Klik-klik banner untuk info lebih lanjut lebih menarik, nak tempah slot? :: klik sini ::


Thursday, 24 September 2020

5 Tempat Paling Seram di Malaysia

5 Tempat Paling Seram di Malaysia | Bercerita mengenai kisah-kisah seram, di Malaysia juga terdapat beberapa kisah mengenai tempat-tempat seram yang mana tempat tersebut telah pun ditanggalkan atau dibiarkan kosong dan usang sehingga menjadi tempat terbiar dan dipenghuni oleh makhluk ghaib. Di Malaysia juga terkenal dengan kisah-kisah tempat berhantu ada saja kisah yang menjadi viral sehingga kini. Di sini shida kongsikan beberapa tempat yang dikatakan berhantu dan menyeramkan di Malaysia. Banyak kisah-kisah ditempat ini telah diviralkan.

1. HIGHLAND TOWER
Merupakan tragedi runtuhan yang pertama berlaku di Malaysia pada 11 Disember 1993. Ada yang mengatakan bahawa seramai 48 orang yang menjadi mangsa korban dalam insiden ini. Hanya segelintir sahaja mayat ditemui manakala selebihnya masih lagi terkubur ditapak runtuhan itu. Selepas kejadian itu, pelbagai kisah seram telah berlaku ditapak runtuhan tersebut antaranya kelihatan kelibat wanita tanpa berkepala, suara-suara aneh dan juga suara wanita menangis di tengah malam.

2. BANGLO MONA FANDEY
Sebuah banglo yang pernah didiami oleh seorang artis tempatan dikenali sebagai "Mona Fandey" dan juga merupakan seorang "bomoh" juga dipercayai pengamal ilmu batin. Mona Fandey telah dikaitkan dengan kes bunuh misteri iaitu pembunuhan seorang ahli politik, Mazlan Idris. Mayat Mazlan Idris telah ditemui mati dan tertanam di sebuah bilik/stor di dalam banglo ini. Mona Fandey dan sekutunya telah pun dijatuhi hukuman gantung dan dilaksanakan pada 2 November 2001 di Penjara Kajang. Selepas kejadian tersebut rumah banglo ini terbiar dan bermula cerita seram yang muncul dari rumah banglo tersebut.

3. TAMAN TEMA MIMALAND
Kemunculan Taman Tema Air ni sekitar tahun 1980 masa ni shida pun belum lahir lagi. Taman Tema Air ni amat popular sekitar 80an dan telah berlaku satu tragedi menyayat hati dimana satu kemalangan di kawasan papan luncur air gergasi mimaland telah meragut nyawa seorang warganegara singapura. Kejadian malang itu mengejutkan orang ramai, Pihak Taman Tema Mimaland di arah penutupan sementara waktu bagi kerja-kerja pembaikkan dilakukan. 
 
Pada tahun 1994 sekali lagi berlaku kerosakan pada dinding kolam renang mengakibatkan kolam renang dibanjiri air lumpur. Sekali lagi mimaland terpaksa ditutup. Disebabkan dua insiden ini, orang ramai dah tak nak lagi berkunjung lagi ke taman tema mimaland kerana risaukan keselamatan mereka. Disamping itu juga dikatakan pihak mahkamah telah pun mengambil tindakan ke atas pihak pengurusan mimaland atas dakwaan keselamatan. Pihak mahkamah meminta untuk penutupan taman tema ini. Selepas 19 tahun taman tema ini terbiar dan menjadi hutan dan tempat terbiar. Kisah seram mula berlaku sejak mimaland ini dibina lagi. Kisah yang diceritakan oleh pekerja mimaland itu sendiri.

 4. LEBUHRAYA KARAK
Lebuhraya yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan Pahang. Pernah satu ketika digemparkan dengan cerita kemunculan sebuah kereta Volkswagen yang berwarna kuning tanpa pemandu yang sering menakutkan pengguna lebuhraya tersebut. Ada juga dikatakan pemandu lori yang ingin berhenti berehat di kawasan ini juga sering diganggu dan di"tegur". 
 
Di lebuhraya Karak ini juga telah banyak berlaku kemalangan yang meragut banyak nyawa diantaranya kemalangan yang paling popular pada tahun 1990 yang melibatkan 17 orang terbunuh dalam insiden pertembungan di antara kenderaan FRU dengan sebuah lori, sebuah bas dan 10 biji kereta, sungguh dasyat dan mengerikan. Pernah juga shida dengar siapa yang lalu lebuhraya karak ni ditengah malam juga diganggu dengan membawa pengguna dengan laluan yang sama berulang-ulang.

5. PENJARA PUDU
Penjara Pudu merupakan kawasan yang agak keras. Penjera ini juga pernah menempatkan seramai 2000 tahanan, termasuklah penjenayah terkenal sekitar tahun 1969, Botak Chin yang telah dihukum mati pada tahun 1981. Pihak akhbar pernah melaporkan mengenai kejadian paranormal yang berlaku di Penjara Pudu. Kejadian-kejadian seperti gangguan lembaga hitam, wanita cantik yang berdiri di tengah lorong penjara dan macam-macam lagi bukan sahaja mengganggu banduan malah juga turut mengganggu pengawal penjara yang bertugas. Penjara Pudu dirobohkan pada tahun 2009 untuk memberi laluan kepada pembangunan komersil.

17 comments:

  1. Alamak Lebuhraya Karak itu penting juga hendak ke Pantai Timur.

    ReplyDelete
  2. Hai saya bw sini. Btw, kes mona fandey tu ada masuk dalam syllabus saya. Tak silap penjara pudu tu pun ada sel mona fandey juga kan

    ReplyDelete
  3. Memang seram. Kena hati-hati.

    ReplyDelete
  4. Mudah2an kita dijauhi daripada kejadian2 yang tidak diingini

    ReplyDelete
  5. Memang menyeramkan terutamanya penjara pudu

    ReplyDelete
  6. teringin nak masok taman tema mimaland tu.... huhuhu nak tgk dgn mata sniri

    ReplyDelete
  7. x nak pi la ke tempat2 seram tu. Kalau Karak Highway tu terpaksa lalu jika nak ke KL...

    ReplyDelete
  8. seram kan, nak lagi seram boleh layan vlog Faizal Rozi, dia masuk tempat2 ni semua malam-malam..huhu

    ReplyDelete
  9. yesza! Paling famous kat Malaysia la kisah tempat2 ni. Kalau tak tau, jangan mengaku rakyat Malaysia. Hahahaha.

    ReplyDelete
  10. betul2 pernah lalu di karak highway jelah. yang lain mcm tak pernah lalu. tapi besar gak ye banglo MF tu

    ReplyDelete
  11. tak sempat nak melawat Penjara Pudu masa depa buka utk public..

    ReplyDelete
  12. dengar nama tempat terus rasa seram. Baru tahu mona fandey ada banglo.Ingatkan rumah biasa je. Highland tower tu pernah dengar juga ceritanya. Lebuhraya karak tu memang terkenal dengan keseramannya. Penjara pudu tu pun seram. Mimaland tak pernah dengar. Kena tengok movie dia lah kot nak tahu seram ke tidak.

    ReplyDelete
  13. Mimaland tu baru lagi Sha dengar.. dan baca.. Tak sangka ada taman tema besar macam nie zaman 80an dulu..

    ReplyDelete
  14. minta mahap la mama taknak pegi 5 tempat ni. pergi warmuzium penang dulu pun dah scary giler
    http://www.mamapipie.com/2019/01/hantu-pengalaman-menyeramkan-semasa.html

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih atas kerjasama.