang tidak lari dari melakukan kesilapan dan berbuat salah tanpa sengaja kerana di dunia ini juga tiada yang sempurna. Maka marilah sama-sama kita bermuhasabahkan diri agar hidup kita lebih berkah.


Thursday, 17 September 2020

Gelang Emas Double Coco

 

Gelang Emas Double Coco | Assalammualaikum korang 😊 hurmm hari ni excited sikit nak menulis entri hehe. Korang ingat tak pasal niat shida nak beli gelang emas sebab gelang emas shida dah putus dan rapuh "baca sini" Ingat kan! Haaa Alhamdulillah berkat kesabaran dapat dah pengganti gelang emas yg lama tu. Selasa yang lepas shida keluar dengan mak dan adik, ajak dorang teman shida beli gelang emas baru. Bukan itu sahaja korang, shida ajak dorang juga ke Sri Iskandar pergi ke satu tempat tu nanti shida story next entri okay.

Kebiasaan kan kami satu family kalau nak beli barang kemas mesti atau wajib pergi ke Kedai Emas Kimyo 108 ni sebab yang pertama kedai ni owner dia sangat-sangat ramah dan pandai ambil hati customer. Lagi pula owner ni juga kawan lama kakak shida yang sulung tu. jadi kakak introduce kedai ni sebab yakni boleh dipercayai. Bila dah selalu pergi senang nak minta tawar menawar kan, harga member2 orang kata lain sikit dari customer yang lain, tak gitu hehee 😁
 
Alhamdulillah, dapat juga merasa beli gelang besar sikit korang. Ini lah dia Gelang Emas Double Coco shida. Teruja bila dapat pakai gelang ni tau rasa lain sikit aura dia hahaha 😍 Harga gelang ni RM 2.4K (trend in gelang lama 1K) so shida cuma perlu tambah lagi RM 1.4K sahaja. Berat juga gelang emas double coco ni 8.1g tau, pegang pun tebal je, syukur sangat. Harap gelang ni lebih bertahan lama bersama shida, lebih lama dari gelang lama. Okay korang tu je nak story hari ni. Happy reading and blogwalking semua ya!


Wednesday, 16 September 2020

Avatar Facebook 2020 | Wordless Wednesday

 Avatar Facebook 2020 | Wordless Wednesday


Selamat Hari Malaysia 2020 | Wordless Wednesday

Selamat Hari Malaysia 2020 | Wordless Wednesday

Tuesday, 15 September 2020

Special September Giveaway by Misya


Special September Giveaway by Misya | Assalammualaikum korang, entri giveaway lagi ye! takpe lah memandangkan shida sibuk sikit hari ni kita up entri giveaway dulu. Harini shida akan ke Sri Iskandar so nanti lah story eh :) So tak nak membuang masa lets join Special September Giveaway by Misya. Menarik hadiah yang ditawarkan tau! tapi malangnya bukan saiz shida hahaha :D untuk itu shida memilih untuk hadiah (jika menanglah) SET BROOCH ORIGINAL FROM SABAH memandangkan koleksi brooch pun tak banyak so itu pilihan dari shida jika menang. 

Sesiapa nak join masih sempat sebab giveaway baru saja bermula dan akan tamat pada 30 September 2020 tepat jam 11.59malam. Kepada misya semoga murah rezeki awak anjurkan giveaway seperti ini.  Biasa hadiah banyak-banyak macam ni kena ada sponser tau tapi misya sendiri yang belanja korang! Best kan? so apa tunggu lagi jemput memeriahkan GA dari Blogger Misya.



Preloved Giveaway by Raydah

 

Preloved Giveaway by Raydah | Assalammualaikum wbt gais! okay tanpa membuang masa shida nak join satu lagi jemputan aktiviti blogger iaitu Giveaway dari Blogger  Raydah. Terima kasih sudi jemput sis join giveaway ini. Hadiah berupa preloved dari barangan ray sendiri yang pastinya mesti menarik kerana kemungkinan pemenang kali ini lebih dari 10 pemenang bertuah ya! so jom pakat ramai-ramai join dan memeriahkan giveaway ini yang akan tamat pada 24 September 2020 gais! Good luck kepada semua yang menyertai giveaway ini. Moga shida ada rezeki untuk giveaway kali ini. Amin!


Monday, 14 September 2020

Lovely Fellow's @aienienka

 

Lovely Fellow's @aienienka | Assalammualaikum wbt semua. hari ni ada masa terluang shida nak join segmen dari Blogger Aienienka **susahnya nak sebut nama tuan tanah ni ^_^ segmen akan tamat pada 19 september 2020. Masih sempat lagi jika para blogger sekalian nak join. Menarik segmen seperti ini sebenarnya, kenapa menarik? selain dapat menambah kenalan dan trafik, dapat juga meningkatkan follower blog. Shida masih ternanti-nanti siapa gerangan follower ke 5000 shida. Jeng..jeng..jeng.. nantikan ya. Okaylah shida nak sambung blogwalking. Thank semua!


