Klik-klik banner untuk info lebih lanjut lebih menarik, nak tempah slot? :: klik sini ::


Saturday, 26 September 2020

Resepi Air Buah Naga Viral

Resepi Air Buah Naga Viral | Hari ni shida santai-santai sunday blues di tempat kerja melayan kerenah anak-anak murid yang macam-macam ragam. Sampai haus dibuatnya, nasib hari ni shida tak lupa bawa botol air yang disediakan oleh encik husben, kalau tak duk pot pet laaa dia mengalah kan kite ni sebab dia yang selalu tolong isikan air dalam botol shida ni untuk bawa ke tempat kerja. 
 
Beberapa hari yang lepas shida ada request dengan husben untuk beli buah naga nanti masa pergi econsave tempoh hari. Rasa dah lama tak buat air buah naga, tiba-tiba teringin tekak ni dengan cuaca yang panas time tu, sampai shida terbayang-bayang air tu tau 😂 Bila barang dah ada boleh la kita buat air viral ni, pernah satu ketika tak silap dalam tahun 2017 ke 2018 air ni viral meletop-letop tau hahaa apa lagi shida pun terjebak, firstime buat terus suka minum. Nak buat dia mudah je.

Bahan - bahan :
  1. Buah Naga sebiji (bahan utama hidangan)
  2. Buah Laici dalam tin (1 tin)
  3. Buah tambahan (sebiji) : mangga, epal, anggur,apa saja jenis buah yang korang suka
  4. Air satu cawan
  5. Susu cair 1 tin
  6. Ais batu

Cara membuat :

  • Cuci bersih dan potong ke semua buah-buah yang ingin dimasukkan ke dalam bancuhan air buah naga, potong kecil-kecil supaya senang untuk dimakan nanti.
  • Sediakan satu bekas besar untuk mengisi ke semua buah tadi. Lepas masukkan 1 tin buah laici dan 1 tin susu cair. Masukkan pula ais batu dan kacau-kacau bancuhan tersebut. 
  • Then korang rasa dulu kalau manis boleh tambah 1 cawan air kalau rasanya okay2 saja tak perlu tambah air. Siap, dan sedia untuk dihidangkan. Cadangan menu untuk 4 ke 5 orang (jika ramai boleh gandakan bahan-bahan). Selamat Mencuba korang!


23 comments:

  1. Buah naga myfavret syida, akk kalo beli selalu akk mkn camtu je, sbb akk rasa rasa dia, atau blend biasa je buat jus. Kulit bhgian dlm dia akk sapu kat muka buat mcm masker, bestt.

    Sedap resepi syida tu, nnt kalo kebetulan ada bahan2 dia bolehla akk cuba, thanks syida.

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap juga ni, bolehlah cheq try nanti 😎

    ReplyDelete
  3. Warna air buah naga ni mengancam selera! Cantik menggoda,

    ReplyDelete
  4. Sedapnya.Baru rasa nak makan buah naga ni..tak kisahlah yang putih ke atau yang purple merah tu ke..semua PC suka.

    ReplyDelete
  5. Buah naga byk khasiatnya dan sedap..cuma belum pernah lg cuba jusnya pasti sedap.

    ReplyDelete
  6. Menarik. Sekali pandang ingat air bandung laici

    ReplyDelete
  7. tengok aritu pun dah terliur lah nengoknya, kalau buat makan-makan ajak adik boleh try buat nih, compom sedap nih... warna dia dahla lawo

    ReplyDelete
  8. Nampak merbeles. Sedap lalu di tekak nie :)

    ReplyDelete
  9. Nampak sedap tu ada buah naga. Warna pun menarik. Tapi tak pernah cuba lagi air ni naga viral ni

    ReplyDelete
  10. sedap nya.. macam akak suka blend setengah buah2 tu. lepas tu yang setengah lagi potong2 je. Sedap..nak buat la nanti..

    ReplyDelete
  11. Menarik! Ada campuran macam2 buah.
    Biasa akak cuma buat jus buah naga...blender dengan susu fresh sikit.

    ReplyDelete
  12. wah sedapnye.....kalau buah naga pink air jd kaler pink kan.....

    ReplyDelete
  13. Uiii sedapnya nampak air tu. Terliur

    ReplyDelete
  14. Sedapnya.. kalau buat ini mesti jadi rebutan anak-anak Sha..

    ReplyDelete
  15. aduhh lazatnya kejadian. nanti nak cuba laa

    ReplyDelete
  16. sedapnya air ni.. sisyat suka blend je buah naga tu..buah mcm smoothie..sedapp ;-)

    ReplyDelete
  17. Wahh sedap ni..menggoda tekak ni.. haha

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih atas kerjasama.