Klik-klik banner untuk info lebih lanjut lebih menarik, nak tempah slot? :: klik sini ::


Wednesday, 25 November 2020

Drama Beri Sedikit Waktu Episod 6 dan Episod 7 | Slot Samarinda TV3

Drama Beri Sedikit Waktu Episod 6 dan Episod 7 | Slot Samarinda TV3
 

 Beri Sedikit Waktu (2020) | Episod 6

Imran mengunci rumahnya tanda tidak membenarkan Hananiyah bekerja di rumah itu lagi. Gelabahlah Hananiyah dibuatnya. Dia menghubungi Imran tetapi tidak dijawab. Hananiyah terus mahu keluar dari pintu pagar rumah itu tetapi pagar itu dimangga pula. Dia bertambah panik. Nampaknya dia dikunci di kawasan rumah itu tanpa Imran sedar dia tinggal di situ. Dia bersedia memberitahu Imran mengenai susun atur ruang tamu kelmarin. 

Hananiyah menunggu Imran keluar dari kereta membukakan mangga pintu pagar dan pintu rumah. Sebaliknya Imran hanya menurunkan cermin kereta. Hananiyah terus buka mulut untuk memberitahu pasal Myra. Dia hanya sempat menyebut nama Myra. Imran membalas yang dia tahu. Dia minta Hananiyah balik kerana sudah pukul tiga petang. Hananiyah diberi cuti. Hananiyah panik apabila Imran tidak keluar membuka pintu pagar.


Beri Sedikit Waktu (2020) | Episod 7

Hananiyah membawa anaknya bersiar-siar di taman. Tiba-tiba Hananiyah ternampak Farhan bersama isteri barunya. Hananiyah terus terjah bekas suaminya itu serta membuat kecoh. Satu tamparan hinggap ke muka Hananiyah. Farhan menampar kuat wajah Hananiyah. Hananiyah terjatuh dan ada tangan yang menyambut bahunya. Dia memandang Imran yang menolongnya. Hananiyah terkejut melihat Imran berada di situ.


 

Tonton Drama Lelaki Lingkungan Cinta Episod 12 dan 13 (Akhir) | Slot Lestary TV3


Tonton Drama Lelaki Lingkungan Cinta Episod 12 dan 13 (Akhir) | Slot Lestary TV3
 

Esya dan tak tahan hidup bersama Adib. Esya meminta cerai dengan Adib tapi Adib berkeras tidak mahu melepaskan Esya. Disebabkan Salina hubungan mereka berdua terus menerus hancur dan seperti tiada jalan penyelesaian. Dalam masa yang sama enek Adib pula telah meninggal dunia, kini Adib berasa kosong dan lebih sengsara kerana kehilangan insan yang disayang. 

Bagaimana kesudahan hubungan mereka berdua? Adakah Adib masih pertahankan perkahwinan mereka dan adakah Esya akan menerima Adib semula setelah apa yang terjadi antara mereka? Jom tonton lanjut di viu Lelaki Lingkungan Cinta Episod 12.

Time ni Maria sangat marahkan Adib sebab telah menghina Esya dengan kejam. Esya berasa sangat sedih dan sebenarnya ada hal yang Esya tak tahu tentang Adib yang tengah menanggung kesakitan yang tidak diketahui oleh Esya. Part ni dan seterusnya agak sedih huhuuuu 😔😔

 

 

 
 
 
 
 
 
 

TRY NOT TO LAUGH PART 4 | Wordless Wednesday

 

TRY NOT TO LAUGH PART 4 | Wordless Wednesday
 
 Jom layan cerita lawak santai di bawah. Gelak-gelak tu tengok kiri kanan sama ya! kalau nak gelak juga tutup mulut hahahaa 😂😂 Kalau dalam rumah takpa boleh guling-guling sekali hahahaa 😁😁
 
 







 

