Klik-klik banner untuk info lebih lanjut lebih menarik, nak tempah slot? :: klik sini ::


Thursday, 29 October 2020

Terima Kasih Blogger Norhidana

Terima Kasih Blogger Norhidana | Assalammualaikum dan hai korang 😊 Moga sihat-sihat belaka semua ya! Alhamdulillah shida seperti biasa saja cuma sekarang ni semakin sibuk dengan kerja-kerja hakiki. Bulan Oktober ni bulan yang penuh dengan drama. Macam-macam yang berlaku sekitar seminggu dua ni, dengan kes covid19 makin hari makin naik, serius shida risau je tengok kes ni. Entah bila akan beransur surut kes ni, sama-samalah kita berdoa.

Okay entri ni sebenarnya shida nak ucapkan "Thank You" kepada Blogger Norhidana a.k.a Kak Dana. Di atas kiriman dan pemberian hadiah kepada shida. Kiriman ni sampai semalam lagi, harini baru berkesempatan nak update entri khas ni untuk Kak Dana. Terima kasih tau kak dana atas pemberian yang cantik ini.

Ya Allah terharu sangat dengan pemberian Kak Dana ni. Hadiah yang shida dapat adalah tasbih, 2pcs extander mask dan sekeping nota untuk shida. Extander mask yang manik tu cantik sangat tau! shida suka. Selalu duk like je gambar-gambar extander mask jenis manik yang kak dana upload dalam facebook tapi harini kak dana bagi shida 2 jenis extander mask untuk shida. Alhamdulillah rezeki 😊 Koleksi extander mask shida pun dah banyak, boleh buat tukar-tukar pakai. 

Kepada Kak Dana terima kasih ya sudi kirimkan hadiah ini untuk shida. Inshaa Allah shida manfaatkan sebaiknya. Terima kasih juga sudi hari-hari berkunjung ke blog shida, komen dan menambah trafik harian blog shida. Walau baru kenal kak dana tapi kak dana sangat baik dan spoting habis! Jom korang berkenalan dan berkunjung ke blog Kak Dana. Shida doakan juga, moga kak dana dimurahkan rezeki dan kurniakan kesihatan yang baik, serta bahagia bersama keluarga. Amin!

18 comments:

  1. Alhamdulillah.. Comel extendernya..
    Tahniah Shida..

    ReplyDelete
  2. huaaa jealousnyaaa!! i want that sunflower extension ! zieya sejak2 ni mmg obses betul dgn sun flower ni

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, moga bermanfaat dan moga ikatan persahabatan kita berpanjangan

    ReplyDelete
  4. Alhamduillah rezeki :) Tapi, mask extender tu memang cantik kak.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah. Fiza pun dapat hadiah dari kak Dana. cantik kan mask extender tu
    Tahniah Shida.

    ReplyDelete
  6. Murah rezeki.
    Moga Shida. makin murah rezeki dan Dana pun.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah. Rezeki persahabatan dunia maya. Moga ukhuwah tambah erat.

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah..tahniah kak :)

    ReplyDelete
  9. Wah cantiknya... Tahniah shida.. allhamdulillah murah rezeki. Moga murah juga rezeki kak dana

    ReplyDelete
  10. wahhh..cantik tasbihnya!
    congrats

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah...tahniah..pemberian yang sangat berharga atas sebuah persahabatan kan?

    ReplyDelete
  12. tahniah shida :)
    ramai ye kawan2 blogger yg dpt hadiah dari Dana.
    terbaik la Dana.

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah, tahniah Shida.. Semoga awak dan si pemberi dikurniakan rezeki yang melimpah ruah selalu...

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih atas kerjasama.