Klik-klik banner untuk info lebih lanjut lebih menarik, nak tempah slot? :: klik sini ::


Friday, 25 September 2020

Jenis-jenis Ujian dalam Rumahtangga

Jenis-jenis Ujan dalam Rumahtangga | Assalammualaikum dan hai korang! Pernah tak korang terfikir lepas berkahwin pasti akan indah belaka. Tiada sebarang permasalahan, pertelingkahan atau perselisihan dalam rumahtangga. Shida menafikan semua itu, rumahtangga bahagia memerlukan pengorbanan, memerlukan komunikasi, memerlukan antara satu sama lain, saling melengkapi kerana kita sebagai manusia ini tiada yang sempurna. Ok berbalik pada tajuk entri kali ini bersempena Hari Jumaat Penghulu segala hari, sebut tentang ujian rumahtangga ni banyak sebenarnya tapi kebiasaan yang kita dengar di antaranya adalah..
 

  1. Ujian Mertua : Tak semua mertua ni bersikap macam Mak Leha dalam Drama 7 Hari Mencintaiku tu. Ada juga mertua jauh lebih baik dari watak tersebut. Ada juga yang kurang bernasib baik dapat mertua yang kurang disenangi, ada saja masalah dengan si mertua. Jadi kita sebagai menantu cuba lah untuk berbuat sebaik mungkin. Faham bukan senang ye! buat lah mana yang rasa betul.

     

  2. Ujian Ipar : Yang ni bagi shida memang shida tak berapa ambil port sangat. Yang penting jangan lah kita sama naik dengan ipar. Kalau ipar dah buat maca-macam untuk kenakan kita tapi kita jangan lawan, cuba untuk tidak bertindak diluar kawalan. Nanti lama-lama dia akan sedar diri.

     

  3. Ujian Kewangan : Rata-rata masalah ni bukan sahaja dari alam rumahtangga saja malahan masa kita bujang pun masalah ni selalu ada. Jika kita tidak tahu untuk urus kewangan dengan baik maka masalah ini akan terbawa-bawa hingga berumahtangga. So wajar kita manage kewangan dari kita zaman bujang supaya kelak tidak berlaku penyesalan. Bila dah berumahtangga ekonomi rumahtangga juga jatuh kepada kedua-dua pasangan (suami dan isteri).

     

  4. Ujian Anak : Hah! isu ni pun sangat-sangat sensitif, bukan semua pasangan boleh go dengan ujian anak ni ya. Semua pasangan yang berkahwin semua ingin mempunyai anak, anak ni diibaratkan pengerat dan penguat kasih dan cinta bagi pasangan. Bila belum dikurniakan anak tu janganlah bersedih ya! Inshaa Allah satu hari nanti Allah swt pasti beri apa yang dipinta oleh pasangan cuma cepat atau lambat. Kalau korang ada kenalan atau saudara terdekat yang belum mempunyai anak tu janganlah asyik bertanya, takde rezeki lagi. Bolehlah bagi kata-kata semangat untuk dia. Apa yang penting banyakkan bersabar :)

     

  5. Ujian Kecurangan : Haaa yang ni bila dah masuk fasa dua-dua dah mula mengabaikan tanggungjawab jadi muncullah orang ketiga dalam rumahtangga. Kecurangan ni wujud bila adanya kesemua ujian-ujian di atas di dalam sesuatu perhubungan. Jadi sebelum berlakunya semua ni kita muhasabah diri, tengok cermin pandang diri, lepas pandang muka keluarga kita pasangan dan anak-anak sebelum kita melangkah lebih jauh dalam kecurangan. Moga kita semua terhindar dari ujian kecurangan ni.

     

"Salah satu kebahagiaan terbesar adalah 
saat melihat senyuman dan keceriaan menghiasai wajah setiap ahli keluarga."
 

15 comments:

  1. Harap dapat ditangani dengan bijak.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah 1, 2 & 5 tu ammi tak rasa. Di awal perkahwinan memang dari segi kewangan agak huru hara sikit..mujur suami sejenis yg komited bab2 membayar hutang (konsep dia biar lapar jangan tertunggak).

    ujian anak ni pun ammi rasa gak..lama gak ammi kawin takde anak. nangis tiap kali datang bulan, malu, rendah diri semualah ada. tapi alhamdulillah..sekarang semuanya under control

    ReplyDelete
  3. setuju, alam perkahwinan sebenarnya jauh lebih berliku dari masa bercintan cintun tu heheheh

    ReplyDelete
  4. nice sharing... saya tak kawen lagi hopefully semua baik baik je.huhu

    ReplyDelete
  5. zieya tak kwen lagi , tapi still nak ambil semua ni as iktibar.. thats sharing this kak shida :)

    ReplyDelete
  6. asam garam kehidupan berumahtangga..

    ReplyDelete
  7. Rumahtangga mana la yang tak de ujian..kan?? Kalau bab akak pulak, bukan ujian dari mertua ke , kewangan ke, tapi dari orang luar. Menyibuk saja..Jadi batu api pun ada, buat fitnah pun ada, nak ajar kita pun ada.. meluat betul.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah, semua ujian tu akk dah lalui kecuali ujian kecurangan, Nauzubillah..takut tak mampu sekiranya diuji, sakitnya tu boleh dibayangkan..

    ReplyDelete
  9. buat takut nak masuk alam perkahwinan ..apa2 pon semoga urusan kita dipermudah kan..

    ReplyDelete
  10. Moga kita semua lulus cemrlang dalam ujian rumahtangga ini... in shaa Allah.

    ReplyDelete
  11. aduh ujian kecurangan tu sheramms

    ReplyDelete
  12. semoga semua ujian dapat ditempoh dgn hati yg cekal dan kekuatan cinta suami-isteri..

    ReplyDelete
  13. Macam macam ujian dan dugaan dalam perkahwinan ni. Yang penting setiap pasangan faham, sabar dan saling bertolak ansur :)

    ReplyDelete
  14. Setiap orang lain ujiannya.. Semoga semua orang tabah dan sabar melalui ujian.. Aamiin..

    ReplyDelete
  15. how true. apapun kena hadapi ujian dan jadikan ia satu cabaran

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih atas kerjasama.