TRY NOT TO LAUGH PART 3 | Wordless Wednesday

TRY NOT TO LAUGH PART 3 | Wordless Wednesday

Jom layan cerita lawak santai di bawah. Gelak-gelak tu tengok kiri kanan sama ya! kalau nak gelak juga tutup mulut hahahaa 😂😂 Kalau dalam rumah takpa boleh guling-guling sekali hahahaa 😁😁


 

 
 

 
 

 
 

Tuesday, 24 November 2020

Semoga Selamat Sampai | Hadiah Untuk Geng Kuat Komen

Semoga Selamat Sampai | Hadiah Untuk Geng Kuat Komen | Alhamdulillah selesai juga pengeposan hadiah untuk Top Komen Bulanan Blog Shida, di mana setiap bulan shida akan ambil 5 nama blogger komen terbanyak untuk diberi penghargaan tanda terima kasih. Seronok juga kongsi rezeki dengan kawan-kawan yang rajin dan supportive ni. Hadiah Geng Kuat Komen diberi sebagai tanda ingatan dan kenangan ketika blogging, mana tahu dah tua dah tak blogging bila tengok hadiah kecil ini mungkin boleh teringat dekat shida kan 😊 Korang memang terbaiklah!

Mereka tersenarai adalah Atie Zieya, Azhafizah Md Nor, Syaz Rahim, Sha Mohamed, Cik TK dan Nohas. Nama mereka sentiasa turun naik dalam carta bulanan shida, Tahniah korang! Terima kasih tau menggembirakan hari-hari shida. Ingat masa come back semula shida dah tak dapat kawan macam dulu-dulu. Rupa-rupanya shida silap! sekarang lagi hebat! yang datang singgah blog shida pun mereka yang bukan kaleng-kaleng ya 😉 Boleh baca sini > GENG KUAT KOMEN SEP & OKT.

Semoga hadiah kecil ini selamat sampai ke destinasinya. Semoga hadiah kecil ini juga dapat memberikan manfaat kepada pengguna baru. Jangan lupa ya, dah terima nanti boleh maklum pada shida semoga hadiah kecil ini tak hilang dari radar, risau juga 😁😁 Kepada blogger-blogger lain yang tak tersenarai tu jangan kecewa atau ambil hati ya. Top 20 yang tersenarai semua awesome!! nak masuk top 5 korang rajin-rajin la komen blog serba biru shida ni. Kehadiran korang semua dialu-alukan 😉


Monday, 23 November 2020

Drama Beri Sedikit Waktu Episod 5 | Slot Samarinda TV3

Drama Beri Sedikit Waktu Episod 5 | Slot Samarinda TV3

Di luar dapur, Hananiyah jatuh terduduk sambil memegang pinggangnya. Dia terjatuh ketika mengintai apa yang dilakukan Imran di dalam rumahnya. Imran bertanya siapa di luar. Hananiyah senyap. Tiba-tiba dia membuat bunyi kucing. Imran terus merungut kerana kucing masuk ke perkarangan rumah. Ini mesti sebab hananiah tidak membuang sampah. Mendengar Imran mencari penyapu, Hananiyah cepat-cepat bangun dan berlari ke bilik setor. 
 
Sementara Imran keluar membawa penyapu dan menyuluh-nyuluh tempat Hananiyah jatuh tadi, menyangka kucing masih ada di sana. Pagi itu Hananiyah pergi berkerja seperti biasa. Tetapi dia jadi panik bila pintu rumah pagar rumah dikunci. Hananiyah tahu Imran sudah memecatnya kerana menyangka Hananiyah yang sesuka hati mengubah suai ruang tamunya.
 
Adakah Imran tahu siapa disebalik yang mengubah suai ruang tamunya itu? Adakah Hananiyah dipecat atau masih terus bekerja di rumah Imran. Jom tonton selanjutnya Drama Beri Sedikit Waktu di Slot Samarinda TV3 dengan penampilan pelakon: Aqasha, Zara Zya, Atikah Suhaime, Shahz Jaszle, Laila Nasir, Farisha Irwayu.

