Klik-klik banner untuk info lebih lanjut lebih menarik, nak tempah slot? :: klik sini ::


Saturday, 26 September 2020

Giveaway Selamat Tinggal Moratorium by Ct Cheery!

Giveaway Selamat Tinggal Moratorium by Ct Cheery! | Assalammualaikum dan Hai korang! okay hari ni memandangkan hari cuti yang bekerja (weekend memang shida bekerja). Shida nak join satu Giveaway dari Blogger Ct Cherry! Giveaway ini akan tamat pada 30 September 2020 tapi kenapa owner giveaway tulis 31 september ya?😂 Syarat pun tak susah hanya beberapa perkara saja perlu dibuat, sangat mudah. Blogger lain yang nak join masih sempat ya! (klik banner) Dalam Giveaway ini ada soalan yang perlu dijawab, ianya berbunyi begini..

Ceritakan Sikit mengenai Moratorium korang. Apa korang buat dengan duit extra?
 
Sepanjang PKP dan Moratorium dilaksanakan, shida tidak bekerja akan tetapi alhamdulillah gaji jalan seperti biasa atas Prog Subsidi Upah (perkeso). Shida juga baru mula bekerja,tapi tak sampai 3 bulan pun lagi. Dalam usia seperti ini shida memang elak untuk berhutang atau senang kata tak buat mana-mana loan sejak kahwin. Cuma shida ada satu asb loan yang dah lama shida buat sejak bekerja ini pun tinggal lagi 4 tahun saja nak habiskan pembayaran. 
 
Loan ni juga shida mohon moratorium. Jadi selama 6 bulan tak bayar ni dapat lah shida menyimpan untuk membeli gelang emas double coco tu, topup sikit dengan simpanan i-lestari kwsp shida. Duit tu tak  ke mana ada je pada tangan shida ni haaaa 😆 Jadi ini lah yang shida buat dengan duit extra tu, yang extra lain-lain tu shida simpan sebagai duit belanja ke dua atau emergency.
 
 

16 comments:

  1. Moratorium pon boleh buat give away kan? kreatif

    ReplyDelete
  2. lol, zieya igt duit moratorium tu duit yg kita takyah bayar kereta or any loan.. rupanya duit KWSP... hahaha aduh.. join GA tapi tak paham arahan.. ahahah .. zieya kena tukar tapi ramai dah bacaaaa ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh betul laaa kefahaman zieya tu..cuma duit kwsp tu tambahan dr saving kak shida :)

      Delete
  3. wahh..emas coco....goodluck kak! saya pon join ni tpi saya tkde kaitan dengan moratorium..ngeh3

    ReplyDelete
  4. Bagusnya idea giveaway ni. Banyak ilmu boleh dikongsi. Selamat bersegmen.

    ReplyDelete
  5. TQ support , Shida. Owh cheery Salah tarikh yeh hehe. Ingatkan 31 Hari bln nih hihi. All the best 🤗

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah , Ada duit extra tu dah mcm Ada rezeki lebih 😍🥰 boleh buat belanja beli emas 🥰

    ReplyDelete
  7. good luck, selamat bersegmen...beli emas satu pelaburan..

    ReplyDelete
  8. Semoga berjaya shida. Bulan depan dah start bayar segala komitmen dah. huhu

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah.. Merasa juga membeli emas kan Shida.. Terima kasih sangat dengan kerajaan atas pemberian Moratorium nie..

    ReplyDelete
  10. inilah masanya utk menyimpan dan decide apa nak buat dgn duit tu kan

    ReplyDelete
  11. Macam Cik TK, duit tu simpan je. Kot2 nanti apa2 jadi kalau emergency.

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum tahniah Shida pemenang saguhati GA. Jemput ke blog cheery yeh. Jgn lupa email details taw

    https://ctcheery87.blogspot.com/2020/10/pemenang-ga-selamat-tinggal-moratorium.html?m=1

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih atas kerjasama.