Klik-klik banner untuk info lebih lanjut lebih menarik, nak tempah slot? :: klik sini ::


Sunday, 20 September 2020

Tempat Makan Best Taiping | Big Tas' Tea Taiping

Tempat Makan Best Taiping | Big Tas' Tea Taiping | Assalamualaikum wbt, hai korang 😊 Jam menunjukkan tepat jam 12 tengahari. Shida waktu macam ni masih di tempat kerja "orang sunday blues dirumah" tapi shida sunday blues di tempat kerja, tak mengapalah demi anak-anak muridku. Offday shida cuma setiap hari selasa dan cuti umum sahaja, selain hari tu shida bekerja. Okay semalam sabtu memandangkan tak memasak pun kat rumah sebab kerja dari pagi sampai petang, sebelah malam tu suami ajak makan kat luar. 

Kebiasaan kami, kalau siapa ajak makan kat luar dia kena decide nak makan kat mana. Sungguh pun tempat makan best taiping ni teramatlah banyak, itu pun kami tak dapat nak decide dengan baik nak makan mana 😅 sebab yerlah kerja nak makan je sampai naik bosan! Lalu encik husben ajak makan western food semalam, terus shida suggest Big Tas'Tea lah, sebab tak pernah lagi cuba makan sana walau pun dan beberapa tahun cafe ni dibuka. 
 
Nampak tak? Cafe ni pernah viral satu ketika dahulu tapi shida buat tak reti je. Nampak sangat shida bukan lah seorang yang boleh dikategorikan "food hunter" atau "food lover" Bagi shida makan je lah apa-apa pun 😂😂 Kalau seorang food lover pantang dengar tempat makan viral mesti terjah dulu kan. So semalam kami berdua ke sana dan menempah makanan kesukaaan masing-masing.

 
Antara makanan yang kami order semalam, nak makan western ni perut kena standby kosong ya sebab senang nak makan bagi perabis semua jadi tak lah membazir. Semalam pun shida betul-betul makan breakfast saja so malam tu makan memang clear lah hahahaa 😁😁 masing-masing lapar gamaknya! Kesimpulannya makan kat sini bagi shida okay! makanan sedap cuma pasta bolognese tak berapa umph! sebab kuah cair sikit tapi yang lain best! Servis laju itu paling best! tak perlu tunggu lama untuk menu sampai ke meja. 👍 So kalau korang singgah taiping jangan lupa cuba makan kat sini okay! Boleh juga buat tempahan meja di Facebook Big Tas'Tea.  Menu tak banyak yang kami order sebab makan berdua saja, side dish tu just nak merasa.


27 comments:

  1. spagetti tu buat saya terliur . nampak sedap sangat makanan western di cafe tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. menu banyak lagi..kalau nk pergi..tgk2 dulu dlm fb dorg ye :)

      Delete
  2. Allah menunya..tergugat saya kak ^^
    ada kelapangan boleh ke taiping cuba Tempat Makan Best Taiping ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila-sila yanie..jemput singgah rumah akak sekali ye :)

      Delete
  3. Replies
    1. mushroom sup mmg sedap kena dgn garlic bread dorg buat ni..tp dah sejuk sup ni lgsg patah selera..sbb dah tebal2 jadinya ^_^

      Delete
  4. lama tak berjalan ke taiping. menarik juga menu dia :)
    ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiara pernah ke sini ke..kalau dtg lagi roger la :)

      Delete
  5. Nasib baik makanan sedap.
    Biasalah orang yang duduk dekat kadang-kadang lambat pergi tempat yang viral. Lagi satu elak ramai orang kalau mula-mula terkenal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tempat makan ni xpernah xpenuh..setiap kali lalu mesti penuh..sbb tu kami xsinggah masa mula2 dulu ^_^ smlm sebab tiba2 nk mkn western..tu la singgah juga sbb xpernah cuba lg..cafe nya msh ikut SOP..Alhamdulillah!

      Delete
  6. wah nampak sedap! lagi2 spageti tu

    ReplyDelete
  7. Tak pernah sampai Taiping lagi. :')

    ReplyDelete
  8. Kat kajang selangor ada juga Big Tas Tea ni kak. GV pernah beli air apa ya. lupa dah.huhu. mmg selalu penuh bila time dinner time atau weekend. huhu. GV baru kat taiping ada juga. terbaik kak. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kira ni cawangan la GV..kLAU mai taiping boleh merasa hat big tas tea taiping kan hehee

      Delete
  9. Lama saya tak makan garlic bread cecah mushroom soup.
    Terliur pulak!

    ReplyDelete
  10. Sedapnya tengok menu dia..nak kena pergi try jgk ni..

    ReplyDelete
  11. air milk choco ka tu ?design dia cantik betul tapi zieya tak minum milk.. huhuhu

    ReplyDelete
  12. Sedap tu menu western yang ada. Portion pun nampak banyak.

    ReplyDelete
  13. ni yg buat mama terigin nak repeat taiping ni haha

    ReplyDelete
  14. Saya baru sedar Sis Shida duduk di Taiping. Dulu saya setahun SBP SERATAS depan Lake Garden tu. Mesti dah banyak perubahan di Taiping rindu juga nak Jalan-jalan sana.

    ReplyDelete
  15. western food feveret saya..bestnya kalau dapat makan..nyum!

    ReplyDelete
  16. Saya duduk SERATAS setahun masa Tingkatan 4,tahun 1996. Masa tu batch pertama kena ambil subjek lukisan kejuruteraan dan Teknologi kejuruteraan. Dah takde subjek biologi. Bila form 5 saya mohon tukar sebab nak sangat ambil biologi dan tekad belajar sendiri cover form 4. Syukur sampai sekarang kerja pun memang related dengan biology.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih atas kerjasama.