Beri Sedikit Waktu Episod 5

Sunday, 22 November 2020

Penangan 11.11 Sale Shopee | Barang Apa Yang Dibeli?

Penangan 11.11 Sale Shopee | Barang Apa Yang Dibeli? | Assalammualaikum korang, sihat ke harini? Alhamdulillah shida masih diberi nafas untuk menjalani kehidupan harian sebagai seorang suri rumah sepenuh masa yang berkhidmat sepanjang PKPB ini. Suri rumah sepenuh masa ni kerja dia banyak tau, memasak, mengemas, berkebun, mengemop, menjemur, melipat, mengusik husben hahahaa 😂😂 Walau bagaimana pun kerja-kerja rumah ni selalu je buat kalau kena kerja pun tetap buat tau. Kerja rumah yang hari-hari wajib buat adalah memasak dan sapu rumah.

Bila memasak ni shida paling rungsing kalau nak kuali atau periuk ni menjadi satu punca bila nak masak tu akan menjadi satu punca masalah. Baru-baru ni shida beli set periuk tau (jenama biasa) guna dalam sebulan dua dia dah tunjuk satu masalah pada periuk tersebut. Periuk tu menunjukan tanda-tanda karat dan mula rasa was-was nak guna sebab risau nanti akan menjejaskan kesihatan kelak. Periuk yang lain-lain pun mudah hitam senang kata tak sedap mata memandang.

 
So kak Long shida mencadangkan guna Periuk Dessini ini, memandangkan masa 11.11 Sale Shopee ni saja intai Produk dari Dessini ni okay ada shocking sale! tunjuk dekat kak Long, kak Long kata grab lah sebab murah dari biasa. Terus shida beli periuk dessini 12 pcs free gift sarung tangan dapur merah tu. Baru dapat semalam, so belum cuba lagi mungkin esok boleh cuba try masak guna periuk ni kita tengok pi dia macam mana kan. 
 
Mesti ramai yang dah memiliki periuk ni kan, share lah pengalaman macam mana. Katanya tidak melekat dan tahan karat kan, tak sabar shida nak guna hahaaaa 😊😊 Sebenarnya shida order warna biru tau, datangnya warna maroon. Angin satu badan bila seller massage bagitahu dia dah pos tapi bukan warna biru, sedih mak nak 😅😅


Saturday, 21 November 2020

Dapat Kejutan Hadiah Dari Blogger Part 2

Dapat Kejutan Hadiah Dari Blogger Part 2 | Alhamdulillah, korang ingat tak entri yang shida dapat kejutan hadiah Novel 'Terkaitnya Kita' pada akhir entri shida ada kata dapat satu lagi parcel kan. Inilah dia parcel kedua yang shida dapat datangnya dari Blogger NorAzimah . Terima kasih ya Allah rezeki tak putus-putus ada saja kiriman dari rakan blogger yang sangat-sangat baik hati ini. Kak Azimah terima kasih ya atas kiriman ini 😍😍

Tahu tak dalam bungkusan dari J&T ni adalah Sambal Roselle korang. Masa dapat tu dah dapat teka sebab dah dapat info dari Kak Azimah parcelnya sudah di pos. Masa buka tu berminyak sedikit sebab sambalkan, nasiblah tak keluar dari balutan parcel J&T tu. Lama dah shida teringin nak makan sambal roselle ni, sebab rata-rata ramai pulak yang update entri cerita pasal sambal roselle ni. Shida pula tak pernah makan pun roselle jadi tertanya-tanya macam mana la rupanya, rasanya kan.

