Klik-klik banner untuk info lebih lanjut lebih menarik, nak tempah slot? :: klik sini ::


Saturday, 21 November 2020

Dapat Kejutan Hadiah Dari Blogger Part 2

Dapat Kejutan Hadiah Dari Blogger Part 2 | Alhamdulillah, korang ingat tak entri yang shida dapat kejutan hadiah Novel 'Terkaitnya Kita' pada akhir entri shida ada kata dapat satu lagi parcel kan. Inilah dia parcel kedua yang shida dapat datangnya dari Blogger NorAzimah . Terima kasih ya Allah rezeki tak putus-putus ada saja kiriman dari rakan blogger yang sangat-sangat baik hati ini. Kak Azimah terima kasih ya atas kiriman ini 😍😍

Tahu tak dalam bungkusan dari J&T ni adalah Sambal Roselle korang. Masa dapat tu dah dapat teka sebab dah dapat info dari Kak Azimah parcelnya sudah di pos. Masa buka tu berminyak sedikit sebab sambalkan, nasiblah tak keluar dari balutan parcel J&T tu. Lama dah shida teringin nak makan sambal roselle ni, sebab rata-rata ramai pulak yang update entri cerita pasal sambal roselle ni. Shida pula tak pernah makan pun roselle jadi tertanya-tanya macam mana la rupanya, rasanya kan.

Masa shida keluarkan dari bekas tu kan, Allah bau sambal roselle sangat-sangat mencuri perhatian. Kak Azimah tumis sambal roselle ni dengan bawang dan ikan bilis bau dia sama dengan sambal ikan bilis, sedap sangat bau dia, sampai tengah menaip cerita pasal sambal roselle Kak Azimah ni pun terbayang-bayang bau dia tau 😋😋 Malam tu shida terus excited makan dengan roti gardenia, pertama kali rasa wow! sambal ni rasa masam-masam pedas tau. Menarik sangat rasa dia, sampai 3 keping roti shida makan korang. Lepas ni boleh cuba makan dengan nasi dan telur goreng mesti syahdu!

Kepada Kak Azimah, terima kasih atas pemberian sambal roselle ni. Shida doakan moga satu hari nanti impian Kak Azimah untuk buka Perusahaan Sambal Roselle ni dimakbulkan Amin!! sambal ni boleh pergi jauh kak, sedap sangat. Korang bagi yang nak cuba sambal roselle hasil tangannya ini boleh dapatkan dengan Kak Azimah ya 😀


13 comments:

  1. bestnya dpt hadiah! rezeki mmg tak pernah salah alamat kan!! sambal roselle ni, cara kak shida describe mmg bau dia sedap sngt.. huaa teringin nak rasa.. tahniah akak ;)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.
    Ya shida, akk pun selalu makan sambal ni dengan roti mmg kena rasa dia kan, sedappp...haha puji diri sendiri.

    ReplyDelete
  3. Alhamduillah. Rezeki kak,, memang tak salah, rezeki tak pernah salah alamatnya hehe

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah dapat rasa macam mana sambal roselle.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..sedap kan sambal roselle ni. Tak sangka sedap rasanya. makan dengan nasi panas sodap!

    ReplyDelete
  6. Moga pengirim sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan setiap urusan. Aamiin.

    ReplyDelete
  7. Wah bestnya .. Sambal roselle ? First time dengar . Macam mana rasanya

    ReplyDelete
  8. Ramai dok cerita pasal sambal roselle ni.. teringin pula nak rasa..

    ReplyDelete
  9. Tahniah Shida.. Semoga awak dan si pengirim hadiah ini dikurniakan rezeki yang melimpah ruah hendaknya.. First time saya dengar mengenai sambal roselle, nampak menarik sambal nie...

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah.. Tahniah Shida..
    mesti sedap sambal tu..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih atas kerjasama.