Sunday, 13 September 2020

Blog Berwajah Baru | Apa Kata Blogger?

 

Blog Berwajah Baru | Apa Kata Blogger? | Hai dan Assalammualaikum wbt semua, akhirnya korang blog shida bertukar juga. Setelah bertahun-tahun menahan perasaan itu akhirnya terluah juga. Amacam penampilan blog yang baru ini? menarik atau tidak menarik? Bagi shida template kali ini shida lebih berpuas hati. Tiba-tiba blog jadi sangat-sangat friendly, apa-apa tunggu balasan dari Mr. Google hahaa ^_^ 

3 hari shida mengambil masa untuk memilih try dan error pelbagai jenis template dan bila dah jumpa satu template yang sesuai dan friendly pula shida mengambil masa 2 hari untuk setting ke dalam blog. Banyak coding nak kena hadap. Selamba ja shida tukar time siang hari hahaa. Kalau ada yang perasan blog shida berubah-ubah sepanjang proses penyesuaian. Rasanya ini yang terbaik,alhamdlillah. So apa pendapat korang? ok ke blog shida dari segala segi, loading, viewing dan sebagainya?

Boleh dikatakan blog ni bukan 100% siap, ada beberapa perubahan akan shida buat lagi. Shida dalam memikirkan header blog nak create yang jenis macam mana. Shida nak header nampak menarik dan sesuai dengan template baru ni tapi simple haaaa macam mana tu hahahaa shida pun pening, lemau coding pun tak habis lagi korang ^_^

Blog masih bertemakan warna biru, minta maaf na shida dah cuba warna lain tapi alih-alih biru juga kita pilih, nak buat macam mana peminat tegar biru ni. Tapi penggunaan biru sedikit berbeza dari blog sebelum ni. Shida musykil sikit sebab view guna mobile dia macam bertukor kaler pulak, shida view macam kaler hijau ^_^ nanti korang tolong shida view eh! Ok lah itu sahaja nak update hari ni. Mata letih mengadap laptop sari suntuk. Shida nak blogwalking ke rumah korang! Thanks gais!


Saturday, 12 September 2020

Gadget Dapur Idaman | Gisselle 5.8L Digital Air Fryer


Gadget Dapur Idaman | Gisselle 5.8L Digital Air Fryer |
Assalammualaikum wbt.. Alhamdulillah akhirnya dapat juga memiliki gadget dapur idaman ni, kenapa shida kata idaman? Mungkin ramai mak-mak diluar sana yang ingin memiliki gadget seperti ini. Sesuai juga untuk dapur kecik macam dapur shida ni. Shida beli di shopee sempena shocking sale 9.9 shopee. Lama dah aim akhirnya dapat juga! Kenapa shida memilih Gisselle Digital Air Fryer ini sebabnya antara diskaun yang paling banyak dan yang paling murah antara brand yang lain. Saiz juga besar 5.8L nak compare dengan brand lain semua bawah 4L. Kat rumah kakak shida juga ada Gisselle Digital Air Fryer ni cuma berbeza dari segi saiz dan harga sahaja, katanya beruntung jika beli yang 5.8L sangat berbaloi.
Shocking Sale 9.9 Shopee  | Gisselle 5.8L Digital Air Fryer
Harga Asal RM899.00 | Sale 9.9 RM259.90
Ini lah dia rupa Air Fryer shida, masih belum cuba lagi memasak dalam tu. Tunggu lah shida tengah fikir-fikir apa nak masak dulu mungkin boleh cuba ayam panggang dulu memandangkan saiz dia besar so boleh masak seekor ayam bersaiz sederhana. Apa-apa tunggu shida update okay! Ohya sebelum terlupa adik shida juga pernah buat kuih raya (cornflake madu) menggunakan air fryer ni tau, kejadiannya sangat sedap dan sempurna. Mana tau lepas ni shida pun boleh buat biskut raya guna air fryer ni kan ^_^ Korang juga boleh tengok review Gisselle Digital Air Fryer 5.8L dari madamkyra.com video bawah ni (gadget sama dengan shida) terbaik! berbaloi!