Masa shida keluarkan dari bekas tu kan, Allah bau sambal roselle sangat-sangat mencuri perhatian. Kak Azimah tumis sambal roselle ni dengan bawang dan ikan bilis bau dia sama dengan sambal ikan bilis, sedap sangat bau dia, sampai tengah menaip cerita pasal sambal roselle Kak Azimah ni pun terbayang-bayang bau dia tau 😋😋 Malam tu shida terus excited makan dengan roti gardenia, pertama kali rasa wow! sambal ni rasa masam-masam pedas tau. Menarik sangat rasa dia, sampai 3 keping roti shida makan korang. Lepas ni boleh cuba makan dengan nasi dan telur goreng mesti syahdu!

Kepada Kak Azimah, terima kasih atas pemberian sambal roselle ni. Shida doakan moga satu hari nanti impian Kak Azimah untuk buka Perusahaan Sambal Roselle ni dimakbulkan Amin!! sambal ni boleh pergi jauh kak, sedap sangat. Korang bagi yang nak cuba sambal roselle hasil tangannya ini boleh dapatkan dengan Kak Azimah ya 😀


Friday, 20 November 2020

Drama Beri Sedikit Waktu Episod 4 | Slot Samarinda TV3

Drama Beri Sedikit Waktu Episod 4 | Slot Samarinda TV3
 
Hananiyah merayu untuk tidak memecatnya. Dia berjanji ini kesalahannya yang terakhir. Pada mulanya Imran tidak mahu mendengar rayuan Hananiyah. Hananiyah terus memeluk kaki Imran, merayu supaya dia tidak dipecat. Melihat tindakan Hananiyah, tiba-tiba kemarahan Imran menghilang. Kemarahannya bertukar menjadi simpati. 
 
Dia menerima Hananiyah bekerja semula. Hananiyah lega dan bersyukur dapat bekerja kembali. Selepas ini dia mesti lebih berhati-hati. Dia menyuruh Luqman duduk diam di dalam setor. Kalau Imran tahu anaknya ada di sana tentu Imrah tidak teragak-agak memecatnya. Imran sibuk di tempat kerja. Hananiyah sibuk mengemas. Dia jugak mengambil peluang untuk masak makanan untuk dia dan Luqman. Selesai memasak dia pastikan dapur bersih tip top. Setiap hari begitulah rutinnya. Sesekali, waktu siang dia keluar ke kedai membeli barang. Hananiyah gelisah. Malam itu Imran pulang ke rumah dan terus ke dapur. 
 
Di atas meja, tersedia hidangan yang disediakan Hananiah berserta kad ucapan ‘Terima kasih kerana tidak memecat saya’ -Hananiah. Imran merenung hidangan makan malam itu. Mulanya dia mencemik dan hanya memeriksa sahaja makanan itu. Hananiah mengintai ari tingkap, berdebar mahu melihat reaksi Imran. Kemudian dia melihat Imran mula merasa masakannya nya. Imran menikmati kelazatan masakan tersebut. Hanniah teruja dan gembira. Baharu sahaja hendak menyuap lagi, tiba-tiba Imran mendengar bunyi di luar dapurnya.

Beri Sedikit Waktu Episod 4


Thursday, 19 November 2020

Drama Beri Sedikit Waktu Episod 2 dan 3 | Slot Samarinda TV3

Drama Beri Sedikit Waktu Episod 2 dan 3 | Slot Samarinda TV3
 
Anak-anak Sofia berlari mendapatkan Sofia di dapur. Sofia juga kelam kabut kerana mendengar suara Imran marah-marah. Dia ke ruang tamu. Imran sedang mengemas plastik pembungkus hadiah dalam keadaan panik dan trauma. Sofia menyapa lembut, bertanya mengapa balik awal. Imran marahkan kakaknya, tak kira dia balik lambat atau awal, Sofia tak sepatutnya membiarkan anaknya menyemakkan rumahnya. Sofia meminta maaf, Sofia memujuk meminta Imran naik ke biliknya dan biar dia mengemaskan sofa. Imran enggan, dia melakukannya dengan perasaan marah. 
 
