Tuesday, 8 September 2020

Menang Giveaway Anjuran Bloggers | Terima Kasih

Assalammualaikum wbt.
Menang Giveaway Anjuran Bloggers | Terima Kasih | Alhamdulillah rezeki bulan ogos dan september, shida telah memenangi 3 giveaway anjuran bloggers. Pertama sekali ucapan ribuan terima kasih kepada mereka yang menganjurkan Giveaway tersebut. Walau ada yang tak dapat sambutan ia tetap dijalankan seperti biasa, tetap memilih pemenang sebagai syarat giveaway. Ada juga yang terpaksa mengambil masa yang lama untuk menyenaraikan pemenang disebabkan kekangan masa dan sebagainya tapi tetap ada pemenang dikeluarkan. Seronok juga bila ada aktiviti antara bloggers seperti ini. Selain sharing rezeki dan mengeratkan silaturahim sesama blogger, ia dapat juga meningkatkan trafik blog. Tahun-tahun sebelum ni pun shida pernah juga menganjurkan pelbagai jenis giveaway, hadiah jangan cakaplah! macam-macam dari yang biasa sehingga ke luar biasa. Siapa yang kenal shida time beberapa tahun yang lepas semasa aktif memang shida juga kaki penganjuran giveaway. Terima kasih sekali lagi kepada bloggers yang menganjurkan giveaway ini.


MENANG RM20.00 DARI GIVEAWAY BY EJULZ & SHIRVEN
MENANG RM10.00 DARI ATIE ZIEYA'S GIVEAWAY

MENANG RM50.00 + TEMPLATE PREMIUM BLOGGER (FLEXNEWS)




15 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih atas kerjasama.