Klik-klik banner untuk info lebih lanjut lebih menarik, nak tempah slot? :: klik sini ::


Tuesday, 6 October 2020

Terima Kasih Blogger Syazni Rahim

Terima Kasih Blogger Syazni Rahim | Assalammualaikum korang, lambat sikit update hadiah yang shida dapat dari seorang blogger ni. Dapatnya lama dah tak silap dalam bulan september hujung-hujung gitu. Tapi almaklumla mak jemah ni sibuk kemain lagi mengalahkan Perdana Menteri kita tu haaa. Bukan apa bertembung dengan hujung bulan memang shida agak sibuk. Dengan kerja lagi, nak buat gaji staf lagi, ke sana ke sini, tolong itu ini..aduhai macam-macam hal lah. 

Masuk bulan oktober pun shida masih sibuk nak buat preparation untuk kemasukan pelajar 2021. Lately ramai pula yang nak mendaftar awal, takut penuh katanya. Ya semenjak dengan SOP baru ni memang kelas agak terhad dan pelajar juga limit untuk kemasukan. Kembali dengan kerja yang banyak, nak hadap jadual waktu, arrangement jadual guru, arrangement yuran 2021 dan banyak lagi. Ya! duduk bahagian pentadbiran atau perkeranian bukan mudah ya, banyak paperwork nak hadap 😅 Kadang tu sesetengah orang menganggap kerja sektor ini mudah, datang duduk goyang kaki katanya. Amboi!! 😅

Okay sudah-sudah la merungut ye! berbalik dengan tajuk entri ni, Syazni Rahim! Terima kasih menghadiahkan shida sejadah gebu gebas ni. Shida pakai untuk hari pertama saja dan hari berikutnya suami dah take over ye 😆 katanya sejadah ni bagi dia jelah memandangkan shida dah ada satu lagi sejadah gebu. Shida kata ok ok abang ambillah, pakai elok-elok pemberian kawan saya ni. Moga banyak pahala syazni dapat dengan setiap kali saya dan suami solat menggunakan sejadah yang dihadiahkan ini 😀


13 comments:

  1. Alhamduillah. Rezeki akak dapat sejadah nampak elok.. :)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah, harap shida suka ;)
    terima kasih shida selalu jadi kawan blogger yang supportive ;)

    ReplyDelete
  3. Tahniah dapat hadiah sejadah gebu.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. Tahniah shida..

    ReplyDelete
  5. cantik warnanya.. segar mata . susah sikit la nak mengantuk kalau macam ni.Hahahh

    ReplyDelete
  6. Shida dapat merah, saya dapat biru. Memang selesa. Hehe moga mengalir juga pahala pada yang memberi

    ReplyDelete
  7. yay!! bestnya dapat hadiah :)

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah. seronok dapat hadiah sejadah gebu tu :)

    ReplyDelete
  9. Wah bestnya dapat sejadah gebu!! Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  10. Alhamdulilah..hehe CUya lom pakai lagi sejadah ni..

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah rezeki , best nya dapat sejadah gebu 😍

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih atas kerjasama.