Sofia terpaksa membiarkan. Anak-anaknya menjenguk, Sofia minta semua ke dapur semula senyap-senyap. Di rumah Hananiah, dia sedang kelam kabut mengemas pakaiannya dan pakaian Luqman lalu dimasukkan ke dalam beg. Hananiyah memberitahu Luqman mereka akan balik kampung ke rumah neneknya, Halimah. Bagaimanapun apabila Hananiyah keluar dari rumah, beberapa orang penarik kereta sedang mengambil keretanya. Hananiyah terkejut dan panik apabila keretanya dibawa pergi oleh mereka. Salah seorang lelaki membalingkan sampul surat kepadanya.

Beri Sedikit Waktu Episod 2
 

Beri Sedikit Waktu Episod 3



Drama Lelaki Lingkungan Cinta Episod 11 | Slot Lestary TV3

Drama Lelaki Lingkungan Cinta Episod 11 | Slot Lestary TV3 | Episod kalini lebih dramatik gaiss, Esya telah keguguran dan stress disebabkan suatu gambar yang dimuat naik oleh Salina bertindak untuk menghancurkan rumahtangga Adib dan Esya. Esya menganggap Adib tidak lagi mengambil berat tentang hubungan, keluarga dan Esya sendiri. Esya sangat sedih dengan keguguran yang dialami dan menyalahi Adib sebagi punca. Dalam situasi ini dua orang kawan baiknya dan zamri banyak membantu dan memberi semangat kepada Esya. 

Adib buntu dan tidak tahu bagaimana ingin memujuk Esya dan ingin menjelaskan segalanya kepada Esya tetapi malangnya untuk Adib, Esya tidak mahu lagi bersama dengan Adib. Adib berasa sedih dan ada sesuatu yang tak kena pada dirinya. Zamri terus bersama Esya sehingga Esya berasa selesa bersama dengan Zamri. Adakah Esya akan memaafkan dan terus bersama Adib? Jom teruskan menonton.

Menampilkan gandingan pelakon baharu : Naim Daniel, Shasha Abedul, Ismail Izzani, Shalma Eliana, Rozita Che Wan, Ruhainies, Syazuwan Hassan, Cik B, Aniq Suhair, Izzrin Irfan, Asha Merican, Imran Aqil, Aisar Khaled, Chemat Raja Lawwk, Nazeera Sardi, Mas Anizan, Aresya Rania, Ummar Dzariff.
 

INFO DRAMA LELAKI LINGKUNGAN CINTA

  • Produksi : Zeel Production Sdn Bhd
  • Pengarah : Emi Suffian
  • Penulis Skrip : Mar Mohamad
  • Penulis Novel : Lily Haslina Nasir
  • Siaran TV : Slot Lestary TV3
  • Bilangan Episod : 13
  • Waktu Siaran : Rabu hingga Jumaat (9 malam) 
 
 

 
 
 
 
 
Sumber : Instagram Drama Sangat | viu
 

Wednesday, 18 November 2020

Sejenis Makanan Tak Disukai | Wordless Wednesday

Sejenis Makanan Tak Disukai | Wordless Wednesday

PETAI hahahaha 😂😂

Tuesday, 17 November 2020

Drama Beri Sedikit Waktu Episod 1 | Slot Samarinda TV3

Drama Beri Sedikit Waktu | Slot Samarinda TV3 | Drama terbaru slot samarinda selepas drama Hati Yang Tersakiti. Gandingan pelakon pun tak kurang hebat juga Aqasha dan Zara Zya,dua-dua meletop. Shida suka gandingan dua pelakon ini sama cantik sama padan, tak sabar untuk tonton tayangan seterusnya. Tayangan bermula 16 November 2020 Isnin hingga Khamis jam 10 malam.
 

