Klik-klik banner untuk info lebih lanjut lebih menarik, nak tempah slot? :: klik sini ::


Tuesday, 13 October 2020

Pucuk Paku Tumis Kicap | Resepi #shidamasakje

Pucuk Paku Tumis Kicap | Resepi #shidamasakje | Assalamualaikum korang 😊 sihat ke semuanya sahabat-sahabat shida ni? Alhamdulillah hari isnin yang indah seperti biasa, kena memasak lah. Kebiasaan orang weekdays berpeluang memasak kan tapi untuk shida sabtu dan ahad shida offday memasak kecuali jika terkena cuti umum pada sabtu atau ahad. Macam biasalah orang sabtu ahad cuti berehat dirumah shida lain kena bekerja. Memang berbeza la dengan orang yang bekerja ikut office hour kan.

Menu yang tak kecuali dan boleh dikatakan kegemaran kami berdua (shida dan encik husben) iaitu pucuk paku tumis kicap. Selain tumis kicap pucuk paku juga boleh dibuat masak lemak cili api, goreng belacan, tumis pedas dan banyak lagi sebenarnya. Kebiasaannya menu yang paling mudah pucuk paku tumis kicaplah, cara nak masak pun mudah saja.

BAHAN - BAHAN :

  1. Pucuk paku seikat (siap cuci dan siang)
  2. Bawang merah sebiji (dihiris)
  3. Bawang putih 2 biji (dihiris)
  4. Ikan bilis sedikit dalam 10 ke 15 ekor (dibasuh)
  5. Cili Merah sebiji (potong serong)
  6. Kicap lemak manis
  7. Secukup rasa sedikit
  8. Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK :

  • Panaskan minyak di dalam kuali, dah panas goreng dulu ikan bilis, sebelum garing masukkan bawang besar dan putih yang telah dihiris. Goreng hingga naik bau bawang-bawang tu. 
  • Lepas masukkan cili merah dan kicap, kuantiti kicap terpulang ya, jangan terlalu banyak agak-agak saja, nak berkuah tambah air je.
  • Kacau rata dan masukkan pula pucuk paku. Jika jenis yang suka berkuah boleh tambah air sedikit. Last masukkan perencah secukup rasa, gaul-gaul rata. Pucuk paku pun dah sedikit layu dan lembut boleh tutup api.
  • Sedia untuk dihidangkan, mudah kan? Cadangan menu untuk 2 orang. Jika ramai boleh gandakan bahan-bahan ya. Selamat mencuba!

 

36 comments:

  1. Sedapnya sayur pucuk paku! Fiza biasa tumis camtu je atau tambah kerang sikit. Tambah kicap tak pernah lagi. Rare juga tambah kicap. boleh lah cuba nanti nak rasa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap fiza tambah kicap cubala..tp buh ikan bilis tau :)

      Delete
    2. memang buh ikan bilis kalau masak sayur. cuma kicap je lah kurang biasa letak. hihi

      Delete
  2. sedapnyaaaa lama betul x mkn pucuk paku...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh la cuba nnt :) simple je msk dia,cepat dimasak sedap dimakan hehee

      Delete
  3. Replies
    1. hehee biasa2 je NA :)
      tp msk ni simple je hehee

      Delete
  4. sedap ni, shida.
    simple. aida suka resepi sayur yg camni.
    mudah ekk. kejap jer siap.
    mr.asben aida memang tak boleh makan kalau xde lauk sayur :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul mudah sgt..sng je msk dia..
      shida dan husben juga suka mkn sayur ni :)

      Delete
  5. Teringat anak bujang ketiga kami, dia kalau masak sayur memang bubuh kicap. Pucuk paku memang sedap, masak apa pun tetap sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..ni terpaling sedap kot kan kak Amie hehee :)

      Delete
  6. Sedapnya..kalau dpat Pucuk paku goreng belacan pun sedap ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..tp kalau grg belcan shida suka guna kangkung kak SA :)

      Delete
  7. pucuk paku dan kangkung sama tak haha? selalu klu masakkan ni, mama nanti buat kangkung

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sama syg..pucuk paku daun dia kerinting..hahahaa
      biasa kangkung kak shida buat grg belacan ..sedap!

      Delete
    2. omg..malunyaa... kena belajar kenal sayur baru nak belajar masak ni ahahah

      Delete
  8. sedap ni! tengok pun dah tau hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. serius sedap! nnt syaz boleh cuba msk weekend ni nnt heheee ^_^

      Delete
  9. SAtu je gambar? Bagi la bideo tutorial jugak...

    ReplyDelete
  10. Wah sedapny ni , nak try lah ☺️ tak pernah lagi tumis dengan kicap , tumis biasa ja . Tpi bila tgok gambar di atas tu , wahh nampak sedap sngatt 😍

    ReplyDelete
  11. Bertambah-tambah la makan nasik kalau ada pucuk paku ni. Selalunya akak buat goreng belacan. lama dah tak makan sayur pucuk paku..

    kadang kalau malas rebus je makan dengan sambal belacan.

    ReplyDelete
  12. selalu orang buat dengan kangkung kan. Boleh Naim try lepas ini.. Terima kasih kak share resipi

    ReplyDelete
  13. Rare jugak ni pucuk paku tumis kicap.. selalu tgk org masak lemak atau tumis belacan je.. kalau sy mmg tumis belacan jer.. hehehe

    ReplyDelete
  14. Lama tak makan pucuk paku, kegemaran ni.

    ReplyDelete
  15. resipi ni boleh ubah suai untuk masak kicap ayam lak..lebih kurang ja kn..hehe

    ReplyDelete
  16. sedapnya..tak pernah lg masak kicap..boleh dicuba nanti..

    ReplyDelete
  17. pucuk paku tumis senang dimasak. tapi kalo dapat buat kerabu pucuk paku lagi sedap..hehe

    ReplyDelete
  18. Sedapnya... Lama tak makan pucuk paku..

    ReplyDelete
  19. Lama tak makan sayur pucuk paku ni

    ReplyDelete
  20. wah unik ni pakai kicap! boleh try nanti ni

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih atas kerjasama.