Friday, 11 September 2020

Terima Kasih Blogger Shikin Razali


Terima Kasih Blogger Shikin Razali | Assalammualaikum wbt.. Alhamdulillah bulan september ni penuh dengan kejutan. Terima kasih shida ucapkan kepada Blogger Shikin Razali kerana memilih shida sebagai blogger pilihan bulanan untuk top komen blog beliau. Lama dah shida tak dapat penghargaan macam ni. Ingat lagi masa time aktif dulu memang shida selalu dapat buah tangan dari kalangan blogger yang aktif masa tu. Sape tak happy dapat hadiah betul tak? Thanks Shikin Razali.
Hadiah yang shida dapat ni berupa storage bag organizer siap ada pesanan ringkas untuk shida lg. Storage bag ni memang banyak kegunaan bagi perempuan terutamanya boleh susun handbag dalam tu supaya bag nampak lebih kemas tersusun dan kurang berhabuk. Shikin macam tahu-tahu je shida memang teringin strorage bag ni sebab handbag shida perlu space yang lebih baik untuk penyimpanan yang sempurna. Terima kasih lagi sekali shikin, semoga awak murah rezeki selalu dan cemerlang dalam apa jua bidang yang awak ceburi.
Cantik kan? maksud shida yang warna biru tu ^_^ hahahaa


Thursday, 10 September 2020

9.9 Giveaway by Abam Kie

Assalammualaikum wbt.
http://www.zukidin.com/2020/09/99-giveaway.html
9.9 Giveaway by Abam Kie 
Nak join boleh klik banner di atas ya!
Good Luck bagi yang menyertai :)
Tamat : 30 September 2020


Giveaway by ejulz & wafacw

Assalammualaikum wbt.
https://ejulz.blogspot.com/2020/09/giveaway-by-ejulz-wafacw.html
Giveaway by ejulz & wafacw
Nak join boleh klik banner di atas ya! 
Good Luck bagi yang menyertai!
Tamat : 15 September 2020

Wednesday, 9 September 2020

Celebrating September Birthdays

Assalammualaikum wbt

Celebrating September Birthdays | Bulan September ni untuk keluarga shida memang satu bulan wajib akan ada majlis sambutan keraian ulangtahun kelahiran mereka ini. Disebabkan bulan september paling ramai ahlinya maka bulan september akan ada satu majlis untuk semua yang terlibat. Kebiasaan majlis akan dibuat sama ada di rumah mak atau pun rumah kakak yang sulung. Hari ni seperti biasa la ada sesi ucapan dalam group wasap family. Wish satu tarikh untuk semua sekali hahaha mudah gitu ^_^ Plan family hujung bulan baru sambut sebab nak tunggu adik shida (bella) balik sini dulu. Ada 5 nama akan diletakkan dalam satu kek 2kg nanti, biasa kek pula kakak shida yang sulung yang sponser, dia buat sendiri je. Kami adik beradik yang lain biasa akan topup makanan mana yang tak cukup.

Bermula dengan ayahanda shida 2 september (gambar pertama bersama bonda), diikuti pula 6 september adam (anak buah) dan 9 september ada 3 orang iaitu dua anak buah nana dan zahirah serta adik shida (bella). Masing-masing dengan kerenah sendiri, orang kata perangai lahir bulan yang sama - iaitu bila tidur susah kejut hahahaa :D Yang si kecik zahirah ni pun dah pandai request hadiah mesti minta set makeup ^_^ every year begitu dan makcik-makcik dia tak pernah tunaikan sebab tidak mendapat keizinan dari mama dia hahaaa :p Doa shida untuk ayah, adik dan anak buah semua, semoga diberi kesihatan yang baik, sihat tubuh badan dan dimurahkan rezeki serta cemerlang dunia dan akhirat. Amin!

Online Mall Sale 9.9 | Wordless Wednesday

Assalammualaikum wbt.


Tuesday, 8 September 2020

Menang Giveaway Anjuran Bloggers | Terima Kasih

Assalammualaikum wbt.
Menang Giveaway Anjuran Bloggers | Terima Kasih | Alhamdulillah rezeki bulan ogos dan september, shida telah memenangi 3 giveaway anjuran bloggers. Pertama sekali ucapan ribuan terima kasih kepada mereka yang menganjurkan Giveaway tersebut. Walau ada yang tak dapat sambutan ia tetap dijalankan seperti biasa, tetap memilih pemenang sebagai syarat giveaway. Ada juga yang terpaksa mengambil masa yang lama untuk menyenaraikan pemenang disebabkan kekangan masa dan sebagainya tapi tetap ada pemenang dikeluarkan. Seronok juga bila ada aktiviti antara bloggers seperti ini. Selain sharing rezeki dan mengeratkan silaturahim sesama blogger, ia dapat juga meningkatkan trafik blog. Tahun-tahun sebelum ni pun shida pernah juga menganjurkan pelbagai jenis giveaway, hadiah jangan cakaplah! macam-macam dari yang biasa sehingga ke luar biasa. Siapa yang kenal shida time beberapa tahun yang lepas semasa aktif memang shida juga kaki penganjuran giveaway. Terima kasih sekali lagi kepada bloggers yang menganjurkan giveaway ini.


MENANG RM20.00 DARI GIVEAWAY BY EJULZ & SHIRVEN
MENANG RM10.00 DARI ATIE ZIEYA'S GIVEAWAY

MENANG RM50.00 + TEMPLATE PREMIUM BLOGGER (FLEXNEWS)