SINOPSIS

  • Selepas Farhan (Shahz Jaszle) berhutang dengan AhLong dan tidak lagi mampu melangsaikan bayaran rumah yang tertunggak, Hananiah (Zara Zya) diceraikan secara mengejut. Hananiah yang hilang punca, kemudiannya bertemu dengan Imran (Aqasha). Namun demikian, hubungan mereka berlangsung suram sebelum bibit-bibit cinta mula berputik antara Hananiah dan Imran. Bagaimana hubungan mereka seterusnya...Jom teruskan menonton.

PELAKON

  • Gandingan selaku tunjang utama Aqasha dan Zara Zya, juga menampilkan Shahz Jaszle, Atikah Suhaime, Ain Sufia, Farisha Irwayu, Man Raja Lawak, Ummar Dzariff, Rayyan Iman, Shyrim dan Laila Nasir.

INFO DRAMA BERI SEDIKIT WAKTU

  • Produksi : Suhan Movie & Trading
  • Pengarah : Zamri Zakaria
  • Lagu Tema OST : Tulus by Azmi Saat 
  • Siaran TV : Slot Samarinda TV3
  • Bilangan Episod : 15
  • Waktu Siaran : Isnin hingga Khamis (10 malam)
 
Drama Beri Sedikit Waktu Episod 1


 sumber : Instagram Drama Sangat & youtube

 

Monday, 16 November 2020

Dapat Kejutan Hadiah Dari Blogger

Dapat Kejutan Hadiah Dari Blogger | Kejutan kalini datangnya dari kiriman parcel SANTAI ILMU PUBLICATION. Terkejut juga bila kiriman diterima sebab rasanya shida tak beli mana-mana novel lagi setakat ni cuma baru bercadang nak beli Mini Novel dari Blogger Syazni Rahim yang mana novel sulungnya baru diterbitkan. Tapikan korang bila shida tengok parcel ada tercatat sesuatu dibahagian bawah Parcel Content "Novel Terkaitnya Kita" Terus shida rasa Allahhh Syaz awak kirim untuk saya ke, sangat-sangat terharu shida  terima novel pertama awak ni. Memang berhajat nak beli dari syaz. Terima kasih Syaz 💕

Tak sabar shida nak mula baca,kena cari masa yang betul-betul sesuai sebabnya membaca ni aktiviti yang dah lama sangat shida tinggal. Setiap tahun hanya baca buku-buku pelajaran sahaja, almaklumla shida ni pengurusan pusat tuisyen maka buku-buku sekolah je lah yang shida hadap dan hadam, itu pun dah naik mual dah baca setiap tahun 😂😂

Sebab tu lah shida tak menerima lagi untuk membaca bahan-bahan lain selain baca di blog sahaja. Dalam kepala ni dah terlalu banyak ayat perkataan yang ada sampai satu tahap dah tak boleh terima bacaan apa-apa pun haaaa (alasan) 😁😁 Oh ya! selain parcel novel ni shida ada terima satu lagi parcel pun juga dari seorang blogger, nanti shida share hadiah apa yang shida terima. Kepada Syaz terima kasih untuk Novel ini dan Tahniah juga untuk terbitan Karya Sulung Syaz, teruskan berkarya syaz, shida doakan syaz berjaya dalam apa jua syaz ceburi.


Sunday, 15 November 2020

Idea Dekorasi Rak Di Dapur yang Kemas & Ringkas [30 Gambar]

Idea Dekorasi Rak Di Dapur yang Kemas & Ringkas [30 Gambar] | Haluuu gais, Kalau cerita bab deko deko ni haaa serah lah kat mak mak ni kan, memang cukup berkenan nak deko deko lagi-lagi diruangan dapur tu. Macam shida sendiri pun amat suka deko deko rumah tak kisah ruangan apa sekali pun pasti shida deko sehingga mata sedap memandang. Nak mendeko juga deko lah secara besederhana dan jangan lah terlalu mengikut nafsu deko sehingga ruangan menjadi sarat dan berlebihan.

Sebagai contoh ruangan didapur, ruangan dapur ni amat dititik berat dalam mendekorasi tak boleh terlalu banyak barang atau perabot. Ruangan dapur adalah "medan peperangan" bagi seorang isteri atau wanita. Jadi tak elok lah kalau tempat berperang terlalu sarat dengan barangan atau perabot, cukup sekadar kabinet bergantungan gitu..haaaa itu sebagai contoh 😂😂

Sebenarnya walaupun tiada kabinet dapur, kita tetap boleh menyediakan rak bahan masak sendiri (diy) dengan lebih kreatif dan kemas agar nampak lebih tersusun. Cara penyusunan dan pengurusan rak yang lebih teratur juga memainkan peranan yang penting, di mana perlu mengutamakan bahan memasak yang selalu digunakan disusun dibahagian yang mudah nampak dan mudah dicapai.

Rak di dapur juga boleh digunakan untuk menyimpan peralatan dapur dan bahan lain yang tidak memerlukan peti sejuk. Kita juga boleh membeli peralatan khusus seperti balang atau bekas plastik untuk menyimpan rempah ratus, bijirin dan pasta atau bahan-bahan yang boleh disimpan dengan suhu bilik. Cara penyusunan juga boleh dibuat dengan cara bertingkat-tingkat dengan kepelbagaian saiz dan jenis botol yang menarik dan unik serta dilabelkan tampak lebih kemas.
 
Dalam apa jua keadaan, rak di dapur haruslah menjadi rak yang paling rapi, teratur dan kemas. Walaupun sentiasa menjadi medan peperangan secara fizikal bagi urusan memasak di dapur, sekaligus menjadikan proses memasak lebih mudah, pantas dan menyeronokkan. Ruangan dapur yang sempurna adalah dambaan setiap wanita atau surirumah.


Saturday, 14 November 2020

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2020 | ABPBH 33

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2020 | ABPBH 33 | Anugerah berprestij ini disiarkan secara langsung dan melakar sejarah sepanjang penyiaran tanpa penonton dari Axiata Arena, Bukit Jalil.  Sebanyak 13 Anugerah dipertaruhkan kepada pemenang-pemenang mengikut kategori dan hos ABPBH 33 kali ini adalah gandingan antara Dato AC Mizal dan Nabila Huda.

SENARAI PENUH PEMENANG ABPBH 2020 KE 33
 
  1. ARTIS BARU WANITA PALING POPULAR : Isya Riana
  2. ARTIS BAHARU LELAKI POPULAR : Chubb E
  3. ARTIS DUO BERKUMPULAN : Siti Nordiana & Khai Bahar
  4. PENYAMPAI RADIO POPULAR : Dj Lin
  5. PENGACARA TV POPULAR : Sherry Al- Hadad
  6. ARTIS VERSATILE POPULAR : Siti Nordiana
  7. ARTIS KOMEDI POPULAR : Sherry Al-Hadad
  8. PENYANYI WANITA POPULAR XIAOMI MALAYSIA : Wani Hasrita
  9. PENYANYI LELAKI POPULAR XIAOMI MALAYSIA : Haqiem Rusli
  10. PELAKON TV WANITA POPULAR : Siti Saleha
  11. PELAKON TV LELAKI POPULAR : Ben Amir
  12. PELAKON FILEM WANITA POPULAR : Mawar Rashid
  13. PELAKON FILEM LELAKI POPULAR : Zahiril Adzim
 
|| ANUGERAH PENCAPAIAN SEPANJANG HAYAT ||
 
|| ANUGERAH BINTANG PALING POPULAR 2020 ABPBH 33 ||
 
 
TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG ABPBH KE 33

Friday, 13 November 2020

Tonton Drama Lelaki Lingkungan Cinta Episod 10 | Slot Lestary TV3

Tonton Drama Lelaki Lingkungan Cinta Episod 10 | Esya memberitahu Adib yang mereka bakal menjadi parent, tetapi dalam masa yang sama Adib telah kehilangan pekerjaan. Ini membuat situasi semakin tegang dan pertelingkahan antara mereka berlaku. Adib berjumpa dengan neneknya dan memberitahu tentang kehamilan Esya, nenek Adib berasa gembira dan memberi sokongan kepada Adib. Bagaimanakah kehidupan mereka berdua seterusnya? Adakah Adib akan terus bersikap tegang dengan kehamilan Esya atau sebaliknya? dan apakah cabaran yang akan mereka hadapai seterusnya. Penasaran? Ayuh! sama-sama tonton di viu.
 

Okay babak dalam gambar ni best hahahaa 😂😂 Cik B ternampak hardy bersama perempuan lain dan Cik B terus melulu ke hardy dan memarahi (hardy) bersama perempuan itu. Semuanya berakhir dengan pertelingkahan dan pengakuan dari kekasihnya hanya ingin mendampingi Cik B kerana hartanya. Pertelingkahan antara mereka telah dileraikan oleh Arep dengan tumbukan terus ke muka kekasih Cik B. Fuh! Kesian Arep siap kena warning lagi dengan Arep. Lepas tu? haaa korang tonton eh kat viu.
 

Menampilkan gandingan pelakon baharu : Naim Daniel, Shasha Abedul, Ismail Izzani, Shalma Eliana, Rozita Che Wan, Ruhainies, Syazuwan Hassan, Cik B, Aniq Suhair, Izzrin Irfan, Asha Merican, Imran Aqil, Aisar Khaled, Chemat Raja Lawwk, Nazeera Sardi, Mas Anizan, Aresya Rania, Ummar Dzariff.
 

INFO DRAMA LELAKI LINGKUNGAN CINTA

  • Produksi : Zeel Production Sdn Bhd
  • Pengarah : Emi Suffian
  • Penulis Skrip : Mar Mohamad
  • Penulis Novel : Lily Haslina Nasir
  • Siaran TV : Slot Lestary TV3
  • Bilangan Episod : 13
  • Waktu Siaran : Rabu hingga Jumaat (9 malam) 
 

Manggo Float & Puding Kek Red Oreo Yang Sangat Sedap!

Manggo Float & Puding Kek Red Oreo Yang Sangat Sedap! | Ya! nikmat apa yang perlu didustakan lagi, petang-petang balun Manggo Float dan Puding Kek Red Oreo ni allahhh nikmat sungguh korang. Makan pula sejuk-sejuk kena tekak dengan cuaca yang agak panas ni memang syahdu! Sebenarnya 2 menu di atas ni shida pertama kali makan atau rasa tau! shida ni bukan lah seorang pemakan yang manis-manis seperti kek coklat dan seangkatan dengannya. Cuma kali ni terliur tengok baker ni duk selalu upload duk terlalu lalang dalam wall feed shida kat facebook, agak tak menahan hahaa 😂😂

Kebetulan dia open order untuk hari khamis (semalam) shida pun order apa yang rasa tekak ni nak rasa. Macam-macam baker ni buat dari kek ke puding, roti lah bun lah, pizza lah macam-macam korang. 2 bulan yang lepas dah order pizza sedap dan besar, jenuh nak habiskan laki bini hahaa 😅😆 Baker ni namanya Hidayah Ahsan (Tastemade by Eda Ahsan).
 

 

Maaflah terpaksa melayor kat korang hahahaa 😂😂 Jemputlah tengok-tengok ya. Semua Kek, Puding ni sangat-sangat menyelerakan korang! shida tengok pun tak keruan rasanya hehee. Lagi-lagi kalau ada manggo yaaa ampun sedap amat. Biasanya kan kalau makan kek puding atau apa saja berunsurkan menu seperti ini kan manis je rasanya pastu makan mesti muak. Tapi dari hasil tangan kak dayah (baker) ni elok saja rasanya tak manis sangat so so je husben shida makan pun kata elok tak manis, sedap pula tu. Shida doakan moga perniagaan Tastemade by Eda Ahsan ni terus maju jaya.